Anda di halaman 1dari 13

a) ii) TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM

MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA & SETERUSNYA MEMACU PELAN


PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

1.0 Pengenalan
Pendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara. Mengikut
sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral adalah bertujuan
untuk murid-murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasakan
kepada agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan
semula sukatan Pendidikan Moral pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang
pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara
serta masyarakat global.
Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan
sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto Guru Berkualiti
Aspirasi Negara mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru
yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan
berpengetahuan,

berperanan

membentuk

identiti

warga,

menyemaikan

perasaan

kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap


perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa
mereka adalah paksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara,
wawasan 2020.
Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan
aspirasi Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal
pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah
tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi
memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

2.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara

Kod etika
Pergurua
n
Falsafah
Pendidika
n
Kebangsa
an

ASPIRA
SI
NEGAR
A

Falsafah
Pendidika
n Guru

Wawasan
2020

Rukun
Negara

Wawasan 2020
Objektif
Objektif wawasan 2020 atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi
dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini
diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:
(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan
dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah
dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai

kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan


dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu
bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv)

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana

warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika
paling tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa
yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak
berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat
sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi,
dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix)

Mewujudkan

masyarakat

dinamik, giat dan kental.

makmur

yang

mempunyai

ekonomi

bersaing,

Berdasarkan kepada sembilan cabaran wawasan 2020 itu, maka dapatlah di ringkaskan
bahawa peranan guru pendidikan moral tidak hanya di dalam kelas sahaja tetapi sangat
meluas. Berdasarkan kepada cabaran ketujuh iaitu melahirkan masyarakat yang berjiwa
penyayang,guru bolehlah menerapkan nilai kasih saying ke dalam diri pelajar. Dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai, guru bolehlah menggunakan
pendekatan tersebut untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam jiwa murid-murid. Secara
tidak langsung, peranan guru dalam merealisasikan wawasan 2020 akan tercapai.

Rukun Negara

Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidupuntuk rakyat
Malaysia. Ideologi nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbagai
kaum disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni, berdemokrasi, adil,
liberal, progresif dan beretika.
Pernyataan Rukunegra:
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan
seluruh masyarakat.
memelihara satu cara hidup demokratik,
mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama,
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dengan berbagai corak,
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden,

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasrkan prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua. Setiap
prinsip tersebut juga ada yang berkaitan dengan nilai-nilai murini yang unggul. Guru
Pendidikan Moral haruslah sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan
dimana ia tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat untuk melahirkan rakyat yang
dinginkan dapat dicapai. Rancangan pengajaran yang berkesan juga mampu untuk
menanam semabgat patriotic dalam jiwa pelajar agar lebih mencintai Negara mereka.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu
dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk
terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia
ada.
Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti
ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara
menyeluruh.
Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pendidikan
tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan

negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran
1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara,
sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama
disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang
hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini
Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu
menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara
kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi perlu
mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan
untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi
dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang
terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Kod Etika Perguruan
Kod etika perguruan meruapakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan
perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion

perguruan. Guru sebagai seorang yang professional haruslah mematuhi peraturan yang
terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika
profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah merupakan Kod Etika Perguruan
Malaysia

Tanggungjawab terhadap pelajar


1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, social, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik darjah sendiri atau dalam
mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkaj laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan
keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak
akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
4. Menegelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan social
dan ekonomi ibu bapa pelajar.
5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat, negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna serta menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama.
3. Menghormati masyarakat di tempat yang berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru-guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecerdikan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan ia dapat diterima oleh masyarakat
dan menjalani kehidupan seharian yang baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan


1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegaiatan yang boleh menjelaskan kecekapan sebagai
seorang guru.
3. Berusaha dengan sepenuh hati dengan menjalankan tangungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
juga bersosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru
berkhidmat dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Falsafah Pendidikan Guru


Falsafah Pendidikan Guru Berhasrat untuk mendidik:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

Melahirkan guru permulaan untuk memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran


Malaysia

Menyediakan program pembangunan profesionalisme yang berterusan untuk guruguru terlatih

Membina insan guru yang berakhlak mulia, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang
boleh mendidik dengan cekap dan berkesan

Mengembangkan institut

pendidikan guru sebagai pusat rujukan dalam bidang

keguruan
Dengan adanya Falsafah Pendidikan guru ini, tidak dapat dinafikan lagi, mampu melahirkan
seorang guru yang mempunyai profesionalisme yang dikagumi. Selain itu, ia mampu untuk
mendidik jiwa guru agar lebih bersikap bertanggungjawab dalam menyelesaikan segala
tugas yang telah di amanahkan.

3.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Memacu Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM)
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri
utama , seperti yang berikut , iaitu :
1. Pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
2. Kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
3. Kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
4. Kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .
5. Etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
6. Identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama
seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut .
Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai kemahiran
berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan
kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam
semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa. Dalam P & P ,
guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk
ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu . Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan
moral penerapan nilai-nilai itu amat penting agar pelajar mengaplikasikannya tidak hanya di
sekolah tetapi menyemat nilai murni tersebut di dalam hati.
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk memastikan kanak
-kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan .
Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing-masing untuk
mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar
menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan
murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan

teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem
pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .Oleh itu
peranan guru pendidikan moral untuk membentuk tingkah laku positif pelajar adalah amat
penting.
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku
yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang
akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program
berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap
bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik
sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat
sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Peranan
guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran
semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid.
Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran
yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam
kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama
dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti
dan sihat.
PPPM turut mencatatkan bahawa sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman
kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan
menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada
dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk
melahirkan

murid

yang

penyayang

dan

dapat

memberikan

sumbangan

kepada

kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan


guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui
penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain
dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika
melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini
bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab,
saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu,

usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya
memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan
itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh,
murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan
kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar
sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran
bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam
jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang
mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan
diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain
mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu
membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid
dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

RUJUKAN

1. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999).Pendidikan Moral Teori Etika dan


Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM
2. Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994 ). Pendidikan Moral. Petaling
Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.
3. Shahabuddin Hashim et.al (2003) , Pedagogi: Strategi dan
Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

Teknik

Anda mungkin juga menyukai