Anda di halaman 1dari 2

UiTM PENANG ONLINE CHESS TOURNAMENT 2021

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR

1.0 NAMA PERTANDINGAN :


UiTM Penang Online Chess Tournament 2021

2.0 PENGANJUR :
Unit Sukan , UiTM Cawangan Pulau Pinang

3.0 TARIKH & MASA PERTANDINGAN :


25 , 26 & 27 Ogos 2021
9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari

4.0 UNDANG – UNDANG PERMAINAN


Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang – Undang yang ditetapkan di dalam
laman web berikut: lichess.org/swiss dan Jawatankuasa Pengelola UiTM Penang
Online Chess Tournament 2021

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN


5.1 Tiap – tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada TIGA (3) orang
pemain.
5.2 Pendaftaran pemain hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola
selewat – lewatnya lima (5) hari sebelum pertandingan berlangsung.
Pendaftaran pemain secara “Online” juga perlu dilakukan selewat – lewatnya
lima (5) hari sebelum petandingan.
5.3 Hanya pemain yang berdaftar di dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan
bermain dalam pertandingan ini.
5.4 Setiap pemain perlu berdaftar di dalam laman web lichess.org/. Pemain
hendaklah menggunakan nama sendiri sebagai ID.
5.5 Setiap pemain perlu membuat pendaftaran pasukan di dalam pautan yang
tertera ‘Swiss tournaments’ di dalam laman web yang sama seperti perkara
5.4. Nama pasukan hendaklah mengikut format/panduan pendaftaran yang
disediakan.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan adalah dijalankan mengikut sistem Swiss
berdasarkan lichess.org/
6.2 PEMARKAHAN PASUKAN
Dalam masa 4 jam pemain boleh bermain sebanyak mungkin permainan.
Markah dikira selepas tamat masa permainan.
6.3 MASA PERMAINAN
Masa Permainan adalah 4 minit + 2 Saat

7.0 JENIS PERTANDINGAN


Pertandingan antara pasukan (3 orang sepasukan)

8.0 KELEWATAN
Pemain yang datang lewat tetap dibenarkan bermain namun akan memberi kesan
kepada markah pasukan.

9.0 HADIAH
Pihak Penganjur akan menyediakan hadiah kepada pemenang :
Johan : RM 500.00
Naib Johan : RM 250.00
* E-Sijil akan diberikan kepada semua peserta kejohanan

9.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan am ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah
muktamad. Peraturan – peraturan lain boleh dirujuk di dalam laman web.
lichess.org.swiss.

Anda mungkin juga menyukai