Anda di halaman 1dari 17

1.2.

2 Undang-Undang di
Negeri-Negeri Melayu
Abad ke-19
( 2 Waktu )
Menghuraikan prinsip-prinsip
umum:
1. Undang-Undang 99 Perak.
2. Undang-Undang Tubuh Johor.
Undang-Undang 99 Perak;
•Undang-undang ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa
ke Perak pada abad ke-17 oleh Syed Hussain al-Faradz dari
Hadramaut.
•Mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Undang-undang ini mengandungi hampir semua perkara
berkaitan hak pemerintah, perhambaan, jenayah,harta,
perkahwinan, dan pertelingkahan kecil.
•Undang-undang ini terdiri daripada 99 buah undang-undang
yang menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.
1. Tugas Dan Tanggungjawab pemerintah

• Fasal 77 dalam undang-undang ini memperuntukkan


tahta pemerintahan akan diwarisi oleh anak gahara yang
paling tua dan jika tiada, yang kecil akan mewarisi.
• Undang-Undang 99 Perak menunjukkan lebih kepada
pengaruh adat kerana mengikut Islam dalam soal
pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep
Musyawarah.

2. Bidang Jenayah
• Fasal 23, orang islam yang membunuh orang islam lain
tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya dia
dikatakan menjadi kafir.
• Hukuman ini tidak selaras dengan pengaruh hukum islam
yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dihukum
bunuh juga.
• Cth,pembunuh akan dikenakan denda empat tahil ,dua
paha emas,atau dua dirham dan disedekahkan setahil
sepaha emas.
• Dapat mengurangkan kes pembunuhan dalam kalangan
masyarakat islam dengan adanya denda yang dikenakan.
3. Soal Penzinaan :

• Fasal 50 yang menyentuh tentang hal penzinaan


• Mengikut undang-undang ini, jika kedua-kedua
penzina mengakuinya,mereka hanya diperintah
bernikah dan membayar denda sepaha emas.

• Jika Penghulu menadapati tiada kesalahan yang


dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan
atau dimaafkan.
• Mengikut hukum islam bagi kesalahan zina seseorang
yang tidak berkahwin dikenakan sebat 100 kali rotan.
• Kegiatan maksiat dan penzinaan dapat dibendung
pada masa itu.
4. Soal Perkahwinan :
• • Fasal 65 –Pasangan yang baru dinikahkan tidak
dibenarkan bersama selama lebih kurang 40hari
diatas alas an untuk menjaga keimanan masing-
masing.
• Ia tidak berlandaskan Islam kerana mengikut islam
,selepas akad nikah dilangsungkan jadi suami isteri
tinggal bersama.
• Melalui perkahwinan ,perbuatan khalwat dapat
dibendung maka suasana kehidupan yang harmoni
dalam masyarakat melayu abad ke 19 dapat
diwujudkan .
5. Pembahagian Harta
Fasal 33:
-Anak perempuan akan diberi rumah,kebun,pinggan-
mangkuk dan peralatan dapur.
-Anak lelaki akan diberikan alatan besi,
senjata,sawah padi dan lombong. Anak lelaki
mendapat harta 2 kali lebih dari anak
perempuan.
-Anak yg belum berkahwin mendapat 10% drp anak
lain.
Undang-Undang Tubuh Johor
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan satu
himpunan undang-undang yang menjadi perlembagaan asas
bagi negeri Johor. Perlembagaan yang digubal pada 14 April
1895 dinamakan sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
tahun 1895.
• Undang-undang ini digubal semasa pemerintahan Sultan Abu
Bakar.
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah dimasyhurkan
selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar, iaitu pada 14 Sep 1895
oleh anakanda baginda, Sultan Ibrahim.
• Kewujudan perlembagaan ini menjadikan Johor sebagai
negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raj a
berperlembagaan.
Undang-Undang Tubuh Johor
• Sejak digubal pada tahun 1895, Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor telah dipinda sebanyak empat kali. Pindaan
pertama, pada1 Apr. 1908. Pindaan kedua, pada 17 Sep. 1912.
Pindaan ketiga. pada l2 Mei 1914. dan pindaan terakhir pada
17 Julai1918.
. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor mengandungi pelbagai
peruntukan penting yang melibatkan pemerintahan dan
pentadbiran negeri Johor.
Antaranya peruntukan tentang Raja dan Kerajaan, Jemaah
Menteri, Mesyuarat Kerajaan, dan pelbagai pesanan lain yang
dianggap penting untuk diperturunkan kepada generasi
seterusnya.
1. PERLANTIKAN RAJA DAN BAKAL PENGGANTI RAJA

1. Dalam menentukan soal pelantikan raja, fasal ke2


Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menetapkan syarat
bakal pengganti raja mestilah berbangsa Melayu, berdarah
raja daripada keturunan pemerintah Johor yang terdahulu,
iaitu zuriat Sultan Abu Bakar, lelaki, dan beragama Islam.
2. Fasal ke3 pula menyebut, sekiranya pada suatu masa,
tiada keturunan daripada zuriat Sultan Abu Bakar yang
boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak lelaki
daripada zuriat Temenggung Ibrahim boleh ditabalkan
menjadi raja.
Sekiranya keadaan yang sama juga berlaku, pemilihan
bakal pengganti seterusnya akan beralih kepada seorang
lelaki daripada zuriat
keturunan Temenggung Abdul Rahman.
PERLANTIKAN RAJA DAN BAKAL PENGGANTI RAJA

3. Seandainya pada suatu masa, tiada seorang pun zuriat


daripada ketiga-tiga keturunan tersebut yang boleh
ditabalkan sebagai raja‘ maka fasal kelima di dalam Undang-
undang Tubuh Kerajaan Johor menyerahkan perkara
tersebut kepada Mesyuarat Kerajaan dan
Jemaah Pangkuan Negeri untuk membuat pertimbangan
berasaskan syarat- syarat berikut:
(a) seorang lelaki yang cukup umur dan sempurna akal.
(b) berasal daripada bangsa Melayu Johor dan rakyat kerajaan
Johor.
(c) beragama Islam, diakui daripada darah yang merdeheka.
(d) mempunyai pengetahuan, boleh membaca dan menulis
(e) memiliki budi pekerti, tabiat perangai dan tingkah laku
yang baik, dan terpuji.
PERLANTIKAN RAJA DAN BAKAL PENGGANTI RAJA

4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor memberi


kelonggaran kepada raja yang sedang memerintah
untuk meletakkan jawatan
secara sukarela atau disebabkan alasan lain
seperti keuzuran. Selepas meletakkan jawatan,
baginda akan diberi perbelanjaan sara hidup
daripada hasil negeri dan tidak dibenarkan untuk
campur tangan dalam perkara yang melibatkan
pemerintahan negeri.
2. TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KEDAULATAN
NEBERI
1. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah,
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah menetapkan
kewajipan raja untuk memelihara kedaulatan negeri Johor
sepanjang masa.
2. Fasal 15 di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
melarang raja yang memerintah daripada menyerahkan
atau membuat sebarang perjanjian untuk menyerahkan
negeri atau sesuatu bahagian dari negeri Johor kepada
sebarang kerajaan, kuasa Eropah, dan bangsa-bangsa yang
lain.
3. Jika larangan tersebut tidak dipatuhi, maka raja berkenaan
disifatkan telah melakukan dosa kerana melanggar amanah
yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Oleh sebab itu,
rakyat tidak lagi diwajibkan untuk terus memberi taat setia
kepada baginda.
3. PERUNTUKAN BERKAITAN AGAMA ISLAM
1. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan agama
bagi negeri Johor agama Islam tetapi agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan sempuma.
2. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor juga menyebut
bahawa undang-undang itu berkuat kuasa ke atas seluruh
lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama bagi menjamin
keadilan mutlak ke atas mereka berdasarkan undang-
undang Islam.
3. Dalam urusan pentadbiran keadilan negeri, Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor menyatakan segala mahkamah, para
pegawai, dan kakitangan kerajaan hendaklah menjalankan
undang-undang negeri dengan adil dan benar ke atas semua
rakyat Johor termasuk mereka yang singgah berdagang
atau tinggal bernaung di dalamnya.
4. PELANTIKAN DAN BIDANG TUGAS JEMAAH MENTERI
1. Fasal 28 hingga 44 memperuntukkan perkara-perkara
berkaitan Jemaah Menteri yang diinstitusikan secara
bertulis dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
Bilangan anggota Jemaah Menteri yang dilantik hendaklah
tidak kurang daripada lapan orang dan tidak melebihi l2
orang yang diketuai oleh seorang Menteri Besar.
2. Anggota Jemaah Menteri hendaklah dilantik daripada
bangsa Melayu, rakyat Johor, dan beragama Islam serta
mengaku taat setia kepada raja dan kerajaan.
3. Pelantikan Menteri Besar merupakan hak mutlak bagi
sultan manakala pemilihan Naib Menteri Besar merupakan
hak Jemaah Menteri tetapi mestilah mendapat perkenan
sultan terlebih dahulu.
• Anggota Jemaah Menteri ditugaskan untuk membantu
sultan dalam urusan pemerintahan negeri.
PRINSIP-PRINSIP UMUM
a. Raja dan kerajaan/Pewaris takhta; Fasal 2 & 3
b. Larangan terhadap bakal raja; Fasal 8
c. Larangan raja menyerahkan negeri kepada kuasa luar;
Fasal 15
d. Larangan terhadap bekas raja; Fasal 20
e. Anugerah sultan kepada kerabatnya; Fasal 23
f. Jemaah Menteri/Menteri-menteri;Fasal 28, 30 & 16
g. Angkat sumpah dalam kalangan pegawai; Fasal 31
h. Hak raja dalam pemilihan Menteri Besar; Fasal 34
i. Gelaran menteri; Fasal 39
j. Hak raja mengeluarkan menteri; Fasal 40
k. Fungsi Jemaah Menteri; Fasal 42
l. Persidangan Jemaah Menteri; Fasal 43
Sambungan….PRINSIP-PRINSIP UMUM
m. Pelantikan ahli Mesyuarat Kerajaan; Fasal 45 & 46
n. Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan; Fasal 47
o. Tugas dan kuasa Mesyuarat Kerajaan; Fasal 49
p. Agama Islam; Fasal 57
q. Hubungan dengan kerajaan lain; Fasal 59

Anda mungkin juga menyukai