Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum WBT …

Selamat pagi dan “Salam Negaraku Malaysia” ….


Yang dihormati barisan
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian…

Tetap terserlah si askar platun,


Mara menghala barisan hadapan,
Ucap Bismillah selembar pantun,
Bicara bermula titisan ucapan.

Di sangkar merbah bertelur helang,


Punai terlepas di hutan tarah;
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.

Setiap tahun menyambut merdeka


Jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
beratus tahun kita dijajah

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur pada
hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul pada Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan Malaysia/ Kebangsaan peringkat sekolah untuk tahun 2017.

“Negaraku Sehati Sejiwa ” merupakan TEMA sambutan Bulan


Kemerdekaan Malaysia tahun ini. Saya percaya tema ini akan memberikan
kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara
dalam hati kita semua sebagai seorang warganegara Malaysia yang
cintakan tanah air.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pada tanggal 31 Ogos 2017 yang lalu genaplah negara kita menyambut
kemerdekaan untuk kali ke- 60. Sebagai generasi muda pada hari ini saya
percaya murid - murid masih kurang arif mengenai peranan dan erti
kemerdekaan sebenar. Pada zaman sekarang erti kemerdekaan bukan
sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata mata tetapi kita
harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui
pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-amalan yang merosakkan negara
kita. Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik anda
semua patut berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti
serta mengamalkan nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat
yang berbilang kaum sekaligus menjamin keamanan dan kedaulatan
negara Malaysia yang kita cintai.

Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan


tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata .
Sebagai seorang murid sekolah yang diberi infrastruktur yang lengkap
untuk belajar kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih utk
mencapai cita-cita. Secara tidak langsung anda juga menyumbang kepada
pembangunan Malaysia di masa akan datang. Harapan saya agar anda
semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yg baik , berakhlak
mulia ,berdisiplin serta hormat menghormati antara satu sama lain apabila
dewasa nanti.

Setelah 60 tahun merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik
daripada sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta
ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat
kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi harapan saya agar
murid-murid SK Batu 4 menggunakan peluang yang ada sekarang untuk
mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup.

Murid-murid sekalian,

Kalau kita lihat senario dunia sekarang peperangan berlaku di mana-mana,


ramai anak- anak kecil tidak berdosa mati dan tidak kurang juga yang
kehilangan tempat tinggal serta kematian orang-orang yang mereka
sayang. Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita bebas melakukan perkara
yang kita suka termasuk pergi ke sekolah tanpa sebarang ketakutan. Oleh
yang demikian bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk hidup
bersama dengan aman dan damai sesuai dengan TEMA kita pada tahun
ini “Negaraku Sehati Sejiwa . Biarlah kita terus menanam semangat
kemerdekaan melalui cara pemikiran minda kelas pertama sekali gus
mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara
terdahulu.

Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya utk wewarnai program tetapi
sebagai permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita
menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa cinta
yang tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar laungan MERDEKA tetapi
memahami , menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan harian
itu dengan lebih bermakna. Memerdekakan diri daripada perkara-perkara
negatif dan tidak baik amatlah penting. Sesungguhnya tujuan program
bulan kemerdekaan ini diadakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita
kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang telah kita jalankan sepanjang
bulan ogos sehingga majlis penutup hari kemerdekaan ini. Besarlah
harapan saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan
sempurna.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan


mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang
bertungkus lumus menjayakan Program Majlis Penutupan Bulan
kemerdekaan Malaysia Peringkat sekolah kali ini. Saya menyeru agar kita
sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan
jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri. Semoga dengan cara itu kita
akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme kepada tanah air
tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan dalam program ini serta
program akan datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan
perjuangan mempertahankan Kemerdekaan negara Malaysia yang kita
cintai.

Tanpa melengahkan masa lagi dengan lafaz


Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini menutup sambutan Bulan
Kemerdekaan ke- 60 peringkat SK Batu 4 2017 dengan serangkap pantun

Pakcik Wak menjahit kopiah,


kopiah dijahit beldu yang utuh,
wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai