Anda di halaman 1dari 2

KATA PRAFRASA

Kata yang hadir di depan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja,
atau frasa adjektif.
Berfungsi untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan,
memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang.
Terdiri daripada 8 jenis:
1. Kata bantu
2. Kata penguat
3. Kata penegas
4. Kata arah
5. Kata nafi
6. Kata bilangan
7. Kata pemeri
8. Kata sendi nama
1. Kata bantu
Brfungsi membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
dengan menimbulkan maksud tambahan dari aspek waktu dan
ragam.
Terdiri daripada 2 kumpulan iaitu:
i. Kata bantu aspek:
Berfungsi untuk mewujudkan suasana perbezaan masa,
iaitu masa lampau, masa kini, dan masa hadapan.
Kata Bantu Aspek
Ayat contoh
Menerangkan masa lampau
Baju yang dijemurnya telah kering
telah
sudah
pernah
Menerangkan masa kini
Saya sedang mengulangkaji pelajaran.
sedang
masih
Menerangkan masa hadapan
Siti belum bersarapan.
akan
belum
baru
ii. Kata bantu ragam
Berfungsi menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan
perbuatan yang dilakukan.
Kata Bantu Ragam
Ayat Contoh
boleh
Kamu boleh membeli produk itu di farmasi.
dapat
Dia dapat menyiapkan kerja itu dengan cepat.

harus
hendak
mahu
mesti

Kita harus bertolak ansur sesama jiran


Rajesh hendak ke Kuala Lumpur esok.
Saya mahu berhijrah ke tempat lain.
Kita mesti mematuhi peraturan jalan raya.

2. Kata penguat
Kata yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif yang berfungsi
untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Terbahagi kepada 3 jenis:
Kata Penguat
Ayat Contoh
Kata penguat hadapan
Kami agak takut untuk berjumpa
dengan guru disiplin.
agak
paling
terlalu
Kata penguat belakang
Taman bunga itu indah nian.
benar
nian
sekali
Kata penguat bebas
Menara Kuala Lumpur sangat tinggi.
Menara Kuala Lumpur tinggi sangat.
amat
sungguh
sangat
3. Kata Penegas
Kata yang berfungsi memberi penekanan atau penegasan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Kata Penegas
Ayat Contoh
Untuk menegaskan frasa predikat Apatah dayaku untuk menghalang
atau bahagian-bahagiannya
pemergiannya.
-kah
-lah
-tah
Untuk menegaskan frasa nama Borang yang lengkap sahaja yang
sebagai subjek atau bahagian- akan diproses.
bahagiannya atau frasa predikat atau
bahagian-bahagiannya
jua
memang
juga
pun
lagi
sahaja

Untuk menegaskan subjek


hanya

Hanya dia yang masih saya kenal.

4. Kata Nafi
Kata yang hadir di hadapan frasa predikat yang terdiri daripada frasa
nama, frasa sendi nama, frasa kerja, dan frasa adjektif yang berfungsi
untuk menjadi unsur nafi.
Kata Nafi
Penggunaan
Ayat Contoh
Bukan
Unsur nafi bagi frasa Saya bukan anaknya.
nama dan frasa sendi
nama
tidak
Unsur nafi bagi frasa Bunga itu tidak harum.
kerja
dan
frasa
adjektif
5. Kata Pemeri
Kata yang berfungsi untuk menjadi pemeri hal atau perangkai antara
subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata Pemeri
Penggunaan
Ayat Contoh
ialah
Digunakan hanya di Cikgu Azreen ialah guru
hadapan frasa nama Matematik.
(secara persamaan)
adalah
Digunakan
di Bentuk
bumi
adalah
hadapan
frasa sfera.
adjektif dan frasa
sendi nama (secara
huraian)

6. Kata sendi nama


Kata yang hadir di hadapan frasa nama yang mempunyai fungsi
tertentu.
Contoh: di, ke, dari, daripada, kepada, pada, demi, seperti, bagai,
umpama, laksana, sejak, terhadap, untuk, dengan, dalam, sampai,
kerana, oleh, bagi dan akan.
7. Kata arah
Kata yang hadir di hadapan kata nama dan lazimnya sesudah kata
sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Contoh: antara, atas, barat, bawah, belakang, dalam, hadapan, hilir,
hulu, luar, penjuru, pinggir, segi, sudut, tengah, tepi, timur, dan utara.

8. Kata bilangan
Kata yang menjadi penerang bagi frasa nama.
Terbahagi kepada 6 jenis:
a. Kata bilangan tentu
Membilang manusia, haiwan dan benda yang sudah tentu
bilangannya.
Contoh: dua, empat, dua ratus lima puluh, dan tiga juta.
b. Kata bilangan tak tentu
Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak tetapi tidak
tentu bilangannya.
Conto: sesetengah, segala, semua, dan sedikit.
c. Kata bilangan himpunan
Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak dalam
bentuk himpunan.
Contoh: beratus-ratus, kedua-dua, dan berguni-guni.
d. Kata bilangan tingkat
Membilang manusia, haiwan dan benda yang tunggal atau jamak.
Contoh: pertama, kedua, dan ketiga.
e. Kata bilangan pecahan
Membilang manusia, haiwan dan benda yang terpecah-pecah.
Contoh: setengah, sepertiga, dan dua per tiga.
f. Kata bilangan pisahan
Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak tetapi
terpisah.
Contoh: masing-masing, setiap, dan tiap-tiap.

Anda mungkin juga menyukai