Anda di halaman 1dari 8

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada

hari ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK


JUnjong bagi tahun 2019. Sememangnya, kita sebagai rakyat di negara ini sangat
bertuah kerana terus dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan
sejahtera.

Guru-guru dan murid sekalian,


Pada tanggal 31 Ogos 2019 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan
untuk kali ke-62. Namun, saya percaya, dalam usia kemerdekaan yang baru melebihi
setengah dekad, masih terdapat sebilangan masyarakat khususnya golongan generasi
muda yang kurang arif mengenai peranan dan erti sebenar kemerdekaan yang telah
dikecapi ini.

Pada zaman kini, erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara
fizikal semata-mata malah, kita seharusnya sentiasa peka dan menghindari penjajahan
yang lebih merbahaya iaitu penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh budaya
serta amalan negatif yang berasal dari Barat.

Jika dibiarkan, tentu negara kita akan dijajah sekali lagi meskipun bukan secara
fizikal tetapi impaknya dilihat agak setaraf dan mungkin lebih parah. Saya
sememangnya tidak mahu perkara itu berlaku khususnya dalam kalangan murid-murid
SK JUNJONG.

Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran minda
kelas pertama sekali gus mempertahan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh
para pemimpin negara yang terdahulu.

Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berasa bangga dengan amalan budaya budi
perkerti yang tinggi yang telah berjaya menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang
kaum sekali gus mengekalkan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.

Kedaulatan yang kita nikmati inilah yang telah membolehkan negara kita membangun
dengan pesatnya. Pelbagai infrastruktur dan kemudahan awam yang baik disediakan
untuk keselesaan rakyat jelata.

Lebih-lebih lagi kebijaksanaan para pemimpin dalam menyatupadukan rakyat sehingga


akhirnya masyarakat di seluruh negara hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Murid-murid sekalian,

Tahukah anda bahawa sebelum merdeka, tahap pendidikan penduduk Malaysia berada
dalam keadaan daif dan sangat ketinggalan jauh? Tidak kelihatan bangunan sekolah-
sekolah yang cantik dan bersih seperti sekarang. Kebanyakannya, dibuat daripada
kayu papan dan kelihatan usang. Matapelajaran yang diajar pula sekadar untuk
membolehkan rakyat tahu membaca. Tiada buku rujukan disediakan dan kebanyakan
ilmu yang dituntut adalah bergantung kepada pengetahuan guru yang mengajar.
Masyarakat kita kebanyakannya tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Ini kerana kedaifan hidup menjadikan mereka tidak berkemampuan untuk
menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Setelah 62 tahun merdeka, keadaan ini sudah jauh berbeza. Sekolah-sekolah dibina di
seluruh pelusuk negara dalam keadaan tersergam cantik dan mempunyai pelbagai
kemudahan seperti perpustakaan, asrama dan bilik komputer. Malah pendidikan telah
menjadi sesuatu yang wajib kepada ibu bapa. Bantuan buku teks diberi kepada yang
memerlukannya. Guru-guru yang mendidik mempunyai pengetahuan yang luas dan
kurikulumnya diperkemaskan bukan sekadar untuk membolehkan rakyat membaca
tetapi menjadi modal insan yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Sesungguhnya, kita mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan
Peringkat SK JUNJONG bagi tahun 2019 ini supaya rakyat terutamanya warga SK
JUNJONG akan lebih memahami, menghayati erti kemerdekaan dan mendalami
maksud tema kemerdekaan pada kali ke-62 ini iaitu “SAYANGI MALAYSIAKU,
MALAYSIA BERSIH”.

Oleh itu, sekali lagi saya ingin menyeru kepada murid sekalian marilah kita bersama-
sama berjuang untuk terus mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ini.
Manfaatkanlah segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang
program ini berlangsung.

Para hadirin sekalian,

Oleh itu, kehadiran kita semua pada pagi, ini bukan hanya mewarnai program ini atau
sekadar mahu bergembira bersama-sama rakan-rakan, tetapi adalah untuk
menggambarkan betapa bangganya kita dan cintanya kita kepada tanah air. Ia bukan
sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, bukan setakat meneriakkan laungan Merdeka,
tetapi memahami, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan
Kemerdekaan Peringkat SK JUNJONG bagi tahun 2019 dan menyeru agar mengibarkan
Jalur Gemilang di semua tempat yang sesuai sama ada di kenderaan, kediaman,
pejabat, premis perniagaan dan bangunan.

Semoga langkah tersebut akan menyemarakkan lagi semangat patriotisme kita


kepada tanah air tercinta ini. Saya difahamkan ahli jawatankuasa penganjur telah
membuat persiapan dan persediaan yang begitu rapi sejak beberapa minggu yang
lepas. Mari kita berikan tepukan yang gemuruh kepada ahli jawatankuasa penganjur.

Sesungguhnya, kerjasama baik yang telah ditunjukkan ini juga boleh diterjemahkan
dalam program-program akan datang, lebih-lebih lagi dalam memberi kekuatan untuk
meneruskan perjuangan mempertahan kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai
ini.

Sehubungan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan


Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK JUNJONG bagi tahun 2019.
RASIONAL LOGO
Logo ini memaparkan tiga orang dengan pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu
bentuk hati di hadapan (dada) mereka.

MAKSUD LOGO
Logo ini menggambarkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonian
rasa, seia sekata, sehati sejiwa, membara rasa sayang kepada Negara Malaysia.
Pengunaan warna-warna Jalur gemilang menggambarkan kepelbagaian dalam satu
perasaan, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Malaysia akan menjadi negara yang aman
damai dan makmur sekiranya rakyat mengamalkan integriti dan menolak rasuah.

RASIONAL TEMA
Tema Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih menekankan kepentingan perpaduan dan
semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa
mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Menonjolkan nilai integriti dan jati diri
rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

LAGU RASMI
Lagu tema Hari Kebangsaan 2019 bertajuk 'Malaysia Bersih'; ciptaan Muhammad Yuri
Mohamed Idris dan lirik oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

Lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk 'Kita Punya Malaysia' nyanyian kumpulan
Bunkface, dicipta oleh vokalisnya, Sam akan turut dinyanyikan untuk menyemarakkan lagi
semangat patriotisme, selain menyemai amalan budaya integriti dan menolak rasuah
dalam kehidupan.

Lagu ini menggambarkan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam
kepelbagaian serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam
membangunkan negara tercinta, katanya dan bakal dimainkan media-media rasmi bagi
menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Bahagia meniti indah disanjung,


Mengerat sayhdu menyusun irama,
Malaysia dihati amanat disanjung,
Lagu patriotik dinyanyi bersama
PENGENALAN

Bulan kemerdekaan menjadi acara wajib yang disambut pada setiap tahun

diperingkat sekolah. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan bagi membangkitkan

semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga sekolah. Bulan Kemerdekaan

akan dilaksanakan mulai 4 Ogos 2019 sehingga 16 September 2019.

MATLAMAT

Melalui penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan agar murid-


murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia. Di samping
itu, dapat menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia supaya kekal
aman dan terus maju

OBJEKTIF

1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid

sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.

2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat

kemerdekaan.
3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan

perpaduan di semua peringkat.

4. Mendedahkan murid kepada kaedah pembelajaran yang menarik dan efektif.

5. Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa

menjalankan kempen ini.

Tentatif

Tarikh: 4/8/2019

Masa : waktu perhimpunan (7.45 -8.15 pagi)

Tindakan:

 Guru Bertugas Mingguan sebagai pengacara majlis


 AJK Gimik Pelancaran ( Rujuk AJK pelaksana)
Atucara

 Aluan Pengawas Bertugas


 Bacaan Doa
 Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah
 Ucapan Pelancaran Guru Besar
 Simbolik/Gimik Pelancaran
 Laungan Merdeka oleh ketua murid
 Nyanyian lagu patriotik-
 KeranaMu Malaysia
 Sehati Sejiwa
 Jalur Gemilang
 Bersurai
1. Jalur Gemilang direka oleh seorang arkitek
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan
Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat
perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah
itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke
peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi
oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama
tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna
kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk
memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat
umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November
1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang
arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah.

2. Lagu “Negaraku” asalnya merupakan lagu rasmi negeri Perak


Sewaktu Kemederkaan, negara tidak mempunyai lagu kebangsaan. Oleh itu, Tunku Abdul
Rahman – yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri – telah menganjurkan
pertandingan untuk mencari lagu kebangsaan yang sesuai.
Mereka telah menerima sejumlah 512 penyertaan, namun tiada yang sesuai. Akhirnya
Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengadaptasi lagu rasmi negeri Perak
berjudul “Allah Lanjutkan Usia Sultan” , sebagai lagu kebangsaan. Bersama-sama dengan
panel juri, Tunku menulis lirik baru lagu “Negaraku”.
3. Tarikh dan Lokasi Sebenar Tunku Abdul Rahman mengumumkan
Kemerdekaan
Kita sudah terbiasa mendengar sejarah Merdeka dan laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali
pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman di Dataran Merdeka.
Tapi tahukah anda bila kah tarikh sebenar pengumuman kemerdekaan oleh Tunku? Tarikh
sebenarnya adalah pada 20 Februari 1956 di Padang Bandar Hilir in Melaka!
Ini kerana Melaka merupakan negeri di mana pencerobohan penjajah bermula
(Pencerobohan Portugis pada 1511 dan Belanda pada 1641) sebelum seluruh
Semenanjung Malaysia dijajah oleh British, yang mendorong Tunku untuk menjadikan
Melaka untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan.
Dengan keris pukal berusia 100 tahun di tangan kanannya dan laungan Merdeka
sebanyak beberapa kali, Tunku mengumumkan 31 Ogos 1958 sebagai tarikh rasmi
Kemerdekaan di hadapan 100,000 rakyat jelata yang bersorak gembira.
4. Eksperimen pertama Khidmat Negara adalah pada 50 tahun yang lalu
Program Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan secara rasminya bermula pada 2003,
tapi tahukah anda eksperimen pertama Malaysia untuk Khidmat Negara bermula lebih 50
tahun yang lalu?
Pada 1962, sewaktu Konfrontasi Indonesia, kerajaan telah mengambil keputusan untuk
memanggil semua pemuda pemudi berusia 21 dan 28 tahun untuk latihan ketenteraan
selama 2 tahun.
5. Nama tertua Malaysia?
Sebelum Malaysia mendapat namanya, Ptolemy – seorang ahli geografi Greco-Roman
menamakan negara kita Aurea Chersonesus, bermaksud ‘Semenanjung Emas’. Nama itu
ditemui di dalam bukunya Geographia yang ditulis pada A.D.150.

6. Kesultanan Kedah merupakan Kesultanan tertua di dunia


Kesultanan Kedah merupakan kesultanan terawal di di Semenanjung Melayu, dan ia
dikatakan yang tertua di dunia. Didakwa dijumpai pada tahun 1136, Sultan Mudzafar Shah
I telah disenaraikan sebagai Sultan Kedah yang pertama. Sultan terkini Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah, merupakan Sultan Kedah yang ke-28.

7. Sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara terletak di Pulau Pinang


Penang Free School akan menyambut ulangtahun yang ke 199 tahun ini. Ia ditubuhkan
oleh Rev. Sparke Hutchings di awal 1816, menjadikannya sekolah medium Inggeris yang
tertua di Asia Tenggara.
‘Old Frees’ yang terkenal – terma yang merujuk kepada untuk alumninya – adalah
termasuk Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman, artis lagenda Tan Sri
P. Ramlee dan hero badminton Dato’ Eddy Choong.
Kita akan bertemu lagi di Bahagian 2 blog ini minggu depan untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai fakta-fakta tanahair tercinta kita.
Jangan lupa untuk terus mengikuti kami di EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-
manfaat perlindungan sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Anda juga
mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pelan anda dengan manfaat-manfaat tambahan
yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan perlindungan anda. Teruskan
mengikuti Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful sekarang juga!
Sempena menjelang Bulan Merdeka 2017, elok kita rujuk 10 fakta menarik mengenai
merdeka. Tahukah Anda?
1. Pilihan raya Persekutuan Pertama diadakan pada 27 Julai 1955. UMNO, MCA, MIC,
Parti Negara, PAS dan Parti Buruh bertanding merebut 52 kerusi dipertandingkan.
2. Siti Rahmah rakyat pertama menyerahkan gelang emas (hadiah pernikahan dari
ayahnya) kepada Tunku Abdul Rahman untuk biaya ke London dalam rangka menuntut
kemerdekaan Malaysia dari Inggeris. Dia kemudian dikenal sebagai “Tokoh Gelang
Kemerdekaan”.
Mengimbau peristiwa ucapan Tunku Abdul Rahman pada Persidangan UMNO di Dewan
Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka pada 1955.
“Saya ni nak pi (pergi) London. UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit. Saya
jual istana… ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau,
saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya merdeka”.
3. Perjalanan Tunku Abdul Rahman bersama rombongan kemerdekaan ke London
menggunakan kapal. Kenapa?
a. Tempoh belayar digunakan untuk merangka dan menyusun segala hujah dan membidas
segala pertanyaan dan kekeliruan yang akan diajukan pihak British. Selain memupuk
semangat kebersamaan di kalangan delegasi merdeka.
b. Delegasi pulang menggunakan kapal terbang kerana mereka ingin menyegerakan berita
gembira kepada rakyat tanah air.
Pada 1 Januari 1956, Tunku dan rombongan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan kapal
laut MV Asia dari Singapura.
4. Tunku melaungkan Pengisytiharan “MERDEKA” sebanyak 7 kali sebagai Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat di Stadium
Merdeka.
5. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa
Melayu yang dalam tulisan jawi dan Bahasa Inggeris.
6. Pada 21 Mac 1956, satu suruhanjaya bebas dikenali sebagai Suruhanjaya Reid dibentuk
untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
7. Rombongan Tunku sampai di London pada 14 Januari 1956. Mereka kemudiannya
berunding dengan perwakilan British, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan dan
Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu. Rundingan bermula 16 Januari
hingga 6 Februari 1956.
8. Draf Perlembagaan dibincangkan di London pada 10 Mei 1957. Antaranya, Bahasa
Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan
9. Bendera Union Jack diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen yang
dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran Britih di
Tanah Melayu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu
kebangsaan Negaraku.
10. Runding Baling diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1956 bersama Chin Peng,
Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menyelesaikan isu
pemberontakan komunis.

Anda mungkin juga menyukai