Anda di halaman 1dari 36

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS)


Soalan 2(d) - Petikan Puisi

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI


Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(Dipetik daripada Erti Hidup Bererti,


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah harapan ibu kepada anaknya dalam sajak tersebut.


[2 markah]
(ii) Ibu bapa merupakan insan yang perlu dihormati dan disayangi.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 1
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Harapan ibu kepada anaknya
P1 Anak-anaknya datang menjenguknya 1
P2 Anak-anaknya insaf 1
P3 Anak-anaknya menjadi penenang / penawar hatinya 1
P4 Anak-anaknya mempunyai perasaan kasih sayang dalam hati 1

(ii) Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu


bapa
P1 Mendengar nasihat ibu bapa 1
P2 Belajar bersungguh-sungguh 1
P3 Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa 1
P4 Bertutur / bercakap dengan sopan 1
P5 Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa 1
P6 Membawa ibu bapa menunaikan haji / umrah / melancong 1

(iii) Dua persoalan


P1 Persoalan sikap anak-anak yang tidak menjalankan 2
tanggungjawab ibu bapa.
Contoh: Ibu berasa sedah kerana anak-anak tidak
mempedulikannya ketika dia sakit.
P2 Persoalan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak. 2
Contoh: Ibu tetap mendoakan agar anak-anaknya insaf dan
mempunyai perasaan kasih sayang walaupun anak-anak
mengabaikannya.
P3 Persoalan kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang ibu. 2
Contoh: Ibu kesunyian kerana anak-anak tidak menziarahinya.
P4 Persoalan ketabahan seorang ibu menempuh hari-hari tua. 2
Contoh: Ibu tabah menempuh hari-hari tuanya tanpa
kehadiran anak-anaknya / tabah mengerang kesakitan
seorang diri.
P5 Persoalan kesedaran hidup manusia yang tidak berkekalan 2
Contoh: penyajak menyatakan bahawa kehidupan manusia
tidak kekal kecuali Tuhan.

Halaman 2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 NEGERI SEMBILAN)


Soalan 2(d) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga
tangan dan kakinya.
[2 markah]
(ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran betapa pentingnya kita
menjaga pertuturan dalam pergaulan.
Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang itu tidak menjaga tutur katanya?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.
[4 markah]
Halaman 3
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Kebaikan:
P1 Tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama / 1
undang-undang
P2 Tidak mengambil hak orang lain / yang bukan haknya 1
P3 Tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat maksiat 1
P4 Tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji 1
P4 Sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk kebaikan 1

(ii) Kesan tidak menjaga pertuturan:


P1 Menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan / 1
pergaduhan
P2 Merosakkan / memutuskan hubungan / silaturahim 1
P3 Dibenci / dimusuhi oleh orang lain 1
P4 Kekurangan / ketiadaan kawan 1

(iii) Dua persoalan


P1 Kepentingan menjaga pancaindera 2
Contoh: diri disayangi dan dihormati
P2 Berhati-hati apabila menggunakan pancaindera 2
Contoh: dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam
kegiatan tidak bermoral.
P3 Akibat melakukan sesuatu secara keterlaluan 2
Contoh: sikap keterlaluan akan mengundang pelbagai
keburukan.
P4 Tanggungjawab mengelakkan diri daripada musibah / perkara 2
keji
Contoh: dapat hidup dalam keadaan aman dan mampu
menjaga maruah diri dan keluarga.

Halaman 4
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 TERENGGANU)


Soalan 2(d) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS


Sazalee Yacob

Kuhantar kau mengecapi angin baru


udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putih


dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

Di awan kampus yang sarat ilmu


hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

(Dipetik daripada Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus)


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) di padang kampus yang hijau pertimbangan


tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
Apakah yang hendak disampaikan oleh penyajak melalui petikan sajak di atas?
[2 markah]
(ii) Dalam rangkap pertama sajak ini ada dinyatakan tentang perubahan minda yang perlu dilakukan
oleh seseorang murid sebelum mereka bergelar pelajar universiti.
Pada pendapat anda, mengapakah mereka perlu bersedia dengan langkah-langkah yang
sewajarnya ketika berada di menara gading?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 5
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud
P1 Kampus-kampus universiti sebagai pusat percambahan pemikiran / 2
pertimbangan boleh menjelmakan perasaan ego / sombong yang boleh
menghilangkan / menghancurkan nilai pekerti

(ii) Sebab murid perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya


P1 Mereka lebih berdikari tanpa bergantung pada pensyarah / ibu bapa / rakan- 1
rakan
P2 Mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan yang sentiasa berlumba-lumba 1
menjadi pelajar yang terbaik.
P3 Mereka tidak berkonflik / tidak menyalahkan ibu bapa / mana-mana pihak 1
sekiranya mereka gagal dalam pelajaran
P4 Mereka tidak hilang pertimbangan / culture shock / tidak hanyut di tempat 1
baharu
P5 Supaya mereka tidak terkandas / bangkit selepas terkandas 1
P6 Pengaruh rakan sebaya / pengaruh persekitaran boleh merosakkan mereka 1

(iii) Persoalan
P1 Persoalan kepentingan ilmu / pendidikan dalam kehidupan 2
Contoh (R1: B6 / B7 / B8) kau nikmatilah angin dan udara ilmu / memesrai
azimat dan tangkap dari tangkai gading Penyajak menghantar anaknya ke
bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari ilmu
pengetahuan mampu diperoleh dari menara gading tersebut.
P2 Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak 2
Contoh (R1: B1 / B2) Kuhantar kau mengecapi angin baru / Udara lain dari
kampung bendang keningmu. Penyajak menghantar anaknya belajar di
bandar kerana suasana dan persekitaran bandar jauh berbeza dengan
kampung. Penyajak mahu anaknya menimba pengalaman baharu di
universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di
sebuah universiti.
P3 Persoalan harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa 2
Contohnya, penyajak membenarkan anaknya belajar di bandar untuk
meluaskan / menambahkan pengalaman hidupnya, sekali gus melatih
anaknya menjadi lebih tabah, matang dan bijaksana dalam menangani
cabaran hidup.
P4 Persoalan cabaran hidup di bandar 2
Contohnya, penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat
mencabar. Banyak perkara negatif boleh berlaku sekiranya anaknya tidak
dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang tidak
baik. Oleh itu, dia berharap anaknya dapat membuat pertimbangan dengan
rasional agar sifat sombong tidak menguasai dirinya.

Halaman 6
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 JOHOR)


Soalan 2(d) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI


Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(Dipetik daripada Erti Hidup Bererti,


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, berikan tiga sebab mengapakah terdapat segelintir anak-anak yang jarang-jarang
menziarahi ibu bapa mereka?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 7
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkap pertama sajak di atas ialah
P1 Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana 2
tiada sesiapa / anak-anak yang datang menziarahinya
P2 Penulis berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya adalah 2
sepi seribu bahasa yang tidak pernah membawa apa-apa
perubahan dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri sendiri
sama ada anaknya akan datang menjenguknya. Oleh hal yang
demikian, penulis yang mengeluh telah meluahkan
kesunyiannya pada usia tua.

(ii) Pada pendapat saya, sebab segelintir anak-anak bersikap


begitu ialah:
P1 Sibuk dengan tugas / pekerjaan masing-masing 1
P2 Menganggap ibu bapa menyusahkan 1
P3 Tiada masa / tidak cukup masa 1
P4 Tinggal jauh 1

(iii) Dua persoalan yang dapat diperoleh daripada sajak di


atas:
P1 Persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa 2
Anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka
kelak. Bukan membiarkan mereka kesunyian lebih-lebih lagi
pada usia tua mereka nanti.
P2 Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya 2
Walaupun dipinggirkan, namun seorang ibu tetap mendoakan
anaknya agar diberi keinsafan.
P3 Persoalan ikatan kekeluargaan yang longgar 2
Pada masa sekarang, ramai anak yang tidak mempedulikan
ibu bapa mereka. Bukan setakat tidak diziarahi bahkan tidak
dijaga dengan baik dan menganggap mereka tidak bermakna
dalam hidup.
P4 Persoalan tiada makhluk yang kekal selain Tuhan 2
Semua hidupan di dunia ini akan mati satu hari nanti yang
kekal hanyalah Tuhan.
Halaman 8
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SABAH)


Soalan 2(d) - Petikan Syair

Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka- sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasnya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana- mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihidap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. Gempar ini apakah kurang.

(Dipetik daripada Syair Bidasari


Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata unggas garda dalam rangkap ke-6 syair di atas.
[2 markah]
(ii) Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa
bencana?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas.
[4 markah]

Halaman 9
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Berikan maksud rangkai kata unggas garda dalam
rangkap ke-6 syair di atas.
P1 Burung geruda 2

(ii) Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda


kepada mangsa yang ditimpa bencana
P1 Bantuan kewangan 1
P2 Bantuan ubat-ubat, makanan dan pakaian 1
P3 Sokongan moral iaitu khidmat kaunseling 1
P4 Perlindungan keselamatan kepada mangsa bencana 1

(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam syair di atas.


P1 Kebijaksanaan 2
Contoh: Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang
bijak.
P2 Kasih sayang 2
Contoh: Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan
secara adil dan saksama. Baginda melayani pedagang dan
ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.
P3 Tanggungjawab 2
Contoh: Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang
bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli masalah
yang menimpa negeri baginda.
P4 Ketaatan 2
Contoh: Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-
sama dengan baginda ketika susah dan senang.

Halaman 10
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MELAKA)


Soalan 2(d) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Terangkan maksud rangkap kelima gurindam di atas.


[2 markah]
(ii) Gurindam di atas menerangkan kepentingan menjaga anggota badan daripada melakukan perkara-
perkara negatif.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak elok dan negatif.
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.
[4 markah]

Halaman 11
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang
tiada senonoh ialah
P1 Jika terlalu kenyang 1
P2 Bermacam-macam perkara tak elok timbul 1

(ii) Tindakan-tindakan untuk mengelakkan diri daripada


melakukan perkara-perkara negatif ialah
P1 Mempelajari / menuntut ilmu terutamanya ilmu agama 1
P2 Bercampur gaul dengan orang / rakan yang baik 1
P3 Melakukan aktiviti yang berfaedah pada waktu lapang 1

(iii) Dua pengajaran ialah


P1 Kita hendaklah menjaga telinga kita daripada mendengar 2
perkara-perkara yang tidak elok supaya tidak terpengaruh
dengan perkara tersebut.
P2 Kita hendaklah menjaga lidah / percakapan kita supaya 2
mendapat kebaikan.
P3 Jangan makan terlalu kenyang agar tidak timbul perkara- 2
perkara yang tidak senonoh.

Halaman 12
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SBP)


Soalan 2(d) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan maksud rangkap kelima dalam gurindam di atas.


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga tingkah laku?
[3 markah]
(iii) Berdasarkan gurindam di atas, huraikan dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada
hari ini.
[4 markah]

Halaman 13
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkap kelima gurindam ialah
P1 Nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan 1
perkara yang dilarang
P2 Apabila kenyang, mudah untuk melakukan kemurungan 1

(ii) Perlu menjaga tingkah laku


P1 Kita akan disenangi oleh masyarakat 1
P2 Kita akan dipandang tinggi oleh anggota masyarakat 1
P3 Ibu bapa akan berasa bangga 1
P4 Kita akan disayangi oleh rakan-rakan / ahli keluarga 1
P5 Kita akan mendapat ramai kenalan 1

(iii) Dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini
P1 Nilai kebijaksanaan 2
Contohnya, kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata.
P2 Nilai kesederhanaan 2
Contohnya, kesederhanaan ketika menghadapi rezeki.
P3 Nilai kesabaran 2
Contohnya, kesabaran memelihara mata melihat perkara yang
negatif

Halaman 14
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PULAU PINANG)


Soalan 2(d) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

BEBERAPA PETUA HIDUP


Zaba
Fikir dan Kata Manusia dikenal sifat budinya,
Kurang fikir, kurang siasat, Dengan dilihat siapa kawannya.
Tentu dirimu kelak tersesat.
Burung yang sama corak dan bulu,
Fikir dahulu sebelum berkata, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
Supaya terelak silang sengketa.
Sifat-sifat yang Baik
Perkataan tajam jika dilepas, Jikalau kamu bersifat budiman,
Ibarat beringin, racun dan upas. Dipandang sebagai bunga di taman.

Kalau mulut tajam dan kasar, Jikalau kamu bersifat dermawan,


Boleh ditimpa bahaya besar. Segala orang dapat kautawan.

Silang Sengketa Jikalau kamu bersifat pemurah,


Siapa menggemari silang sengketa, Segala manusia datang menyerah.
Kelaknya pasti berdukacita.
Perbuatan yang Baik
Silang selisih jangan dicari, Barang siapa berbuat jasa,
Jika tersua janganlah lari. Mulia namanya segenap masa.

Ilmu Menolong sesama wajib dan perlu,


Jikalau ilmu tiada sempurna, Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Tiada berapa ia berguna.
Sifat-sifat yang Jahat
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Asal mahu rajin belajar. Hati sesama menjadi pahit.

Dunia Pergaulan Barang siapa berbuat khianat,


Dunia ini taman pergaulan, Tuhan kelak memberi laknat.
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
(Kalung Bunga Zaba, 2008
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Barang siapa berbuat jasa,


Mulia namanya segenap masa.

Apakah maksud rangkap gurindam di atas?


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar dalam
pergaulan? Berikan tiga alasan anda.
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran daripada gurindam tersebut.
[4 markah]

Halaman 15
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkap gurindam
P1 Nama seseorang yang telah membuat jasa akan disanjung 2
pada setiap masa

(ii) Tiga alasan


P1 Tidak akan menyinggung perasaan seseorang 1
P2 Untuk mengelakkan perselisihan faham 1
P3 Dapat mencegah daripada berlaku pergaduhan 1
P4 Dapat meningkatkan keperibadian seseorang 1

(iii) Dua pengajaran


P1 Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan 2
kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
P2 Kita mestilah bijak memilih rakan supaya dapat membimbing 2
kita ke arah kebaikan.
P3 Seseorang perlulah menjaga tutur kara ketika berbicara untuk 2
mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini daripada
berlaku.
P4 Kita mestilah rajin belajar untuk menambahkan pengetahuan. 2
P5 Kita janganlah suka mengadu domba dan membuat fitnah 2
kerana boleh menjejaskan silaturahim dalam masyarakat.
P6 Usahlah kita berlebih-lebihan membantu orang sekiranya diri 2
sendiri berada dalam kesusahan / kesempitan
P7 Kita hendaklah sentiasa berbudi agar selalu dikenang orang. 2

Halaman 16
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERAK)


Soalan 2(d) - Petikan Seloka

Baca petikan seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU


Zaba

Baginda menitahkan orang besar empat, Berbunga sawa mengelempai,


Membuat istana puri berkota; Bertakuk bersedelinggam,
Lalu dipanggil Pawang Raja. Berjenang berbatu kawi,
Pawang mengerah orang bekerja, Berselimpat ukir Jawa,
Empat puluh empat tukang dan utas, Lilit-melilit akar Cina,
Siang malam tidak berhenti. Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Tujuh bulan tujuh purnama, Layang-layang di pintu Raja.
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang, Istana siap tukang pun mati,
Sepuluh dengan rembat guntung, Tiada orang dapat meniru:
Sebelas dengan pancung serong, Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan,


Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

(Kalung Bunga Zaba, 2008


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina?


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan
kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat dikekalkan?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut.
[4 markah]

Halaman 17
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Istana raja dapat dibina dengan
P1 Baginda menitahkan orang besar empat membina istana 1
P2 Orang besar empat memanggil Pawang Raja 1
P3 Pawang Raja memanggil 40 orang tukang dan utas 1
P4 40 orang bertukang siang dan malam 1

(ii) Usaha-usaha yang dapat dilakukan ialah


P1 Mewujudkan kelas / sekolah / institut kemahiran pertukangan 1
P2 Melantik pakar yang sedia ada sebagai jurulatih / penasihat 1
P3 Kemahiran seni bina didokumentasikan / dibukukan 1
P4 Mengadakan pertandingan berkaitan dengan kemahiran 1
pertukangan

(iii) Nilai
P1 Nilai ketaatan / kesetiaan 2
Contohnya, orang besar empat menjunjung titah raja untuk
membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit
dan tembok.
P2 Nilai kerajinan 2
Contohnya, 44 orang tukang yang mahir begitu rajin untuk
menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan
malam.
P3 Nilai kerjasama 2
Contohnya, 44 orang tukang bekerjasama dan saling
membantu untuk menyiapkan istana raja.
P4 Nilai bertanggungjawab 2
Contohnya, 44 orang tukang yang mahir bertanggungjawab
untuk menyiapkan istana raja.

Halaman 18
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KELANTAN)


Soalan 2(d) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Aku Membaca Lagi

Aku mendongak langit


membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran- Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi


membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit


kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi


menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
(Razali Mohd Yussof
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan gambaran suasana alam yang mewarnai kehidupan manusia dalam sajak tersebut.
[2 markah]
(ii) Pada rangkap terakhir, penyair turut berasa sedih atas kemunduran bahasa Melayu.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah berkesan untuk memantapkan lagi kedaulatan
bahasa Melayu?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

Halaman 19
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Gambaran suasana alam
P1 Kicauan burung 1
P2 Desiran ombak 1
P3 Pelangi 1

(ii) Langkah-langkah
P1 Menjadikan syarat lulus dalam peperiksaan 1
P2 Menjadikan mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan 1
P3 Kempen Cintai Bahasa Melayu 1
P4 Dijadikan syarat dalam pengambilan pekerja 1

(iii) Dua persoalan


P1 Persoalan kebesaran ciptaan Tuhan 2
Apabila penyajak mendongak ke langit, melihat awan dan
banjaran gunung, dia dapat melihat bukti kebesaran Ilahi.
P2 Persoalan keindahan alam semula jadi 2
Bunyi kicauan burung, desiran ombak dan pelangi merupakan
antara keindahan yang dinikmati oleh manusia.
P3 Persoalan jati diri anak bangsa yang kian terancam 2
Alam seolah-olah menangisi nasib anak bangsa yang kian
pudar jati dirinya kerana pelbagai pengaruh daripada luar.
P4 Persoalan kedudukan bahasa Melayu yang kian terancam 2
Perlu usaha yang berterusan yang mendaulatkannya.
P5 Persoalan kemusnahan alam semula jadi 2
Kerakusan manusia menyebabkan kemusnahan khazanah
hutan.

Halaman 20
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KEDAH)


Soalan 2(d) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Mohd. Haikal Aminuddin


Terkedu aku Hati ini luluh
di sejadah rindu jiwa yang kaku tersentuh
mengungkap kalimah syahdu ayat-ayat cinta disusun kukuh
bait bicara tersentuh kalbu di sejadah rindu yang lusuh
merekah keinsafan di hati yang beku kemaafan yang kupohon sungguh
mengenang dosaku yang terdahulu. dari Pencipta dalam gemuruh.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Ungkapan doa pada Yang Esa


kupohon kembali nafas kehidupan izinkan aku menjadi manusia
dalam keterhadan dan keterbatasan insan yang taat sentiasa
moga terbuka ruang keampunan pada perintah Maha Kuasa
sebelum saat aku dinisankan agar aku tidak lupa
di masa yang Kautetapkan. dunia ini hanya bersifat sementara.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

(Kalam Pertama, 2013


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua perkara yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah berdasarkan rangkap pertama.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang
telah dilakukan?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak.
[4 markah]

Halaman 21
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) 2 perkara
P1 Mengungkap / melafazkan kalimah suci 1
P2 Berasa insaf / timbul keinsafan 1
P3 Mengenang dosa-dosanya yang terdahulu 1

(ii) Kesan-kesan positif


P1 Tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam 1
tindakan
P2 Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / 1
sentiasa bertaubat
P3 Memperoleh ketenangan jiwa 1
P4 Mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat 1
P5 Sentiasa berfikiran terbuka / rasional 1
P6 Kesalahan lalu dijadikan teladan 1

(iii) 2 nilai
P1 Keinsafan penyajak menginsafi segala kesalahannya yang 2
lalu
P2 Kegigihan penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk 2
mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia
P3 Keikhlasan penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan 2
sehingga menitiskan air mata
P4 Ketaatan penyajak taat kepada Pencipta dan berharap akan 2
mendapat pengampunan daripada Penciptanya
P5 Kemaafan penyajak memohon kemaafan daripada 2
Tuhannya
P6 Kesedaran penyajak sedar akan kehidupan di dunia hanya 2
sementara

Halaman 22
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MARA)


Soalan 2(d) - Petikan Syair

Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka- sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasnya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana- mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihidap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. Gempar ini apakah kurang.

(Dipetik daripada Syair Bidasari


Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Bagaimanakah keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung garuda
seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair?
[2 markah]
(ii) Sesebuah negara sering menghadapi musibah yang tidak disangka-sangka.
Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah
tersebut?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair di atas.
[4 markah]

Halaman 23
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung
garuda seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair
P1 Rakyat menjadi gempar 1
P2 Rakyat ketakutan 1
P3 Rakyat lari bertempiaran / lari menyelamatkan diri 1

(ii) Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah


tersebut
P1 Orang ramai perlu mengetahui / menguasai ilmu tentang sesuatu 1
musibah yang sedang / pernah berlaku di negara-negara lain.
P2 Pihak kerajaan / berkuasa mengarahkan rakyat bersiap sedia untuk 1
berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
P3 Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan alat kawalan keselamatan / 1
alat penggera di kawasan yang berisiko menghadapi musibah.
P4 Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan keperluan harian seperti 1
makanan / pakaian / ubat-ubatan yang mencukupi kepada bakal
mangsa.
P5 Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan kawasan penempatan baharu 1
yang lebih tinggi dan selamat.
P6 Anggota keselamatan mengadakan latihan menyelamat dengan lebih 1
banyak / kerap dalam menghadapi masalah.
P7 Media massa menyebarkan maklumat keselamatan kepada 1
masyarakat tentang cara-cara menghindarkan diri / membuat
persediaan ketika menghadapi musibah dari semasa ke semasa.

(iii) Dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair
P1 Seorang raja yang adil 2
Contoh: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil.
P2 Seorang raja yang bijaksana 2
Contoh: Raja Negeri Kembayat bijaksana dalam pemerintahannya.
P3 Seorang raja yang bertanggungjawab 2
Contoh: Raja Negeri Kembayat bertanyakan keadaan negerinya yang
telah diserang musuh.
P4 Seorang raja yang penyayang 2
Contoh: Raja Negeri Kembayat sangat menyayangi isterinya lebih-lebih
lagi setelah isterinya hamil.
P5 Seorang raja yang prihatin 2
Contoh: Raja Negeri Kembayat prihatin akan masalah rakyatnya.

Halaman 24
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH TANGKAK, JOHOR)


Soalan 2(d) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Gelanggang

Ini gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar- pendekar datuk moyang
lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana
telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


Demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hatinurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

(Onn Malini,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan sajak, nyatakan dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara.
[2 markah]
(ii) Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan hidup bersatu pada kepada sesebuah negara.
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 25
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran
negara
P1 Menjaga negara dengan sepenuh hati 1
P2 Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara 1

(ii) Pendapat kepentingan-kepentingan hidup bersatu pada


kepada sesebuah negara
P1 Negara menjadi aman dan damai 1
P2 Rakyat hidup sejahtera dan harmoni 1
P3 Negara bertambah maju dan cemerlang 1
P4 Program pelancongan berjaya dan berkesan 1
P5 Pembangunan negara berjalan dengan lancar 1

(iii) Persoalan yang terdapat dalam sajak


P1 Persoalan perpaduan kaum dipertahankan 2
Contohnya, satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada
anak cucu pada kemudian hari
P2 Persoalan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan 2
negara
Contohnya, penyajak menyeru semua rakyat
mempertahankan kedaulatan watan daripada anasir jahat.
P3 Persoalan perjuangan generasi dahulu mendapatkan 2
kemerdekaan
Contohnya, generasi dahulu berjuang mendapatkan
kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.

Halaman 26
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SEGAMAT, JOHOR)


Soalan 2(d) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI


Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(Antologi Sejadah Rindu,


Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Huraikan maksud rangkap pertama sajak di atas.


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya kehidupan mereka
lebih berkualiti?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 27
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkap pertama
P1 Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana 2
tiada sesiapa yang menziarahinya.

(ii) Aktiviti-aktiviti
P1 Aktiviti kemasyarakatan seperti membantu orang susah dan 1
bergotong-royong
P2 Aktiviti keagamaan seperti menghadiri kelas agama dan majlis 1
tahlil
P3 Aktiviti riadah seperti bersenam dan berkebun 1

(iii) Pengajaran
P1 Kita janganlah mengabaikan keperluan orang tua kita agar 2
kehidupan mereka ceria di penghujung usia.
P2 Kita janganlah melepaskan tanggungjawab menjaga orang tua 2
agar orang tua berasa dihargai oleh anak-anak sendiri.

Halaman 28
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PAHANG)


Soalan 2(d) - Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

BEBERAPA PETUA HIDUP


Zaba
Fikir dan Kata Manusia dikenal sifat budinya,
Kurang fikir, kurang siasat, Dengan dilihat siapa kawannya.
Tentu dirimu kelak tersesat.
Burung yang sama corak dan bulu,
Fikir dahulu sebelum berkata, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
Supaya terelak silang sengketa.
Sifat-sifat yang Baik
Perkataan tajam jika dilepas, Jikalau kamu bersifat budiman,
Ibarat beringin, racun dan upas. Dipandang sebagai bunga di taman.

Kalau mulut tajam dan kasar, Jikalau kamu bersifat dermawan,


Boleh ditimpa bahaya besar. Segala orang dapat kautawan.

Silang Sengketa Jikalau kamu bersifat pemurah,


Siapa menggemari silang sengketa, Segala manusia datang menyerah.
Kelaknya pasti berdukacita.
Perbuatan yang Baik
Silang selisih jangan dicari, Barang siapa berbuat jasa,
Jika tersua janganlah lari. Mulia namanya segenap masa.

Ilmu Menolong sesama wajib dan perlu,


Jikalau ilmu tiada sempurna, Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Tiada berapa ia berguna.
Sifat-sifat yang Jahat
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Asal mahu rajin belajar. Hati sesama menjadi pahit.

Dunia Pergaulan Barang siapa berbuat khianat,


Dunia ini taman pergaulan, Tuhan kelak memberi laknat.
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
(Kalung Bunga Zaba, 2008
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan kesan jika seseorang itu bersifat jahat seperti digambarkan dalam gurindam di atas.
[2 markah]
(ii) Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Bait gurindam di atas menyarankan agar kita perlu berhati-hati dalam pergaulan. Pada pendapat anda,
mengapakah kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalam persahabatan?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindam di atas?
[4 markah]

Halaman 29
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Kesan
P1 Jika seseorang itu menabur fitnah dan mengadu domba akan 2
menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni,
P2 Jika seseorang itu melakukan perbuatan khianat sesama 2
manusia, Tuhan pasti melaknatinya.

(ii) Pada pendapat saya, kita disarankan agar menjaga batas


pergaulan dalam persahabatan agar
P1 Menghindari masyarakat daripada terjebak dalam kancah 1
maksiat
P2 Merapatkan hubungan silaturahim 1
P3 Memupuk perpaduan 1
P4 Melahirkan masyarakat yang bersahsiah mulia. 1
P5 Menjaga / memelihara maruah diri. 1

(iii) 2 persoalan
P1 Ketekunan dalam menuntut ilmu sehingga sempurna agar 2
dapat dimanfaatkan dalam kehidupan
P2 Kerajinan dalam menuntut ilmu dapat menjamin 2
kecemerlangan dalam kehidupan.

Halaman 30
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH BELAGA, SARAWAK)


Soalan 2(d) - Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

KUDUP PERANG
Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman- sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersiat- nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari Perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya: bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
siapakah pahlawan yang asli? mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
Memang kita tidak sempat menjenguk teramat lara kita menjahit semula
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus perca-perca bahagia- seperti perawan
ringkik kuda, gemerincing yang dibungkamkan cinta pertama.
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak Sehingga senja tiba,
di daerah angkara- perciknya kita masih bertengkar
menumbuhkan kelopak rahsia tentang siapa
dalam keliru, tertanya-tanya kita pahlawan sebenarnya.
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.

(Tuah Saujana
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud ungkapan mengudupkan putik dendam dalam rangkap 1.


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang seharusnya kita contohi pada masa ini?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

Halaman 31
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud ungkapan mengudupkan putik dendam ialah
P1 Meredakan perasaan tidak suka yang baru bermula 2

(ii) Kita perlu menghargai jasa-jasa pahlawan


P1 Pahlawan telah banyak berjasa kepada rakyat, masyarakat 1
dan negara untuk memastikan keamanan negara.
P2 Pahlawan telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan 1
kudrat semata-mata untuk memastikan kehidupan masyarakat
tenteram.
P3 Pahlawan telah menumpaskan musuh-musuh negara yang 1
cuba mengganggu kehidupan masyarakat di negara kita.
P4 Pahlawan telah menjaga dan mengawasi sempadan negara 1
daripada dicerobohi oleh musuh yang boleh menggugat
kehidupan masyarakat.

(iii) 2 nilai
P1 Nilai keberanian penyajak berani mencari jawapan dan 2
kepastian antara pahlawan dan pengkhianat.
P2 Nilai kerajinan masyarakat perlu gigih berusaha dan 2
bersungguh-sungguh untuk membina kehidupan selepas
perang.
P3 Nilai keadilan peristiwa Jebat dan Tuah hendaklah diadili 2
dengan saksama tanpa perasaan prejudis.
P4 Nilai bijaksana kita perlu menilai sesuatu peristiwa dengan 2
matang dan rasional.

Halaman 32
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 YAYASAN ISLAM KELANTAN)


Soalan 2(d) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkap kedua dalam gurindam di atas?


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin
berkurangan?
[4 markah]
(iii) Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.
[3 markah]

Halaman 33
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkai kedua gurindam di atas ialah
P1 Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan 2
dan kejian
P2 Telinga perlu dijaga / dikawal daripada mendengar perkara 2
yang tidak baik
P3 Seseorang hendaklah menjaga telinganya agar tidak 2
mendengar perkara yang buruk.

(ii) Pendapat saya amalan berbudi bahasa dalam kalangan


remaja semakin berkurangan kerana
P1 Ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih 2
sayang kepada anak-anak di rumah
P2 Kewujudan pelbagai media massa di negara ini turut 2
menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita
P3 Kurang didikan agama 2
P4 Pengaruh persekitaran yang kurang sihat 2
P5 Pengaruh pergaulan dengan rakan sebaya 2
P6 Guru-guru / sekolah yang kurang menekankan aspek berbudi 2
bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan
P7 Kurang didikan / latihan daripada ibu bapa sejak kecil 2
terutama aspek tunjuk ajar yang betuk kepada anak supaya
berbudi bahasa dengan orang tua.

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam gurindam ialah


P1 Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana agar tidak 1
dapat melihat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
P2 Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak 1
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
P3 Kita perlulah menjaga tutur kata dengan menggunakan kata- 1
kata yang baik supaya sentiasa disenangi oleh masyarakat.
P4 Telinga perlulah dijauhkan daripada mendengar segala 1
hasutan dan kejian agar hidup kita sentiasa selamat.

Halaman 34
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SIJANGKANG JAYA - SELANGOR)


Soalan 2(d) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU
Mohd. Haikal Aminuddin
Terkedu aku Hati ini luluh
di sejadah rindu jiwa yang kaku tersentuh
mengungkap kalimah syahdu ayat-ayat cinta disusun kukuh
bait bicara tersentuh kalbu di sejadah rindu yang lusuh
merekah keinsafan di hati yang beku kemaafan yang kupohon sungguh
mengenang dosaku yang terdahulu. dari Pencipta dalam gemuruh.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Ungkapan doa pada Yang Esa


kupohon kembali nafas kehidupan izinkan aku menjadi manusia
dalam keterhadan dan keterbatasan insan yang taat sentiasa
moga terbuka ruang keampunan pada perintah Maha Kuasa
sebelum saat aku dinisankan agar aku tidak lupa
di masa yang Kautetapkan. dunia ini hanya bersifat sementara.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

(Antologi Sejadah Rindu,


Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud baris sebelum saat aku dinisankan.


[2 markah]
(ii) Huraikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas.
[3 markah]
(iii) Penganut agama Islam yang telah melakukan dosa perlulah bertaubat dengan segera untuk
membersihkan diri. Kemukakan pendapat anda, mengapakan taubat wajar dilakukan dalam
kadar segera?
[4 markah]

Halaman 35
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud baris sebelum saat aku dinisankan ialah
P1 Sewaktu pengarang belum meninggal dunia / ketika 2
pengarang masih hidup

(ii) Pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas


ialah
P1 Kita hendaklah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan. 1
Contoh: Penyajak berasa insaf dan bertaubat atas kesalahan
yang pernah dilakukan.
P2 Kita hendaklah taat akan perintah Allah SWT. 1
Contoh: Penyajak taat akan perintah Allah.
P3 Kita hendaklah berdoa yang baik-baik untuk diri. 1
Contoh: Penyajak bersikap rasional dengan memohon doa
yang terbaik untuk dirinya.
P4 Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap pencipta kita 1
Contoh: Penyajak bertanggungjawab menunaikan perintah
Allah SWT.

(iii) Taubat wajar dilakukan dalam kadar segera


P1 Menimbulkan keinsafan dan rasa syukur 2
Alasan: bersyukur kerana Allah SWT menimbulkan rasa insaf
dan memberikan peluang untuk bertaubat.
P2 Tidak mengulanginya lagi 2
Alasan: Jika lambat bertaubat bimbang akan mengulangi
kesalahan yang telah dilakukan sebelum itu.
P3 Masyarakat menaruh kepercayaan semula kepada kita 2
Alasan: Setelah bertaubat kehidupan bermasyarakat akan
kembali seperti biasa.

Halaman 36

Anda mungkin juga menyukai