Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan SKPT

ATUR CARA
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Sembah salam pembuka bicara
Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang Berusaha
Encik Mohd Yassin bin Mohd yunus
Guru Besar SK Pekan Tambunan

Kata aluan Yang dihormati,


Yang dipertua PIBG sekolah,
Pn. Mahaniton Bee Hj Basrah,

Barisan penolong kanan, guru-guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian..

Assalamualaikum wbt dan Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan Peringkat
sekolah bagi tahun 2022. Sememangnya majis ini merupakan majlis yang sekian kalinya dijalankan setelah dua
tahun kita berehat dari membuat aktiviti seumpama ini. Jadi ayuh, kita meriahkan lagi sambutan pada hari ini.

Bunga Mawar Cantik Tersemat


Dipetik Gadis Di Tepi Titi
Bacaan doa Doa Dibaca Memohon Rahmat
Moga Majlis Diberkati Rahmat

Bagi menambah keberkatan majlis kita,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Alfadhil ustaz Dzul Ikhsan Bin Mohd Hamami. Dipersilakan

Amin ya rabbalalamin..

Ucapan Daun Semulur di Pekan Sari,


Batng jerami rebah ke bumi
Madah dihuur sembah diberi
Kata aluan hajatnya kami

Hadirin dan Hadirat


Meneruskan acara, majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan

Yang Berusaha
En Mohd Yassin Bin Mohd Yunus
Guru Besar Sk Pekan Tambunan
untuk tampil memberikan ucapan alu aluan..
Majis mempersilakan. Dipersilakan. > terima Kasih diucapkan.

Majlis diteruskan lagi, dengan ucapan alu aluan daripada Yang dipertua PIBG sk pekan tambunan Pn Mahaniton
Bee Hj Basrah. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan yang begitu bermakna sebentar tadi.

Hadirin sekalian, meneruskan acara kita pada hari ini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu perembahan daripada
Persembahan
murid-murid sk pekan tambunan. Kita akan mulakan dengan persembahan daripada …………
murid

Jamuan hari
raya murid
Hadirin sekalian,

Indah yang dikatakan, ibarat menanam sudah dituai, layar belayar telah sampai ke pelabuhan, umpama berjalan
telah sampai ke destinasi.

DI atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua
penutup
Di lain masa bersua lagi.

Dengan berakhirnya acara kita sebentar tadi, maka dengan ini, berakhirlah sudah majlis Sambutan hari raya aidilfitri
dan pesta kaamatan peringat sekolah pada tahun ini.

Dari meja juru acara kami memohon maaf jika terdapat salah tutur dan kata sepanjang mengemudi acara pada hari
ini.

Yang baik itu datang daripada Allah SWT.


Sekian Wabilahitaufiq walhidayah,
Assalammualaikum w.b.t dan terima kasih

Anda mungkin juga menyukai