1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF
(Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan
peraturan AM MSSM).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ini mengandungi acara-acara berikut:
2.1 Antara PASUKAN Peringkat umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah kategori
lelaki.
2.2 Antara REGU Peringkat umur 12, 15 dan 18 tahun ke bawah kategori lelaki.
3.0 HAD UMUR PESERTA
3.1 Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSM adaah seperti berikut:
3.1.1 18 tahun dan ke bawah
3.1.2 15 tahun dan ke bawah
3.1.3 12 tahun dan ke bawah
3.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
3.3 Semua peserta kecuali umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola . Seseorang peserta yang
hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau
KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran.
3.4 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan salinan sijil kelahiran / MyKid yang disahkan oleh Pengetua /
Guru Besar / Penolong kanan sekolah peserta berkenaan.
(Rujuk Peraturan AM (4) Majlis Sukan Sekolah Malaysia).
4.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN
4.1 Antara PASUKAN bawah umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah adalah
terdiri daripada 12 pemain pada setiap kumpulan umur.
4.2 Antara REGU bawah umur 12, 15 dan 18 tahun dan ke bawah lelaki,
mengandungi 1 REGU bagi setiap pasukan dengan 5 pemain bagi setiap REGU.
4.3 Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.
11.0 JURI RAYUAN
11.1 Juru Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau
7 orang (Maksimum) iaitu
* Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /wakilnya.
* Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
* Penyelaras Sepak Takraw MSSM
* Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw MSSM
* Seorang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan yang
dibuat.
12.0 LEMBAGA TATATERTIB