Anda di halaman 1dari 1

Pendidikan Nasional

Penyerapan Pendidikan Nasional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk memupuk sikap cinta akan negara dan mengukuhkan jati diri pelajar sebagai warganegara Singapura. Nilai patriotisme yang terkandung dalam Pendidikan Nasional hendaklah disemai secara tidak langsung melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang sesuai. Usaha ini hendaklah dilaksanakan dengan perancangan yang teliti agar perutusan yang hendak disampaikan dapat difahami dan dihayati oleh setiap pelajar. Pendidikan Nasional mengandungi enam perutusan berikut: 1. Singapura tanah air kita; di sini tempat kita. Kta mahu mengekalkan warisan dan cara hidup kita. 2. Kita mesti mengekalkan keharmonian kaum dan agama. Walaupun kita terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, kita mempunyai nasib yang sama. 3. Kita mesti mendukung meritokrasi dan sifat amanah. lni bermakna peluang bagi semua, mengikut kebolehan dan usaha mereka. 4. Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura. Kta mesti mencari ialan sendiri untuk bertahan dan mencapai kemakmuran. 5. Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura. Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan kita. 6. Kita mempunyai keyakinan terhadap masa depan kita. Dengan bersatu, berazam dan bersedia, kita akan membina masa depan yang cerah bagi diri kita sendiri. Sebagai pelanjutan kepada perutusan di atas, Pendidikan Nasionat juga memberikan tumpuan pada penglibatan pelajar dan penyediaan ruang bagi pelajar menyumbang kepada masyarakat. Satu kerangka yang melibatkan 'minda, hati dan tenaga'diusulkan sebagai panduan. Dengan kata-kata lain, melalui 'minda', para pelajar digalakkan agar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, mengetahui dan memikirkan isu-isu yang melibatkan Singapura dan memahami isu-isu tersebut secara mendalam. 'Hati' pelajar juga perlu terus dipupuk agar mereka menyedari bahawa mereka merupakan sebahagian daripada Singapura, mempunyai rasa kecintaan terhadap Negara dan menghargai negara sebagai tempat mereka dilahirkan dan dibesarkan. Selain itu, para pelajar perlulah diberi peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan menyedari bahawa setiap individu mempunyai peranan untuk mencipta, membina dan memimpin bagi kemakmuran, penakatan dan kesejahteraan Singapura.

Anda mungkin juga menyukai