Anda di halaman 1dari 10

Rangkap 1: Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang

dilaluinya begitu sepi. Walau bagaimanapun, keadaan itu


tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada
sesiapa yang datang untuk menziarahinya.

Rangkap 2 : Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya


sebagai bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di
dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu
daripada anak sulung hingga anak bongsu. Lantas,
penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita
sakit dan keseorangan.

Rangkap 3 : Penyajak berasa bahawa dirinya tidak


bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian,
penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan
supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
o Kesunyian hidup yang dilalui oleh
golongan warga tua.
 Penyair berasa sunyi dalam hidupnya
kerana anak-anaknya telah melupakan
kasih sayangnya.
 Penyair berharap agar anak-anaknya
dikurniakan oleh Tuhan keinsafan.
1. Kehidupan seorang orang tua yang tidak
dijenguk dan tidak dipedulikan oleh anak-anak.
Penyajak tidak diziarahi oleh anak-anaknya
walaupun dia jatuh sakit.

2. Orang tua berharap agar anak-anaknya diberi


keinsafan. Penyajak berharap bahwa anak-anak
dikurniakan keinsafan oleh Tuhan.

3. Kesedaran bahawa Tuhan sahaja yang kekal.


Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal kecuali
Tuhan.
 Bebas dan tidak terikat
 Tiga rangkap
 Setiap baris terdiri daripada 4-13
suku kata
I. Simile – bagai kalung
II. Metafora – benih keinsafan
III. Hiperbola – embun cinta atasi angin
dingin
IV. Anafora – ada yang mati / ada yang
hidup
 Keinsafan
* Penyajak sedar dan insaf bahawa yang
kekal hanyalah Tuhan.
 Kasih sayang
* Kasih sayang penyajak terhadap
anaknya masih utuh walapun anaknya
derhaka
 Ketabahan
* Penyajak tabah mengharungi
kehidupan seorang diri dan kesunyian
tanpa dihiraukan oleh anak-anak.
a. Kita mestilah berasa insaf dan sedar
bahawa kehidupan di dunia ini hanya
sementara dan Tuhan sahaja yang kekal.
b. Ibu bapa mestilah bersikap penyayang
terhadap anak-anak supaya kehidupan
anak-anak itu mendapat berkat.
c. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan
hidup agar tidak dirundung rasa putus asa.
1. Nyatakan maksud rangkap 1. (2m)

2. Pada pendapat anda,apakah faktor


yang menyebabkan anak-anak
mengabaikan ibu bapanya yang sudah
tua? (3m)

3. Huraikan dua persoalan yang terdapat


dalam sajak di atas. (4m)

Anda mungkin juga menyukai