Anda di halaman 1dari 18

Proses Pemilihan dan Fungsi

Yang Di-Pertuan Agong


Pengenalan
Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
adalah Ketua Negara. Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan pada
tahun 1957. Jawatan ini adalah lambang perpaduan rakyat Negara Malaysia.
Peraturan perlantikan Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Jadual III
Perlembagaan Persekutuan. Semua Raja Melayu layak dilantik menjadi Yang
di-Pertuan Agong; kecuali Raja yang tidak cukup umur, tidak mahu dipilih
menjadi Yang di-Pertuan Agong, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-
Raja menerusi undi sulit atas sebab keuzuran akal dan badan atas sebab yang
lain. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong diadakan lima tahun sekali. Majlis Raja-
Raja Melayu yang terdiri daripada sembilan orang Sultan berkuasa melantik
Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja
menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan
Persekutuan dan Peraturan – Peraturan Majlis Raja-Raja
Kaedah Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong

• Dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu dari 9 negeri mengikut


giliran negeri masing-masing.
• Seseorang raja layak dipilih kecuali:
• Baginda masih seorang remaja
• Baginda sendiri memutuskan tidak mahu dipilih
• Ada kekurangan yang dialami seperti keuzuran fizikal atau
mental
• Atas sebab lain yang meyakinkan ahli Majlis dengan
sokongan undi minimum lima orang
• Tempoh bagi menjawat jawatan Yang Dipertuan Agong
adalah lima tahun.
• Seseorang Yang di Pertuan Agong boleh dilucutkan
berdasarkan undi sulit oleh Raja-Raja Melayu.
Ciri – Ciri Kelayakan
• Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih.

• Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.

* Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi lama tempoh
memerintah akan dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua
Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.Pusingan ini
berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik
sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX.Selepas itu satu
senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan
digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang
Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong
pertama hingga ke sembilan).
Yang Tidak Layak Dipilih
Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai
Yang di-Pertuan Agong kecuali:

* Raja itu belum dewasa;


* Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa
baginda tidak berhasrat dipilih; atau
* Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu
adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong
disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab
lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.
Proses Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

LANGKAH – LANGKAH AWAL SEBELUM PEMILIHAN

* Mohon perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan.


* Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat
daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan itu.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja
menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan
Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.
PROSIDING PEMILIHAN
* Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir
walaupun mereka ahli Majlis.
* Pemilihan dibuat secara undi sulit.
* Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian
diumumkan.
* Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan
dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.
* Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon
Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira
kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
* Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha
Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.
* Seseorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi
pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.
PROSES PEMILIHAN

• Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja,
dan setiap Raja diminta menandakan pilihannya.

• Calon mestilah mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan


Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada
baginda

• Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-
Pertuan Agong.

• Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan


memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.
SELEPAS TAMAT URUSAN PEMILIHAN

• Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-


Raja akan menghantar surat mengesahkan keputusan pemilihan itu secara
bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.

• Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan


pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong.

• Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh
menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah
jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim
Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang
Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.
PEMECATAN

• Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Yang di-Pertuan Agong


dikehendaki menurut nasihat Jemaah Menteri.

• Namun Baginda tidak boleh dipecat dari jawatan oleh Jemaah Menteri
mahupun Parlimen.

• Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis Raja-Raja sebagaimana telah


ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini.

• Perlembagaan telah memperuntukan bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis


ini memecat Yang di -Pertuan Agong dari jawatan tidak boleh diluluskan
melainkan apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja
mengundi mengundi menyokongnya.
Sumpah Jawatan Yang di- Pertuan Agong

1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya mengangkat


dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian I
Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan
kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada);
dan sumpah itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi
maksud itu oleh Majlis Raja-Raja.
(2) Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan
fungsinya, selain fungsi yang boleh dijalankan bagi maksud memanggil
Majlis Raja-Raja bermesyuarat, mengangkat dan menandatangani
sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Keempat di
hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan kehadiran
hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada).

(3) Sumpah-sumpah tersebut, yang diterjemahkan ke dalam bahasa


Inggeris, adalah dinyatakan dalam Bahagian III Jadual Keempat.

(4) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (5) Perkara 33


hendaklah membuat peruntukan yang bersamaan dengan Fasal (2)
(dengan ubah suaian yang perlu).
Bidang Tugas Yang di-Pertuan Agong

Tugas Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berkaitan dengan pentadbiran


adalah :

• Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-


Pertuan Agong

• Dalam menjalankan tugas – tugasnya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah


mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri

• Yang di-Pertuan Agong berhak atas permintaannya mendapat apa – apa


maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan dari Jemaah Menteri
• Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan tentera
Persekutuan

• Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menanggukan


hukuman – hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan
oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam
Wilayah – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan

• Untuk tujuan pengampunan suatu Lembaga Pengampunan harus


diwujudkan. Terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri,
Penguam Negara dan sekurang – kurangnya tiga ahli lain.

• Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan


istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Kepentingan Institusi Beraja
1.) Sebagai kesinambungan agama, budaya, adab resam dan cara hidup.

• Kerana, kerajaan dan dasar boleh bertukar setiap lima tahun, namun ada
beberapa perkara perlu dikekalkan untuk kestabilan dan kesinambungan
agama, identiti, budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini.

• Sejak berkurun lamanya budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia adalah
cara hidup budaya Melayu dan Islam. Budaya dan cara hidup ini perlu
dikekalkan dan dilindungi kerana ianya adalah teras dan asas kepada pegangan
moral, adab, kesopanan dan kesusilaan majoriti masyarakat Malaysia.

• Tanpa asas moral atau agama yang kuat, maka kesusilaan dan adab
masyarakat kita akan menjadi lemah.
2.) Institusi Raja-Raja Melayu sebagai satu institusi semak imbang terakhir
kepada kuasa kerajaan dan Perdana Menteri.

• Walaupun sistem republik tanpa Institusi Beraja akan mewujudkan sistem


demokrasi total dengan kuasa rakyat, namun sejarah pernah membuktikan di
serata dunia yang sistem demokrasi adalah terdedah kepada salah guna
kuasa dan korupsi serta pemerintahan diktator akibat daripada pemusatan
kuasa yang mudah dibuat dengan memanipulasi pendapat awam.

• Sistem demokrasi adalah baik dan sehingga kini tiada sistem politik lain yang
lebih baik daripada sistem demokrasi.

• Namun sistem ini perlu disemak imbang kerana ia tidak sempurna dan pernah
mengakibatkan tragedi seperti tragedi-tragedi dalam sejarah di seluruh dunia
Kesimpulan
• Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya mengamalkan sikap ambil
tahu tentang proses pemilihan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong
supaya kita dapat lebih menghormati.

• Kita haruslah mengambil iktibar tentang kepentingan Institusi Beraja


supaya kesinambungan agama, budaya, adat resam dan cara hidup
dapat berjalan dengan lancar.

• Harapan saya adalah semoga semua golongan di Malaysia dapat


menghargai dan menghormati kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Pemerintah di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai