Anda di halaman 1dari 7

Maksud

Rangkap 1
Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita.
Maksud: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya
dengan baik,maka tidak akan timbul pelbagai keinginan
yang dapat merosakkannya.
Rangkap 2
Apabila terpelihara kuping,Khabar yang jahat tiadalah damping.
Maksud: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan
baik,berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya.
Rangkap 3
Apabila terpelihara lidah,Nescaya dapat daripadanya faedah.
Maksud: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya,banyak kebaikan
akan diperolehnya.

Rangkap 4
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan
ringan.
Maksud: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya,perkara yang
ringan akan dapat diselesaikan.

Rangkap 5
Apabila perut terlalu penuh,Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Maksud: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan,maka banyak
perkara yang memudaratkan akan timbul.
Rangkap 6

Anggota tengah hendaklah diingat,Di situlah banyak orang yang hilang


semangat.
Maksud: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya
semangat mereka tidak mudah luntur.

Rangkap 7

Hendaklah peliharakan kaki,Daripada berjalan yang membawa rugi.


Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat
yang boleh membawa kepada kerosokan.
TEMA

Nasihat memelihara anggota diri. Gurindam ini memberi nasihat supaya


memelihara anggota badan dan budi pekerti.

PERSOALAN

Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan


Contoh: Kita haruslah menjaga penglihatan dengan baik, supaya tidak timbul pelbagai
keinginan yang dapa merosakannya.

Persoalan kebaikan memelihara tutur kata


Contoh: Kita patutlah mengawal pertuturan supaya dapat memperoleh banyak kebaikan

Persoalan pentingnya memelihara pendengaran


Contoh: Kita mestilah menjaga pendengaran kita dengan baik supaya dapat menghindari
berita-berita yang tidak elok.

Persoalan pentingnya mengawal nafsu makan


Contoh: Sekiranya kita dapat mengawal nafsu makan, maka kesihatan tubuh badan kita
dapat dijamin.
Bentuk dan Ciri-ciri Gurindam
Terdiri daripada tujuh rangkap
Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap
Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga tujuh patah
perkataan dalam sebaris.
Terdiri daripada lapan hingga lima belas suku kata sebaris
Rima akhir gurindam ialah aa

Gaya bahasa dan Keindahan Bunyi


Pemilihan kata yang indah
Contoh: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita

Penggunaan bahasa kiasan


Contoh: Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh

Penggunaan inversi
Contoh: Khabar yang tiadalah damping

Asonasi (perulangan vokal a)


Contoh: Daripada segala berat dan ringan
NILAI
Nilai Kebijaksanaan
Kita haruslah mengamalkan kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata

Nilai Kesederhanaan
Kita wajarlah menunjukkan kesederhanaan ketika memperoleh rezeki

Nilai Kesabaran
Kita haruslah bersikap sabar untuk memelihara mata daripada melihat perkara
negatif

PENGAJARAN

Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana

Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan
kemudaratan

Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai