Anda di halaman 1dari 4

PENYAMPA : MENTERI KATEGOR : 

UCAPAN
I I PERASMIAN
TARIKH : 12-Aug-2007 HARI : Ahad
MAJLIS : AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEMPENA SAMBUTAN
KEMERDEKAAN YANG KE 50
TEMPAT :
ISU : LAIN-LAIN

TEKS UCAPAN PENUH :

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis,

Yang Berhormat YB-YB NSDK

Yang Berusaha En Chew Kam Tu, En Wong Kim Long

Yang Berbahagia Pengurus Besar Gas Petronas, 


Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan lain-lain

Yang dihormati tuan-tuan/puan-puan, 


para hadirin dan anak-anak yang yang dikasihi sekalian

Selamat pagi dan salam perpaduan,

Hadirin-hadirat yang dihormati, 

Bersyukur kita pada hari yang mulia ini kerana dapat berhimpun
dalam Majlis Perasmian Aktiviti Kemasyarakatan anjuran FGL &
Stokist Rompin Enterprise bersama Success Care Enterprise dan
Gas Petronas.

Di kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih dan


penghargaan di atas jemputan merasmikan program hari ini yang
sememangnya amat bermakna dan penting dalam menjana
wawasan negara.

Dalam keadaan pembangunan negara kini, program seperti ini


amat diperlukan untuk menyemai nilai dan sikap saling
menghormati, bertoleransi dan bantu membantu di antara kaum
yang tinggal di negara ini. Ia bertujuan memupuk semangat
kekitaan dan perkongsian di antara kaum di samping membina
generasi yang mampu mengekalkan semangat perpaduan dalam
pembangunan ekonomi, politik dan sosial. Pertandingan masakan
tradisional, mewarna Kanak-kanak dan gubahan Fikiran wanita
yang dianjurkan oleh Rompin Enterprise, Success Care Ent dan
Gas Petronas adalah usaha mulia mereka bagi mewujudkan satu
masyarakat yang kreatif, inovatif, progresif serta berketrampilan
selaras dengan cita-cita dan aspirasi negara dan memang tepat
pada masanya sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara
kita .

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Perpaduan erat yang dibina sejak sekian lamanya di antara


Rakyat Malaysia, di mana kita mengamalkan sikap saling
memahami, menghormati adat-resam dan budaya serta agama
pelbagai kaum di negara ini telah membantu kita dalam
memelihara keamanan negara seterusnya merealisasikan
Wawasan Negara dalam mencapai kestabilan dan kemajuan
ekonomi dan politik. 

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, negara kita


dianggap sebagai sebuah negara yang unik kerana dalam
memenuhi kehendak pembangunan dan kemajuan, kita masih
mampu mengekalkan keamanan dan kestabilan politik. Negara
kita dipandang sebagai sebuah negara yang berpotensi dan
dihormati dalam menjana kemajuan ekonomi dan pendidikan.
Sebagai contoh, negara kita mampu menjana perkembangan
ekonomi yang positif dalam menarik pelaburan asing ke dalam
Negara di samping peranan masyarakat dan media ke arah
memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Selain daripada itu,
negara kita mampu menghasilkan produk-produk bermutu tinggi
melalui proses penyelidikan berterusan terutama dalam bidang
pertanian dan Bioteknologi, manakala generasi kini mampu
bersaing ke peringkat Antarabangsa dalam bidang pendidikan dan
kemahiran.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Peristiwa 13 Mei 1969, adalah satu titik hitam dalam sejarah


negara. Keadaan ekonomi yang merundum dan pertelagahan
kaum menjadi pengajaran dan titik tolak kepada negara untuk
bangun semula. Kementerian bersama agensi-agensi berkaitan
telah merancang pelbagai strategi untuk dilaksanakan melalui
program perpaduan. Dengan itu, kita dapat melihat sehingga ke
hari ini berbagai-bagai Program Perpaduan telak dilaksanakan
terutama di sekolah-sekolah,komuniti dan juga agensi kerajaan
dalam mendidik generasi yang cintakan perpaduan dan
keamanan. Anak-anak dipupuk dengan nilai kasih-sayang, saling
menghormati dan bantu membantu dalam semua aspek
kehidupan yang melibatkan pergaulan dan komunikasi, aktiviti
serta kegiatan sukan serta aktiviti luar dan sebagainya. Kerajaan
akan sentiasa memastikan keamanan dan perpaduan yang
dinikmati pada hari ini akan berkekalan untuk diwariskan kepada
generasi akan datang. Justeru apa yang berlaku di negara-negara
membangun yang lain seperti di Thailand, Sri lanka, Negara
Timur Leste, Iraq, Afghanistan tidak akan berlaku di negara kita.
Kita tidak mahu melihat anak-anak kehilangan ibu dan ayah,
isteri kehilangan suami,mereka yang tidak berdosa menjadi
korban, tempat berlindung menjadi hamparan,manakala hak dan
ekonomi dinafikan akibat kerakusan kuasa dan percaturan politik
yang tidak menentu.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Program-program Integrasi kaum di peringkat


masyarakat,komuniti , daerah, negeri dan kebangsaan dirancang
dengan begitu bersungguh. Kerajaan sanggup berbelanja dan
mengeluarkan sejumlah besar peruntukan untuk menjayakan
program ini. Ianya bertujuan memastikan matlamat keamanan
sejagat dan perpaduan dapat dikekalkan bagi menjamin
kemajuan ekonomi dan kestabilan politik dicapai. Lantaran itu,
menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia memainkan
peranan dalam memelihara keamanan ini. Kita juga harus
menitikberatkan pembinaan modal insan selaras dengan usaha
dan wawasan kerajaan serta YAB Perdana Menteri kita. Oleh Itu
anak-anak dan juga golongan wanita adalah modal atau unsur
paling penting bagi sesebuah negara untuk berjaya ke puncak
gemilang. Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah
pembinaan masyarakat dan negara yang dinamik . Oleh itu
program yang dijalankan pada hari ini diharap dapat menjadi
peneraju ke arah hasrat dan cita-cita kita bersama memacu
negara Malaysia tercinta ke era lebih gemilang .

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih dan setinggi penghargaan kepada Gas Petronas, En Chew
Kam Tu dan Wong Kim Long di atas usaha murni mereka
bersama . 

Untuk akhirnya, dengan perasaan gembira dan sukacita saya


merasmikan Program Aktiviti Kemasyarakatan Pertandingan
Memasak Tradisional, Mewarna Kanak-Kanak, Gubahan Fikiran
Wanita serta Pameran Keselamatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia serta Pengurusan oleh Petronas . 

Negara Gemilang Rakyat Terbilang .

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai