Anda di halaman 1dari 15

TATABAHASA TINGKATAN 1

GOLONGAN KATA dalam bahasa Melayu ada 4 iaitu Kata Nama, Kata
Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.
KATA NAMA: Sejumlah perkataan yang merujuk benda, perkara atau
konsep yang umum sifatnya. Contoh kata nama: ikan, pohon, orang,
keadilan, kesejahteraan, kedamaian dan lain-lain. Kata nama dapat
dibahagikan kepada tiga golongan:
KATA NAMA KHAS
KATA NAMA AM
KATA GANTI NAMA

i.
ii.
iii.

i.
a.
b.
ii.

i.
a.
b.
ii.
a.
b.

KATA NAMA KHAS: Merujuk orang, haiwan, benda, perbadanan atau


institusi, bahasa dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas
ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Ramasamy, Sang Harimau, dan
Selangor Darul Ehsan.
KATA NAMA KHAS terbahagi kepada dua iaitu:
Hidup
Manusia. Contoh: Ali, Dewi, Chong
Bukan manusia. Contoh: Sang Kancil, Si Belang, Jibrail
Tak hidup. Contoh: nama benda, negara, institusi, bangsa, pangkat
KATA NAMA AM: perkataan yang merujuk perkara yang umum.
Contohnya: polis, sekolah, kucing, harimau dan kereta.
KATA NAMA AM terbahagi kepada dua iaitu:
Hidup
Manusia. Contoh: adik, petani, murid
Bukan manusia. Contoh: haiwan, pokok, jin, malaikat
Tak hidup
Institusi. Contoh: sekolah, hospital, persatuan
Bukan institusi.
*konkrit. Contoh: meja, rumah
*abstrak.
berbilang. Contoh: pendapat, rancangan
tak berbilang. Contoh: keadilan, iklim, udara
KATA GANTI NAMA DIRI: terbahagi kepada 3 iaitu:
i. Kata ganti nama diri orang pertama:- saya, aku, patik, beta, kita dan kami
orang kedua :- anda, engkau, awak, kamu dan saudara
orang ketiga :- ia, dia, mereka, beliau dan -nya
ii. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menggantikan kata nama untuk
menunjukkan maksud sesuatu benda atau perkara yang dirujuk itu. Terdapat dua jenis
kata ganti nama tunjuk iaitu:
a) ini - merujuk yang dekat
b) itu - merujuk yang jauh
iii. Kata ganti nama tanya
a) apa - merujuk benda
b) siapa - merujuk orang
c) mana - merujuk tempat
KATA KERJA: perkataan yang merujuk sesuatu perbuatan yang dilakukan. contoh: makan,
berjalan, menangis,terjatuh. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan
kata kerja tak transitif.

i. kata kerja transitif: kata kerja yang tidak memerlukan penyambut


contoh ayat:
a) Ayah tidur.
b) Penyakit Pak Ali beransur pulih.
ii kata kerja tak transitif: kata kerja yang menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh
pembuat ke atas sesuatu bentuk (objek)
a) aktif
contoh ayat: Mastura membaca buku.
b) pasif
contoh ayat: Buku itu dibaca oleh Mastura.

KATA ADJEKTIF: Perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi


sesuatu kata nama. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata
penguat. Contoh: Amat sakit. Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis.
Jenis Kata Adjektif
Kata adjektif sifatan/
keadaan
Kata adjektif warna
Kata adjektif ukuran

Contoh perkataan
Baik, jahat, cerdik, gopoh, lemah, kasar, sihat, sakit

Merah, unggu, kelabu, jingga, perang, biru, hijau


Panjang, pendek, tinggi, rendah, tebal, nipis, kerdil
renek
Kata adjektif bentuk Bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok, lurus,
kempis, lekuk
Kata adjektif waktu Baharu, lama, segera, suntuk, silam, lampau, lewat,
cepat, lambat, awal
Kata adjektif jarak
Jauh, dekat, hampir, nyaris
Kata adjektif cara
Cepat, deras, laju, lambat, perlahan, lincah, selalu
Kata
adjektif Rindu, benci, segan, suka, gembira, ragu, kasih,
perasaan
sayang, cinta
Kata
adjektif Sedap, manis, lemak, cantik, comel, segak, bising,
pancaindera
lunak, serak, harum, hancing, hapak, halus, lembap,
keras, kasar

PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF


BENTUK KATA ADJEKTIF
Kata adjektif tunggal
Kata adjektif ganda
Kata adjektif terbitan
Awalan ter-, seKata adjektif terbitan
Apitan ke- -an

CONTOH AYAT
Cara
hidup
orang kaya
itu
amat sederhana.
Pokok
di
hutan
itu
besarbesar belaka.
Kinabalu, gunungtertinggi di Asia
Tenggara.
Rumahnya secantikistana.
Dia
mengamalkan
cara
hidup ketimuran

PENANDA WACANA: KATA YANG MENGHUBUNGKAN IDEA DENGAN


IDEA YANG LAIN DALAM TEKS. Contoh : oleh itu, kemudian, selepas itu,
oleh sebab itu.

PERIBAHASA: AYAT ATAU KELOMPOK PERKATAAN YANG MEMPUNYAI


SUSUNAN
YANG
TETAP
DAN
MENGANDUNGI
MAKSUD
YANG
TERTENTU. PERIBAHASA TERDIRI DARIPADA SIMPULAN BAHASA,
PERUMPAMAAN, BIDALAN, PEPATAH DAN SEUMPAMANYA.
SIMPULAN BAHASA: Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan
atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan
yang membentuknya. Contoh: ada hati bermaksud ada keinginan yang
melebihi kesanggupan, bukannya membawa erti hati yang dimiliki
setiap orang.
SIMPULAN BAHASA
MAKSUD
Besar hati
Bangga
Bulat hati
Azam serius
Buah tangan
Hadiah untuk orang yang dilawati
Ringan mulut
Suka bercakap
Tajam akal
Pintar/cerdas
Ambil berat
Memberi perhatian serius
Putus asa
Berpeluk tubuh
Malas
Hancur hati
Sangat sedih
Tali barut
Orang yang membantu perbuatan
jahat
Mencari akal
Mencari idea
Ambil langkah
Memulakan tindakan
Asam garam
Bahan-bahan
masakan/pengalam
hidup
Buah fikiran
Pendapat/idea
Ada hati
Ingin tetapi tidak berdaya
Dalam tangan
Sudah tentu dapat
Buah mulut
Perkara yang menjadi percakapan
orang ramai
PERUMPAMAAN: SEJENIS
PERIBAHASA
YANG
MEMBANDINGKAN
SESUATU DENGAN SESUATU YANG LAIN. PADA UMUMNYA, PERUMPAMAAN
MENGANDUNGI PENGAJARAN. CONTOH:
PERUMPAMAAN
MAKSUD
Bagai cincin dengan permata
Sangat padan: orang yang baik
pekerti
Bagai layang-layang putus tali
Bergantung kepada nasib sematamata
Bagaimana
acuan
begitulah Anak menurut baka ibu bapanya:
kuihnya/bagai
mana
contoh sesuatu itu menurut asalnya
begitulah gubahannya
Bagai minyak dengan air
Kebaikan dan kejahatan tidak boleh
dicampurkan
Bagai murai dicabut ekor
Becok
Bagai pucuk dilancarkan
Tangkas
Seperti lipas kudung
Cepat dan cekap
Bagai anjing buruk kepala
Orang yang sangat dibenci oleh
masyarakat

BIDALAN: MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PERIBAHASA YANG


MENEKANKAN
BANDINGAN DAN TELADAN. LAZIMNYA, BIDALAN
MENGANDUNGI UNSUR PENGAJARAN.
BIDALAN
MAKSUD
Baik berjagung-jagung sementara Sementara menunggu yang lebih
padi belum masak
baik, buat kegiatan yang berfaedah
Alah bisa tegal biasa
Oleh kerana sudah biasa, yang susah
pun tidak terasa lagi
Indah khabar daripada rupa
Ceritanya lebih hebat daripada yang
sebenar
Sudah terhantuk baru tergadah
Sudah susah, baru beringat
Jauhari
juga
yang
mengenal Orang yang berilmu sahaja yang
manikam
kenal orang yang lain yang berilmu
Ukur baju di badan sendiri
Menilai kemampuan diri
Biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati daripada tidak dapat
apa yang diidamkan
Kalau kail panjang sejengkal, lautan Kalau tidak cukup syarat, jagan dibuat
dalam jangan diduga
apa yang tidak terdaya
Kecil jangan disangka anak, besar Ilmu bukan hanya dimiliki oleh orang
jangan disangka bapa
tua
Nasi sudah menjadi bubur
Sudah terlanjur
Kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya
Manis jangan terus ditelan, pahit
jangan terus dibuang
PEPATAH: PERIBAHASA YANG MENGANDUNGI SUSUNAN KATA YANG
INDAH. PEPATAH JUGA MENGANDUNGI NASIHAT ATAU PENGAJARAN
DARIPADA ORANG TUA-TUA.
PEPATAH
MAKSUD
Baik membawa resmi padi daripada Semakin
mempunyai
kelebihan
membawa resmi lalang.
semakin
merendah
diri,
bukan
semakin sombong
Diam-diam ubi berisi, diam-diam Pendiam, tetapi banyak ilmu dan baik/
besi berkarat.
Harimau mati meninggalkan belang, Selepas mati, yang dikenang orang
gajah mati meninggalkan gading, ialah nama baik ataupun buruk
manusia mati meninggalkan nama.
Hendak seribu daya, tak hendak Kalau mahu, macam-macam usaha;
seribu dalih.
kalau tidak mahu, macam-macam
alasan.
KATA-KATA
HIKMAT: KATA-KATA ORANG BIJAK PANDAI YANG
MENGANDUNGI FALSAFAH, PEMIKIRAN DAN PENGAJARAN.
Bersatu teguh, bercerai roboh
Kalau kita bersatu padu, kita akan
menjadi
kuat
tetapi
mampu
menyumbangkan tenaga dan idea
untuk membangunkan negara
Berkatalah benar walaupun pahit
Berterus teranng demi kebenaran

walaupun mungkin menyakiti hati


semua pihak
Kebudayaan sendi perpaduan
Kebudayaan menjadi sandaran bagi
menyatukan sesuatu bangsa
Hidup ini satu perlumbaan
Dalam kehidupan seharian, kita
terpaksa
menghadapi
pelbagai
cabaran dan berlumba-lumba untuk
mencapai sesuatu tujuan
Tangan yang menghayun buaian Walaupun wanita bersifat lembut dan
mampu menggoncangkan dunia
keibuan
tetapi
mampu
menyumbangkan tenaga dan idea
untuk membangunkan negara
Muafakat membawa berkat
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan
persetujuan
bersama
akan
menghasilkan hasilan yang baik
Bersekutu bertambah mutu
Bekerjasama antara satu dengan lain
semasa melakukan sesuatu pekerjaan
akan menghasilkan kejayaan yang
cemerlang
Bertangguh itu pencuri masa
Melakukan kerja dengan bertangguh
akan merugikan diri sendiri
Otak yang cerdas ada pada badan Dengan
kesihatan
yang
baik
yang sihat
seseorang itu mampu mengemukakan
fikiran yang bernas
Membaca itu jambatan ilmu
Ilmu pengtahuan dapat ditingkatkan
melalui membaca
Masa itu emas
Masa itu sangat berharga
Kata dikota
Janji mesti ditunaikan
Kata-kata lebih tajam daripada Kata-kata yang menyinggung hati
mata pedang
KATA HUBUNG: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYAMBUNG
DUA AYAT ATAU LEBIH UNTUK MENJADI AYAT MAJMUK. CONTOH KATA
HUBUNG: dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian, yang,
kerana, sekiranya, kalau, hingga, agar, supaya, meskipun, jika, setelah,
sungguhpun, apabila, untuk, semoga.
KATA TANYA: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENANYAKAN
SESUATU.
CONTOHNYA:MENGAPA,
BERAPA,
BILA
DAN
BAGAIMANA.SEKIRANYA
KATA
TANYA
DIKEDEPANKAN
MAKA
KEHADIRANNYA DALAM BENTUK TULISAN BOLEHLAH DISERTAI PARTIKEL
KAH.
CONTOH AYAT:

Saudara sampai bila?

Bilakah saudara sampai?


KATA SERU: BENTUK PERKATAAN YANG BERFUNGSI MELAHIRKAN
PELBAGAI PERASAAN DAN DIGUNAKAN DALAM AYAT SERUAN. CONTOH:
KATA SERU
PERASAAN
AYAT
Aduh
Sakit
Aduh,
sakitnya
perut
saya!

Cis
Wah
Eh
Amboi
Aduhai
Syabas

Oh

Marah

Cis,
berani
kamu
melawan saya!
Kehairanan atau kagum Wah,
cantiknya
jam
tangan kamu!
Terkejut
Eh,
Saudara
Kevin
rupanya!
Kagum atau kesal
Amboi, pandainya kamu
mereka cerita ini!
Kesal
Aduhai,
malangnya
nasibku!
Gembira kerana sesuatuSyabas, kamu memang
kejayaan
layak
memenangi
pertandingan
menulis
karangan ini!
Sedar
Oh, baru saya faham!

KATA PERINTAH: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENIMBULKAN


SESUATU TINDAK BALAS TERHADAP PERINTAH, ARAHAN, LARANGAN,
SILAAN ATAU PERMINTAAN. CONTOH KATA PERINTAH: JANGAN, USAH,
SILA, JEMPUT, MINTA, TOLONG DAN HARAP.

CONTOH AYAT PERINTAH:

Sila masuk ke dalam dewan, tuan-tuan.

Jangan masuk ke kawasan larangan itu.


KATA PENGUAT: PERKATAAN YANG MENDAHULUI ATAU MENGIKUTI KATA
ADJEKTIF. KATA PENGUAT BERFUNGSI MENGUATKAN MAKSUD YANG
TERKANDUNG DALAM KATA ADJEKTIF. KATA PENGUAT TERBAHAGI KEPADA
TIGA JENIS.
KATA
PENGUAT KATA
PENGUATKATA PENGUAT BEBAS
HADAPAN
BELAKANG
TERLALU,
PALING, SEKALI, BENAR, NIAN
AMAT,
SANGAT,
AGAK
SUNGGUH
KATA PENEGAS: PERKATAAN YANG MENEGASKAN BAHAGIAN TERTENTU
DALAM AYAT. KATA PENEGAS TERBAHAGI KEPADA DUA JENIS.
JENIS
CONTOH
CONTOH AYAT
KATA PENEGAS YANG -KAH, -TAH, -LAH
SIAPAKAH YANG BEKERJA
MENEGASKAN
FRASA
SEBAGAI JURUTERBANG?
PREDIKAT.
APATAH
DAYA
KITA
SEBAGAI HAMBA YANG
LEMAH.
ITULAH RUMAH ENCIK
ROBERT
KATA PENEGAS YANG JUGA, JUA, PUN, SAHAJA,SAYA JUGA BERCITA-CITA
MENEGASKAN KEDUA- LAGI, MEMANG
MENJADI JURUTERBANG.
DUA BAHAGIAN AYAT
PENERBANGAN
HANYA
IAITU
FRASA
NAMA
DILAKUKAN
KETIKA
SEBAGAI SUBJEK ATAU
CUACA BAIK.
FRASA PREDIKAT.
ORANG RAMAI MEMANG
SUKA
MELAWAT
KE
PAMERAN LIMA.

KATA NAFI: PERKATAAN YANG MENAFIKAN SESUATU. KATA NAFI


TERBAHAGI KEPADA DUA JENIS.
KATA NAFI
KEGUNAAN
CONTOH AYAT
Bukan
Unsur nafi bagi frasaProjek iru bukan usaha
nama dan frasa sendiDatuk Kamal.
nama.
Bas ekspres yang baru
tiba itu bukan dari Kuala
Lumpur.
Unsur nafi bagi frasaKamarudin
bukan
kerja dan frasa adjektifsombong tetapi pendiam.
jika membawa maksudDia
bukan
hendak
bertentangan
denganberbelanja tetapi hendak
maklumat.
melihat-lihat sahaja.
Tidak
Unsur naf bagi frasa Bapa tidak pergi ke
kerja dan frasa adjektif pecan pagi ini.
Perjalanan ke tempat itu
tidak jauh dari sini.
KATA PEMERI: PERKATAAN YANG MEMERIKAN HAL, KEADAAN, CARA DAN
LAIN-LAIN.
KATA
PEMERI
TERBAHAGI
KEPADA
DUA
IAITU IALAHDAN ADALAH.
PERKATAAN
PENGGUNAAN
CONTOH AYAT
Ialah
Secara persamaan diPerkara
yang
hadapan frasa nama
dibincangkan
ialah
kepentingan
teknologi
maklumat
dalam
pendidikan.
Adalah
Secara
huraian
diWang tabung itu adalah
hadapan frasa adjektifuntuk program motivasi
dan frasa sendi nama.
pelajar.
Kata-kata
yang
diucapkannya
adalah
benar.
KATA SENDI NAMA: PERKATAAN YANG HADIR DI HADAPAN KATA NAMA
ATAU FRASA. SETIAP KATA SENDI NAMA MEMPUNYAI FUNGSI YANG
TERSENDIRI.
KATA SENDI NAMA
FUNGSI
CONTOH AYAT
Di
Merujuk tempat
Ayah bekerja di sekolah
itu.
Ke
Merujuk tempat atauKami akan ke Kuantan
arah
esok.
Merujuk
masa
atauMajlis itu berlangsung
waktu
dari pukul 10.00 pagi ke
pukul 12.00 tengah hari.
Dari
Merujuk arah dan tempat Angin kencang bertiup
dari arah utara
Masa dan waktu
Hal itu telah diketahuinya
dari pagi lagi.
Daripada
Menyatakan punca
Pelajar perlu menjauhkan

diri daripada dadah.


Menyatakan sumber atauUkiran
itu
diperbuat
asal kejadian
daripada kayu jati.
Menunjukkan perbezaanDaripada Zakuan lebih
atau perbandingan
baik Iqbal.
Kepada
Menunjukkan
sasaranSila pulangkan busur itu
sesuatu
kepada Cikgu Hassan.
Menyatakan pecahan
Pelatih
memanah
Menyatakan perubahan dipecahkan kepada dua
kumpulan.
Suhu
badan
Lela
meningkat kepada 39C
Pada
Menunjukkan keteranganKami bertolak ke tempat
waktu
kejohanan pada pukul
8.00 pagi.
Selapas kata ada
Wang itu ada pada Wong.
Di hadapan kata namaTulis nama kamu pada
yang
menunjukkankertas itu.
tempat
bagi
sesuatu
perbuatan
Untuk/bagi
Menunjukkan kegunaanDerma (bagi/untuk) anak
bagi sesuatu
yatim di kampung ini
Menunjukkan bahagiansedang dipungut.
yang telah ditetapkan.Hadiah ini untuk saudara.
(Dalam
ayat
ini,
katauntuk tidak
boleh
ditukar
dengan
katabagi.)
Tentang
Unsur yang membawaMereka
berbincang
maksud rujukan sesuatutentang cara membaiki
yang tidak tentu
kemahiran memanah.
Seperti,
bagai, Membawa
maksudHatinya keras (seperti /
umpama/ laksana
perbandingan
bagai/ umpama/laksana)
batu.
Dengan
Bemaksud
bersama-Ravi pergi ke sekolah
sama
dengan Khairi
Berita
kemenangannya
Cara melakukan sesuatu dalam
pertandingan
memanah
itu
diterimanya
dengan
Memakai
atauperasaan amat gembira.
menggunakan
Mei ling melukis potret
itu dengan krayon.
Perbandingan
yang
serupa
Warna kain tudungnya
sama dengan warna kain
tudung Siti.
Sejak/semenjak
Penanda waktu
Kami
berlatih
(sejak/semenjak) dua jam
yang lalu.
Akan
Di hadapan kata namaWanita separuh umur itu

Oleh

Hingga/sampai
Dalam, antara

atau frasa nama yangrindu akan anaknya.


merujuk manusia dan
didahului kata adjektif
Menunjukkan hubunganBuku itu dibeli olehnya.
pembuat dalam ayat
Pemanah itu kalah oleh
pasif
Membawa maksud sebab kekurangan latihan.
Perihal peringkat danMereka
berlatih
had masa
memanah
(hingga/sampai) petang.
Lingkungan yang tidakKita harus fasih bertutur
mempunyai ruang ataudalam
bahasa
jarak
kebangsaan.
Perbincangan
mereka
berlarutan
hingga
petang.

KATA ARAH: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENUNJUKKAN HALA


ATAU JURUSAN. CONTOH: TENGAH, TEPI, ATAS, BAWAH, HULU, HILIR,
PINGGIR.
KATA BILANGAN: PERKATAAN YANG MENJADI PENERANG JUMLAH PADA
FRASA NAMA. CONTOH KATA BILANGAN IALAH DUA, TIGA, BEBERAPA,
BANYAK, SELURUH, BERPULUH-PULUH DAN SEPERTIGA.
KATA BANTU: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU
MENERANGKAN KATA KERJA, KATA ADJEKTIF DAN KATA SENDI NAMA IAITU
DENGAN MENIMBULKAN MAKNA TAMBAHAN DARI SEGI ASPEK WAKTU
ATAU RAGAM.

KATA GANDA: PERKATAAN YANG MENGALAMI PROSES PENGGANDAAN.


ADA TIGA JENIS BENTUK KATA GANDA, IAITU PENGGANDAAN PENUH,
PENGGANDAAN SEPARA DAN PENGGANDAAN BERENTAK.

KATA MAJMUK: PERKATAAN YANG TERHASIL DARIPADA PROSES


MENGGABUNGKAN DUA PERKATAAN ATAU LEBIH TETAPI MEMBAWA MAKNA
YANG KHUSUS. KATA MAJMUK DIEJA TERPISAH DAN TIDAK BOLEH
MENERIMA SEBARANG SISIPAN. KATA MAJMUK DAPAT DIGOLONGKAN
KEPADA TIGA KELOMPOK.

i.
ii.
iii.
iv.

KATA
TERBITAN: Perkataan yang terbentuk daripada proses
pengimbuhan iaitu menggandingkan imbuhan dengan kata dasar.Kata
dasar ialah kata yang belum menerima imbuhan.
Terdapat 4 jenis imbuhan bagi membentuk kata terbitan iaitu:
Awalan, yang hadir sebelum kata dasar
Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar
Sisipan, yang hadir di celah kata dasar
Jenis imbuhan
Contoh imbuhan
Contoh kata terbitan
Awalan
peNPendatang,
pembuka,
penggail, pengelap
PePelari, penyapu
peRPerasap
KeKetua
SeSecantik
beRBerjalan
teRTerbesar
meNMelawan,
membawa,
mendaki,
menggali,
mengecat, menyapu
diDisusun
Akhiran
-an
Pakaian, mainan
-kan
Gunakan, besarkan
-i
Hadiri, duduki
Apitan
Pe--an
Perasaan
peN--an
Pembinaan, pendapatan,
penggunaan
peR--an
Permainan
Ke--an
Kelebihan,
kedudukan,
kearaban,
Ber--an
Bermaafan, berjauhan
meN--an
Memainkan,
mendermakan,
membaharukan,
menggunakan,
mengecamkan
di--kan
Dibiarkan, digunakan
di--i
Dimulai, didekati
Sisipan
-elTelunjuk,
selerak,
gelembung
-erSerabut, seruling, gerigi
-emGemilang, semerbak
-inSinambung

IMBUHAN PINJAMAN: imbuhan yang berasal daripada bahasa asing iaitu


bahasa Latin, Yunani dan Sanskrit.
Jenis imbuhan Bahasa asing
Contoh
Contoh perkataan
imbuhan
Awalan
Sanskrit
MahaMaharani,
Tatamahasiswa,
Pramaharaja, tatatertib,
Protatasusila,
tatabahasa, prakata,
prasangka,
prasekolah,
prokerajaan,
proBarat
Awalan
Yunani
AntiAntipenjajah,antibiot
Latin
Poliik,
poliklinik,
Inggeris
Autoautomatik, autograf,
Kilokilogram, kilometer,
Milimilligram, milliliter,
Teletelegram,
telefon,
Fototelevisyen
Akhiran
Sanskrit
-wan
Hartawan,
-man
sukarelawan,
-wati
angkasawan,
-nita
seniman, budiman,
seniwati,
angkasawati,
biduanita, karyanita
-isme
Yunani
-ik
Nasionalisme,
Inggeris
-si
sosialisme, saintifik,
Latin
-al
logistik,linguistik,
-is
sensasi,
potensi,
revolusi, klasifikasi,
praktikal,
kritikal,
praktis,
kritis,
sistematis
FRASA: UNIT YANG TERDIRI DARIPADA SATU SUSUNAN YANG
MENGANDUNGI SEKURANG-KURANGNYA SATU PERKATAAN ATAU DUA
PERKATAAN YANG BERPOTENSI DIPERLUAS MENJADI DUA PERKATAAN ATAU
LEBIH. TERDAPAT 4 JENIS FRASA IAITU FRASA NAMA(FN), FRASA
KERJA(FK), FRASA ADJEKTIF (FA), DAN FRASA SENDI NAMA (FS).
JENIS FRASA
KETERANGAN
CONTOH FRASA
Frasa nama (FN)
Inti (FN) ialah kata nama Ayah budak itu
Bandar Kuantan
Harimau bintang
Frasa Kerja (FK)
Inti (FK) ialah kata kerja Membaca buku
Menghidangkan makanan
Berbaju batik
Frasa Adjektif (FA)
Inti
(FA)
ialah
kataSangat pandai

adjektif

Amat cepat
Liar sekali
Frasa Sendi Nama (FS) Inti (FS) ialah kata sendiPada tahun lalu
nama
Dari Johor Bahru
Ke petang
POLA AYAT DASAR. AYAT DASAR IALAH AYAT YANG MENJADI DASAR BAGI
PEMBENTUKAN SEMUA AYAT LAIN. AYAT DASAR TERBENTUK DARIPADA
BEBERAPA POLA AYAT. POLA AYAT DASAR TERBAHAGI KEPADA 4 IAITU
BERGANTUNG PADA SUBJEK DAN PREDIKATNYA.
POLA
SUBJEK
PREDIKAT
Pola 1
Frasa Nama (FN)
Frasa Nama (FN)
Encik Osman
guru sekolah
Pola 2
Frasa Nama (FN)
Frasa Kerja (FK)
Ibu mereka
sedang berehat
Pola 3
Frasa Nama (FN)
Frasa Adjektif (FA)
Bayi itu
sihat sungguh
Pola 4
Frasa NAma (FN)
Frasa Sendi Nama (FS)
Rumah saya
di Kota Kinabalu
AYAT TUNGGAL: Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah
bahagian ayat yang menerangkan subjek.
Subjek
Predikat
Fauzi
Jurutera
Orang tua itu
kuat berjalan
Pasukan kadet remaja sekolah kita berlatih berkawat

i.
a.
b.
ii.

a.
b.

AYAT TANYA: Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu


hal. Ayat Tanya digolongkan kepada dua, berdasarkan nada suara dan
penggunaan perkataan tertentu.
Ayat tanya tanpa kata tanya ayat jenis ini biasanya diucapkan
dengan nada suara yang tinggi. Dalam tulisan, nada tanya dilambangkan
dengan tanda soal (?). contoh:
Encik Kamarul pengurusnya?
Mereka berada di Negara Jepun?
Ayat tanya dengan kata tanya ayat tanya jenis ini menggunakan
kata tanya seperti apa, siapa, berapa, mengapa, dan bagaimana. Bagi
bentuk bahasa tulisan ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel kah
pada kata tanya yang dikedepankan. Kata tanya yang berada di akhir ayat
tidak diberi partikel kah. Contoh:
Kata tanya yang berada didepan ayat.
*Di manakah tuan tinggal?
*Bilakah awak pulang?
Kata tanya yang berada di akhir ayat
*Gurunya siapa?
*Kesihatannya sekarang bagaimana?
AYAT SERUAN: Biasanya, ayat seruan dimulai dengan kata seru
seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, aduhai dan syabas. Pada akhir ayat
seruan ditandakan dengan tanda seru (!). contoh:

Anakku!
Wah, cantiknya baju kamu!
Nah, ambillah wang ini!
AYAT TUNGGAL: Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu
subjek
dan
satu
predikat.Subjek ialah
bahagian
ayat
yang
diterangkan.Predikat pula ialah bahagian ayat yang menerangkan
subjek. Contoh ayat tunggal:
Keahlian kelab ini / terhad.
Subjek

Predikat

MENYENARAIKAN AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN DALAM


KARANGAN
Ayat topik ayat yang menjadi perkara utama dalam menyatakan
sesuatu hal atau perkara.
Ayat huraian ayat yang menghuraikan atau menerangkan maksud
ayat topik.

i.
ii.

SUSUNAN AYAT TUNGGAL: Ayat tunggal terbina daripada dua bahagian


ayat iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk
susunan iaitu:
Susunan biasa
Susunan songsang
Ayat susunan biasa: subjek berada di hadapan predikat, seperti dalam
contoh;
Subjek
Predikat
Seorang pelajar
Memenangi hadiah itu.
Hampir semua pelajar
Telah
menyiapkan
kerja
kursus
tersebut.
Ibu
Membeli seutas rantai emas.
AYAT TUNGGAL SUSUNAN SONGSANG: Ayat songsang ialah ayang
yang memindahkan predikat ke hadapan subjek. Proses ini terjadi kerana
unsur yang dikedepankan itu hendak diberi penegasan. Dalam hal ini,
predikat yang dikedepankan itu melalui dua cara:
a) Pendepanan seluruh predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat di bawa
ke hadapan subjek. Contoh:
Susunan biasa
Susunan
songsang
yang
mengedepankan
seluruh
predikatnya
Paras mukanya cantik sekali.
Cantik sekali paras rupanya.
Mahkota Johor bertahtakan intan Bertatahkan intan permata mahkota
permata.
Johor.
Ayahnya tukang emas.
Tukang emas ayahnya.
Cikgu Mustafa sedang mengajar.
Sedang mengajar Cikgu Mustafa.
Anak cendekiawan itu sudah tentu Sudah
tentu
pandai
anak
pandai.
cendekiawan itu.

b) Pendepanan sebahagian daripada predikat. Bahagian-bahagian daripada


predikat juga dapat dikedepankan secara berasingan. Contoh:
Susnan biasa

Susunan
songsang
yang
mengedepankan
sebahagian
daripada predikatnya
Dia bekerja di kedai emas itu.
Bekerja dia di kedai emas itu.
Laila
membaca
buku
di Membaca buku Laila di perpustakaan
perpustakaan.
itu.
Mohan sakit pada hari itu.
Sakit Mohan pada hari itu.
Mereka di Johor Bahru sekarang.
Di Johor Bahru mereka sekarang.
AYAT AKTIF: Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal dengan unsur yang diterangkan. Contoh:
*Siva menendang bola.
*Pelajar-pelajar sekolah itu sedang belajar.
*Kakak Siti mengelamun sepanjang hari.
AYAT PASIF: Ayat yang asalnya ayat aktif transitif. Ayat aktif
mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur
yang diterangkan. Contoh:
*Bola ditendang oleh Raju.
*Kuala Lumpur dilanda banjir.
*Buku itu kami beli semalam.
*Cakera padat itu hendaklah kamu jaga baik-baik.
AYAT MAJMUK GABUNGAN: Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau
lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan ayat tersebut
dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Contoh:
*Pelajar berdiri tegak dan bernyanyi.
Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu:
*Pelajar berdiri tegak.
*Pelajar bernyanyi.
Perhatikan contoh ayat majmuk gabungan yang berikut:
*Silvam kurus tetapi adiknya gemuk.
Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu:
*Silvam kurus.
*Adik Silvam gemuk.
AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF: Ayat majmuk pancanagn ialah
ayat majmuk yang mengandungi ayat utama dan beberapa ayat kecil.
Dikenal dengan penggunaan perkataan yang seperti dalam contoh yang
berikut:
*Kakak membeli baju yang berwarna merah jambu.
*Kami menonton rancangan televisyen yang amat lucu.
*Kanak-kanak yang sedang bermain itu anak saya.
*Kerbau yang melintas di hadapan kereta saya itu berlari ke dalam
semak.
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN: Ayat majmuk
menggunakan kata komplemen iaitu bahawa dan untuk
menghubungkan ayat utama dengan ayat komplemen. Contoh:

yang
bagi

*Dia memberitahu bahawa pelajar itu sakit.


Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu:
*Dia memberitahu (sesuatu).-(ayat utama)
*Pelajar itu sakit. (ayat komplemen)
AYAT MAJMUK KETERANGAN: Ayat majmuk yang terdiri daripada satu
ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang berfungsi sebagai
keterangan kepada predikat. Ayat ini dihubungkan oleh kata hubung
seperti ketika, kerana, semasa, sewaktu dan sekiranya. Contoh ayat:
*Encik Zain bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
Ayat di atas dapat dipecahkan seperti yang berikut:
*Encik Zain bukan ketua saya. + ketika + saya bekerja dahulu.
LARAS BAHASA: Kepelbagaian bahasa mengikut penggunaannya dalam
bidang tertentu. Misalnya, laras bahasa sukan.
Dalam sukan bola sepak, menanduk bermakna menghantar bola dengan
kepala. Dalam bahasa Malaysia biasa, menanduk bermakna menyondol
sesuatu dengan kepalanya dan biasanya dikaitkan dengan haiwan yang
bertanduk seperti kerbau, lembu, kambing, biri-biri dan seladang.
PENANDA WACANA: KATA YANG MENGHUBUNGKAN IDEA DENGAN IDEA
LAIN
DALAM
TEKS.
CONTOH: OLEH
ITU,
KEMUDIAN,
SELEPAS
ITU, DAN OLEH SEBAB ITU.

Anda mungkin juga menyukai