Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih pengerusi majlis. Bismillahhirrahmanirahim.

Yang Berusaha En Subramaniam a/l Sinnaithamby, Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid,

Yang dihormati, Pn Rohaida binti Deraman , Penolong Kanan


Kokurikulum,

Pn Maizun- Azian binti Akiah , Penolong Kanan Petang, (untuk sesi ptg)

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, dan AJK -AJK Pelaksana

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2023 serta murid-

murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhm Salam Sejahtera dan

Salam Madani.

Para hadirin,

Terbang Tinggi Si Burung Merpati,


Hinggap Sebentar Di Atas Dahan,
Sudah 66 Tahun Kemerdekaan Dirai,
Negara Sejahtera Penuh Kenangan.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya

dapat kita bersama-sama mengadakan Majlis Pelancaran Bulan

Kebangsaan ke - 66 tahun dan Hari Malaysia 2023 peringkat sekolah

pada tahun ini. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa

Pelaksana yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk

menjayakan majlis ini.


Para Hadirin,

Malaysia sudah mengharungi 66 tahun sebagai negara merdeka.

Sungguhpun begitu, berapa ramaikah di antara kita ataupun dalam

kalangan rakyat Malaysia itu sendiri yang benar-benar faham dan

menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan? Sebagai rakyat

Malaysia, kita perlu mengambil peluang menghayati makna sebenar

kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar

retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Tema Hari Kebangsaaan


dan

Hari Malaysia 2023 yang dipilih pada tahun ini ialah Malaysia Madani:

Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan seperti yang diumumkan oleh

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 27 Mei 2023


yang

lalu. Tema ini dipilih untuk menunjukkan komitmen semua pihak tidak

mengira sama ada pihak pemimpin atau rakyat sebagai bangsa yang

memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta

menginginkan kehidupan yang aman dan sejahtera.

Para hadirin,

Generasi muda seperti anak-anak didik cikgu pasti menganggap

merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dan

menghayatinya dengan sekadar melaungkan slogan Merdeka! Merdeka!


Merdeka!. Pada hal erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini
adalah

membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda yang dipupuk menerusi


pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu

agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda

berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama

pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Oleh itu, sempena sambutan bulan kebangsaan Malaysia ke-66 bagi

tahun 2023 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-

sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan

menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri

masing-masing. Ingatlah kata-kata daripada Tunku Abdul Rahman


Putra

al Haj, Perdana Menteri Pertama kita, Merdeka itu bukanlah suatu


benda

yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk

mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.

Maksudnya kita sebagai warganegara yang merdeka perlu berkorban

untuk memastikan nikmat kebebasan, ketenteraman dan hidup secara

harmoni kekal sampai bila-bila. Kita masih boleh bangun pagi dan
dapat

menghirup udara segar dengan aman dan damai hari ini adalah sesuatu

yang perlu kita hargai. Semoga situasi seperti hari ini masih boleh

dinikmati sampai oleh generasi pada masa hadapan.


Anak-anak didik sekalian,

Sebenarnya di tangan kita semualah, untuk memastikan negara

Malaysia terus kekal Merdeka, terus aman, terus harmoni dan boleh

maju setanding dengan negara-negara maju lain bak kata pepatah

berdiri sama tinggi , duduk sama rendah. Marilah sama-sama kita

berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita

perlu merdeka daripada penjajahan baru dengan merdeka daripada

perkara yang sia-sia. Banggalah dengan tanah air kita. Jadilah generasi

penerus bangsa yang punya rasa cinta tanah air tanpa mengabaikan

semangat perpaduan. Jadikan Malaysia sebuah negara yang maju,

makmur dan adil dengan perpaduan bangsa Malaysia yang utuh.

Para Hadirin dan Anak-anak sekalian,


Sebelum saya sudahi ucapan saya dan merasmikan Majlis
Sambutan Bulan Kebangsaan hari ini, izinkan saya menyampaikan
serangkap pantun lagi,

Jalur gemilang Bendera Malaysia,


Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Saya ingin melihat semangat patriotisme sentiasa mekar dalam hati


kita semua. Pada tahun ini , lagi sekali semangat ini akan kita
perkukuhkan lagi di sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan dengan
pelbagai aktiviti atau program yang menarik. Mudah-mudahan dengan

cara ini , rasa cinta kita kepada negara tidak akan padam sampai

bila-bila.
Dengan ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya

merasmikan Majlis Sambutan hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

peringkat sekolah bagi SMK Setia Alam.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai