Anda di halaman 1dari 5

http://pppnukm.wordpress.

com/category/peperiksaan-percubaan-spm/

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
PENGENALAN

1. Ini merupakan soalan Bahagian A dalam Kertas 1 Bahasa Melayu
SPM.
2. Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan bahagian ini ialah 45 minit.
3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini.

FORMAT JAWAPAN

1. Jawapan harus ditulis dalam bentuk karangan. Panjang karangan hendaklah di antara
200 hingga 250 patah perkataan.

2. Karangan anda harus terdiri daripada 6 perenggan seperti berikut:

PENDAHULUAN

- 3 Atau 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 40 patah perkataan

ISI 1

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan
GRED
BARU
MARKAH NILAI KEPUTUSAN
A+ 90-100 4.0 CEMERLANG
A 85-89 3.67 CEMERLANG
A- 80-84 3.33 CEMERLANG
B+ 75-79 3.00 KEPUJIAN
B 70-74 2.67 KEPUJIAN
C+ 60-69 2.33 BAIK
C 50-59 2.00 BAIK
D 45-49 1.67 LULUS
E 40-44 1.33 LULUS
G 0-39 0.00 GAGAL

ISI 2

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

ISI 3

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

ISI 4

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

PENUTUP

- 2 Atau 3 ayat (Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan)
- Lebih kurang 30 patah perkataan
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang juga
berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan
hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal
mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering
melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan
perkataan vandalisme. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk
menangani masalah ini? (82 patah perkataan)

Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai moral
yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak
mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka
mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh
anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya
mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus
dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini
memang sesuai dengan kata orang-orang tua,Sayangkan anak, tangan-tangankan. (100 patah
perkataan)

Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme menjalar dengan
berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan,
merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil
perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa
tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang
didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap
tindak-tanduk anak-anak mereka. (81 patah perkataan)

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme.
Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk
menangani gejala yang semakin membarahi negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran
kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan
kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini
perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah dan
membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme
akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. (93 patah
perkataan)

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama
memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa
ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh
digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang
bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini
dan ingatlah , jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.(78 patah perkataan)
ara-Cara Menghargai Jasa Warga Tua (Karangan Galus)
ara-Cara Menghargai Jasa Warga Tua (Karangan Galus)


Warga tua telah banyak berjasa kepada keluarga dan negara. Namun, banyak jasa mereka telah
dilupakan. Terdapat anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua.


Anak-anak perlu membalas jasa kedua-dua orang tua mereka. Hal ini kerana ibu bapa telah mendidik
dan menyara kehidupan mereka. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak-anak
janganlah menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Warga tua akan berasa sedih jika
dihantar ke rumah orang tua-tua.


Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak. Mereka perlu menjaga kedua-dua ibu
bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa perlu mewujudkan hubungan mesra dalam keluarga.
Anak-anak akan menghargai dan menghayati kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka. Anak-anak
akan tetap menyayangi mereka,


Di sekolah, guru boleh menasihati pelajar agar menghormati warga tua. Guru-guru perlu menasihati
pelajar mereka supaya sayang dan hormati warga tua. Pelajar-pelajar perlu bercakap dengan sopan
apabila berhubung dengan ibu bapa mereka. Guru-guru boleh menerapkan nilai ini melalui mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral. Peranan guru penting untuk mendidik para pelajar.


Kerajaan boleh menghargai warga tua. Kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga
tua. Sebagai contoh, warga tua perlu diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun
dikenakan kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta. Warga tua akan berasa gembira dan
dihargai. Kerajaan perlu mengadakan hari mengingati warga tua.


Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita
tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.


[ 239 patah perkataan ]

Anda mungkin juga menyukai