Anda di halaman 1dari 6

UNIT EKONOMI

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
78300 MASJID TANAH, MELAKA.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENILAIAN BERTERUSAN
ULASAN ARTIKEL

EKONOMI 1(AE015)
SEMESTER I, SESI 2021/2022

Markah
Rubrik : Markah
Penuh:
NAMA
Nur Alyaa Nadhirah Bt Mohd Rosli
C1 Mengingat (2.5%) 10
NO. MATRIK MA2111102697
C2 Kefahaman (2.5%) 10
PRAKTIKUM A4T5
Jumlah CLO1 (5%) 20
PENSYARAH Pn Suhaila Bt Sabri 1.1 Senarai Rujukan
5
(1.25%)
TARIKH AKHIR 27 OGOS 2021 1.2 Optimum sumber
5
(1.25%)
PENGESAHAN PENERIMAAN : 1.3 Artikulasi (1.25%) 5

1.4 Rujukan (1.25%) 5

TANDATANGAN Jumlah CLO3 (5%) 20


PENSYARAH
JUMLAH MARKAH
(COP PENSYARAH) 40
(10%)
1.0 Nama artikel ini adalah “ Pembangunan Institusi Sebagai Faktor Pengeluaran “. Nama
penulis adalah Nur Alyaa Nadhirah Bt Mohd Rosli dan berasal Masjid Tanah , Melaka .
Penulis merupakan salah seorang pelajar daripada kumpulan praktikum A4T5 .Kini , penulis
melanjutkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi Melaka . Sebelum ini , pelajar mendapatkan
Pendidikan Menengah di SMK Sultan Alauddin , Masjid Tanah , Melaka . Nombor matrik
yang dipegang oleh penulis ialah MA2111102697 . Malah , penulis fasih bertutur dalam
Bahasa Cina dan berimpian untuk memegang jawatan sebagai seorang jururawat di masa
hadapan . Perancangan penulis pada masa hadapan adalah ingin melanjutkan pelajaran di luar
negara dan balik dengan membawa nama yang disegani dan dihormati masyarakat .

1.2 Artikel ini merujuk kepada kepentingan permintaan dan penawaran dalam menjana
pengeluaran ekonomi . Artikel ini juga menjelaskan tentang strategi untuk mendapatkan
pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam jangka masa panjang dengan mengklafikasikan
faktor – faktor pengeluaran yang ada . Malah , artikel ini juga menyatakan bahawa
pembangunan institusi boleh dianggap sebagai salah satu faktor pengeluaran yang lain serta
berfungsi dalam membantu memaksimumkan pulangan ekonomi yang lumayan terhadap
masyarakat .

2.1 Intipati penting yang dibincangkan di dalam artikel ini adalah tentang permintaan
memainkan peranan dalam membantu meningkat pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa
yang pendek . Sekiranya rakyat negara kita lebih tertarik mengamalkan import yang
berterusan , maka akan berlakunya peningkatan permintaan barangan atau perkhidmatan
import berbanding barangan atau perkhidmatan tempatan . Secara automatik ia akan
menjejaskan permintaan wang Ringgit Malaysia berbanding dengan wang dari negara yang
diimport . Malahan , untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa yang
panjang , faktor-faktor pengeluaran iaitu tanah , modal , buruh dan keusahawanan ekonomi
harus diutamakan . Artikel ini juga menekankan bahawa , pembangunan institusi yang terdiri
dari organisasi formal dan tidak formal merupakan satu faktor terbitan dari lain-lain faktor
pengeluaran seperti yang telah dinyatakan .

2.2 Berdasarkan artikel ini , penulis mendapati bahawa isu-isu penting yang harus
ditekankan dan dititikberatkan ialah berkaitan tentang faktor – faktor pengeluaran ekonomi
serta faktor terbitan yang seperti dikatakan di dalam artikel tersebut . Hal ini kerana , faktor
pengeluaran merupakan unsur penting bagi menjalankan aktiviti pengeluaran. Tanpa mana-
mana faktor tersebut, penegeluaran tidak dapat dilaksanakan. Setiap faktor akan terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti pengeluaran. Pertumbuhan ekonomi
adalah hasil daripada faktor pengeluaran yang lebih baik. Proses ini jelas ditunjukkan apabila
ekonomi tertakluk kepada perindustrian atau revolusi teknologi lain. Setiap jam kerja boleh
menjana lebih banyak barang berharga. Pembangunan institusi pula adalah kerana
sebagaimana yang telah dikatakan di dalam artikel tersebut , ia berfungsi sebagai mekanisme
yang penting untuk interaksi sosial dan mampu memanifestasikan pengunaan faktor
pengeluaran dengan secukupnya .

3.1 Penulis berpendapat dan bersetuju dengan penekanan yang dijelaskan di dalam artikel
tersebut . Justeru itu , penulis mencadangkan perkara itu patut dinaiktaraf dengan mengambil
inisiatif yang lebih mendalam dalam faktor pengeluaran serta menggunakan sumber ekonomi
itu dengan sebaiknya . Pembangunan institusi juga seharusnya dititikberatkan serta
dimajukan dalam konteks pembangunan ekonomi ini demi mengejawantahkan kesemua
sumber ekonomi dengan ideal . Dengan itu , penulis mencadangkan bahawa pihak
pengeluaran hendaklah menggunakan dan memastikan faktor pengeluaran digunakan dengan
cekap supaya tidak akan berlaku pembaziran terhadap sumber ini . Apabila berlaku
sebaliknya , maka masyarakat akan lebih tertarik dengan barang dan perkhidmatan import
dari negara-negara lain , akan berlakunya kenaikan harga barang dan perkhidmatan tempatan
disebabkan sumber ekonomi yang terhad dan nilai mata wang Malaysia akan jatuh merosot .
Manakala , kerajaan hendaklah memperuntukkan jumlah yang besar dan melaksanakan
strategi-strategi yang mampu memperkukuhkan pembangunan institusi tidak kira samada
institusi pendidikan atau awam di negara kita supaya bak kata pepatah sediakan payung
sebelum hujan .

3.2 Namun begitu , penulis berpendapat bahawa kerajaan seharusnya menurunkan kadar
cukai yang dikenakan terhadap sektor swasta . Kadar cukai yang terlalu tinggi akan
mengurangkan pendapatan boleh guna sektor swasta dan penurunan dari segi pendapatan di
sektor ini boleh menyebabkan kurangnya pilihan sektor tersebut untuk bertindak dan
bergerak secara bebas . Contohnya , artikel dari laman web
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/06/590203/harga-kereta-lebih-murah

telah menerangkan bahawa industri automotif tempatan dijangka menerima impak positif
hasil pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (Penjana) yang antara lain membabitkan pengecualian cukai jualan
kenderaan penumpang 100 peratus untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50
peratus untuk import sepenuhnya (CBU) . Disebabkan itu , maka berlakunya peningkatan
permintaan terhadap kereta tempatan , sekali gus dapat memperkukuhkan pertumbuhan
dalam ekonomi serta faktor pengeluaran dapat digunakan dengan sebaiknya. Manakala ,
melalui laman web

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20161213/282368334280448

mengatakan bahawa peningkatan produktiviti buruh adalah sumber terpenting untuk


pertumbuhan ekonomi, di samping peningkatan teknologi, bagi sebuah ekonomi seperti
Malaysia yang berada di ambang negara berpendapatan tinggi. Hal ini kerana , pembentukan
pekerja mahir atau penambahbaikan modal insan adalah penting untuk meningkatkan
produktiviti buruh yang mampu menambah baik pertumbuhan ekonomi . Seterusnya , laman
web

https://wacana.my/pembangunan-institusi-asas-pertumbuhan-ekonomi/

ini menyatakan pembangunan institusi mesti bergerak seiring pembangunan ekonomi .


Kelemahan institusi membantutkan pembangunan ekonomi jangka panjang walaupun
pertumbuhan berlaku saban tahun . Kini Malaysia menghadapi cabaran kelemahan institusi
sebagai batu penghalang kepada pembangunan ekonomi yang lebih mantap . Oleh itu ,
kerajaan perlu mengambil tindakan yang serius dan drastik dalam pemajuan pembangunan
institusi di Malaysia . Akhir sekali , laman web
https://www.sinarharian.com.my/article/152441/BERITA/Nasional/Kurang-integriti-
jejaskan-pertumbuhan-ekonomi-negara

mengekspresikan "Kurangnya integriti dalam institusi, sektor awam dan swasta akan
memudaratkan pertumbuhan ekonomi negara kita.” dan "Dalam situasi semasa ketika kita
menghadapi cabaran ekonomi dan kesihatan yang sukar, perkara mengenai tadbir urus dan
integriti yang baik telah menjadi semakin penting” yang membawa makna setiap sen yang
dibelanjakan untuk pakej rangsangan kerajaan harus dipantau dengan teliti untuk memastikan
bahawa objektif untuk membantu rakyat dan perniagaan tercapai pada saat-saat krisis. Pada
masa sama memperkukuhkan tadbir urus dan integriti untuk pemulihan ekonomi yang cepat
dan lancar. Maka , terbukti pembangunan institusi penting bagi pertumbuhan ekonomi
terkini.
3.3 Berdasarkan artikel , dapat diterjemahkan bahawa menurut Buku Teks dan Rujukan
Lengkap Matrikulasi Ekonomi 1 yang diterbitkan oleh Global Mediastreet Sdn Bhd pada
tahun 2021 menyatakan bahawa perkara ini terlibat dalam faktor perubahan keluk penawaran
beralih ke kanan , atas faktor dasar kerajaan . Disini ia menjelaskan bahawa , pemberian
subsidi kepada pengeluar akan mengurangkan kos pengeluaran dan menggalakkan pengeluar
untuk menambahkan penawaran . Maka , keluk akan beralih ke kanan . Oleh itu , keluk
permintaan juga akan beralih ke kanan , kerana pengurangan cukai pendapatan menaikkan
pendapatan boleh guna masyarakat dan seterusnya mengurangkan permintaan masyarakat
terhadap barang dan perkhidmatan . Selain itu , buku ini juga memanifestasikan bahawa
apabila firma menggunakan sumber ekonomi dengan baik , maka ia dapat dikeluarkan secara
berkesan yang membawa maksud tidak akan berlaku pembaziran dan ketidakupayaan dalam
penggunaan faktor pengeluaran . Disini ia juga menerangkan bahawa , penawaran sesuatu
barang akan bertambah apabila berlaku kemajuan teknologi dalam pengeluaran itu .
Teknologi juga tergolong dalam faktor pengeluaran modal , maka ia membantu dalam
penjanaan pertumbuhan ekonomi negara . Hal ini kerana , kemajuan teknologi dalam proses
pengeluaran meningkatkan daya pengeluaran dan membolehkan pengeluaran ditambah
dengan cepat . Peningkatan kecekapan firma mengurangkan kos purata pengeluaran . Ini
mendorong pengeluar untuk menambahkan penawaran .

4.0 Sudah terang lagi bersuluh , dengan ini dapat disimpulkan daripada keseluruhan artikel
tersebut bahawa permintaan dan penawaran memain peranan dalam mempengaruhi
pertumbuhan ekonomi . Apabila permintaan terhadap barangan import berkurang, ini akan
menyebabkan kejatuhan penawaran Ringgit Malaysia dan seterusnya nilai Ringgit Malaysia
akan meningkat semula . Malah , permintaan rakyat terhadap barang dan perkhidmatan
domestik akan meningkat . Secara tidak langsung ia akan memupuk pertumbuhan ekonomi
Malaysia . Selain daripada itu , artikel ini telah memberikan iktibar supaya pembangunan
menyeluruh institusi perlu diberi perhatian yang serius. Kedua-dua institusi formal dan tidak
formal, perlu didamaikan . Natijahnya , untuk mendapat kesan lebih mempan ialah budaya
dan nilai perlu disemaikan melalui sistem pendidikan. Maka, kesan akhirnya adalah
pembentukan masyarakat yang memuliakan undang-undang dan peraturan kerana
tanggungjawab moral. Inilah prasyarat kepada kecemerlangan pembangunan ekonomi yang
dipintakan . Dalam pada itu juga , sekiranya pengeluar atau firma boleh meningkatkan
kecekapan faktor-faktor pengeluaran seperti tidak berlaku ketidakupayaan atau pembaziran
dalam kegunaan sumber tersebut , ia menjadi alasan bahawa mereka boleh mengeluarkan dan
menawarkan lebih banyak barangan dengan kualiti yang lebih tinggi dan mungkin harga yang
lebih rendah . Sebarang kenaikan dalam pengeluaran membawa kepada pertumbuhan
ekonomi .

5.0 Rujukan

a. Buku
Yeam Hock Kong. (2021). Teks & Rujukan Lengkap Matrikulasi Ekonomi 1
(AE015). Malaysia:Global Mediastreet Sdn Bhd.
b. Jurnal
Rahmah Ismail. (1998). Sumbangan Pendidikan kepada Pertumbuhan Ekonomi
Malaysia, 1970-1996. Jurnal Ekonomi Malaysia 32(1998), 3-20.
c. Laman web
 Dr Zulkiply Omar. (2021, Mac 3). Pembangunan institusi asas
pertumbuhan ekonomi. Dimuat turun daripada
https://wacana.my/pembangunan-institusi-asas-pertumbuhan-ekonomi/.
 Lim Kah Yen. Goh Yen Chee . (2016 , Jun 1). 5 faktor yang
mempengaruhi kadar pertukaran. Dimuat turun daripada
http://beet2013.blogspot.com/2016/06/5-faktor-yang-mempengaruhi-
kadar.html
 Mahanum Abdul Aziz. (2020, Januari 2). Permintaan domestik pacu
pertumbuhan ekonomi. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/01/643165/permintaan-
domestik-pacu-pertumbuhan-ekonomi
 Maria Nordin. (2012 , April 3). Faktor-faktor pengeluaran. Dimuat turun
daripada https://www.slideshare.net/amy_mastura/faktor-pengeluaran-
12270492

Anda mungkin juga menyukai