Anda di halaman 1dari 2

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi

kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang
digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan.
Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian
daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Abjad A

Ada asap, ada api: Tidak boleh dipisahkan ada sebab maka ada juga puncanya.

Ada gula, adalah semut: Tempat yang menjanjikan rezeki akan dikerumuni.

Ada udang di sebalik batu: Mempunyai tujuan tersembunyi.

Alah bisa, tegal biasa: Kerana sudah biasa maka tidak terasa susahnya.

Alang leher, minta disembelih: Seolah-olah mengharapkan bencana/kesusahan.

Alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan: Membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-
sungguh sehingga selesai kerja tersebut.

Ambil pati, buang hampas: Ambil yang baik sahaja.

Api kecil baik dipadamkan: Sesuatu yang buruk lebih baik diatasi pada peringkat awalan sebelum ianya
menjadi lebih buruk lagi.

Api tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar jadi lawan: Perkara yang baik boleh mendatangkan
keburukan apabila terlalu banyak.

Aral melintang: Halangan yang tiba menjelma.

Asam garam kehidupan: Pengalaman hidup manusia.

Abjad B

Badan cergas, otak cerdas: Badan yang bertenaga dan sihat, akan dapat melahirkan pemikiran yang
sempurna akalnya.

Bagai aur dengan tebing: Saling bantu membantu.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan: Sesuatu yang wujud dengan banyak.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya: Lazimnya perangai yang muda akan mencontohi (mengikuti) yang
lebih tua darinya.
Bangkit hatinya: Menimbulkan keberanian dirinya.

Bapa borek, anak rintik: Perangai anaknya mengikut perangai bapanya. (Namun berhati-hati dalam
penggunaan peribahasa ini).

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian:


Kesenangan akan tiba selepas kita telah bersusah payah mencari kejayaan.

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul: Hanya orang yang mengalami sesuatu
keadaan sahaja akan benar-benar mengetahui (kesusahan) mengenainya.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing: Berat kerja sama-sama diharungi dan kemudiannya
kesenanangan pula akan sama-sama dikecapi.

Berganding bahu: Bekerjasama (tolong menolong).

Berpeluk tubuh: Tidak mahu memberikan pertolongan, hanya tunggu dan lihat sahaja.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh: (Perlu saya bagi penerangan pada anda semua?)

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi: Untuk menjayakan sesuatu, kedua belah pihak perlu
bersepakat dan bersama bertanggungjawab (kegunaan untuk ayat positif dan juga yang negatif).

Bidan terjun: Orang yang menggantikan tugas orang lain, selalunya untuk jangkamasa yang tidak tetap
dan dilakukan dengan cara yang agak kucar-kacir.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali: Buat baik biarlah pada tempat yang betul dan dengan
cara yang betul, buat jahat jauhkan sama sekali dalam kehidupan ini.

Bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari: Kebenaran yang nyata akan dapat
dilihat/dinilai oleh semua.

Bukan calang-calang: Bukan sebarangan/susah untuk ditandingi.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat: Kata sepakat akan membawa berkat.

Buta huruf: Orang yang tidak tahu membaca dan menulis (jika anda terjumpa seseorang begini, bantulah
mereka sedaya-upaya anda agar mereka juga mampu membaca).

Abjad C

Calang orang: Bukan sebarangan, handal, hebat (macam Negarawan Tun Dr. Mahathir!)

Ceruk Rantau: Seluruh kawasan, merata daerah.

Conteng arang di muka: Memalukan diri sendiri.

Cacing kepanasan: Tak boleh duduk diam dalam kelas! Cacing!

Anda mungkin juga menyukai