Anda di halaman 1dari 11

BAB DUA

KONSEP DAN MASALAH ASAS EKONOMI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menghuraikan masalah kurangan, pilihan dan kos melepas
dengan menggunakan Keluk Kemungkinan Pengeluaran.
2. Menyenaraikan masalah asas ekonomi.
3. Membezakan bentuk sistem-sistem ekonomi .

2.1 PENGENALAN

Dalam bab sebelum ini kita telah pelajari bagaimana kesan daripada
kehendak manusia yang tidak terbatas dan masalah kekurangan yang
menyebabkan manusia terpaksa membuat pilihan dan kesan daripada
pilihan itu akan mewujudkan kos melepas. Dalam bab ini kita akan
rungkaikan dua lagi sub topik yang penting rentetan daripada tiga konsep di
atas, iaitu keluk kemungkinan pengeluaran dan masalah-masalah asas
ekonomi. Di akhir bab ini akan dibincangkan secara ringkas mengenai
empat sistem-sistem ekonomi yang wujud di dunia ini.

2.2 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN

Bagi mendapat gambaran lanjut mengenai masalah kekurangan, pilihan


dan kos melepas seperti yang telah dibincangkan dalam bab satu
sebelum ini, maka kita menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran.
Oleh kerana faktor pengeluaran adalah terhad maka masyarakat perlu
menentukan apakah barangan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak
yang hendak dikeluarkan. Untuk memudahkan analisis, kita andaikan
sebuah ekonomi yang hanya mengeluarkan dua jenis barangan, iaitu kereta
dan beras. Jadual 2.1 memberikan jumlah beras dan kereta yang dapat
dikeluarkan oleh ekonomi dengan menggunakan faktor-faktor pengeluaran
yang ada (yang terhad) dan tingkat teknologi semasanya.

Jadual kemungkinan pengeluaran ini menunjukkan kombinasi dua output


tersebut yang dapat dihasilkan apabila faktor pengeluaran yang ada
digunakan sepenuhnya dengan cekap.

8
Jadual 2.1: Jadual Kemungkinan Pengeluaran

Kombinasi Kereta (Ribu) Beras (tan) Kos Melepas Bagi


Kereta
p 0 18 (Dalam
0 tan
q 1 17 beras)
1
r 2 15 2
S 3 12 3
t 4 7 5
u 5 0 7

Daripada Jadual Kemungkinan Pengeluaran kita boleh melukis Keluk


Kemungkinan Pengeluaran (KKP). KKP ialah kombinasi titik-titik
maksimum yang boleh dihasilkan dengan menggunakan sumber yang ada
secara cekap. Terdapat beberapa andaian yang harus digunapakai semasa
membentuk KKP antaranya ialah i) terdapat hanya dua jenis barang sahaja
yang dihasilkan; ii) ekonomi beroperasi pada tingkat guna tenaga penuh
(GTP); iii) faktor pengeluaran adalah tetap dari segi kuantiti dan kualiti dan
iv) teknologi yang digunakan tidak berubah.

Rajah 2.1.menunjukkan KKP bagi pengeluaran beras atau kereta seperti


yang dibincangkan sebelum ini. Jika lebih banyak beras dihasilkan, maka
sedikit sahaja kereta yang dapat dihasilkan dan begitulah sebaliknya.
Masalah kekurangan menentukan had kuantiti barangan tersebut yang dapat
dihasilkan. Jika ekonomi ini memilih untuk mengeluarkan pada titik p, iaitu
18 tan beras maka tiada pengeluaran kereta dapat dilakukan. Jika ekonomi
memilih titik u, maka jumlah kereta yang dikeluarkan adalah 5000 buah,
manakala tiada pengeluaran bagi beras. Pada titik s pula kedua-dua barang
tersebut dapat dikeluarkan tetapi pada kuantiti yang lebih kecil daripada
pada titik p dan u, iaitu 3000 buah kereta dan 12 tan beras yang dapat
dikeluarkan.

Rajah 2.1: Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Beras (tan)

18
p q
r
17 v
15 s
12
t
7

u
0 1 2 3 4 5
Kereta (ribu buah)

9
Ringkasnya, ekonomi ini dapat mengeluarkan mana-mana kombinasi beras
dan kereta yang berada pada atau di dalam keluk kemungkinan
pengeluaran itu. Titik v yang berada di luar keluk kemungkinan
pengeluaran, menunjukkan bahawa dengan faktor-faktor pengeluaran yang
ada, pengeluaran pada tahap tersebut tidak dapat dicapai. Titik w pula
berada di dalam keluk kemungkinan pengeluaran yang menunjukkan
kuantiti tersebut dapat dicapai tetapi tidak efisyen kerana faktor-faktor
pengeluaran tidak digunakan secara cekap. Ini menunjukkan sekiranya
semua faktor-faktor pengeluaran digunakan secara cekap, pengeluaran
boleh mencapai sehingga ke tahap garisan KKP.

Keluk kemungkinan pengeluaran akan bergerak ke kanan apabila berlaku


pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi boleh berlaku akibat
pelbagai perkara seperti peningkatan modal dan kemajuan teknologi.
Kemajuan teknologi akan menyebabkan peningkatan dalam produktiviti,
yang bererti dengan sumber yang ada lebih banyak output dapat
dihasilkan. Rajah 2.2 menunjukkan pergerakan KKP ke kanan akibat
berlakunya pertumbuhan ekonomi.

Rajah 2.2: Pertumbuhan Ekonomi

Beras (tan)

Kereta (ribu buah)


Keluk KKP yang berbentuk cembung menunjukkan wujudnya hukum kos
lepas semakin bertambah. Dalam dunia sebenar, kebanyakan KKP adalah
berbentuk cembung. Ini bermakna bagi kebanyakan barangan dan
perkhidmatan, kos lepas sesuatu barang akan semakin bertambah sekiranya
pengeluaran sesuatu barang lain ditambahkan. Dalam kata lain, bagi setiap
satu barang yang ingin ditambah menyebabkan ekonomi terpaksa
melepaskan barang yang satu lagi pada kadar yang semakin meningkat. Ini
terjadi kerana faktor pengeluaran tidak sama cekap untuk pengeluaran bagi
kedua-dua barang tersebut. Berikut akan dihuraikan dengan lebih terperinci
tentang apa yang dikatakan sebagai hukum kos lepas semakin bertambah.
10
Cuba anda perhatikan keluk kemungkinan pengeluaran di Rajah 2.1.
Mengapakah ianya berbentuk cembung? Seperti yang diterangkan tadi,
setiap pilihan melibatkan kos melepas. Dalam contoh ini kos melepas bagi
pengeluaran kereta ialah jumlah pengeluaran beras yang terpaksa
dikorbankan. Pada titik p, ekonomi ini mengeluarkan 18 tan beras dan
tiada kereta. Kos melepas bagi meningkatkan pengeluaran kereta dari
kosong kepada 1000 buah ialah satu tan beras, iaitu pergerakan dari titik
p ke q. Kos melepas untuk menambah 1000 buah kereta lagi ialah dua
tan beras (pergerakan dari q ke r). Manakala Kos melepas untuk
pertambahan kereta dari 4000 buah ke 5000 buah adalah lebih besar lagi
iaitu tujuh tan beras. Kecenderungan kos melepas untuk meningkat apabila
keluaran kereta ditambah dan keluaran beras dikurangkan dikenali sebagai
hukum kos bertambahan. Ini adalah kerana apabila semakin banyak kereta
dikeluarkan maka semakin banyak faktor pengeluaran yang terpaksa
dipindahkan daripada pengeluaran beras kepada pengeluaran kereta.

Pada peringkat permulaan, faktor yang sesuai dan efisien dalam


pengeluaran kereta dapat dipindahkan dari pengeluaran beras kepada
pengeluaran kereta untuk menambahkan pengeluaran kereta. Tetapi
perpindahan faktor yang berlaku bagi menambahkan pengeluaran kereta
ini akan menyebabkan lama kelamaan tidak ada lagi faktor pengeluaran
yang sesuai yang dapat dipindahkan. Yang dapat dipindahkan hanyalah
faktor pengeluaran yang tidak sesuai dan tidak cekap dalam pengeluaran
kereta. Oleh kerana tidak cekap maka untuk setiap unit kereta yang hendak
dikeluarkan lebih banyak faktor pengeluaran yang diperlukan berbanding
di peringkat awal.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran boleh juga berbentuk garis lurus. KKP


yang berbentuk garis lurus menunjukkan berlakunya hukum kos lepas
malar. Dalam kata lain ia menunjukkan setiap satu barang yang ingin
ditambah menyebabkan ekonomi terpaksa melepaskan barang yang satu
lagi pada kadar yang sama. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor
pengeluaran bagi mengeluarkan kedua-dua barang tersebut sama cekap.

2.3 MASALAH ASAS EKONOMI

Dalam bab yang lepas kita telah melihat bahawa masalah ekonomi wujud
kerana sumber yang ada adalah terhad sedangkan kehendak manusia adalah
tidak terhad. Oleh itu setiap masyarakat menghadapi beberapa masalah asas
ekonomi yang perlu diselesaikan iaitu

Apa yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak?


Bagaimana ianya hendak dikeluarkan?
Untuk siapa ianya dikeluarkan?

11
(a) Apa yang Hendak Dikeluarkan dan Berapa Banyak?

Persoalan ini timbul akibat daripada sumber ekonomi yang ada adalah
terhad, manakala kehendak tidak terhad. Maka kita terpaksa memilih
jenis barang yang hendak dikeluarkan. Tujuan pilihan dibuat adalah untuk
memastikan faktor pengeluaran yang digunakan dapat memaksimumkan
kepuasan di dalam ekonomi. Dalam kata lain, disebabkan sumber adalah
terhad dan kehendak yang tidak terhad maka pilihan perlu dibuat. Kita
tidak mungkin memperolehi semua yang diingini kerana keupayaan kita dari
segi sumber-sumber yang ada, kemampuan fizikal manusia serta tingkat
teknologi yang ada adalah terbatas. Oleh itu perlu ditentukan apakah
barangan atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan dan berapa
banyakkah yang hendak dikeluarkan.

Sebagai contoh, dengan faktor-faktor pengeluaran yang ada, apakah kita


memilih untuk mengeluarkan barangan awam seperti barangan ketenteraan
ataupun barang mewah seperti kapal terbang. Perkara ini harus
ditimbangkan dengan teliti kerana keputusan mengeluarkan sesuatu barang
bermakna sedikit sahaja atau mungkin tiada barangan lain yang dapat
dikeluarkan. Kesimpulannya kerana adanya masalah kekurangan
menyebabkan perlunya kepada pilihan, dan pilihan ini mesti dibuat dengan
sebaik mungkin kerana setiap pilihan yang dibuat akan mewujudkan satu
kos yang lain iaitu iaitu kos melepas.

(b) Untuk Siapa akan dihasilkan

Masalah ekonomi yang kedua ialah mengenai pengagihan barangan dan


perkhidmatan yang telah dikeluarkan itu. Dalam hal ini persoalan yang
timbul ialah adakah keluaran tersebut akan diagihkan sama rata atau tidak?
Adakah kita membiarkan agihan ditentukan oleh permintaan dan
penawaran di pasaran, atau adakah perlu campur tangan kerajaan bagi
memastikan golongan miskin juga mendapat habuan mereka? Secara
umum, dalam sistem ekonomi pasaran bebas penentuan agihan barangan
dan perkhidmatan kepada setiap anggota masyarakat ditentukan oleh
pendapatan individu dalam masyarakat dan kuasa beli mereka.

(c) Bagaimana Ianya Dihasilkan?

Setelah ditentukan apa yang akan dikeluarkan dan untuk siapa ianya
dihasilkan, soalan seterusnya ialah cara bagaimana hendak menghasilkan
barang tersebut. Ini adalah kerana pada umumnya terdapat lebih daripada
satu cara pengeluaran yang mungkin digunakan untuk menghasilkan
sesuatu barang. Misalnya adakah pengeluaran itu akan berintensifkan buruh
atau berintensifkan modal. Masyarakat akan memilih cara yang paling cekap
yang dapat meminimumkan kos dan memaksimumkan untung.

12
2.4 SISTEM-SISTEM EKONOMI

Penyelesaian kepada masalah-masalah asas ekonomi tadi bergantung


kepada sistem ekonomi yang diamalkan. Pada umumnya kita boleh
bahagikan sistem ekonomi kepada empat iaitu:-

1. Sistem ekonomi kapitalis/pasaran bebas (laissez-faire)


2. Sistem ekonomi sosialis/perancangan pusat
3. Sistem ekonomi campuran
4. Sistem ekonomi Islam

2.4.1 Sistem Ekonomi Kapitalis/Pasaran Bebas

Dalam sistem ekonomi kapitalis kerajaan tidak berperanan dalam membuat


keputusan ekonomi. Segala keputusan ekonomi dibuat oleh anggota
masyarakat itu sendiri. Semua masalah asas ekonomi diselesaikan di
pasaran dengan menggunakan mekanisme harga. Misalnya masalah apa
yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak, diselesaikan berdasarkan
permintaan dan penawaran di pasaran. Sesuatu barang yang dikehendaki
oleh orang ramai akan menyebabkan permintaannya naik dan seterusnya
harganya akan naik. Pihak pengeluar yang didorong oleh motif keuntungan
akan bertindak balas dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada
bagi meningkatkan pengeluaran barang tersebut. Dalam sistem ekonomi
pasaran bebas, hak milik persendirian (private property) dan kontrak (contract)
membantu pasaran dalam melaksanakan tugasnya. Hak milik
persendirian memberikan insentif kepada individu untuk bekerja,
mengeluarkan barang, perkhidmatan dan berniaga. Manakala kontrak
membolehkan individu menentukan syarat-syarat bagi aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh mereka.

Persoalan mengenai bagaimana cara pengeluaran ditentukan oleh motif


firma untuk mendapat untung yang maksimum. Untuk memaksimumkan
keuntungan, pengeluar akan menggunakan cara pengeluaran yang paling
cekap dengan kos pengeluaran yang rendah. Untuk siapa dikeluarkan pula
ditentukan oleh pendapatan individu dalam masyarakat, iaitu berasaskan
kuasa beli mereka. Agihan pendapatan ini ditentukan oleh pemilikan
sumber dalam masyarakat tersebut seperti tanah, modal dan buruh
(termasuk dari segi kemahiran, pendidikan dan lain-lain).

2.4.2 Sistem Sosialis/Perancangan Pusat

Sistem ini juga dikenali sebagai sistem perancangan pusat di mana


penyelesaian kepada masalah asas ekonomi ditentukan oleh pihak kerajaan.
Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini ialah
Rusia dan China. Dalam sistem ekonomi sosialis hampir keseluruhan faktor
pengeluaran dimiliki oleh kerajaan. Dalam sistem perancangan pusat ini,

13
biasanya suatu badan atau agensi pusat yang menentukan apa yang hendak
dikeluarkan dan bila hendak dikeluarkan, menetapkan sasaran pengeluaran
serta membuat peraturan mengenai agihan. Walaupun begitu dalam
ekonomi ini orang ramai masih mempunyai sedikit pilihan. Barang-barang
dijual mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan orang ramai boleh
membeli apa yang terdapat di pasaran. Kadang-kadang permintaan
melebihi penawaran menyebabkan ramai orang yang tidak dapat
memperolehi barangan tersebut. Kadang-kadang terdapat terlalu banyak
sesuatu barang itu ditawarkan menyebabkan lambakan barang tersebut di
pasaran kerana tidak laku.

Walau bagaimanapun reaksi orang ramai ini akan digunakan oleh pihak
kerajaan dalam perancangan pengeluaran mereka pada masa hadapan.
Pengalaman ekonomi perancangan pusat seperti Rusia dan China
menunjukkan cara ini bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah
ekonomi. Sejak kebelakangan ini beberapa kelonggaran dan liberalisasi
khususnya ke arah penggunaan pasaran bebas di negara-negara ini telah
dilakukan.

2.4.3 Sistem Ekonomi Campuran

Sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem perancangan pusat dalam


bentuk mutlaknya tidak diamalkan di dunia sebenar. Kebanyakan negara
mengamalkan sistem ekonomi "campuran". Sistem ekonomi campuran
ialah suatu sistem ekonomi yang mana kedua-dua pihak kerajaan dan pihak
persendirian bersama-sama membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
asas ekonomi. Walau bagaimanapun darjah "campuran" yang diamalkan di
setiap negara adalah berbeza. Sesetengah negara lebih banyak bergantung
kepada kerajaan dan sesetengah pula lebih banyak bergantung kepada
pasaran. Secara umum, dalam sistem ekonomi campuran penyelesaian
kepada banyak masalah asas masih bergantung kepada mekanisme pasaran.

Walau bagaimanapun campur tangan kerajaan adalah diperlukan dalam


hal-hal tertentu seperti menyediakan barangan awam (misalnya pertahanan
negara), mengawal atau memperbaiki perjalanan pasaran (misalnya
pencemaran) serta untuk mencapai matlamat tertentu seperti pertumbuhan
ekonomi, pengurangan pengangguran, membasmi kemiskinan,
memperbaiki agihan pendapatan dan pembangunan negara. Secara
umumnya sesebuah ekonomi campuran mempunyai lima matlamat utama
iaitu: pertumbuhan ekonomi, kestabilan harga, gunatenaga penuh,
kecekapan dan ekuiti. Membiarkan kepada mekanisme pasaran semata-
mata tidak menjamin akan tercapainya matlamat-matlamat ini. Oleh itu
kerajaan campur tangan dalam ekonomi di mana-mana diperlukan.
Malaysia ialah contoh sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi
campuran.

14
2.4.4 Sistem Ekonomi Islam

Sistem ekonomi Islam lebih menumpukan kepada keseimbangan antara


kepentingan individu dan masyarakat. Dalam sistem ekonomi Islam,
kerajaan tidak akan mengorbankan kepentingan individu semata-mata
kerana kepentingan masyarakat seperti di dalam sistem ekonomi sosialis.
Ianya tidak mementingkan kepentingan individu semata-mata sepertimana
dalam ekonomi kapitalis. Jika berlakunya ketidakseimbangan, masyarakat
akan didahulukan. Selain daripada itu wujudnya hak milik individu dan
umum. Ini bermakna individu bebas memilik faktor pengeluaran. Terdapat
juga had-had untuk kepentingan umum. Kegiatan individu tertakluk kepada
hukum Islam, iaitu mengikut akidah, syariat, adab dan akhlak Islam.
Terdapat kebebasan untuk membuat keputusan ekonomi iaitu individu
bebas melakukan kegiatan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan kecuali
jika melibatkan aktiviti yang diharamkan. Dalam sistem ekonomi Islam ini
juga wujudnya persaingan bebas.

2.5 RUMUSAN

Dalam bab ini kita telah pun memahami tentang maksud keluk
kemungkinan pengeluaran serta masalah-masalah asas ekonomi. Tiga
masalah asas ekonomi yang telah kita pelajari dalam bab ini ialah tentang
apakah barangan atau perkhidmatan yang akan dihasilkan, untuk siapa ianya
dihasilkan dan bagaimanakah ianya dihasilkan. Di akhir bab kita juga telah
melihat bagaimana keempat-empat sistem ekonomi (sistem ekonomi
kapitalis, sosialis, campuran dan islam) menyelesaikan masalah-masalah
yang wujud dalam ekonomi.

SOALAN STRUKTUR

1. Apakah yang diwakili oleh keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) yang


bergaris lurus?

2. Mengapakah terdapatnya berbagai sistem ekonomi di dunia dan apakah


perbezaan di antara sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi
Islam?
3. Apakah tiga persoalan ekonomi yang berkaitan denagn pengeluaran di
mana setiap masyarakat mesti menjawabnya?

4. Bagaimanakah perdagangan dilihat di bawah sistem ekonomi kapitalis?

15
SOALAN OBJEKTIF

1. Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan sempadan/tingkat


pengeluaran tertinggi yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi kerana
A. hukum kos bertambahan.
B. sumber-sumber yang terhad.
C. kehendak yang tidak terbatas.
D. semua yang di atas.

2. Hukum kos bertambahan adalah benar jika ekonomi berada


A. di atas keluk kemungkinan pengeluaran
B. di dalam keluk kemungkinan pengeluaran
C. di luar keluk kemungkinan pengeluaran
D. semua yang di atas

3. Titik yang berada di dalam (atau bawah) Keluk Kemungkinan


Pengeluaran (KKP) adalah hukum kos bertambahan adalah benar
jika ekonomi
A. tidak dapat di capai.
B. boleh dicapai dan cekap.
C. boleh dicapai tetapi tidak cekap.
D. boleh dicapai tetapi bukannya cekap atau tidak cekap.

4. Pertumbuhan ekonomi akan menyebabkan Keluk Kemungkinan


Pengeluaran (KKP)
A. beralih ke dalam.
B. beralih ke luar.
C. kekal konstan.
D. bergerak dari garis lurus menjadi keluk.

5. Pemikir kapitalis mempercayai bahawa harga


A. adalah berguna untuk membantu mengagihkan barang dan
perkhidmatan.
B. menyalurkan maklumat kepada pembeli.
C. memberikan insentif.
D. A dan B.

6. Ekonomi pasaran bebas tidak dapat berfungsi dengan baik akibat


daripada masalah-masalah berikut:
A. masalah pengeluaran barang awam.
B. eksternaliti.
C. kuasa pasaran.
D semua di atas.

16
7. Ekonomi melibatkan perilaku
A. individu sahaja.
B. masyarakat sahaja.
C. kedua-dua individu dan masyarakat.
D. bukan individu atau masyarakat.

8. Berdasarkan pendapat ahli ekonomi, kekurangan merujuk kepada


A. keadaan di mana masyarakat tidak menggunakan semua sumber
yang ada dengan cekap.
B. keadaan di mana kehendak masyarakat yang tidak terhad tidak
dapat dipenuhi oleh sumber-sumber yang terhad.
C. negara yang mempunyai kedudukan ekonomi yang berada di bawah
paras kemiskinan sahaja.
D. keadaan di mana masyarakat mengeluarkan terlalu banyak barangan
tidak perlu dan kurang mengeluarkan barangan keperluan.

9. Kenyataan berikut yang manakah BENAR?


A. Minyak dikategorikan sebagai sumber daripada tanah.
B. Individu yang bekerja dengan syarikat dikategorikan sebagai sumber
daripada modal.
C. Mesin yang berada di dalam kilang dikategorikan sebagai sumber
daripada tanah.
D. Individu yang mempunyai kemahiran tertentu untuk menguruskan
tanah, buruh dan modal untuk mengeluarkan barangan, mencari
peluang perniagaan baru dikategorikan sebagai sumber daripada
buruh.

10. Kenyataan Untuk mengeluarkan lebih banyak barang awam, kita mesti
melepaskan peluang pengeluaran sebahagian barang pertahanan merujuk
kepada
A. anjakan KKP menghampiri titik origin.
B. anjakan KKP menjauhi titik origin.
C. perubahan dari satu titik ke titik lain di sepanjang KKP.
D. anjakan dari satu KKP ke KKP yang baru.

11. Kedua-dua negara C dan negara T berada di atas KKP masing-masing,


tetapi negara C mengeluarkan output dua kali ganda lebih banyak
berbanding dengan negara T. Ini menunjukkan bahawa
A. KKP negara C terletak di sebelah kanan KKP negara T.
B. negara C mempunyai populasi yang kurang berbanding negara T.
C. negara C mempunyai populasi yang lebih berbanding negara T.
D. negara C mengamalkan sistem kapitalis dan negara T mengamalkan
sistem sosialis.

17
12. Ekonomi yang beroperasi dalam keadaan mustahil untuk mengeluarkan
tambahan satu barang tanpa mengurangkan pengeluaran barang yang lain,
dikatakan
A. cekap.
B. kurang daripada prestasi yang tertinggi.
C. tidak cekap.
D. tidak cekap teknologi.

13. Peningkatan dalam teknologi merujuk kepada keupayaan untuk mengeluarkan


A. output yang sama dengan sumber yang berkurangan.
B. lebih banyak output dengan sumber yang tetap.
C. lebih banyak output dengan lebih banyak sumber.
D. kedua-dua A dan B.

14. KKP adalah bergaris lurus apabila


A. kos adalah konstan.
B. kos meningkat.
C. kos menurun.
D. sumber yang terhad.
15. Sistem ekonomi yang berbeza
A. akan menjawab set persoalan ekonomi asas yang berbeza.
B. akan memberikan jawapan yang berbeza untuk persoalan ekonomi
yang asas.
C. berbeza dalam kedua-dua persoalan ekonomi asas dan jawapannya.
D. mempunyai kedua-dua persoalan ekonomi dan jawapan yang sama.

18

Anda mungkin juga menyukai