Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b.t...

Yang saya hormati ..........................................yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana telah mengizinkan kita bersama-sama dalam
majlis perasmian sambutan kemerdekaan ke-64 peringkat Institut Pendidikan Guru.

Hadirin yang dimuliakan,

Malaysia Prihatin, begitulah tema hari kemerdekaan kita pada hari ini. Saya percaya pemilihan
tema ini adalah sangat relevan dan seduai kerana kita sebagai warga pendidik haruslah menjadi rakyat yang
prihatin, cakna dan peduli dalam memastikan kemakmuran dan kejayaan yang dikecapi oleh negara kita
telah dicapai sehingga Hari ini.

Kita seharusnya bersyukur menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan
merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana aman dan harmoni. Dengan nikmat
kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam
menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan
tidak ternilai harganya. Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar
kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah
menjadi taruhan.

Objektif

Apabila kita mengadakan sambutan hari kemerdekaan ini, secara tidak langsung dapat memupuk
semangat patriotisme di dalam jiwa rakyat Malaysia. Semangat patriotisme inilah membuktikan kita
menghargai perjuangan pemimpin dan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu. Di samping itu juga, kita
juga perlu menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan ini walaupun kita masih dalam pandemik Covid-
19 dengan mengibarkan jalur gemilang di rumah masing-masing. Selain itu juga, program memupuk
perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti, warna kulit
yang menyalut tubuh badan kita, pangkat atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata
azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan
betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak bestari
semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.
Rasional

Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh semua rakyat Malaysia
sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan
pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Di samping itu juga, ia dapat
mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan murid serta menyuntik semangat cintakan tanah air.
Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan semangat cintakan tanah air, megasah dan menonjolkan
bakat serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kalangan guru dan murid

Kesan

Semoga program ini mendatangkan impak yang baik dan menjadi platform memupuk dan
menyemarakkan semangat patriotisme/cinta akan negara dalam diri.Dengan menyambut hari ulang tahun
kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari
kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana,tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang
itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan
penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan
tersebut secara langsung.

Selain juga diharapkan program ini dapat mengukuhkan jati diri kita. Sejak akhir-akhir ini,
generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-
agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat Timur. Lebih
menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Ke manakah
hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara berbilang kaum. Melayu,Cina dan India
merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Kadazan,Bidayuh,Iban,Melanau dan lain-lain yang
menjadi kaum minoriti.Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum
ini bersatu padu,bekerjasama dan bertoleransi.Melalui Sambutan Hari Kemerdekaan,semua kaum dapat
berkumpul bagi meraikan Hari Kemerdekaan negara yang kita cinta ini.Masyarakat berbilang kaum yang
saling menyayangi,saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah
untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara.
Bukan itu sahaja, program sambutan hari kemerdekaan juga dapat mengeratkan hubungan
antara masyarakat. Hubungan antara masyarakat perlu dieratkan supaya mereka akan sentiasa bersatu
padu dan berganding bahu semasa melakukan sesuatu.Kerjasama amat penting untuk menyelesaikan
masalah yang sukar diselesaikan.Apabila hubungan antara masyarakat menjadi erat,mereka akan
sentiasa berganding bahu untuk menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan.

Akhir sekali, kesan daripada sambutan hari kemerdekaan juga, rakyat Malaysia yang sentiasa
bersatu padu dapat meningkatkan imej negara.Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai
sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing
ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat
membantu meningkatkan sumber pendapatan negara sekaligus menjana ekonomi negara.

Hadirin yang dihormati sekalian. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kita sekarang masih
lagi berperang dengan senjata ‘musuh’ yang tidak kelihatan seperti virus Covid-19. Namun, kita sama-
sama haruslah menyambut kemerdekaan dengan rasa bersyukur dan mengikuti program-program yang
diatur oleh jawatan kuasa dengan penuh keinsafan, bahawa kita dapat melakukan pelbagai aktiviti
dengan keseronokan dan kegembiraan secara dalam talian.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam melaksanakan program bulan kemerdekaan ke-64 ini. Sehubungan dengan itu,
saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru
bagi tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai