Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam

Malaysia Madani

Yang berusaha,

Puan Rosliza binti Abd Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Ismail bin Marni, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Ustaz Hamizad bin Sufin, Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Marliana binti Husin, Penyelaras PPKI

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,

Guru-guru yang dihormati serta murid-murid yang dikasihi.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah Subhana Wa Taala kerana dengan izin


dan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama sekali lagi pada pagi ini untuk
menjayakan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-
60 serta Pelancaran Karnival Akademik SMK Seksyen 7 bagi tahun 2023.

Murid-murid sekalian,

Tanggal 31 Ogos yang lalu genaplah 66 tahun negara kita merdeka.


Sebagai rakyat di bumi yang bertuah ini kita sangat bersyukur kerana
dikurniakan kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera. Sesungguhnya,
perjuangan bagi membentuk sebuah negara dan bangsa yang merdeka
menuntut pengorbanan yang besar, yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang
kemerdekaan dan generasi terdahulu, justeru kemerdekaan merupakan satu
anugerah yang tidak ternilai dan harus kita pertahankan sepenuh jiwa. Oleh
itu, murid-murid sebagai generasi hari ini perlu mempunyai semangat
patrotisme dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Murid-murid sekalian

Apakah erti kemerdekaan kepada anda sebagai generasi muda? Adakah


anda menganggap merdeka itu adalah sekadar bebas daripada cengkaman
penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Erti kemerdekaan sebenar adalah membabitkan
kemerdekaan jiwa dan minda yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang
dibentuk melalui empat aspek utama iaitu agama, akhlak, pendidikan dan
bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana anda sebagai generasi muda pada
hari berhadapan dengan pelbagai ancaman penjajahan dari segi bentuk
baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi
masa ini. Selain itu, dalam menghayati erti kemerdekaan, kita perlu bersyukur
kepada Allah SWT kerana dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang
aman dan harmoni.

Guru-guru dan murid-murid yang disayangi sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, pihak sekolah melalui Unit Kokurikulum
dan semua bidang telah merancang dan melaksanakan pelbagai program
untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan ini. Program yang telah diadakan ini
bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme terhadap tanah air bertuah
ini di samping mengasah dan menonjolkan bakat murid-murid semua. Untuk
makluman murid-murid juga, program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia ini juga merupakan kolaborasi
dengan Karnival Akademik Kurikulum. Tahniah diucapkan kepada murid-murid
yang menyertai aktiviti dan program yang dilaksanakan dan tahniah juga
diucapkan kepada murid-murid yang memenangi pertandingan yang disertai.
Diharap dengan pelaksanaan program-program ini bukan sahaja dapat
menzahirkan rasa cinta kita terhadap negara malah dapat menonjolkan bakat
terpendam murid serta bakat kepimpinan murid kerana terdapat program atau
aktiviti yang dikendalikan sepenuhnya oleh murid. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli
jawatankuasa yang telah bertungkus lumus membuat segala perancangan dan
persediaan daripada Majlis Perasmian, pelaksanaan program-program yang
menarik sehingga Majlis Penutupan yang sangat meriah pada pagi ini. Semua
ini adalah untuk mengisi Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat SMK Seksyen
7 kerana sekolah merupakan salah satu wadah untuk menyemai rasa cinta
kepada negara terutamanya dalam kalangan murid.

Murid-murid yang dikasihi,

Semoga semua program yang telah kita laksanakan sepanjang sambutan


Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini dapat memberikan
manfaat kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Ayuh, kita sama-sama terus
suburkan semangat cinta akan negara tanah tumpah darah kita ini bukan
hanya pada bulan kemerdekaan sahaja. Saya percaya perasaan cinta kepada
negara inilah yang boleh menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan
bangsa di negara ini. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya
dengan ini merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66
dan Hari Malaysia Ke-60 serta Karnival Akademik, SMK Seksyen 7 bagi tahun
2023.

Sekian, Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa


barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai