Anda di halaman 1dari 14

Lampiran 1

Dari hasil kajian kami tentang erti merdeka. Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh. Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

RUKUN NEGARA :
- BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

KATA PENGANTAR :
-Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penggubalan kurikulum mata pelajaran ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dan cabaran hidup. Mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah

menengah. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Adalah diharapkan guru akan menghayati dan melaksanakan kehendakkehendak sukatan pelajaran ini agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan akan tercapai. Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH Pendahuluan :
-Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yan memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menenggah bagi melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Kandungan mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada hubungan murid dengan masyarakat, peranan, hak dan tanggungjawab murid sebagai warganegara dan pemupukan nilai yang perlu untuk membentuk individu yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara. Justeru, unsur-unsru patriotisme dan perpaduan menjadi intipati dalam perancangan kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan peringkat menengah. Mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berinteraktif dan berpusatkan murid. pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsi pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning t live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui dapat mengembangkan kebolehan murid menguasai ilmu dan membantu mempengaruhi perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untku bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Prinsip ini membolehkan murid menguasai kemahiran untuk kerjaya masa depan dan kemahiran menghadapi serta menangani cabaran Belajar untuk membentuk peribadi penting bagi perkembangan menyeluru setiap individu yang merangkumi aspek rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosial Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dan amat bersesuaian dengan latar masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, unsur perpaduan dalam keluarga komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan. Murid perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik dan kewarganegaraan untuk melahirkan warganegara yang patriotik dan dapat memainkan peranan yang

konstruktif dalam pembangunan negara. Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedara kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraa masyarakat, negara dan dunia.

Objektif :
-Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan kemahiran dan nilai.

Objektif Pengetahuan :
1)Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhada pembangunan masyarakat dan negara. 2)Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentuka masyarakat yang sejahtera. 3)Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untu mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. 4)Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresi dinamik dan patriotik. 5)Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhada pembangunan negara. 6)Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang bole menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Objektif Kemahiran :
-Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. -Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluargaan yang bahagia. -Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. -Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. -Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. -Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. -Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

Objektif Nilai:
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat da negara. ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yan mapan. iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaa masyarakat Malaysia. iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegar

yang bertanggungjawab. vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

Organisasi Kandungan :
-Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhada penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik terdi daripada maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakanny untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Makluma asas ini merangkumi aspek pencapaian kendiri, hubungan kekeluargaan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia, sistem politik dan perundangan, ekonomi dan cabaran masa depan. Kemahiran sivik terdiri daripada kemahiran intelektual dan partisipator Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan membe sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Komponen nilai sivik terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirka insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivik ini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati hak orang lain, adil, saksama patriotisme dan integriti. Nilai sivik juga menekankan komitmen untu memelihara proses demokrasi dan menghargai persamaan dan kelainan dalam masyarakat pelbagai budaya.

1. Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


-Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema in mengambil kira dimensi peribadi dan sosial murid yang berkembang dari di individu, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar sekolah negara dan cabaran masa depan yang juga merangkumi masyarakat globa Dalam konteks ini unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik menjadi fokus pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut:


i. Pencapaian Kendiri -Tema ini menghuraikan tentang perkembangan diri ke ara kecemerlangan yang meliputi aspek identiti dan wawasan diri, sifat-sifat peribadi mulia, kebolehan membuat keputusan, pemilihan kerjaya dan pendidikan sepanjang hayat. Topik dalam tema ini ialah:

Identiti diri Penyelesaian konflik Kecemerlangan diri Pilihan kerjaya Keputusan yang bijak dan adil Wawasan diri

Perkembangan diri yang seimbang Pendidikan sepanjang hayat untuk pembangunan negara Perikemanusiaan ke arah kesejahteraan negara

ii. Hubungan Kekeluargaan -Tema ini menghuraikan pembinaan keluarga bahagia, keperlua berkeluarga dan persiapan hidup berkeluarga. Topik dalam tema ini ialah:

Keluarga bahagia Perpaduan dalam keluarga Tanggungjawab terhadap keluarga Keperluan berkeluarga Persiapan membina keluarga ke arah pembentukan masyarakat

iii. Hidup Bermasyarakat -Tema ini menghuraikan aspek hubungan individu dengan anggot masyarakat dan alam sekitar, cara menangani isu-isu sosial da sumbangan individu terhadap pembangunan masyarakat dan negara Topik dalam tema ini ialah:

Bangga terhadap sekolah Penjagaan dan peningkatan imej sekolah Hormati hak orang lain Pemupukan semangat kekitaan Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah alam sekitar Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat Peraturan dan undang-undang dalam masyarakat Sumbangan terhadap pembangunan masyarakat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
iv. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia -Tema ini menghuraikan aspek pengekalan dan penghargaan terhada warisan budaya dan pemahaman tentang ajaran dan amalan pelbaga agama masyarakat Malaysia. Topik dalam tema ini ialah:

Cerita rakyat pelbagai kaum Warisan kesenian pelbagai kaum Adat resam dan pantang larang pelbagai kaum Prinsip-prinsip penting dalam ajaran agama Kepentingan amalan-amalan tertentu dalam perayaan

pelbagai kaum Sumbangan pelbagai pihak terhadap warisan budaya Malaysia Mempromosikan warisan budaya Malaysia di dalam dan di luar negara
v. Malaysia Negara Berdaulat -Tema ini menghuraikan unsur patriotik dan kedaulatan negara, sistem pemerintahan negara dan hak dan tanggungjawab warganegara. Topik dalam tema ini ialah:

Kerajaan demokrasi Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia Raja Berperlembagaan Tugas dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokras Jentera pentadbiran Negara Malaysia Kenali kementerian-kementerian di Malaysia Kepentingan Perlembagaan Malaysia Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia Mengekalkan kedaulatan negara Melengkapkan diri untuk mewarisi negara

vi. Cabaran Masa Depan -Tema ini menghuraikan tanggungjawab dan sumbangan masyaraka terhadap negara dan keamanan sejagat serta kesediaan menghadap cabaran globalisasi. Topik dalam tema ini ialah:

Kesinambungan kesejahteraan rakyat Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara Bekerjasama dan bersatu padu dalam menghadapi pelbagai cabaran Mengekalkan keamanan negara dan sejagat Memastikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dipraktikkan Membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran nega Pengguna yang rasional Menjana pembangunan negara Menangani cabaran globalisasi Mengekalkan dan meningkatkan pengiktirafan dunia terhada negara
-Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru bole menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam sekolah, masyarakat, negara atau di peringkat antarabangsa. Misalnya, Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan bula

kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabny sebagai warganegara dengan lebih berkesan dan bermakna.

2. Khidmat Masyarakat
-Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Khidmat Masyarakat ialah kerja ama yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid dikehendak menjalankan satu projek Khidmat Masyarakat sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Melalui Khidmat Masyarakat ini, muri diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik Penyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan warganegar yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan muri menjalankan kerja projek mengikut tingkatan dan tema seperti dalam senara cadangan di bawah. Namun begitu, murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai. Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat 1 Pencapaian Kendiri Hubungan Kekeluargaan

- Projek Learning to Say No - Projek Kaunseling Rakan Sebaya - Projek penjagaan kesihatan dan keselamatan diri - Kajian kehidupan keluarga pada masa depan - Profil keluarga asas dan kembangan 2 Hidup

Bermasyarakat - Projek mengindahkan kawasan tempat tinggal - Projek rekreasi tempat tinggal - Projek kenali jiran tetangga - Projek job week - Projek membantu warga tua di rumah kebajikan - Projek membersihkan tempat beribadat/ rumah orang tua/rumah kebajikan - Cadangan meningkatkan kemudahan awam untuk golongan kurang upaya - Projek khidmat sukarela di rumah anak yatim/kanak-kanak istimewa 3 Warisan

-Kepelbagaian Budaya Malaysia - Persembahan kebudayaan pelbagai kaum - Projek jualan makanan pelbagai kaum - Pameran pelbagai budaya Malaysia

- Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarah - Kajian seni bina bangunan bersejarah - Projek stesen radio sekolah Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat 4 Malaysia

Negara Berdaulat - Kajian tentang sumbangan pemimpin - Pengumpulan episod menarik dalam sejarah - Pengumpulan kisah/cerita patriotik - Pameran maksud/erti Merdeka - Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara - Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia - Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat: Contohnya:. Meningkatkan sistem pengangkutan awam . Menempatkan semula setinggan . Membersihkan sungai/jalan/pantai/kawasan rekreasi . Menghijaukan kawasan setempat 5 Cabaran Masa Depan

- Merancang mata pelajaran futuristik untuk sumber manusia masa depan - Projek merekacipta sistem pengangkutan mesra alam - Cadangan menyelesaikan masalah perumahan/kesesakan lalu lintas/ pengangkutan - Kajian punca dan cara mengatasi gejala gengsterisme di sekolah - Kajian tentang cabaran sistem kekeluargaan masa depan - Kajian kes isu sosial di kawasan setempat - Merancang khemah pelarian atau perkhidmatan kecemasan bencana alam - Merancang projek kerjasama serantau ke arah keamanan sejagat

Strategi Pelaksanaan :
-Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebaga mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran da pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus membe penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan muri tentang isu sivik dan kewarganegaraan, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik dan kewarganegaraan ke arah melahirkan warganegar yang bertanggungjawab, patriotik dan dapat menyumbang ke ara pembangunan negara.

Penilaian :

-Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakka menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yan boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan dan laporan.

MERDEKA ANJAKAN PARADIGMA


-Lebih kurang 40 tahun dahulu, di masa kita baru merdeka beberapa tahun,

moyang saya pernah menceritakan bahawa dunia ini terletak di atas hujung tanduk seekor lembu, yang duduk di atas belakang seekor ikan paus besar, yang berenang dalam sebuah lautan yang sangat luas. Saya pun meluaskan kepercayaan tersebut kepada kawan-kawan yang seterusnya memanjangkan kepada yang lain. Cerita tersebut kononnya ada tertulis dalam kitab ugama yang lama-lama dan diajar di pondok-pondok. Ini telah menjadi kepercayaan ratusan ribu, mungkin jutaan, orang Islam dahulu kala yang berilmukan kepada kitab tulisan manusia. Setelah merdeka selama lebih 40 tahun, baru saya faham bahawa asal cerita tersebut adalah dari seorang penulis dan penafsir Al-Quran yang termashur di kalangan orang Islam tradisi. Sekarang kita boleh katakan fahaman itu adalah karut belaka walau pun ianya ditulis dalam sebuah kitab tafsir unggul yang masih menjadi rujukkan ramai ustaz dan ulamak. Selepas lebih 47 tahun merdeka, ramai lagi orang Melayu Islam yang masih merujuk dan bergantung kepada kata-kata, tulisan dan fatwa manusia sebagai pegangan dan kepercayaan untuk dijadikan ibadah. Merdekakah manusia bila mereka masih percaya bahawa - Iblis tidur dalam jamban atau pun lubang hidung, iblis terkentut bila dengar azan, ruh orang yang mati melawat saudara mara mereka pada malam jumaat dan hari raya, malaikat pakai serban dan berbagai-bagai lagi cerita dongeng dan karut yang tiada asasnya dan tidak menganjurkan perkembangan minda. Orang Islam tradisi sungguh payah, atau mungkin takut, untuk menyoal pendapat ulamak-ulamak, ustaz-ustaz, mufti-mufti , terutamanya bila katakata atau pendapat dikatakan dirujukkan kepada kitab seseorang (yang selalunya bernama Ibn Anu atau Syeikh Anu). Apa saja yang ulamak kata, mereka mesti setuju dan akur . Siapa sekarang berani menyangkal tulisan atau tafsiran Ibn Kathir walau pun beliau mengatakan dunia berada diatas tanduk lembu.

Allah mengatakan dalam Al-Quran, Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. (Al-Quran 6:114). Manusia, sama ada Melayu atau Arab, sama ada ulamak atau jurutera adalah selain Allah. Hanya kata-kata Allah yang dikumpulkan dalam AlQuran sahaja boleh di jadikan sebagai petunjuk dan pegangan mutlak. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui. (al-Quran 6:115) Bila Allah kata Dia Allah, satu (al-Quran 112:1) kita tidak perlu kepada ulamak untuk memahami dan yakin. Bila Allah kata Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (al-Quran 2:2) , apakah masih perlu kita perlu rujuk kepada ulamak apa maksud tiada keraguan, setakat mana tidak boleh ragu, apa yang masih ragu, dan bermacam-macam lagi keraguan. Manusia masih ragu kepada al-Quran. Sebab itulah mereka mencari rujukan-rujukan selain daripada al-Quran, walau pun Allah kata Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam (al-Quran 10:37). Bila Allah kata Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (al-Quran 54:17) ulamak masih mengatakan al-Quran payah untuk di fahami; ilmu asas yang tertentu diperlukan dan al-Quran mestilah memahami dari pentafsir. Bila Allah mengatakan bahawa Dia yang Mengajar al-Qur'an (al-Quran 55:2) ulamak masih ragu dan mengatakan belajar al-Quran mesti melalui ustaz atau ulamak. Mereka menyebut hadith yang mengatakan belajar Quran tanpa guru adalah berguru dengan syaitan. Persoalannya, siapakah yang mentauliahkan ustaz dan ulamak. Yang pastinya manusia sendiri yang memberi tauliah tersebut, tetapi tiada cara yang terperinci atau sistematik. Pada kebiasannya, untuk digelar ustaz atau ulamak, seseorang mesti pernah belajar di negara Arab atau pun pondokpondok; dan mesti berjanggut dan sekurang-kurangnya berketayap. Pernah berlaku pada tahun 2000, seorang pendakwah ternama telah dilucutkan

gelaran ustaz dan al-Hafiz hanya kerana silap faham berkaitan dengan kesahihan al-Hafiz beliau. Jadi, setelah lebih 47 tahun merdeka, kita seharusnya memerdekakan minda dan menganjakkan paradigma dalam memahami al-Quran. Kita mesti merdeka dari kongkongan fahaman dan cara tradisi yang bergantung terus kepada ustaz dan ulamak. Kita mesti merdeka kepada pemahaman Islam mengikut apa yang dikehendakki Allah melalui al-Quran, hanya Al-Quran. Kita harus berani menyangkal pendapat atau pun fatwa ulamak yang mengatakan, sebagai contoh bahawa tidak mempercayai hadith adalah murtad. Kita harus merdeka untuk mengatakan bahawa Islamnya seseorang, masuknya syurga atau neraka seseorang itu adalah keputusan dan hak Allah sahaja. Kita harus berani memahami isi kandungan dan maksud alQuran secara sendiri, dengan pertolongan Allah. Al-Quran telah jelaskan ciri-ciri mereka yang akan masuk syurga atau neraka. Namun begitu Allah memerintah Nabi Muhammad, Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk memanfaatkan diriku atau memudaratkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentu aku mengambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan menyentuhku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai." (al-Quran 7:188) Kita harus berani menyangkal apa saja pendapat, fatwa sesiapa saja yang beralawanan dengan maksud alQuran. Bila Allah mengatakan Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengharamkan benda-benda yang baik yang Allah menghalalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak menyukai orangorang yang mencabul. (al-Quran 5:87), manusia masih tidak percaya bahawa al-Quran itu lengkap, maka mereka menambah bermacam-macam pengharaman kepada apa yang al-Quran tidak sebut. Kita mestilah merdeka dan berani mengatakan, sebagai contoh, bahawa lelaki boleh memakai sutera kerana al-Quran tiada mengharamkannya. Kita mesti merdeka dan berani mengatakan apa yang diharamkan adalah jelas dalam al-Quran, maka apa yang tidak disebut adalah tidak diharamkan. Sedangkan Nabi Muhammad di soal, Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih. (alQuran 66:1), siapalah kita untuk menukar dan menokok tambah hukumhukum Allah.

Pada tahun tujuh puluhan, tiada siapa yang berani naik mesjid atau madrasah kalau tak pakai kain pelikat atau ketayap. Sekarang kita telah merdeka, sudah berani beriktiqad bahawa boleh solat pakai track suit atau jeans dan baseball cap tanpa sejadah. Kita mesti terus menganjakkan paradigma kemerdekaan kepada yang lebih liberal dan dinamik sehingga berani bertanggung jawab terus kepada Pemelihara dan tidak bergantung kepada pengantara. Katakanlah, "Adakah kamu berdebat dengan kami mengenai Allah, dan Dia, Pemelihara kami dan Pemelihara kamu? Bagi kami amalan-amalan (perbuatan) kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; kepada-Nya kami menuluskan (al-Quran 2:139). Setiap insan bertanggung jawab terhadap amalan sendiri. Katakanlah, "Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa yang kamu buat." (al-Quran34:25) Allah mengurniakan kita minda dan Allah menganjurkan supaya kita berfikir. Sebagai contoh Allah mengatakan Dia yang menurunkan kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya, dan daripadanya pokok-pokok, untuk kamu membiarkan ternakan kamu makan (al-Quran 16:10) Dan dengannya Dia menumbuhkan untuk kamu tanaman, dan zaitun, dan palma, dan anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan. (al-Quran 16:11). Perhatikan di sini bahawa Allah menganjurkan kita berfikir untuk memahami dan menyebati segala fakta fasal air telah dijelaskan sebelumnya. Banyak lagi ayat-ayat yang menganjurkan supaya kita berfikir. Sebagai contoh, Tidakkah mereka berfikir? Tiadalah kegilaan pada teman mereka; dia tidak lain hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas (al-Quran 7:184) Tetapi masih ramai, termasuk ulamak yang meragui al-Quran dengan mempercayai, tanpa berfikir, bahawa Nabi Muhammad boleh memberi bantuan melalui syafaat di akhirat nanti (dengan berselawat); walau pun Allah memerintahkan Nabi Muhammad supaya menjelaskan bahawa beliau tiada kuasa berbuat demikian sebagaimana dalam ayat 7:188 di atas. Setelah 47 tahun merdeka, marilah kita benar-benar merdeka; merdeka untuk berfikir dan memahami sendiri, merdeka untuk memahami al-Quran tanpa pengaruh fahaman-fahaman di luar al-Quran, merdeka untuk menyoal dan menyanggah pendapat-pendapat yang tidak berlandaskan alQuran, merdeka untuk bersetuju dengan pendapat yang jelas berlandaskan al-Quran walau pun radikal dan berlawanan dengan ulamak.

Merdekakah dan beranikah kita untuk berkata bahawa boleh shake-hand dengan wanita bukan muhrim dan tidak batal wudhu. Merdekakah dan beranikah kita untuk mengatakan bahawa tidak haram memegang anjing kerana tiada satu ayat pun al-Quran pun yang mengatakan demikian. Merdekakah dan beranikah kita untuk bertekad bahawa boleh menyentuh dan membaca al-Quran tanpa berwudhu. Bagi mereka-mereka yang merendah-rendahkan usaha kita untuk merdeka pemikiran Katakanlah, "Pemelihara kita akan mengumpulkan kita bersama, kemudian memberi keputusan antara kita dengan yang benar. Dia Yang Pemberi Keputusan, Yang Mengetahui." (al-Quran 34:26). Bukannya ustaz, ulamak atau mufti-mufti. Dalam bulan Julai 1969, ada ulamak memberi fatwa berikut : haram percaya bahawa manusia boleh mendarat di bulan !!!!!

Anda mungkin juga menyukai