Anda di halaman 1dari 5

SEMPENA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-64

TEMA
”MALAYSIA PRIHATIN”

SMK BANDAR TUN RAZAK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1
Yang Berusaha,

Pn. Siti Hamidah Binti Azis, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum.

Pn. Nur Munirah Teoh binti Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

En. Nor Azlan bin Mohamed, Penolong Kanan Kokurikulum,

Pn. Anisah binti Md Ali Jahn, Penolong Kanan Petang,

Guru-guru Kanan Matapelajaran, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana


dengan limpah kurnia dan iradat Nya, kita dipanjangkan umur dapat bersama-sama
pada hari ini untuk menyempurnakan sambutan Hari Kebangsaan secara maya,
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Para hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur dan gembira kerana pada
hari ini, kita masih dapat menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-64
pada tahun ini. Kita masih dapat hidup secara aman, harmoni serta menjalani
kehidupan yang baik walaupun negara dan seluruh dunia sedang berjuang
menghadapi pandamik wabak Covid-19. Semua pihak perlu bersatu hati demi
kesejahteraan, kesihatan dan kemudahan rakyat dalam Malaysia dalam berhadapan
dengan pandamik ini.

Tema sambutan tahun ini masih mengekalkan tema ‘Malaysia Prihatin’.

2
‘Malaysia’ membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu
memerangi pandamik Covid-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta,
sukarelawan mahupun orang perseorangan termasuklah murid-murid SMK Bandar
Tun Razak.

“Prihatin” pula mewakili keperihatinan kerajaan dalam mengutamakan


kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan
kelangsungan rakyat Malaysia. Bertepatan dengan situasi hari ini, banyak perkara
yang kita telah lalui bersama sepanjang pandemik dan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan memberi kesan kepada semua. Pada peringkat sekolah,
guru-guru, ahli PIBG, ibu bapa dan pelajar akan sama-sama membantu antara satu
sama lain, sekiranya terdapat sebarang masalah.

Untuk menjadi sebuah negara yang berjaya, sesebuah negara memerlukan


masyarakat yang sentiasa berilmu, berakhlak dan penuh dengan sifat
keperimanusiaan yang disulami dengan kasih sayang dan prihatin antara satu sama
lain.

Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik anda semua patut
merasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti serta mengamalkan
nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekali
gus menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.

3
Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan
tanggungjawab, begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata. Sebagai
seorang murid sekolah yang diberi infrastruktur yang lengkap untuk belajar, kita
haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita. Secara
tidak langsung, anda juga menyumbang kepada pembangunan Malaysia pada masa
akan datang.

Harapan saya, anda semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yang baik,


prihatin, berakhlak mulia, berdisiplin serta saling hormat-menghormati antara satu
sama lain apabila dewasa nanti .

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Sebagai generasi muda pada hari ini, saya percaya kamu masih kurang arif
mengenai peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada zaman sekarang,
kemerdekaan bukan sahaja sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal
semata-mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan
mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-amalan yang merosakkan
negara.

Setelah 64 tahun merdeka, keadaan kita sekarang jauh lebih baik daripada
sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh
dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat sekarang lebih berpendidikan
dan berjaya. Menjadi harapan saya agar murid-murid SMKBTR menggunakan
peluang yang ada untuk mengejar cita-cita seterusnya berjaya dalam hidup.

4
Murid-murid sekalian,

Tidak sepatutnya kita menjadikan pandemik ini asbab kita menjadi murid
yang tidak berilmu. Murid-murid perlu sentiasa bersedia untuk mengadaptasi
pendidikan dalam bentuk norma baharu serta sentiasa menjaga SOP yang
ditetapkan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya menyeru agar kitra sama-sama


menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang
termasuk di rumah kita. Kibar jalur gemilang di rumah masing-masing bukti rasa
cinta akan negara. Jalur gemilang lambang kedaulatan dan kemerdekaan negara,
bukan sekadar selembar kain.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 64 kepada seluruh keluarga besar SMK
Bandar Tun Razak. Marilah kita berdoa bersama-sama agar pandamik ini cepat
berakhir dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai