Anda di halaman 1dari 27

Penggolongan Kata

Penggolongan Tatabahasa Dewan (2008)


Kata nama, Kata kerja, Kata adjektif, Kata tugas

Kata Nama Am

menjelaskan secara umum nama sesuatu yang bernyawa, dan sesuatu yang tidak bernyawa

hidup manusia: ibu, askar, guru hidup bukan manusia: gajah, cacing, jin, pokok tak hidup benda: televisyen, komputer, cawan tak hidup tempat: stadium, jalan raya, pulau

Kata Nama Khas

Digunakan sebagai rujukan khusus bagi menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa atau yang tidak bernyawa.

Benda-benda yang bernyawa: manusia dan binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa: tempat, judul buku, nama bangunan Huruf pertama perkataan nama khas ditulis dengan huruf besar.

hidup manusia: Profesor Hashim, Senator Samsuddin, Doktor Ramli hidup bukan manusia: Pak Belang, Sang Kancil, Hevea Brasilia (pokok getah) tak hidup: Kampung Baru, Indonesia, Seri Perdana, Tan Sri, UPSI

Kata Ganti Nama

Digunakan sebagai pengganti kata nama khas dan kata nama am kepada diri seseorang atau sebagai penunjuk.

Kata ganti diri pertama: saya, beta, aku, patik, kami, kita Kata ganti diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari Kata ganti diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua, iaitu

penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata Nama Terbitan


Dihasilkan apabila sesuatu kata dasar mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Dibentuk oleh awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Awalan: pengikut, kekasih, pekerja, penyewa, pemikir, penggosok; Akhiran: ikutan, kasihan, kerjaan, sewaan, fikiran, gosokan; Apitan: pekerjaan, penyewaan, pemikiran, keadaan, kesihatan; Sisipan: gerigi, gemilang.

Terhasil daripada proses penggandaan:


Penggandaan

penuh: budak-budak, universitiuniversiti, biji-bijian Penggandaan separa: lelangit, lelaki, pepohon Penggandaan berentak: lauk-pauk, bukitbukau, batu-batan.

Terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih membentuk kata nama majmuk. Terbahagi kepada tiga jenis:
Kata

majmuk rangkai kata bebas: guru besar, ular sawa, susu isian pekat, Menteri Besar; Kata majmuk istilah khusus: deria rasa, medan sinaran, analisis teks, meter alir, mogok lapar; Kata majmuk bermaksud kiasan: cakar ayam, anak emas, bulan madu.

Kata Kerja
Kata Kerja Transitif perlu diikuti oleh objek (penyambut) yang terdiri daripada frasa nama bagi melengkapkan maksudnya.

Kata Kerja Transitif Aktif


mesti disertai oleh objek, menggunakan imbuhan meN-, meN-...-i, meN-...-kan, memper-, memper-...-i, dan memper-...-kan.
Rustam menonton televisyen. Kucing itu menangkap seekor burung.

Kata Kerja Transitif Pasif


hasil daripada ayat aktif menjadi ayat pasif.

Televisyen ditonton oleh Rustam. Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.

Kata Kerja Tak Transitif tidak memerlukan objek. terbahagi kepada dua,

kata kerja tak transitif berpelengkap kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap


memerlukan pelengkap bagi menyempurnakan maksud. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.

Kami tinggal di Kampung Pauh. Kesihatan bapanya beransur baik.

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa pelengkap

boleh berdiri sendiri dengan tidak memerlukan pelengkap.


Bapanya masih bekerja. Padi di sawah sedang menguning.

boleh diikuti oleh frasa sendi yang berfungsi sebagai keterangan atau adverba.

Bapanya masih bekerja selepas waktu pejabat. Padi di sawah sedang menguning di sawah.

Kata Adjektif

menjadi inti dalam frasa adjektif. menerangkan keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat,
Rumah saya cantik juga. Walaupun tidak berpendidikan

tinggi, pemikirannya

sangat bernas. Suara penyanyi baharu itu merdu sekali. Dia mendapat markah yang paling tinggi dalam kelasnya.

Jenis Kata Adjektif


Kata Adjektif Keadaan


baik,

cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap.

Kata Adjektif Warna


merah,

jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat, terputih. panjang, tebal, nipis, dalam, besar, tertinggi.

Kata Adjektif Ukuran


pendek,

Kata Adjektif Waktu


lama,

lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu,

silam.

Kata Adjektif Bentuk


bulat,

bujur, lurus, bundar, kempis, buncit.

Kata Adjektif Jarak


dekat, hampir, jauh, rapat. selalu, jarang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah, selaju. takut, seram, benci, marah, senang, sayang, gembira, rindurinduan.

Kata Adjektif Cara


Kata Adjektif Perasaan

Kata Adjektif Deria melibatkan konsep deria rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau kelima-limanya,

Deria rasa: sedap, terlazat, manis, pahit, lemak, sepedas, payau Deria pandang: buruk, hodoh, jelita, tercantik, tampan Deria dengar: bising, sunyi, senyap Deria bau: busuk, wangi, hangit, Deria sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin

Kata Tugas
Kata yang tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas tatabahasa apabila digunakan. tidak boleh menjadi unsur inti bagi mana-mana frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

kata

adverba boleh menjadi inti frasa adverba


laju sungguh, kata adverba laju menjadi inti kepada laju sungguh. frasa adverba tidak boleh menjadi predikat ayat

Kata Hubung

Bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan

menghubungkan dua atau lebih ayat yang setara sifatnya menjadi ayat majmuk menggunakan kata hubung gabungan dinamakan ayat majmuk gabungan.
Segala negeri Hindi dan Sindi sekaliannya dalam hukum baginda. (SM) Lahuma naik geram sendirian lalu memicit kakinya sekuat tenaga sampai menjerit-jerit kesakitan.(RSJ) Kanak-kanak duduk di atas kerusi sambil memegang bendera.(PIP)

Kata Hubung Pancangan

menyambung klausa pancangan (tidak setara) kepada klausa utama. terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan.

Kata praklausa

Hadir di hadapan klausa bagi tujuan menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa. Kata praklausa terdiri daripada jenis-jenis

kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata seru berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan.


Digunakan dalam ayat seruan. aduh, amboi, bedebah, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, dan wahai. apa, mengapa, berapa, bila, dan bagaimana.

Kata tanya berfungsi bagi menyoal sesuatu.

Kata Tanya Di Akhir Ayat Harga Proton Wira itu berapa? Mereka sampai bila? Kata Tanya Di Pangkal Ayat Kata tanya di pangkal ayat perlu disertai dengan partikel kah. Adakah mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih? Ganti Nama Sebagai Kata Tanya Yang di atas meja itu apa? Orang yang datang semalam itu siapa? Buku saya tadi mana?

Kata perintah berfungsi bagi menimbulkan tindak balas terhadap arahan, larangan, silaan atau permintaan.

jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, dan harap.


"Tolonglah pasangkan sekali, tangan saya basah." (Sal) "Jangan beritahu anak-anak bila pulang," pesan Lahuma. (RSJ)

Kata pembenar mengesahkan sesuatu pernyataan.


ya, benar, betul, dan sahih

Kata pangkal ayat menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.


hatta, kalakian, maka, sebermula, syahadan, sekali peristiwa, adapun, arakian,dan alkisah.

Kata prafrasa dan pascafrasa

Kata prafrasa dan kata pascafrasa hadir sebelum dan selepas frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi. berfungsi menekankan maksud yang terkandung dalam ayat, seperti membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menunjukkan arah dan membilang. Kata prafrasa: kata sendi, kata adverba, kata arah, kata bantu, kata pemeri, kata penguat, kata penegas, kata nafi, dan kata bilangan. kata pascafrasa: kata penguat, kata penegas, dan kata adverba.

Kata sendi adalah perkataan yang hadir biasanya di hadapan kata atau frasa nama.

terdapat juga kata sendi yang hadir di hadapan kata atau frasa kerja, dan kata atau frasa adjektif. menentukan tempat dan arah sesuatu. Kata sendi tunggal: akan, antara, atas, bagai, bagi, buat, dalam, dari, dekat, demi, dengan, di, hingga, ibarat, ke, kecuali, kerana, laksana, macam, oleh, pada, sampai, sejak, sempena, seperti, serta, tanpa, tentang, umpama, dan untuk. Kata sendi berimbuhan: berhubung, bersama, menurut, sebagai, sehingga, sekitar, selain, semasa, semenjak, sepanjang, seumpama, sewaktu, terhadap, bagaikan, lantaran, melainkan, melalui, menerusi, mengenai, dan sehubungan. Kata sendi majmuk: akibat daripada, atas sebab, hingga ke, kepada, oleh kerana, oleh sebab, padahal, pada sekitar, sama dengan, sampai kepada, sehingga ke, seiring dengan, sejak dari, selain daripada, sehubungan dengan dan untuk ke.

Bentuk Kata Sendi

Kekeliruan Penggunaan Kata Sendi Perkataan pelbagai golongan kata


1. Saya tidak faham akan kemahuannya. (kata sendi) 2. Dia akan berkahwin minggu hadapan. (kata bantu) 3. Kereta baharu itu untuk isterinya. (kata sendi) 4. Agak sukar baginya untuk membuat pilihan. (kata hubung)

Kesalahan penggunaan kata sendi di Kesalahan penggunaan kata sendi ke Kesalahan penggunaan kata sendi daripada Kesalahan penggunaan kata sendi pada Perbezaan antara dan di antara Perbezaan dalam dan di dalam

Kata bantu hadir sebelum kata kerja, kata adjektif dan sendi nama.

digunakan bagi menunjukkan makna aspek dan ragam sesuatu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.

Kata penguat berfungsi menguatkan maksud kata adjektif.


boleh hadir di hadapan atau di belakang kata atau frasa adjektif. turut berfungsi sebagai adverba.

Kata penegas terdiri daripada partikel dan sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagianbahagian tertentu dalam ayat.

penegas predikat atau bahagian-bahagiannya menggunakan partikel -kah, -tah, dan -lah. penegas subjek atau predikat, menggunakan perkataan juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang.

Kata nafi menjadi unsur nafi kepada frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa sifat dan frasa sendi.

bukan, tidak dan tanpa.

Kata pemeri merangkaikan subjek dengan predikat. Kata pemeri memerihalkan predikat.

Kata pemeri ialah menyamakan isi subjek dengan isi predikat. Kata pemeri adalah memberi huraian dalam predikat. atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, dan utara. bilangan tentu, bilangan tak tentu, bilangan pisahan, bilangan pecahan, bilangan himpunan, dan bilangan tingkat.

Kata arah menunjukkan tempat sesuatu kata nama.

Kata bilangan menerangkan jumlah kata nama.

Kata Adverba menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata adverba lain dan frasa sendi yang berfungsi sebagai keterangan atau adverba.

kata adverba jati, kata adverba asal kata adjektif, kata adverba asal kata kerja, kata adverba gandaan

Kata pascakata

Kata Penekan memberi penekanan kepada kata yang digabungkan dengannya.

Semuanya betina: Sanah anak yang sulung. (RSJ)

Kata pembenda pula menjadikan sesuatu perkataan yang asalnya bukan kata nama sebagai kata nama.

Kata lajunya, sakitnya, lantangnya menjadi kata nama apabila digandingkan dengan kata pembenda nya. Matahari sudah hampir kesembilan puluh darjah tegaknya ketika sebuah lori kecil dan buruk masuk perlahan-lahan, tapi bising, ke jalan kecil berlekaklekuk itu. (Sal)

Anda mungkin juga menyukai