Anda di halaman 1dari 32

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN KOMSAS

(Soalan 6 dan 7 : 25 markah)

SOALAN 7 : PEMAHAMAN KOMSAS

Format KSSM

 Pelajar diberi dua atau tiga bahan


 Bahan mesti berasaskan unsur karya kreatif sama ada daripada antologi yang
dipelajari di sekolah (KOMSAS Tingkatan 4 dan 5) atau daripada sumber
yang lain.
 Bahan mesti pelbagai bentuk (cerpen, puisi klasik atau moden, drama dan
lain-lain)
 Semua bahan ini berdasarkan tema yang sama mengikut DSKP.
 Panjang petikan antara 120 – 140 patah perkataan.
 Pelajar diuji dengan tiga atau empat soalan (tidak tetap)
 Tiada soalan elemen sastera (tidak lagi diuji tentang nilai, pengajaran dan
lain-lain)
 Biasanya pecahan soalan adalah seperti berikut :
1) Beri maksud frasa atau rangkai kata
2) Banding beza maklumat bahan 1 dengan bahan 2
3) KBAT (pemikiran kritis)
4) KBAT (penyelesaian masalah)

1
PETUA
PENTING

Petua 1 

Pengetahuan komsas nampaknya tidak diuji lagi, seperti persoalan,


nilai, pengajaran, gaya bahasa, teknik plot dan sebagainya. Oleh
itu , murid tidak perlu menghafaz maklumat-maklumat itu ketika
menghadapi peperiksaan nanti.

Petua 2 

Walaupun petikan puisi moden dan klasik serta prosa moden


(mungkin termasuk prosa tradisional) tidak pernah diajar di dalam
kelas, murid tidak patut panik dan mengambil tumpuan
dalam tema bahan-bahan yang diuji itu. Bahan-bahan petikan
sastera yang diuji itu pasti mempunyai tema yang hampir sama,
seperti isu pencemaran, patriotik, perjuangan kemerdekaan, warga
tua, masalah keluarga, perpaduan dan lain-lain lagi. Oleh itu, cikgu
cadangkan agar murid membaca soalan-soalan KBAT dahulu, iaitu
(iii) dan (iv) untuk mengetahui tema yang hendak diuji lalu
membaca petikan-petikan sastera itu dan menjawab soalan
(i) dan (ii).

Petua 3 

Jelas menunjukkan markah dalam soalan KBAT (7 markah) lebih


banyak daripada soalan pemahaman petikan (5 markah). Oleh itu,
murid perlu berlatih untuk membincang, menghuraikan,
menganalisis dan mengesyorkan pendapat dalam pelbagai isu
semasa untuk menajamkan pemikiran dan berupaya untuk
mengemukakan idea yang bernas dan betul serta rasional.

2
KAEDAH MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

“Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan…tapi susah. Mak Piah ni kencing
kerap, kadang-kadang tak sempat ke bilik air. Kali ni, biarlah duduk di rumah.
Daripada sakit telinga dengar umpat caci orang, lebih baik menahan lapar di
rumah sendiri.”

Ya Allah beginikah saya apabila tua nanti? “Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak
surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah.” Sebaik-baik terluncur
perkataan terakhir daripada mulut saya, Mak Piah menerkam memeluk ke tubuh
yang telah lama tidak didakap ibu.

Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’ oleh Che Soo Ismail antologi
Cerita Akhir Tahun, Utusan Publications & Distributors, 2012

Bahan 2

3
Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi Aku bagi mereka


malam sepi tiada makna
bagai kalung anakku bakaku
yang melingkari leherku baik setia mahupun derhaka
tidak berubah keesokan hari semoga disirami benih
siapa yang akan datang menjengukku keinsafan
keluhan seorang tua sunyi. menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin
Keheningan tasik dingin
kehijauan rumput jangan terpegun
hanya menjadi bayangan. ada yang mati
di penjuru ruang zaman ada yang hidup
cinta dalam rahim dilupai tiada yang kekal kecuali
dari sulung ditendang ke bongsu Tuhan
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup Teo Wei Sing
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Suara Anak Pahang, 2009


Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

4
Soalan 1

Berdasarkan Bahan 1, apakah yang dimaksudkan dengan frasa terluncur perkataan?

[2 markah]

Jawapan

Berdasarkan Bahan 1, maksud terluncur perkataan ialah terkeluar kata-kata

[2 markah]

ATAU

Berdasarkan Bahan 1, maksud terluncur perkataan ialah teguran yang keluar daripada mulut
.
[2 markah]

Berdasarkan Bahan 1, maksud terluncur perkataan ialah terkeluar perkataan


[1 markah]

1 2 3
Maksud literal Bukan Ayat mesti
Fahami jawapan gramatis
maksud panjang. Bukan 'pola'
sebenar Bukan huraian.
perkataan. Bukan definasi
Beri sinonim
yang tepat.

5
Soalan 2

Berdasarkan semua bahan di atas, nyatakan masalah-masalah yang dihadapi golongan tua
kini.

Masalah bermaksud Kehendak soalan


Bahan 1 dan Bahan 2
halangan/cabaran

1- Jawab ikut kehendak soalan. Cari maklumat dalam Bahan 1


dan Bahan 2

2- Ayat mesti gramatis. Bukan bentuk 'poin'.

3- Ambil sebahagian daripada soalan untuk dijadikan kepala ayat


jawapan.

4- Cadangan jawapan ikut jumlah markah


(2 isi Bahan 1, 2 isi Bahan 2)

6
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

“Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan…tapi susah. Mak Piah ni kencing
kerap, kadang-kadang tak sempat ke bilik air. Kali ni, biarlah duduk di rumah.
Daripada sakit telinga dengar umpat caci orang, lebih baik menahan lapar di rumah
sendiri.”

Ya Allah beginikah saya apabila tua nanti? “Tak apa Mak Piah, selagi banjir
tak surut,
insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah.” Sebaik-baik terluncur
perkataan terakhir
daripada mulut saya, Mak Piah menerkam memeluk ke tubuh yang telah
lama tidak didakap ibu.

Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’ oleh Che Soo Ismail antologi Cerita
Akhir Tahun, Utusan Publications & Distributors, 2012

Tidak dapat menguruskan diri dengan baik.

Tidak sanggup menanggung umpat keji orang kerana terpaksa menyusahkan


mereka.

7
Bahan 2

Erti Hidup Bererti


Aku selalu didatangi Aku bagi mereka
malam sepi tiada makna
bagai kalung anakku bakaku
yang melingkari leherku baik setia mahupun derhaka
tidak berubah keesokan hari semoga disirami benih keinsafan
siapa yang akan datang menjengukku menjadi penawar dalam hati
keluhan seorang tua sunyi. embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
Keheningan tasik ada yang mati
kehijauan rumput ada yang hidup
hanya menjadi bayangan. tiada yang kekal kecuali Tuhan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai Teo Wei Sing
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Suara Anak Pahang, 2009


Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

Selalu berasa sunyi terutama pada waktu malam.

Golongan tua menganggap diri mereka tidak lagi bermakna kepada anak-
anak.

8
Jawapan Soalan 2

ii) Dalam bahan 1, antara masalah yang dihadapi oleh golongan tua ialah mereka tidak
dapat menguruskan diri sendiri dengan baik. Selain itu, mereka juga tidak sanggup
menganggung umpat keji orang kerana menganggap diri mereka menyusahkan. Dalam
bahan 2 pula, masalah yang dihadapi golongan tua ialah mereka selalu berasa sunyi
terutama pada waktu malam. Mereka juga menganggap diri mereka tidak bermakna kepada
anak-anak mereka.

Bahan 1

Bahan 2

Soalan 3

(i) Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan isu pengabaian warga
tua semakin menjadi-jadi kini?
[3 markah]

1 - Soalan KBAT Jawapan menggunakan idea murid. Tiada dalam


bahan

2 - Jawapan relevan dengan soalan 3

3 - Ambil sebahagian daripada soalan untuk dijadikan kepala ayat


jawapan.

4 - TEKNIK SIBUAAN Siapa? Buat Apa? Alasan?

5 - Cadangan jawapan rujuk jumlah markah


( 3 isi untuk 3 markah)

9
Jawapan Soalan 3

iii) Pada pendapat saya, isu pengabaian warga tua semakin menjadi-jadi kini
kerana golongan muda sibuk mengejar harta dunia demi memenuhi
kehendak. Selain itu, mereka juga menganggap golongan tua membebankan
kerana perlu menanggung kos yang tinggi. Akhir sekali, golongan muda juga
tidak mempunyai masa kerana perlu menguruskan diri golongan tua yang
tidak berkemampuan.

SI - Siapa 1
2
3

BUA - Buat Apa 1


2
3

AN – Alasan 1
2
3

Soalan 4

iv) Jiran anda seorang warga emas yang tinggal berseorangan dan sudah uzur.
Anda berasa simpati dan ingin membantu jiran anda.
Sebagai seorang jiran, apakah usaha-usaha anda untuk membantu jiran
tersebut?
[4 markah]

10
1 - SOALAN KBAT
Jawapan menggunakan idea murid. Tiada dalam bahan.

2 - Jawapan relevan dengan soalan.


Ayat mesti gramatis.

3 - Jawab menunjukkan 'keakuan'.


Guna kata ganti nama - saya

4 - Teknik SIBUAAN
Siapa? Buat Apa? Alasan?

5 - Cadangan jawapan menikut jumlah markah


( 4 isi untuk 4 markah)

Jawapan Soalan 4

Sebagai seorang jiran yang prihatin, usaha-usaha saya untuk membantu jiran
tersebut ialah saya akan menziarahinya supaya dia rasa dirinya disayangi dan
dihargai. Selain itu, saya akan melaporkan keadaan jiran saya kepada pihak
berwajib supaya kehidupannya lebih terjamin. Seterusnya, saya akan
memberikan bantuan makanan kepada jiran saya supaya dapat meringankn
bebannya. Akhir sekali, saya akan menghantarnya ke klinik atau ke hospital
untuk mengetahui keadaan kesihatannya.

Saya

Buat Apa

Alasan

11
CONTOH BENTUK JAWAPAN

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Impian Seorang Nelayan

Burung Camar hinggap di jejari Wahai anak yang sedang menangis


Seorang nelayan sedang bermimpi Mungkin kini engkau tak mengerti
Mimpi tentang duyung Bila kau dewasa dan pandai nanti
Mimpi tentang untung Pengorbanan ayahmu sayang
Biduk hanyut dibawa ombak Jangan kau lupakan
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung Lirik : M. Nasir


"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia


Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

12
Bahan 2

Azam menggeleng-geleng lagi, “Jabatan Haiwan kan ada. Takkan mereka tidak
memantau? Kau boleh adukan kepada mereka. Minta nasihat doktor veterinar jika
ayam kau sakit.”

"Aku pun harap begitu. Aku harap kerajaan boleh buat sesuatu. Jangan biarkan
penternak kecil terperangkap dalam jerat syarikat besar.”

Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga.
Kau tidak payah keluar mencari anak-anak ayam. Kau tidak payah keluar mencari
dedak. Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-
ayam yang sudah besar.”

Hakim menjawab, “Ya, mereka hantar segalanya dengan harga yang mereka
tentukan. Kini, hidupku bergelumang dengan hutang. Setiap saat aku berhutang
dengan RAJA. Kau fikirkan pula, kalau nasibku malang dan nilai jualanku kurang
daripada harga dedak dan ubat yang mereka bekalkan, bererti aku akan menanggung
hutang kepada RAJA. Berhutang dan berhutang.

Azam memandang wajah sahabatnya penuh simpati. “Jadi, apakah cadangan


kau sekarang?”

Dipetik daripada cerpen “Kaduk,Ayam


dan Raja” oleh Zurinah Hassan dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud memandang hari muka.

[2 markah]

Maksud memandang hari muka ialah


……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

13
ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan masalah yang dihadapi oleh
mereka ketika mencari rezeki?
[ 4
markah ]

Dalam bahan 1, masalah yang dihadapi oleh para nelayan ialah


……………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………… Selain itu, mereka
juga
………………………………………………………………………………………………

Dalam bahan 2 pula, masalah yang dihadapi oleh penternak ayam


ialah…………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
Mereka juga ………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

iii) Sektor pertanian merupakan salah satu penyumbang utama dalam ekonomi
negara. Pada pendapat anda, apakah kebaikan menceburi bidang pertanian
kepada negara?

[ 3
markah ]

Pada pendapat saya, antara kebaikan menceburi bidang pertanian kepada


negara ialah ………………………………………………………………………………
……………………………………… Selain itu, ………………………………………...

Akhir sekali, …………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………………………………

iv) Pada suatu petang, anda terlihat poster iklan Program Pencarian Penternak Jaya
Muda yang ditampal di tepi jalan. Anda ingin mencadangkan agar sahabat anda
menyertai program tersebut. Anda yakin bahawa sahabat anda itu akan berjaya
kerana dia memenuhi kriteria seperti yang terdapat dalam iklan. Sahabat anda
perlu membuat persediaan untuk menghadiri temu duga tersebut.

14
Sebagai sahabat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu sahabat
anda membuat persediaan untuk menghadiri temu duga itu?

[ 4
markah ]

Sebagai sahabat yang prihatin, saya akan membantu sahabat saya


membuat persediaan untuk menghadiri temu duga dengan …………………..
……………………………………………………………. Dia perlu
………………….. ..
……………………………………………………………………………………………
Selain itu, dia juga perlu ……………………………………………….. ……………
………………………………………….Akhir sekali, dia perlu ……………………..
…………………………………………………………………………………………….

NOTA : PASTIKAN ANDA

 Rujukan jawapan perlu disebut sama ada dari bahan 1 atau bahan 2 untuk
mendapat markah maksimum
 Digalakkan beri isi mengikut jumlah markah.
 (4 markah – 4 isi)
 Digalakkan menggunakan dan mengolah ayat sendiri (jangan tiru bulat-bulat
ayat dalam petikan)

15
KOLEKSI SOALAN LATIHAN PEMAHAMAN KOMSAS

SET 1

Soalan 7 - Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya mengenal pantas
Bahan 1
tunggangan
Tanpa membaca keletihannya
SANG GEMBALA KUDA
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya tahu mengejar kehebatan
Dia lelaki bergelar perkasa
Tanpa menghitung kesakitannya
Dengan cemeti keberanian di tangan
Dan kuda-kuda itu ditunggangi
Rembat angkuhnya memacu takut
Ditunggangi dan ditunggangi!
Menghalau kuda-kuda di padang
Berebutan memburu kandang.
(Dipetik daripada Gurindam Dua Belas
(Fasal yang Ketiga} dalam Antologi
Rumput dan jerami yang terhidang
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
Adalah kanun janji kesetiaan
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
Jadi tunggangan memburu rakan,

Dia lelaki punya kuasa


Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang
Pacuannya diiring seribu keberanian
Meredah onak di rimba perburuan
Meranduk lumpur di paya penindasan
Sambil melibas cemeti durjana

16
Dia melampar muslihat
Aku penyelamat maruah
Berjuang atas dasar kebenaran
Menentang semua kebobrokan.

Bahan 2

Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di


Malaysia. Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di
tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.

Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh


dilipat sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu
yang tahan lasak. Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan
benang.

Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh
untuk mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah.
Harganya mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku
merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan.
Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.

(Dipetik daripada cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul dalam


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud dan Bahan 2, nyatakan penganiayaan yang


dilakukan oleh manusia kepada haiwan?
[ 2
markah ]

ii) Berdasarkan Bahan 1, jelaskan dua perwatakan sang gembala kuda.

[ 3
markah ]

17
iii) Haiwan merupakan salah satu makhluk ciptaan Tuhan yang mempunyai pelbagai
fungsi. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk rasa cinta
akan haiwan dalam kalangan anak-anak?
[ 4
markah ]

iv) Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap hidupan liar banyak dijalankan di
Malaysia. Sebagai rakyat yang mesra alam sekitar, kita hendaklah menyokong dan
membantu aktiviti seperti ini. Antara aktiviti tersebut termasuklah melalui
undangundang, kempen kesedaran, pusat konservasi dan taman negara, pendidikan
alam sekitar, dan penyelidikan dan pembangunan. Pada pendapat anda,
mengapakah hidupan liar perlu dipelihara dan dipulihara agar tidak pupus?
[ 4
markah ]

SET 2

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tanyalah Diri

Tika melewati A Famosa


tidak betah lagi bermain untung
tergamit sejarah masa lalu
tentang gold, gospel dan glory
masa keris dan berdaulatan
Melaka sudah lebih 30 tahun
tak dapat membenteng kemaraan
mengenal nilai kemerdekaan.
orang-orang Portugis
dengan kepala ilmu baru
menghujani kota Melaka dengan peluru
Maarof Saad Dewan Sastera, DBP,
dan memaksa sultan lari ke hulu.
Mac 1988.

Tahun 1511 telah mengajar kita


hulubalang berilmu kebal
tak dapat membendung perpaduan

18
semangat keperwiraan yang kental
dicairkan oleh pemimpin
yang gelap mata dan fikir
fitnah dan rasuah
sudah terasuk jiwa
sedang Tuah dihukum bunuh
dan Jebat lebih sedia mabukkan darah
hampir 500 tahun sudah berlalu
Portugis, Belanda dan Inggeris

Bahan 2

"Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita vang ditinggalkan nenek moyang! Jasad
yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita vang
masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi
bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah."
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang
terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat
untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan
keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga
kota.
Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang
sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan
runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya
dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan
kepentingan diri masing-masing.
Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa
percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas
masing-masing, bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.

Dipetik daripada cerpen "Munsyi" oleh Husna


Nazri, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP,
2014

Bahan 3

NORA : Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan negara sendiri.
Jahanam negara kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu

19
aku ada kawan macam kau.
AIMAN : Janganlah merajuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm,
apa
kata aku belanja kau sarapan pagi ini?
NORA : Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat
dengan wang kau boleh dapat semua perkara yang kau mahukan.

(AIMAN terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini mereka sentiasa
bersependapat dalam pelbagai perkara. Tetapi tidak pada kali ini. AIMAN kehairanan, lalu
terus menuju ke kantin).

SUNDARANI : Kau dapat masuk kem mana?


AIMAN : Kem? Kem Majidi. Hahaha.
SUNDARANI : Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku,
itu
kem untuk askar saja. Macam Kem Pulada.
AIMAN : Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya
Perkara yang aku cakap. Bahaya orang macam kau ini, senang kena
tipu.
Kau sibuk tanya aku, kau dapat kem mana?
SUNDARANI : Kem De Bana, Jempol.

Dipetik daripada drama "Berkhidmat


Negara" oleh Affix Zulkarnaen Adam, Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul, DBP, 2014

i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud membenteng kemaraan.

[2 markah]

ii) Berdasarkan semua bahan, tergambar semangat patriotik dalam kalangan anak
watan. Nyatakan usaha yang perlu dilakukan dalam memelihara kemerdekaan
negara Malaysia.

[4 markah]

iii) Selama lebih 2000 tahun, negara dijajah sama ada menerusi campur tangan
politik atau pendudukan. Kini, penjajahan baharu berlaku menerusi media dan

20
ekonomi. Berikan pendapat anda tentang penjajahan baharu yang dilakukan oleh
kuasa besar dunia.

[3 markah]

iv) Walaupun negara kita sudah merdeka, namun tindak-tanduk masyarakat


Malaysia seakan-akan negara kita belum merdeka sepenuhnya. Sebagai seorang
warganegara yang bertanggungjawab, apakah bukti yang menunjukkan anda
cinta akan negara.

[4 markah]

SET 3

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Maka sembah Temenggung, "Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada
malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan
orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik
itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung."
Maka Laksamana pun berdatang sembah, "Ya tuanku, adapun penjurit yang datang
ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia,
patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu."
Maka titah raja, "Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau
Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah
Laksamana." Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan
Malaysia

Bahan 2

21
Hei! Kersani Di mana bumi kupijak
mengalirlah dikau Di situ langit kujunjung
Menjadi raksa Alang-alang menyeluk pekasam
Mengisi belikat punggungku Biar sampai ke pangkal lengan
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Hei! Sepuluh helai daun sirih
Kugentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
merah pekat mengisi uratku
Agar bisaku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan si jantan yang berkokok

Bahan 3

Pahlawan kemerdekaan
(Kepada Pahlawan Pahang)

PAHLAWAN Sungai Semantan berubah merah

jika hilangmu tanpa pusara bukan sarap hilir ke kuala

jika puasaramu tanpa nama


jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam


Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Usman Awang Dalam Puisi-Puisi Pilihan,


Dewan Bahasa dan Pustaka

i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud frasa bukan barang-barang penjurit?

22
[ 2
markah ]

ii) Berdasarkan semua bahan di atas, apakah kepentingan mempelajari ilmu


mempertahankan diri?
[ 3
markah ]

iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk menggalakkan remaja


menyertai seni mempertahankan diri?

[4 markah]

iv) Dalam perjalanan pulang dari sekolah, anda melihat beberapa orang lelaki
sedang membuli seorang murid yang bersaiz lebih kecil. Berdasarkan
pengamatan anda, murid tersebut sedang meronta-ronta meminta untuk
dilepaskan.

Apakah tindakan anda untuk membantu murid tersebut?

[4 markah]

SET 4

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS


Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu

23
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading`

Kulepaskan kau menjadi burung putih


dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal

Di awan kampus yang sarat ilmu


hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.

Sazalee Yacob. Antologi Sejadah


Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahan 2

Sudah seminggu Alias tidak hadir ke sekolah sejak nanah di telinganya mula meleleh.
Sakit juga tidak berkurangan. Telinga semakin membengkak.
Som sangat susah hati.
Chot menjadi kawan setia yang sentiasa bersama-sama Alias mengambil upah
memetik buah kelapa walaupun tuannya itu semakin tidak riang.
Setiap petang Alias juga akan ke rumah Som untuk mengambil nota dan menyalin

24
kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Sunan.
“Aku malu. Bau busuk tentu kawan-kawan ejek aku,” katanya kepada Som.
Memang pun busuk dan sesiapapun tidak akan suka bau busuk. Chot sendiri
kadang-kadang memuncung mulutnya dan terkelip-kelip matanya apabila terbau busuk
telinga Alias.
Memang pun Alias sedar kawan-kawannya tentu akan mengejeknya nanti.
Mungkin tidak ada sesiapa yang sudi duduk dekat dengan mejanya. Mungkin mereka
menutup hidung apabila berada di dalam kelas.

Dipetik daripada novel Chot oleh Azizi bin Haji Abdullah,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud frasa Pandai-pandailah kau terbang ?


[ 2
markah ]

(ii) Berdasarkan semua bahan di atas, nyatakan usaha-usaha yang dilakukan dalam
menuntut ilmu.
[ 4
markah ]

(iii) Pendidikan merupakan agen perubahan taraf kehidupan seseorang manusia.


Sehubungan itu, ibu bapa sering menitikberatkan kecemerlangan akademik
setiap anak mereka.

Pada pendapat anda, apakah cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
merealisasikan kecemerlangan akademik dalam kalangan anak-anak.

25
[ 3
markah ]

(iv) Anda mempunyai seorang kawan sekelas yang telah terhenti persekolahannya
kerana menghadapi masalah kewangan. Dalam masa yang sama, pihak sekolah
tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh kawan anda itu. Anda berasa
terpanggil untuk mendedahkan perkara yang sebenar kepada pihak sekolah agar
satu tindakan dapat dilakukan bagi menyelamatkan masa depan kawan anda itu.

Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat mengatasi masalah ini?

[ 4
markah ]

SET 5

Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Dalam seketika sahaja hutan dara  itu   telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos,
sedangkan selama   ini   busana   hijau   yang   menutupinya. Segala- galanya   sirna
dalam   sekelip   mata.   Yang tinggal hanyalah serpihan sekayu   dan tunggul-
tunggul mati. Perasaan kesal telah mengores dada Pak Tua. Beribu-ribu dan
mungkin berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk
bumi.Tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek
dan mengoyak habis busana rimba. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya

26
sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di
dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di
sudut kelopak matanya.

“Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun.” kata Pak Tua sendirian
sambil memejamkan mata.

Dalam layar gelap yang nampak hanya lori-lori balak yang mengaum
sombong sambil mengangkut batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua 
pemeluk orang  dewasa.  Timbunan  batang-batang kayu itu terikat kemas di atas
tubuh sang lori. 

(Dipetik daripadaCerpen ‘Hutan Rimba’Oleh Sasjira Dalam antologi Dirgahayu


Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

Bahan 2

Indah Segar Kehidupan

Terasa suramnya alam  Tiada yang terkecuali marilah kita


atasi
Dunia kian terancam Alam yang makin terancam
Langit tinggi kesedihan Dunia yang makin kelam
Pohon-pohon kekeringan Atasinya dengan ketakwaan.
Jerebu tebal yang menyesakkan.
Hanyalah buat ingatan
Tiada di sana sini Untukmu insan tersayang
Beburung lagi bernyanyi Indah segar kehidupan
Bebunga hilang ceria Kita yang menentukan

27
Tiada kedamaian jiwa Hidup ini usah dikorbankan.
Mengingkari nikmat Maha Esa.

Begitu bernilai alam maya ini


Bagi manusia yang tahu mengasihi
Usahlah terdorong oleh ketamakan
Kalau ikutkan hati pudarlah masa depan.

(Dipetik daripada Indah Segar Kehidupan, Buku Teks


Bahasa Melayu Tingkatan 1 , Kementerian Pendidikan
Malaysia)

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata telah ternoda.  

[2 markah]

ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan kemusnahan alam sekitar
kepada makhluk di muka bumi.      

[4 markah]

iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk
mengelakkan tanah runtuh di negara kita?           

[3 markah]

iv) Anda dan rakan-rakan telah mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan.
Apabila tiba di kawasan perkhemahan, anda mendapati terlalu banyak sampah
seperti botol air dan bekas makanan dibuang merata-rata tempat.

Sebagai pencinta alam, apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan
persekitaran tidak lagi tercemar?  

  [4
markah]

Set 6

28
Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pantun Budaya dan Warisan

Bunga layu di dalam taman,


Bunga ditanam di kawasan gurun;
Warisan Melayu jangan ditinggalkan,
Menjadi kebanggaan turun-temurun.

Menabur jasa tidak dipinta,


Untuk membela kedudukan diraja;
Berbudi bahasa amalan kita,
Walau berada di mana jua.

Ranting kayu jatuh melata,


Buah peria pahit terasa;
Bahasa Melayu bahasa kita,
Gunakan ia sepanjang masa.

Sungguh cantik kebaya Nyonya,


Walau dipakai ke mana jua;
Puisi tradisional tiada kurangnya,
Menjadi kemegahan kita semua.

Bahan 2

Adat Sezaman
Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si tua tersenyum mesra

29
memandang teruna dara
sama cantik sama padan
berganding bersama
di singgahsana ...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun sang dara
dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
tanpa hormat
tanpa batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.

(Dipetik daripada Harga Remaja, Buku Teks


Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Bahan 3

Ibu mahu perkahwinan anak bongsunya itu kalau boleh seratus-peratus


menyerupai majlisnya sendiri lima puluh tahun lalu. Tiga hari tiga malam. Lengkap dengan
kompangnya, silat pulutnya, diarak atas tandunya, berkeris bertengkoloknya, berbalas
pantunnya, bersanding di pelaminnya, perarakan bunga manggarnya, para gadis
pembawa pahar bunga telurnya, kalau boleh semua, lah!
  Malam sebelumnya kalau boleh biarlah ada dondang sayang. Lagi bagus kalau
dapat lawankan Pak Murad Kampung Morten dengan Nyonya Tan dari Banda Kaba.

30
Kumpulan pemain rebana, gong dan biola ini kemudiannya boleh dipanjangkan sehingga
hari majlis. Kita tengok siapa lebih handal berpantun; Pak Murad atau Nyonya Tan. Lagi
seronok kalau dipanggil sekali kumpulan penarinya pada hari langsung..
 
Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen
“Ala…Emak Kahwinkan Aku!” Oleh Haizir Othman
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.

i) Berdasarkan bahan 1, nyatakan maksud menjadi kebanggaan turun-temurun?


[2 markah]

ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan keistimewaan-keistimewaan adat budaya


yang harus kita pertahankan?
    
[4 markah]

iii) Kepelbagaian adat istiadat lama haruslah kita pertahankan demi menunjukkan
keutuhan budaya bangsa negara kita. 
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
mempertahankan keutuhan adat istiadat warisan  budaya lama ini?
     [3 markah]

iv) Ibu anda bercadang membawa anda sekeluarga untuk menghadiri satu majlis
perkahwinan saudara anda di kampung. Anda berasa sangat gembira dan teruja
menyaksikan majlis tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai upacara adat istiadat
lama. Namun begitu, adik   anda seolah-olah tidak bersetuju untuk mengikut ibu
anda pulang ke kampong. 
Sebagai seorang yang kakak atau abang, bagaimanakah anda dapat mengatasi
masalah ini?
[4 markah]

Set 7

31
32

Anda mungkin juga menyukai