Anda di halaman 1dari 2

Konsep sosialisasi

Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga / masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.

Charlotte Buhler : Sosialisasi adalah proses yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup, dan berpikir kelompoknya agar ia dapat berperan dan berfungsi dengan kelompoknya.

Peter Berger : Sosialisasi adalah suatu proses dimana seseorang menghayati serta memahami norma-norma dalam masyarakat tempat tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya.

Paul B. Horton : Sosialisasi adalah suatu proses dimana seseorang menghayati serta memahami norma-norma dalam masyarakat tempat tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya.

Soerjono Soekanto : Sosialisasi adalah proses mengkomunikasikan kebudayaan kepada warga masyarakat yang baru.

Kepentingan sosialisasi

1. Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna. Misalnya seorang guru akan sedar dan tahu peranan dan tanggungjawab tentunya akan mengasuh dan menyayangi anak muridnya. Seorang anak dan pelajar juga akan tekun belajar jika ia sedar bahawa itu adalah tanggungjawabnya dan harapan ibu bapanya. Jadi, sosialisasi menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

2. Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahliahli masyarakatnya silih berganti. Melalui sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

3. Berinteraksi dalam satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi berlaku secara sedar dan tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar cara bertingkah laku mengikut budayanya namun nilai-nilai yang baik dan buruk di rumah, sekolah atau masyarakat turut mempengaruhi mereka. Ibu yang bertutur dengan anaknya secara lemah lembut dan bercakap beralas akan melahirkan anak-anak yang akan mengamalkan budaya sedemikian kerana mereka sudah terbiasa dengan keadaan positif.

4. Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat Untuk diterima dalam masyarakat seseorang perlu mempunyai kemahirankemahiran sosial yang boleh di peroleh dalam proses sosialisasi. Contohnya, dengan menggunakan kemahiran tertentu seseorang dapat memainkan peranan penting dalam masyarakat. Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran-kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibubapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran

5. Mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial -Agen sosialisasi mengajar masyarakat contohnya dalam penghayatan dan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Sebagai ahli masyarakat menjadi tanggungjawab kita memastikan penghayatan nilai murni tidak hanya terbatas kepada hubungan antara manusia malah hubungan manusia dengan alam sekitar. Contohnya untuk menangani isu pencemaran alam sekitar dan isu sosial di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai