Anda di halaman 1dari 10

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR KOMUNITI PUTRAJAYA 2007 1.0 TARIKH PERTANDINGAN 1.

1 Pertandingan ini akan diadakan pada 17 hb dan 18 hb November 2007 (Sabtu & Ahad) dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang

2.0

LOKASI PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan ini akan diadakan di :2.2.1 Gelanggang Bola Tampar, Taman Pancarona Presint 18, Putrajaya

3.0

TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN 3.1 Pada 15 hb November 2007 (Khamis). Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada penganjur di Unit Sukan Perbadanan Putrajaya atau Dewan Serbaguna Presint 8 dan Dewan Serbaguna Presint 9 Putrajaya. Pengurus / Wakil pasukan dijemput untuk taklimat pertandingan dan juga proses undian pertandingan pada 16 hb November 2007 (Jumaat) pada pukul 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya. Sekiranya tiada wakil pasukan, pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak.

3.2

4.0

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN 4.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin DAN bekerja di Putrajaya DAN kawasan sekitar Putrajaya seperti Bangi, Kajang, Dengkil, Serdang dan sebagainya. 4.2 Setiap pasukan yang mendaftar hanya dibenarkan SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili NEGARA dan NEGERI dalam kejohanan KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA bagi tahun 2002 hingga kini. 4.3 iaitu: i. ii. iii. Kategori Lelaki Terbuka (18 Tahun ke atas) Kategori Wanita Terbuka (18 Tahun ke atas) Kategori Remaja lelaki (Bawah 17 Tahun) Pertandingan ini akan dibahagikan kepada TIGA KATEGORI

4.2 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut UNDANG-UNDANG BOLA TAMPAR ANTARABANGSA ( F.I.V.A ) dan PERSATUAN BOLA TAMPAR AMATUR MALAYSIA (M.A.VA ) serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

5.0

PENDAFTARAN 5.1 5.2 5.4 Setiap pasukan hendaklah mengandungi 9 pemain (6 pemain + 3 simpanan ) Sekiranya ingin menggunakan pemain libero, sila maklumkan kepada pihak penganjur sebelum perlawanan. Pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai. Sekiranya pasukan tidak mempunyai jersi yang seragam, pemain-pemain pasukan tersebut hendaklah memakai bit yang disediakan oleh pihak penganjur

6.0

SENARAI PEMAIN-PEMAIN 6.1 Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula.

7.0

PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN 7.1 Di pertandingan secara liga kumpulan (Peringkat Awal). MATA akan diberikan seperti berikut:7.1.1 Pasukan yang menang 7.2.1 Pasukan yang kalah 7.3.1 Pasukan yang menarik diri 7.2 3 mata 0 mata 0 mata

Permainan akan dijalankan berdasarkan kiraan TIGA SET TERBAIK (Best of 3) dengan kiraan mata 21 dan tambahan sehingga 25 sekiranya terikat dengan 24 sama. Pemenang akan ditentukan sekiranya menang dua (2) set berturut-turut dan sekiranya seri, set penentuan akan dijalankan dengan kiraan mata 15. Pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira pemenang dan sekiranya kiraan MATA adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai :-

7.3

7.3.1 7.3.2 7.3.3

Nisbah set yang terbanyak dianggap sebagai pemenang. Sekiranya terdapat pasukan-pasukan yang memperolehi Nisbah Set yang sama, maka pasukan yang memperolehi Nisbah Mata terbanyak dianggap sebagai pemenang. Jika semua perkara diatas didapati sama juga, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan CABUTAN UNDI.

8.0

PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR 8.1 8.2 Pasukan yang memperolehi MATA yang terbanyak dalam kumpulan masing-masing adalah layak bermain dalam PERINGKAT SEPARUH AKHIR. Pertandingan separuh akhir akan dimainkan secara KALAH SINGKIR.

9.0

PERTANDINGAN AKHIR 9.1 Pemenang-pemenang perlawanan SEPARUH AKHIR adalah layak bermain dalam Pertandingan Akhir untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

10.0 PERLAWANAN 10.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan. 10.2 Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan. Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.

10.3 Semua pemain tidak dibenarkan memakai objek larangan seperti barang kemas, pin, gelang tangan, cincin atau apa sahaja yang boleh membahayakan pemain. 10.4 Penentuan gelanggang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

10.5 Bola tampar akan disediakan oleh Jawatankuasa pengelola Pertandingan dan keputusan adalah MUKTAMAD dalam penggunaannya.

10.5 Jadual pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh Pengerusi Pertandingan. Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawanan seterusnya dari Pengerusi Pertandingan. 11.0 BANTAHAN 11.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM200.00 secara bertulis.

11.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya. 11.3 Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga (3 )orang wakil berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.

12.0 YURAN PENYERTAAN 12.1 Yuran penyertaan adalah berdasarkan kepada kategori iaitu: 12.1.1 60.00 12.1.2 RM 30.00 Kategori Remaja Lelaki / wanita terbuka Kategori Lelaki RM

13.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUS PASUKAN 13.1 Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukannya dengan sepenuhnya supaya mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan kepada para peserta bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini. 13.2 Jawatankuasa pengelola bertanggungjawab atas sebarang atau kecederaan atau kerugian pertandingan ini. 14.0 HADIAH 14.1 Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat mengikut kategori. pertandingan tidak akan kehilangan atau kerosakan para peserta sepanjang

KATEGORI LELAKI TERBUKA KEDUDUK AN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT NILAI HADIAH(RM ) RM1000.00 RM800.00 RM700.00 RM500.00

KATEGORI WANITA TERBUKA KEDUDUK AN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT NILAI HADIAH( RM) RM800.00 RM700.00 RM600.00 RM500.00

KATEGORI REMAJA LELAKI BAWAH 17 TAHUN KEDUDUK AN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT NILAI HADIAH( RM) RM700.00 RM600.00 RM500.00 RM400.00

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL PUTRAJAYA 2007 1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN KEJOHANAN 2.1 Pengenalan 2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL PUTRAJAYA 2007 dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil. 2.2 Tarikh dan Tempat 2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 17 dan 18hb November 2007 bertempat di Kompleks Sukan Pancarona Presint 18 Putrajaya.

2.3

Format Kejohanan 2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah Liga Antara Kumpulan (pusingan awal dan Sistem Kalah Singkir peringkat seterusnya.

2.4

Hadiah-hadiah 2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat ke empat. 2.4.2 Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut :i) Johan RM1,000.00 ii) Naib Johan RM800.00 iii) Ketiga RM600.00 iv) Keempat RM500.00

2.5

Syarat-syarat Penyertaan 2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua komuniti yang bekerja atau menetap di Putrajaya

DAN kawasan sekitar Putrajaya seperti Kajang, Dengkil, Serdang dan sebagainya. 2.5.2

Bangi,

Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada seorang pengurus dan 5 orang pemain serta 4 pemain simpanan.

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja. 2.5.4 Setiap pasukan yang berdaftar hanya dibenarkan SEORANG SAHAJA pemain yang pernah mewakili NEGARA DAN NEGERI bagi kejohanan peringkat KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA bagi tahun 2002 hingga kini. Setiap pasukan RM50.00. dikenakan yuran penyertaan

2.5.5

2.4.6 Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 15 NOVEMBER 2007 (KHAMIS) AKAN DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING. 2.4.7 PENYERTAAN ADALAH PASUKAN SAHAJA. TERHAD 32

2.4.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 2.4.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara adalah muktamad. 3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan. Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.2

3.3

Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:3.3.1 Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

3.4

Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan yang mengambil bahagian. Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. Mana-mana pasukan yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di dalam dewan atau kawasan pertandingan. Pengurus mesti melaporkan diri 15 minit sebelum permainan dimulakan. Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar daripada pertandingan. Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.

3.5

3.6

3.7

3.8

3.9

3.10 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 3.11 3.12 Pengurus/Ketua Pasukan bertanggungjawab disiplin dan kelakuan pemain-pemainnya. ke atas

Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.13

Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.14 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 3.15 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 3.16 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding. 3.17 Segala keputusan muktamad. oleh pihak penganjur adalah

4.0 4.1

PERATURAN AM Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang, syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum.

4.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Pertandingan Futsal Putrajaya 2007 adalah MUKTAMAD. 4.3 Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu pasukan-pasukan yang bertanding.

5.0

TAKLIMAT KEPADA PENGURUS PASUKAN 5.1 Sesi taklimat dan undian akan diadakan pada 16 November 2007 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat 1 Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya.

5.2

Sekiranya tiada wakil pasukan maka pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak.

Anda mungkin juga menyukai