Anda di halaman 1dari 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANThis is the html version of the file

http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/psk/sp_psk_kbsr.pdf.
Google automatically generates html versions of documents as we crawl the web.
Page 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKurikulum Bersepadu Sekolah RendahSukatan
Pelajaran PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Page 2
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKurikulum Bersepadu Sekolah RendahSukatan
PelajaranPENDIDIKAN SIVIKDAN KEWARGANEGARAANPUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

Page 3
iRUKUN NEGARABAHAWASANYAnegara kitaMalaysia mendukung cita-cita hendamencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnyamemelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mankemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksamamenjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yankaya dan berbagai-bagai corak; membina
satu masyarakat progresif yang akamenggunakan sains dan teknologi moden;MAKA
KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dausaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsiberikut
:-KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN
PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 4
iFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
darisegiintelek,rohani,emosidan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pegetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriserta memberisumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 5
KATA PENGANTARKurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara
bagmenyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan
akadatang. Penggubalan kurikulum mata pelajaran ini bertujuan memantapkan
AktPendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, damenyediakan
murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.Penggubalan kurikulum mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraaini, memberi penekanan kepada nilai
murni dan semangat patriotik bagmenyediakan murid untuk memainkan peranan dan
tanggungjawab mereksebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu
pengetahuan luasberetika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya
menyelesaikamasalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini
dapamembentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatassegala
rintangan dan cabaran hidup.Mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras untuk
semua murid tahap duperingkat sekolah rendah. Kandungan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Sivik daKewarganegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik,
kemahiran sividan nilai sivik.Adalah diharapkan guru-guru menghayati dan
melaksanakan kehendakkehendak sukatan pelajaran ini agar matlamat dan objektif
yang telah ditetapkaakan tercapai.Kementerian Pelajaran merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapaterima kasih kepada semua pihak yang
terlibat atas sumbangan kepakaranmasa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan
pelajaran ini.(TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT) Ketua Pengarah Pelajaran
MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia

Page 6
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANPERINGKAT SEKOLAH
RENDAHPendahuluanPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran
yanmemainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah
bagmelahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akanegara.
Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan dirhubungan dengan orang
lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaraini juga adalah wahana bagi
mewujudkan semangat perpaduan dan apresiaspelbagai budaya masyarakat negara ini.
Kandungan mata pelajaran inmembolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran
dan nilai sivik bagmenghadapi cabaran masa depan.Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan menekankan empat prinsipendidikan yang penting iaitu belajar
untuk mengetahui (learning to know)belajar untuk bertindak (learning to do),
belajar untuk hidup bersama (learning tlive together) dan belajar untuk
membentuk peribadi (learning to be). Belajauntuk mengetahui membolehkan murid
menguasai ilmu bagi membina perasaadan tingkah laku sivik. Belajar untuk
bertindak merujuk kepada aplikaspengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian
murid yang dikembangkamenerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.
Belajar untuk membentuperibadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh
dari segi rohanintelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup
bersama merupakaasas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam
masyarakaberbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam
keluargakomuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untusemua murid sekolah rendah Tahap
II. Selaras dengan ini, pihak sekolabertanggungjawab membina sahsiah dan potensi
murid dengan pengetahuankemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk
melaksanakan hak datanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan
pemikiran kritis dakreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang
dapat memainkaperanan yang berkesan dalam keluarga dan
masyarakat.MatlamatPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi
kesedarakepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka
dalammasyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan
warganegaryang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah
kesejahteraamasyarakat, negara dan dunia.

Page 7
ObjektifObjektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu
pengetahuankemahiran dan nilai.Objektif Pengetahuan :i.Mengenal pasti tingkah
laku yang boleh menyumbang terhadapembangunan watak yang mulia.ii. Menerangkan
peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluargyang bahagia.iii. Menjelaskan
kepentingan hidup bersama secara harmoni.iv. Memahami pelbagai agama, tradisi
dan budaya masyarakat Malaysia.v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan
sumbangan pemimpinegara.vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam
masyarakat.Objektif Kemahiran :i.Menguruskan diri dengan baik dan
bertanggungjawab.ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku.iii.
Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan damasyarakat.iv.
Menangani konflik diri, keluarga dan rakan.v. Belajar hidup bersama untuk
kesejahteraan diri dan masyarakat.vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk
kebaikan bersama.vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira
kepentingan didan orang lain.Objektif Nilai :i.Mempunyai keyakinan terhadap
kebolehan diri.ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.iii.
Menghormati kaum dan budaya lain.iv. Menyayangi alam sekitar.v. Menunjukkan
semangat kekitaan.vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka.vii.
Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

Page 8
Organisasi KandunganPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan
terhadapenguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik
terdidaripada maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta
menggunakannyuntuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan.
Maklumaasas ini merangkumi aspek perkembangan diri, hubungan
kekeluargaaninteraksi dengan orang lain, masyarakat pelbagai kaum dan budaya di
Malaysiapentadbiran negara dan cabaran masa depan.Kemahiran sivik terdiri
daripada kemahiran melibatkan diri dalam aktivitaktiviti di dalam dan di luar
bilik darjah. Kemahiran ini membolehkan murimembuat keputusan, menyelesaikan
masalah, meningkatkan kesedaran sividan memberi sumbangan terhadap pembangunan
keluarga dan masyarakat.Komponen nilai sivik terdiri daripada nilai murni yang
perlu untuk melahirkainsan yang berakhlak mulia dan warganegara yang
bertanggungjawab. Nilai siviini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati
hak orang lain, adil, saksamdan patriotisme. Nilai sivik juga menekankan
penghargaan terhadap persamaadan kelainan dalam masyarakat pelbagai budaya.1.
Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kandungan mata pelajaran ini
digubal secara tematik. Penggubalan tema inmengambil kira struktur hubungan
murid dengan persekitarannya, bermula dadiri sendiri, hubungan dengan keluarga,
masyarakat sekolah, komuniti luasekolah, negara dan cabaran masa depan murid.
Dalam konteks ini, murididedahkan dengan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang menjadciri-ciri masyarakat Malaysia.Tema yang ditetapkan adalah seperti
berikut:i. Sayangi DiriTema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara
murimengenal, mengurus dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentanhak dan
tanggungjawab mereka sebagai kanak-kanak. Topik dalam temini ialah:• Mengenali
diri• Keyakinan diri• Pengurusan diri• Disiplin diri• Pengurusan masa • Hak dan
tanggungjawab kanak-kanak

Page 9
ii. Sayangi KeluargaTema ini menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota
keluargdan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agamaTopik
dalam tema ini ialah:• Mengenali keluarga sendiri• Peranan dan tanggungjawab
anggota keluarga asas• Hubungan keluarga kembangan• Keluarga yang harmoni
mengikut ajaran pelbagai agama dakepercayaan iii. Hidup Bersama di Sekolah dan
MasyarakatTema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam
komunisekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alamsekitar
dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraahidup bermasyarakat.
Topik dalam tema ini ialah:• Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah •
Semangat kejiranan • Aktiviti kejiranan • Tanggungjawab terhadap kawasan
persekitaran • Kebersihan dan keceriaan persekitaran • Peranan agensi tempatan
iv. Kenali Budaya MalaysiaTema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya
masyarakat datanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai
warisabudaya negara. Topik dalam tema ini ialah:• Kenali dan apresiasi kekayaan
pelbagai warisan budaya Malaysia • Kenali adab sosial warisan budaya Malaysia •
Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budayMalaysiav. Malaysia Negaraku
Tema ini menghuraikan aspek identiti negara, sistem kerajaan
Malaysiakepemimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalkakemerdekaan
negara. Topik dalam tema ini ialah:• Kenali Malaysia• Bangga dengan identiti
negara • Kenali sistem kerajaan Malaysia

Page 10
• Kenali dan hormati pemimpin negara • Hargai perjuangan tokoh-tokoh•
Tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan vi. Sedia Hadapi Cabaran Tema ini
menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa depan, ciindividu terpuji dan
kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Topik dalamtema ini ialah:• Membina
budaya cemerlang untuk masa depan • Ciri-ciri peribadi terpuji• Remaja yang
sihat dan cergas Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan
guru bolemenyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku
dalamsekolah, masyarakat atau di peringkat kebangsaan. Misalnya, tema
MalaysiNegaraku boleh diajar dalam konteks sambutan bulan kemerdekaan supaymurid
dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegardengan lebih
berkesan dan bermakna.2. Projek Kewarganegaraan Projek Kewarganegaraan merupakan
komponen penting dalam kurikulumPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Projek
Kewarganegaraan ialah kerjamali yang dijalankan di luar jadual waktu
persekolahan. Murid dikehendakmenjalankan satu Projek Kewarganegaraan
sekurang-kurangnya 10 jamsetahun dan menyediakan laporan dalam bentuk portfolio.
Melalui projek inmurid diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai sivikPenyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan
warganegaryang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara.Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan murimenjalankan
kerja projek mengikut tema seperti dalam senarai cadangadi bawah. Namun begitu,
guru dan murid boleh memilih projek lain yandifikirkan sesuai dengan
persekitaran, tahap dan pencapaian murid.Tahun TemaCadangan Projek 4 • Sayangi
Diri• SayangiKeluarga − Brosur Penjagaan Kesihatan Diri− Brosur Penjagaan
Keselamatan Diri− Projek Hari Ibu Bapa− Kempen Budaya Sopan

Page 11
5 • Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat• Kenali Budaya Malaysia− Projek
Menceriakan Sekolah− Projek Menghijaukan Sekolah− Projek Haiwan Peliharaan −
Projek Membersihkan Jalan/Pantai/TempatRekreasi/Tempat Beribadat di Kawasan
Setempat− Sudut Maklumat Adat Resam Kaum− Hari Kebudayaan Pelbagai Kaum− Projek
Mengenali Bahasa-bahasa di Malaysia 6 • MalaysiaNegaraku • Sedia HadapiCabaran −
Brosur Tempat-tempat Menarik di Malaysia− Projek Bendera Sekolah/Negeri/Jalur
Gemilang − Kempen Sifar Ponteng − Kempen Anti Merokok − Kempen Pengukuhan Bahasa
Inggeris− Pusat Aduan Murid − Stesen Radio SekolahStrategi PelaksanaanDalam
usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagamata pelajaran
menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dapembelajaran mesti
digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus membepenumpuan kepada pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid daberorientasikan aktiviti hands-on di dalam
dan di luar bilik darjah. Oleh itustrategi yang dijalankan sewajarnya dapat
meningkatkan pengetahuan muritentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran
dan memupuk nilai sivike arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab,
patriotik dan bersatpadu.PenilaianUntuk mengukur pembelajaran murid dalam
Pendidikan Sivik daKewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai,
guru digalakkamenggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk
penilaian yanboleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku,
ujian, tugasadan laporan.

Anda mungkin juga menyukai