Anda di halaman 1dari 2

Persaingan yang berlaku antara Portugis, Johor dan Acheh dikenali sebagai perang tiga

segi. Persaingan ini kerana ingin menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka yang
menyebabkan berlarutan selama 100 tahun. Acheh menyerang Johor kerana kemajuan Johor
mengancam perdagangan Acheh. Johor pula menyerang Portugis di Melaka kerana hendak
merampas semula Melaka daripada Portugis dan Portugis pula menyerang Johor kerana
menganggap Johor telah berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka.
Johor yang menyerang Portugis di Melaka mempunyai beberapa faktor antaranya ingin
mengambil semula pengasasan kerajaan bukit si guntang. Namun begitu acheh pula mempunyai
factor lain untuk menyerang portugis kerana pelbagai sekatan serta kadar cukai yang tinggi ke
atas pedagang islam. Ekoran daripada itu acheh merasakan tidak berpuas hati dengan tindakan
portugis. Pada masa johor melemparkan serangan ke atas Portugis, acheh juga menyerang
portugis disebabkan oleh faktor tidak berpuas hati. Kemudiannya johor mula mengatur strategi
dengan mengepung Melaka selama tiga bulan tetapi usaha menumpaskan portugis tidak Berjaya.
Johor dan acheh tidak Berjaya mengalahkan portugis kerana mereka gagal menembusi kubu
pertahanan portugis iaitu kota A famosa. Faktor lain daripada kegagalan ini ialah tentera portugis
menggunakan senjata api moden menyebabkan ianya sukar dikalahkan.
Disebabkan serangan johor dan acheh dilakukan serentak maka timbulah keraguan portugis
terhadap dua kuasa ini. Portugis merasakan johor dan acheh berpakat menyerangnya untuk
mendapatkan Melaka. Hal ini menyebabkan portugis melancarkan serangan ke atas johor dan
acheh. Serangan ini berjaya dan menyebabkan rakyat acheh ramai yang terkorban dan johor juga
mengalami kesan yang sama.
Oleh itu, Acheh mula mengambil langkah dengan membuat pendamaian dengan ketiga-tiga
kuasa ini. Portugis terpaksa bersetuju dengan pendamaian tersebut kerana portugis melihat
ekonomi perdagangan di melaka mula merosot disebabkan oleh pedagang luar beralih ke acheh.
Manakala, johor pula terpaksa bersetuju kerana melihat perdagangan di acheh semakin
berkembang. Pendamaian ini berlaku dalam tempoh yang singkat kerana kerajaan acheh mulai
lemah. Kelemahan ini disambut baik oleh johor kerana johor hanya perlu bersaing dengan
portugis untuk mendapatkan Melaka.
Oleh itu, Johor mula mengorak langkah dengan menjalinkan persahabatan dengan belanda
kerana belanda merupakan satu kuasa besar yang digeruni ketika itu dan akhirnya berjaya
mengalahkan portugis di Melaka pada tahun 1641. Hasilnya, perdagangan johor maju kerana
belanda memberi keistimewaan perdagangan kepada johor. Seterusnya, campur tangan belanda
ini juga menyebabkan perang tiga segi ini berakhir.

Anda mungkin juga menyukai