Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERKEMBANGAN MURID

NAMA MURID NURUL QALESYA TARIKH 21 JANUARI 2020


NORDIN
KELAS PPKI BESTARI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH
(8 TAHUN) PEMBELAJARAN) SK PEKAN
TAMBUNAN

Murid telah menjalani pembelajaran mengikut sukatan pelajaran DSKP pendidikan khas selama 4
minggu. Berikut merupakan hasil daripada pemerhatian perkembangan murid sepanjang berada di
sekolah mengikut beberapa apek iaitu kognitif, bahasa dan komunikasi, tingkah laku, sosioemosi,
moto kasar dan motor halus.

ASPEK LAPORAN/ULASAN
KOGNITIF  Murid dapat mengecam abjad dengan betul dan tepat.
 Murid dapat mengecam nombor dalam lingkungan 1-50 tetapi tidak
mengetahui nilai nombor tersebut.
 Murid tidak mempunyai keupayaan fonologikal dan mentafsir
fonologikal. Murid sukar untuk memahami bunyi fonik pada
permulaan kemahiran membaca. Murid tidak dapat untuk
membatang suku kata dengan betul.
 Apabila guru mengajar membunyikan suku kata, murid sukar untuk
mengecam bunyi dan mengulang semula.
 Pengecaman bunyi yang agak lemah.
 Mempunyai ingatan pendengaran jangka pendek. Sukar untuk
mengingati nama rakan, nama guru walaupun sudah berulang kali
disebut.
 Murid tiada sebarang masalah untuk menulis abjad dan nombor.
 Murid menguasai kemahiran mengenal bentuk dan warna asas.

BAHASA DAN  Murid sering mengajuk semula arahan yang diberikan oleh guru.
KOMUNIKASI  Murid kadangkala sukar untuk berkomunikasi dengan rakan kerana
tidak dapat bercakap dengan lancar dan masuh pelat.
 Memahami arahan mudah.
 Murid tidak dapat bercakap menggunakan ayat kompleks atau ayat
penuh.
 Murid kadangkala memberi jawapan ringkas dan tidak menepati
kehendak soalan.
 Pengetahuan dan perbendaharaan kata yang terbatas berbanding
rakan seusianya.
 Kesukaran mendiskriminasi bunyi yang hampir sama.
 Berupaya untuk menerima arahan yang terhad sahaja (tidak lebih
daripada dua)

TINGKAH LAKU  Murid tidak dapat bertindak balas dengan pujian yang diberikan oleh
guru di dalam bilik darjah.
 Murid sering bermain dengan kanak-kanak yang berumur lebih
muda daripadanya.
 Tidak mempunyai tumpuan dan fokus di dalam bilik darjah. Sering
mengelamun.
 Murid kelihatan mudah bosan ketika berada di dalam bilik darjah.

SOSIOEMOSI  Murid dapat memberikan tindak balas terhadap emosi yang


bersesuaian.
 Murid akan terlalu teruja sekiranya melakukan aktiviti yang
disukainya.
 Murid akan menunjukkan reaksi yang positif sekiranya diberitahu
dengan ganjaran yang bakal diterima.
MOTOR KASAR  Murid dapat menyertai dengan baik aktiviti Pendidikan jasmani di
sekolah.
 Murid dapat melakukan aktiviti pergerakan lokomotor seperti
berjalan, berlari, duduk dengan baik dan tanpa bimbingan guru.
 Murid dapat menyarung dan menanggalkan kasut tanpa bantuan.

MOTOR HALUS  Koordinasi mata dan tangan yang baik.


 Murid dapat menghasilkan bentuk daripada doh dengan baik dan
tanpa bimbingan daripada guru.
 Murid dapat menguasai aktiviti mewarna dengan baik.
 Murid boleh menggenggam pensel dan menggunakan gunting
dengan baik.
 Tulisan murid yang tidak kemas dan setiap huruf berjarak. (rujuk
pada lampiran kemahiran menulis)
Ulasan guru :
Secara keseluruhannya, dari segi pembelajaran, murid dapat menguasai sebilangan kemahiran asas.
Namun, dari segi perkembangan bahasa dan perkembangan fonologikalnya, murid kelihatan lemah
dan lewat daripada rakan seusianya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ……………………………………………
(SARIMAH BINTI UDIN) (HELIN AJAK@SALMIAH)
GURU PENDIDIKAN KHAS SK PEKAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN
TAMBUNAN KHAS
SK PEKAN TAMBUNAN

Cop sekolah(PPKI) :

Anda mungkin juga menyukai