Anda di halaman 1dari 3

Isu kekebalan raja-raja melayu

Isu kekebalan raja ini sebenarnya timbul pada tahun-tahun 1992, bilamana mantan PM, Tun
Mahathir Mohamed berusaha untuk menarik kekebalan raja-raja Melayu ketika itu. Sebenarnya
kes ini timbul pada 1992, bila Douglas Gomez dicederakan di Istana Sultan Johor pada 30
Nov.1992. Berikutan dengan itu pada 10 Disember, 92 Dewan Rakyat telah meluluskan dengan
sebulat suara usul yang dicadangkan oleh En Ghafar Baba, TPM ketika itu, mengenai apa yang
dikenali sebagai peristiwa Bukit Serene.

Sebenarnya sebelum Bukit Serene, berbagai perkara telah berlaku. Antaranya pada Julai 1992,
Tengku Bendahara Johor telah dituduh memukul dan mencederakan seorang bernama Jaafar,
penjaga gol hoki pasukan Perak selepas perlawanan hoki antara Johor dan Perak. Kemudian
peristiwa Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit juga dikaitkan dengan kesultanan Johor
yang sehingga kini tiada keputusan yang jelas mengenai perkara itu.
En. Ghafar Baba menegaskan di Parlimen;
Dan bahawa Dewan ini memutuskan kejadian tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa
yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentangan dengan cita-cita
serta hasrat undang-undang negara yang berteraskan kepada sistem Raja Berperlembagaan
dan Demokrasi Berparlimen. Dan Dewan ini mengambil ketetapan bahawa segala tindakan
yang perlu hendaklah diambil bagi menentukan insiden seumpama ini tidak berulang lagi pada
masa hadapan.

Bahagian Perlembagaan yang disebut-sebut akan dipinda adalah Perkara 181(1) yang
menyebutkan bahawa Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada
persetujuan Majlis Raja-Raja. Mengikut peruntukan ini, adalah sukar bagi kerajaan Barisan
Nasional untuk meminda Perkara 66 (4) Perlembagaan Malaysia yang berbunyi Yang DiPertuan Agong hendaklah dalam masa 30 hari selepas sesuatu rang undang-undang
dikemukakan kepada baginda diperkenankan dengan menyebabkan rang undang-undang itu
dicop dengan Mohor Besar. Kod Etika yang dikemukakan oleh Barisan Nasional ditolak oleh
Majlis Raja-Raja, menjadikan ia sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya kerajaan berjaya

memasukkan satu artikel tambahan di bawah Perkara 66 (4) iaitu 66 (4A) yang berbunyi jika
suatu rang undang-undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang
ditentukan dalam fasal(4), rang undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila
habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda
telah memperkenankannya.

Perkara 66(4) memberikan beberapa implikasi. Antaranya sesuatu rang undang-undang itu
akan lulus secara automatik walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya. Ini
memungkinkan kezaliman akan tertimpa ke atas rakyat . Umpamanya soal Akta Pengambilan
Tanah yang telah dipinda, rakyat tidak mampu menolak jika tanahnya ingin diambil oleh
kerajaan untuk tujuan pembangunan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah tuntutan
pampasannya boleh dipertikaikan di Mahkamah. Selebihnya seseorang itu akan kehilangan
tanahnya jika kerajaan berhasrat untuk mengambilnya.

Sebaliknya orang-orang politik pula kebal daripada tindakan mahkamah. Banyak kes politik
akhirnya berakhir begitu sahaja, tanpa tindakan dapat diambil di mahkamah. Terlalu banyak kes
membabitkan orang politik tidak dapat diselesaikan, menjadikan seolah-olah mereka lebih kebal
daripada Raja-raja dan berada di atas undang-undang

1. Pandangan Sultan
Sultan selangorsultan Sharafuddin Idris Shah
Jika rakyat rasa saya berhak, saya menerimanya dan saya akan lakukan yang terbaik. Apapun
, biarlah rakyat dan Parlimen tentukan kerana Parlimenlah yang menarik balik kekebalan rajaraja. Malah , ia dibawa oleh orang Melayu sendiri.
Istana Mestika6 hb. Disember,2008
Mingguan Malaysia; 7 hb. Disember,2008, ms 1

2. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali(MP Pasir Mas) berkata Perkara 66 Perlembagaan
Persekutuan perlu dipinda semula bagi mengembalikan semula kuasa raja-raja bagi

memperkenankan sesuatu rang undang-undang di Parlimen. Ia adalah sebagai langkah untuk


meyakinkan orang Melayu serta percaya institusi raja di negara ini masih relevan.

3.Perkara 181(2) :Perlembagaan Malaysia; pindaan pada tahun 1994 membolehkan raja-raja
Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja.

4.Menurut Prof. Zainal Kling pula , jika tiada kuasa raja; kerajaan mungkin akan menjadi terlalu
kuat seperti apa yang berlaku di Thailand. Jadi, mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu
adalah wajar.

Anda mungkin juga menyukai