Anda di halaman 1dari 3

PIDATO

TAJUK GAYA HIDUP SIHAT

Sejambak kasih, seharum kasturi buat peneraju majlis ,kombinasi


kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, penjaga masa yang
peka tiap detiknya, warga pendidik yang disanjungi, rakan-rakan
seperjuangan seterusnya warga dewan sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.

Gaya Hidup Sihat. Demikianlah tajuk pidato yang bakal dikupas buat
santapan semua. Sebelum layar menuju ke muara, sebelum kata
membelah bicara izinkan saya mendifinisikan frasa yang membina tajuk
agar hadirin terbuka mindanya.

Hadirin yang dihormati,

Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan


yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan
masyarakat. Manakala, amalan gaya hidup sihat memang banyak
kepentingannya kepada manusia. Justeru itu,dengan mengamalkan
gaya hidup sihat, keluarga akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

Hadirin yang dimuliakan,saya tampilkan hujah saya yang pertama,

Setiap orang hendaklah melakukan senaman atau riadah yang


mengeluarkan peluh iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Contoh sukan yang boleh diamalkan adalah seperti bermain badminton,
bola sepak,menunggang basikal, berjoging atau berenang. Jika badan
seseorang individu itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya
permikiranya juga cerdas. Otak yang cerdas datangnya daripada tubuh

1
yang cergas. Individu yang sihat dapat menjamin kesejahteraan
keluarga.

Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu ahli


keluarga itu akan dapat mengekalkan kecergasan diri dan seterusnya
badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini
seterusnya akan melahirkan rakyat yang produktif dan proaktif selaras
dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Hadirin yang dihormati, seterusnya hujah saya yang kedua,

Pengambilan makanan yang seimbang mengikut hierarki piramid


makanan menjamin seseorang individu dan keluarga itu mendapat
khasiat dan nutrient serta vitamin yang diperlukan. Contohnya,
seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang
berlemak atau mengandungi kolestrol yang tinggi. Pemeriksaan
kesihatan perlu dilakukan oleh setiap individu secara berkala. Ini dapat
memastikan aggota dalaman tubuh seperti jantung, hati dan buah
pinggang berfungsi dengan baik. Bak kata pepatah mencegah adalah
lebih baik daripada merawat.

Warga dewan yang saya hormati, menyusul pula hujah saya yang
ketiga,

Gaya hidup sihat juga membawa pengertian bahawa seseorang itu


harus bijak memilih rakan dalam pengaulan seharian. Dalam era
globalisasi masa kini, terlalu banyak unsur negatif yang boleh
mendatangkan bahaya kepada kita, seandainya kita terleka. Pengaulan
dengan rakan yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti
merokok, menghidu gam, penyalahgunaan dadah yang boleh
mendatangkan bahaya kepada kita . Justeru, yang dikurniakan akal
2
yang waras seharusnya bijak memilih antara yang baik dan yang buruk
agar tidak terjerumus ke lembah kehancuran. Katakanlah tak nak
kepada merokok, katakan tidak kepada menghidu gam dan katakan
najis kepada dadah, pasti dapat menjamin kesejahteraan keluarga.

Hadirin yang dihormati, hujah saya yang terakhir iaitu yang keempat,

Seterusnya, gaya hidup sihat juga dapat menjamin kestabilan kesihatan


mental dan mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, tempoh
istirehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan dan
menenangkan minda. Dengan itu, gaya pemikiran seseorang akan
menjadi lebih positif dan mampu menyelesaikan masalah.

Warga dewan yang dihormati,

Setelah empat hujah yang saya utarakan, kini dapatlah disimpulkan


bahawa Kesejahteraan keluarga adalah bergantung kepada gaya hidup
yang diamalkan oleh ahli keluarga. Telah dinyatakan tadi bahawa kita
perlu melakukan aktiviti senaman dan riadah dalam hujah
pertama.Seterusnya disyorkan agar kita mengamalkan pemakanan
seimbang. Kita juga perlu bijak memilih rakan dalam pengaulan. Akhir
sekali istirehat dan tidur yang mencukupi mengurangkan tekanan.
Dalam erti kata lain, amalan kehidupan seharian kita adalah penentu
kesejahteraan hidup dan keluarga. Oleh itu,hasrat untuk melahirkan
keluarga yang sejahtera akan menjadi realiti jika semua pihak saling
bekerjasama iaitu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Sekian, pemidato bestari mohon undur diri dulu.

SK SERI NEGERI

Anda mungkin juga menyukai