Anda di halaman 1dari 32

ABSTRAK

TEKNIK PENGGUNAAN LAGU


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P).

Oleh:
NOOR HAFIZAH BT. JAUHARI
DAN
RAKAN-RAKAN GURU UNIT BM
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TERENDAK

Dalam usaha menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu, pelbagai aktiviti cuba
dilakukan oleh guru. Hal ini kerana kebanyakan pelajar menganggap subjek bahasa
Melayu adalah subjek yang mudah mendapat A dalam peperiksaan terutamanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga
mereka memandang enteng akan subjek ini. Untuk itu salah satu cara untuk menarik
minat pelajar belajar Bahasa Melayu adalah dengan menggunakan teknik didik hibur
iaitu teknik penggunaan lagu dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Hal ini
kerana pelajar pada hari ini begitu terdedah dengan dunia muzik yang semakin hari
semakin berkembang. Dunia remaja mereka yang gemar pada hiburan menjadikan
guru tidak dapat tidak, mengelak menggunakan lagu sebagai salah satu medium yang
berkesan dalam pengajaran. Oleh itu kami telah menggunakan lirik lagu untuk
mengesan morfologi dan sintaksis, aspek KOMSAS dan mengesan maklumat sebagai
isi karangan. Pendekatan yang digunakan oleh guru ini diharapkan dapat menarik minat
pelajar untuk terus belajar dan menguasai Bahasa Melayu.

1
DIDIK HIBUR DALAM P&P

PENGGUNAAN LAGU DALAM P&P

PENGENALAN

Dalam usaha menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu, pelbagai aktiviti dapat
dilakukan oleh para guru. Hal ini kerana kebanyakan pelajar menganggap subjek Bahasa Melayu adalah
subjek yang mudah dikuasai dan mudah untuk mendapat gred yang baik dalam peperiksaan
terutamanya dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
sehingga mereka memandang enteng akan subjek ini. Walau bagaimanapun ada juga pelajar yang amat
berminat dengan subjek Bahasa Melayu di dalam kelas dan sentiasa mengharapkan guru yang mengajar
dapat melakukan sesuatu yang menarik untuk mereka memberi tumpuan semasa P&P. Untuk itu salah
satu cara untuk menarik minat pelajar belajar Bahasa Melayu adalah dengan mengunakan lagu dalam
P&P.

Lagu memang tidak asing dalam diri setiap individu apatah lagi para pelajar. Hal ini kerana
pelajar pada hari ini begitu terdedah dengan dunia muzik yang semakin berkembang. Dunia remaja
mereka yang gemar pada hiburan masa kini tidak dapat tidak untuk mereka mengelak daripada muzik
ini. Lagu dalam liriknya terkandung pelbagai maklumat dan idea untuk membantu pelajar menulis
sebuah karangan. Dalam lirik lagu juga guru boleh melaksanakan pemantapan terhadap tatabahasa
pelajar selain dapat dikaitkan dengan pembelajaran KOMSAS. Oleh itu pendekatan yang digunakan oleh
guru ini diharapkan dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar Bahasa Melayu.

2
ISU SEMASA DALAM LAGU
Kebanyakan lagu ada mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat yang dikaitkan dengan isu
semasa. Sebagai contoh dalam lirik lagu “Hijau” nyanyian Zainal Abidin, liriknya banyak dikaitkan dengan
unsur kecintaan terhadap alam sekitar dan kesan jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara. Cuba
perhatikan lirik lagu “Hijau” di bawah ini.

HIJAU
Nyanyian: Zainal Abidin

Bumi yang tiada rimba


Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara


Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan


Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan


Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar


Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri


Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto

3
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Berdasarkan lirik lagu di atas, guru boleh meminta pelajar menyenaraikan kesan jika alam sekitar jika
tidak dipelihara. Jadi isu alam sekitar dan pemeliharaan alam sekitar ada dalam lagu ini. Lirik lagu ini
boleh membantu pelajar mendapat idea semasa mereka ingin menulis karangan tentang isu alam
sekitar.

Berikut disenaraikan beberapa contoh lagu yang boleh dikaitkan dengan isu dalam tajuk-tajuk karangan
yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P.
Lagu Penyanyi Isu/tajuk karangan
- Satu, Dua, Tiga Aris Ariwatan Peranan ibu bapa mendidik anak-anak.
- Ayah dan Ibu Sudirman Hj Arshad
- Bonda M. Nasir
- Pusara Di Lebuh Raya Rahmat Ekamatra Kemalangan Jalan Raya
- Aku Anak Desa Sudirman Hj Arshad Kehidupan masyarakat Kampung
- Aku Budak Kampung
- Anak Gembala
- Rendang Tak Berbuah Hattan Penyalahgunaan dadah
- Naluri Cinta Rohana Jalil & To’ki Kesan Peperangan
- Balada Seorang Gadis Zubir Ali
Kecil
- Doa Zubir Ali Ketuhanan
- Takkan berpaling dari- Rossa
Mu
- 31 Ogos Sudirman Semangat patriotisme
- Warisan
- Tegakkan bendera kita
- Pada Syurga di Nash Masalah keluarga
Wajahmu Hafiz
- Awan Nano
- Kawan Ruhil Persahabatan
- Seribu impian Casey
- Indahnya Bumi Tuhan XPDC Keindahan Alam sekitar

4
DIDIK HIBUR DALAM TATABAHASA MENGGUNAKAN LAGU
Guru boleh juga menggunakan lagu ketika mengajar tatabahasa kepada pelajar. Sebagai contoh
mengesan kesalahan tatabahasa, kesalahan imbuhan, ayat tergantung dan ayat songsang. Berikut
merupakan contoh aktiviti mudah yang boleh dilakukan oleh guru semasa P&P yang kami gunakan
menerusi lagu “Cindai” nyanyian Siti Nurhaliza.
CINDAI – Datuk Siti Nurhaliza

Cindailah mana tidak berkias


Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

Mendendam unggas liar di hutan


Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku

Hias cempaka kenanga tepian


Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang

Hendaklah hendak hendak ku rasa


Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba


Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas


Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi

Gurindam lagu bergema takbir


Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa

5
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali
Contoh aktiviti:

1. Para pelajar diberikan lirik lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan mereka diminta
menyanyi sebagai aktiviti set induksi.

2. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza
iaitu:
(a) Kumpulan 1 - mengesan dan membaiki kesalahan tatabahasa
(b) Kumpulan 2 - mengesan dan membaiki kesalahan imbuhan dan ayat tergantung
(c) Kumpulan 3 - mengesan dan membaiki kesalahan ayat songsang

3. Mereka diberikan masa 15 minit untuk berbincang. Setiap kumpulan diminta membentangkan
hasil perbincangan. Guru memberikan pengukuhan.

SKEMA JAWAPAN

BIL JENIS KESALAHAN PEMBETULAN

1 Kesalahan tatabahasa -jalinnya layu rentah beribu - jalinnya layu rentah beribu-ribu

-berbantal lengan tidurku -berbantalkan lengan tidurku

-puas ku jaga si bunga impian -puas kujaga si bunga impian

-hendaklah hendak hendak ku rasa -hendaklah hendak hendak kurasa

-tidaklah tidak tidak ku daya -tidaklah tidak tidak kudaya

-janganlah jangan jangan ku hiba -janganlah jangan jangan kuhiba

-tiung bernyanyi pohonan jati -tiung bernyanyi di pohonan jati

-seberang laut berapi -di seberang laut berapi

-bukan dirintih pada siapa -bukan dirintih kepada siapa

2 Kesalahan imbuhan -mendendam unggas liar di hutan -berdendam unggas liar di hutan

6
-mekarnya kuntum nak idam -mekarnya kuntum nak mengidam
kumbang kumbang

3 Ayat songsang -mekarnya kuntum nak idam - kumbang nak idam mekarnya
kumbang kuntum
-hendaklah hendak hendak ku rasa - hendak ku rasa hendaklah
hendak

-janganlah jangan jangan ku hiba - jangan ku hiba janganlah jangan

-puncaknya gunung hendak ditawan - hendak ditawan puncaknya


gunung
-bukanlah bukan bukan ku pinta - bukan ku pinta bukanlah bukan

-derita hati jangan dikenang - jangan dikenang derita hati

-gurindam lagu bergema takbir - bergema takbir gurindam lagu

4 Ayat tergantung -mendendam unggas liar di hutan -(siapa) mendendam unggas liar di
hutan

-menunggu sinarkan kembali -menunggu (siapa) sinarkan


kembali

Pelajar gembira semasa membentangkan hasil dapatan mereka apatah lagi apabila guru meminta
pelajar menyanyikan baris lagu tersebut. Keseronokan jelas terpancar dalam diri mereka sepanjang sesi
P&P.

7
TEKNIK PENGGUNAAN LAGU DALAM DALAM KOMSAS

Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS lebih berkesan dan menarik, guru boleh
menggunakan lagu bukan sahaja sebagai permulaan untuk mengenalkan aspek KOMSAS kepada para
pelajar malah sebagai nilai tambah kepada guru untuk memberi hiburan sambil mendidik kepada
pelajar. Misalnya dalam kertas kerja ini, kami menggunakan lagu “Wajah Kesayangan Hamba” nyanyian
Hail Amir untuk dikaitkan dengan prosa tradisional Hikayat Indera Nata. Cuba perhatikan lirik lagu
tersebut di bawah ini terlebih dahulu.

WAJAH KESAYANGAN HAMBA


Nyanyian Hail Amir

Ingin ku milik kasih


Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya
Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai


Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita
Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan
( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku
Datanglah wahai pujaan
Datang padaku

8
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata
Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa
Jika diperhatikan daripada lirik lagu “Wajah Kesayangan Hamba” ini, didapati lirik lagu ini banyak
menggunakan kata adjektif dalam menilai watak seorang gadis. Dalam pengajaran KOMSAS aspek watak
sememangnya sangat penting dalam sesebuah prosa.

Jadi di sini kami telah meminta pelajar membandingkan watak gadis dalam lagu “Wajah Kesayangan
Hamba” ini dengan watak puteri yang terdapat dalam prosa tradisional Hikayat Indera Nata pada
halaman 50. Dalam halaman 50 puteri digambarkan seperti ayat-ayat di bawah:

 Rambutnya laksana cincin dituang


 Dahinya seperti seri bulan
 matanya seperti bintang timur
 Pinggangnya seperti bunga setangkai
 Giginya seperti delima merekah

Manakala gadis dalam lagu “Wajah Kesayangan Hamba” pula adalah seperti dalam ayat di bawah:

 Rambut panjang terurai


 Bibir merah delima
 Merdu alun suara
 Pipi pauh dilayang
 Alis matanya lentik

9
Berikut adalah contoh aktiviti dalam sebuah Rancangan Harian Lengkap:

Contoh 1

LANGKAH PENGAJARAN

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN


PEMBELAJARAN

Prosa tradisional Induksi set (5minit)


‘Hikayat
i. Guru perdengarkan lagu Rakaman lagu ‘Wajah
Inderaputera’
‘Wajah kesayangan hamba’ Kesayangan Hamba’
nyanyian Hail Amir. nyanyian Hail Amir.
ii. Guru mengemukakan soalan
Soalan: berkenaan lagu
iii. Guru mengaitkan jawapan
 Siapakah
pelajar dengan tajuk pelajaran.
yang
menyanyikan
lagu
berkenaan?
 Apakah tajuk
lagu yang
kamu
dengar?
 Nyatakan
unsur
penting
dalam lagu.

Langkah 1( 10 minit )

i. Guru membaca petikan Prosa


tradisional ‘Hikayat
Inderaputera’ pada ms 50.

ii. Pelajar diminta melukis


gambaran kecantikan puteri
berdasarkan petikan yang

10
dibaca secara individu.

iii. Pilih lakaran pelajar dan minta


pelajar lain ulas.

Langkah 2 ( 15 minit ) Kata adjektif dalam petikan:

i. Pelajar membaca petikan ms  Rambutnya laksana


50 dan menyenaraikan kata cincin dituang
adjektif yang terdapat dalam  Dahinya seperti seri
petikan bulan matanya
seperti bintang
ii. Guru mengedarkan seni kata timur
lagu ‘Wajah Kesayangan  Pinggangnya
Hamba’ dan pelajar diminta seperti bunga
senaraikan kata adjektif dalam setangkai
lagu berkenaan dan  Giginya seperti
membandingkannya dengan delima merekah
prosa Hikayat Indera Nata.  Dll.
.
Kata adjektif dalam Lirik
Lagu:
 Rambut panjang
terurai
 Bibir merah delima
 Merdu alun suara
 Pipi pauh dilayang
 Alis matanya lentik

Langkah 3 ( 15 minit )

11.1 Aras 1 i. i. Pelajar dibahagi kepada 4


kumpulan.

Menukarkan teks ii. 2 kumpulan diminta menukar


teks klasik kepada bahasa
klasik kepada teks
moden.
moden
iii. 2 kumpulan lain diminta
memasukkan kata adjektif
daripada petikan untuk
disesuaikan dengan irama lagu
‘Wajah Kesayangan Hamba’
dan diminta

11
mempersembahkan tugasan
dalam bentuk nyanyian.

Langkah 4 ( 10 minit )

i. Pelajar membuat persembahan


mengikut tugasan masing-
masing.
ii. Guru memberikan komen.

Penutup: ( 5 minit )

i. Guru membuat peneguhan dan


membuat sedikit ulasan
mengenai bahasa bandingan
yang digunakan dalam bahasa
klasik untuk menilai kecantikan
seseorang.
ii. Pelajar menjawab soalan
pemahaman berdasarkan
KEBAT

12
Contoh 2

PENGAJARAN KOMSAS

Tingkatan Tiga
Masa 80 minit
Tajuk Hikayat Inderaputera
Genre Prosa Tradisional

Fokus Utama 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan , latar, plot,
gaya bahasa dan sudut pandangan
Aras 2 (iv) Menganalisis watak dan perwatakan
Fokus Sampingan 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan , idea utama , isi
penting dan isi releven tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton
Aras 1 (iii) mentafsir dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah,
peribahasa, ayat dan perenggan.
Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Mengulas aspek perwatakan dalam watak seperti yang terdapat dalam
petikan
2. Menyenaraikan kata-kata adjektif seperti yang terdapat dalam petikan
3. Menulis semula petikan prosa tradisional ke dalam bahasa moden

Kemahiran Bahasa Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kemahiran Membaca
Sistem Bahasa Tatabahasa : Kata Adjektif
Peribahasa: laksana cincin dituang, seperti merak menggigal
Pengisian Ilmu : Sivik, Kemahiran Komunikasi
Kurikulum Nilai: hormat-menghormati
Kemahiran Kemahiran Berfikir: Memberi pendapat tentang tujuan masyarakat lama memberi
Bernilai Tambah gambaran kecantikan puteri yang sangat sempurna dalam cerita-cerita klasik
Kontekstual: Mengaitkan pengalaman sedia ada

13
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran KBT / Catatan

Set Induksi Guru menunjukkan gambar Ratu Cantik dan meminta


pelajar memberikan maklum balas setelah melihat
gambar tersebut sambil mengaitkan tentang aspek
kecantikan.
Langkah 1 Watak dan Perwatakan
 Guru mengedarkan kertas A4 yang kosong
kepada semua pelajar Kertas A4 kosong
 Guru membacakan petikan sambil meminta
pelajar melakarkan gambaran tentang watak
seperti yang terdapat di dalam petikan
 Setiap pelajar diminta memaparkan hasil
lukisan mereka kepada rakan-rakan yang lain
 Lukisan-lukisan yang terbaik ditampalkan di
dinding dan guru meminta pelajar
memberikan ulasan untuk memilih lukisan
yang paling menepati cirri-ciri watak seperti
dalam petikan yang dibaca sebentar tadi

Langkah 2 Tatabahasa : Kata adjektif
 Semua pelajar diminta membuka antologi
Harga sebuah Lukisan untuk membaca prosa
tradisional di muka surat 50.
 Pelajar diminta menyenaraikan kata-kata Lampiran 1:
adjektif di dalam petikan yang dibaca ke dalam LPG Kata Adjektif
lembaran grafik
 Pelajar diminta mencatat perwatakan Puteri Lampiran 2: LPG Watak dan
Cendera Lela Nur Lela dan anak raja. Perwatakan Puteri Cendera
 Pelajar diminta memberikan pendapat tentang Lela Nur Lela dan anak
kewajaran memberikan gambaran kecantikan raja.
tentang seseorang puteri raja yang sangat
sempurna. Soalan KEBAT
Langkah 3 Menggantikan frasa moden dengan bahasa lama dan
sebaliknya
 Guru memperdengarkan lagu “Wajah
Kesayangan Hamba” dendangan Hail Amir Lampiran 3 : Senikata Lagu
 Guru mengedar lampiran seni kata lagu “Wajah Kesayangan
 Pelajar-pelajar diagih kepada 4 kumpulan Hamba”
 Dua kumpulan akan menggantikan frasa
adjektif dalam lagu yang perdengarkan tadi Lampiran 4: Seni kata Lagu
dengan bahasa lama daripada petikan prosa yang dikosongkan pada

14
tradisional frasa-frasa adjektif
 Dua kumpulan akan menggantikan frasa
adjektif dalam prosa tradisional yang dibaca Lampiran 5 : Petikan prosa
dengan frasa moden daripada lagu yang tradisional yang dikosong
diperdengarkan tadi pada frasa-frasa adjektif
Langkah 4 Penilaian dan Peneguhan
 Setiap kumpulan membentangkan hasil
perbincangan mereka
 Guru membuat ulasan
Penutup Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran pada
hari tersebut

KESIMPULAN
Seorang guru perlu bijak dalam memastikan kelas dapat dikelolakan dengan baik dalam sesi P&P. Guru
juga perlu bijak dalam mengenal potensi dan minat pelajar yang berbeza-beza. Oleh itu sebagai guru
mereka perlu percaya bahawa bukan mudah untuk menambat hati seorang pelajar ketika mereka
mengajar. Jadi didik hibur dalam P&P amat diperlukan bagi memastikan kelas dapat berlangsung dengan
lancar dan seterusnya pelajar minat untuk belajar. Diharapkan kaedah menggunakan lagu dalam P&P ini
dapat menggalakkan pelajar untuk terus belajar dan minat akan subjek Bahasa Melayu.

15
Lampiran
Satu, dua, tiga, empat
Nyanyian: Aris Ariwatan

Satu…kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga.. lapar dan dahaga


Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

(Ulang dari *)

Ibu, ku ingat dahulu


Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini


Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai, Kau beroleh bahagia


Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara…

16
Sudirman

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu


Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi


Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu


Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

17
Lirik Lagu Bonda – M Nasir

Mengapa kanta ini masih berkaca


Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda

18
PUSARA DI LEBUH RAYA - EKAMATRA
Dalam perjalan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui

Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi

Terbayanglah kisah lalu


Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku

Kini cinta tiada lagi


Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti

Betapa aku lemah di sini


Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

Kini engkau tiada lagi


Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

19
Warisan
Sudirman Hj Arshad

Disini lahirnya sebuah cinta


Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji


Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

20
Tegakkan Bendera Kita
Sudirman Hj Arshad

Hormatilah bendera kita


Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning


Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita

21
Anak Gembala
Sudirman Hj Arshad

Ooo akulah anak gembala


Merentas segenap desa
Ke gunung padang dan lurah
Dari pagi hingga senja
Berbekalkan tongkat rotan
Rotan jati dari hutan
Aaaa
Aaaa

Ooo akulah anak gembala


Merentas sungai dan rimba
Beginilah tiap masa
Tapi hatiku gembira
Bertemankan kambing tua
Lembu jantan dan betina
Aaaa
Aaaa

Ibu, sangat sayang kepadaku


Membekal pengat dan susu
Untuk mengalas perutku
Ayah memberi seruling tua
Untuk menghiburkan hati
Bila terasa sunyi

Ooo tiada siapa yang tahu


Nun jauh tinggi di gunung
Buah hatiku menunggu
Gembala seperti aku
Dia suka kepadaku
Aku suka kepadanya
Aaaa
Aaaa

22
RENDANG TAK BERBUAH - HATTAN

Sunyi dan gelap


Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu

Sakit yang datang


Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan

Manapun aku berlabuh


Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan

23
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

NALURI CINTA
To'ki & Rohana Jalil

Di daerah itu langit kelabu


Sejak lama
Suria di situ tiada lagi
Bercahaya

Degup jantung dan denyutan nadi


Di setiap saat
Ada yang terhenti
Melalui
Penderitaan hari ke hari

Disedari betapapun berat mata


Yang memandang
Betapalah jiwa yang sarat menanggung
Penderaan
Hanya kesalan dan kata kata
Sedang tindakan jauh dari nyata
Semakin jelas
Kemunafiqan makhluk bernama manusia

Usahlah kita mengharapkan lagi


Dari mereka kata simpati
Ucapan di bibir lembut meniti
Tiada semestinya pengucapan di hati

Hanyalah kita
Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan

Hanyalah kita
Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan
Kemanusiaan

24
BALADA SEORANG GADIS KECIL
Zubir Ali

Gadis kecil itu telah bertahun


Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta


Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayah bonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa kekejaman manusia
Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban peperangan

25
DOA
ZUBIR ALI

Tuhanku dalam termangu


Kusebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingatkan kau penuh seluruh

Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku aku hilang bentuk


Kembara di negeri asing
Tuhanku pintumu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

26
Pada Syurga Di Wajah Mu
Nash

Tuhan sengaja menduga kita


Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa


Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu


Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa


Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman


Di hati hanya berdoa

27
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

AWAN NANO
Hafiz

Lihat ke arah sana


Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

28
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Kawan
Ruhil

Kawan… apa erti sayang


Jika hati tak senang
Kawan… apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih

Kau… pandai bercerita


Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka bercinta

Apakah ertinya ini


Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi…

Hei! Jangan buang masa


Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei! Jangan main api


Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi

29
Hijau Bumi Tuhan
XPDC

Sekali ku memandang
kehijauan saujana mata
semusim yang benderang
hati riang nikmatnya tuhan
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang
keindahan ciptaan tuhan
hijau yang terbentang
makhluk tuhan bermesra-mesra
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi


burung berkicauan riang terbang
ombak menghempas pantai menanti
indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi


itu nikmat hari hari ini
tegur dan sapa senyum ketawa
itu tanda kita riang
abadikan keindahan ini

30
AKU BUDAK KAMPUNG
Sudirman

Duri di kaki
Peluh di dahi
Pacat dan lintah
Teman biasa

Berlagak ke sawah
Ku membantu ayah
Di halaman sekolah
Hijau persona

Ikan yang dikali


Ulam merata
Mahal sekali
Di tengah kota

Jikalau begitu
Elok di sana
Rasa nak menjamu
Cari sahaja

Ku budak kampung
Kau budak kampung
Oi orang kampung di tengah kota
Ku budak kampung
Kau budak kampung
Oi orang kampung
Apa khabarnya
Oi orang kampung jangan kau lupa
Oi orang kampung ibu dan ayah

Aku ingin kembali


Hidup bertani
Segar bermandi
Air telaga

Hebat di kampungku
Asal usulku
Hai biar apapun

31
Kupulang jua

32

Anda mungkin juga menyukai