Anda di halaman 1dari 1

PUNCA BERLAKUNYA KRISIS PERLEMBAGAAN 1983

Perdana meteri Dr Mahathir Mohamad mengusulkan dalam Parlemen tentang


pindahan rang undang-undang Perlembagaan untk memindakan perkara 66.
Dimana perkara ini menjelaskan bahawa satu rang undang-undang yang tida
diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 15 hari setelah
dipersembahkan akan terus menjadi undang-undang. ("If for any reason
whatsoever a bill is not assented by the king within 15 days of its presentation
the bill shall become law".)
Namun Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan pindahan ini. Majlis Raja-Raja
menggunakan kuasa Perlembagaan, iaitu Perkara 38 ( 4) 2 yang menyebut
bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan Raja-Raja mestilah mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

IMPLIKASI TERHADAP KRISIS

Majlis tertinggi UMNO telah menghantar wakil untuk menemui Raja-raja bagi
menjelaskan kenapa pindahan itu perlu dilaksanakan.
Perjumpaan berlaku di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Majlis Tertinggi UMNO melantik almarhum Encik Abdul Ghafar Baba (kemudian
Tun) mengetuai sebuah jawatankuasa terdiri daripada Dato' Harun Idris
(almarhum/mantan Menteri Besar Selangor), Marina Yusof (peguam/mantan
Ketua Wanita UMNO), Kamaruddin Mat Isa (almarhum/mantan Menteri Besar
Perak) dan Dato' Mustafa Jabar (almarhum/mantan Setiausaha Agung UMNO)
untuk menemui Raja-Raja bagi menjelaskan kenapa pindaan itu perlu dan
kenapa mereka mesti menerimanya.
Perjumpaan antara wakil-wakil UMNO dengan semua Raja-Raja berlangsung di
Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Perjumpaan itu tidak menghasilkan apa-apa
keputusan.
Sementara itu, rakyat mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara
menyokong kerajaan. Tidak tahu pula saya sama ada pihak polis mengeluarkan
permit untuk mereka berbuat demikian atau polis pencegah rusuhan menembak
gas pemedih mata atau bom air berkimia terhadap penunjuk-penunjuk perasaan
itu, seperti yang berlaku sekarang apabila membabitkan pihak-pihak tertentu.
Berikutan keadaan semakin bertambah buruk dan kedudukan Raja-Raja seakanakan telur di hujung tanduk, akhirnya krisis itu selesai dengan kedua-dua pihak
bertolak ansur. Dalam tempoh 60 hari selepas sesuatu rang undang-undang
diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong, bukan 15 hari seperti yang dipinda,
maka ia secara automatik menjadi undang-undang walaupun tidak ditandatangani. Dalam tempoh itu, Agong boleh mengembalikan rang undang-undang
itu ke Parlimen untuk dibahaskan bagi kali kedua dan keputusan kali kedua
adalah muktamad.
Pada 15 Disember 1983, Raja-Raja membuat keputusan setuju dengan pindaan
itu. Berakhirlah krisis Perlembagaan membabitkan Raja-Raja.

Anda mungkin juga menyukai