Anda di halaman 1dari 88

4.

0 WANG DAN BANK

UNIT EKONOMI AE025


4.1 Wang
a) Menerangkan fungsi wang. (K1)

4.2 Penawaran wang


a) Menghuraikan bekalan wang M1 dan M2.
(K1)
DEFINISI
Benda-benda yang dipersetujui oleh
masyarakat sebagai alat perantaraan
untuk menjalankan kegiatan
pertukaran/perdagangan.

UNIT EKONOMI AE025


1. ALAT PERANTARAAN PERTUKARAN

- Dapat mengatasi masalah kehendak serentak.


- Kegiatan perdagangan menjadi lebih mudah dan cekap.
- Menjimatkan masa dan tenaga.

UNIT EKONOMI AE025


2. PENGUKUR NILAI DAN UNIT AKAUN

Nilai barang dapat dinyatakan dalam bentuk harga.

Dapat dibuat perbandingan nilai antara barang-barang.

Individu dapat mencatatkan urusan pertukaran dan


perdagangan.

UNIT EKONOMI AE025


3. ALAT PENYIMPAN NILAI

Sifat wang yang tahan lama dan nilai yang stabil


membolehkan wang menjadi alat penyimpan nilai yang
baik.

Wang mudah disimpan dan tidak memerlukan ruang


yang luas.

Wang juga dapat disimpan dalam bentuk deposit


tabungan dan deposit tetap.

UNIT EKONOMI AE025


4. ALAT BAYARAN TERTUNDA

Perkembangan urusniaga secara kredit dalam


ekonomi memerlukan wang sebagai alat bayaran
tertunda.

Nilai wang perlu stabil agar fungsi ini dapat


dijalankan dengan baik

UNIT EKONOMI AE025


4.2 PENAWARAN WANG. (K1)

Jumlah jenis-jenis wang yang ditawarkan dalam


sesebuah ekonomi pada suatu masa tertentu.

M1- Bekalan wang yang sempit


M2- Bekalan wang yang luas

UNIT EKONOMI AE025


1. Bekalan wang sempit @ M1
-Terdiri daripada duit syiling,
wang kertas dan deposit
semasa
-M1 = wang tunai + deposit
semasa(cek)
2.Bekalan wang yang luas @ M2
-Terdiri daripada M1, Deposit tetap,
dan deposit tabungan sektor swasta
di bank perdagangan dan Bank
Negara, Sijil deposit bolehniaga
dan sijil Bank Negara
- M2 = M1 + wang hampir (separa
wang)
3 JENIS BEKALAN
WANG DI MALAYSIA

UNIT EKONOMI AE025


Bekalan Wang Di Malaysia

Tahun 2015 2016 2017

RM Juta RM Juta RM Juta


Bekalan Wang

Matawang dalam edaran 8,699 8,794 6,904

Deposit semasa 5,343 11,589 34,999

Separa wang 30,325 28,822 36,979

Sumber: BNM – Julai 2011


Bekalan Wang Di Malaysia

Tahun 2015 2016 2017

Bekalan
RM Juta % RM Juta % RM Juta %
Wang

M1

M2

UNIT EKONOMI AE025


4.3 Teori Kewangan Keynes
a) Menerangkan motif permintaan wang (K2)

b) Menerbitkan keluk permintaan wang. (T1)


c) Menjelaskan bentuk keluk penawaran wang. (T1)
d) Menjelaskan keseimbangan pasaran wang. (T1)
e) Menerangkan perubahan keseimbangan pasaran
wang. (T2)

f) Menerangkan keseimbangan pasaran wang semasa


perangkap kecairan. (T3)

g) Menerangkan kesan perubahan penawaran wang


terhadap: kadar bunga, pelaburan, AE dan pendapatan
negara. (T4)
UNIT EKONOMI
AE025
4.3 Teori Kewangan Keynes

a) Menerangkan motif permintaan wang (K2) :


i) permintaan wang untuk urusniaga
ii) permintaan wang untuk awasan
iii) permintaan wang untuk spekulasi
Motif Permintaan Wang (K2)

Menurut analisis Keynes, masyarakat meminta


wang adalah untuk tiga motif/tujuan, iaitu:

a. Tujuan urusniaga ( transactions motive -MDt )

b. Tujuan awasan ( precautionary motive -MDp )

c. Tujuan spekulasi ( speculative motive - MDs )

AE025
UNIT EKONOMI
a. Tujuan urusniaga

1.Perbelanjaan individu ke atas barang


dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh
firma.
2.Perbelanjaan firma ke atas faktor-faktor
pengeluaran yang ditawarkan oleh
isirumah.

AE025
UNIT EKONOMI
Faktor yang mempengaruhi permintaan wang
untuk tujuan urus niaga.

Permintaan wang untuk urusniaga


dipengaruhi oleh tingkat pendapatan.
Semakin tinggi pendapatan , semakin
banyak wang yang dipegang untuk tujuan
urusniaga dan sebaliknya.

AE025
UNIT EKONOMI
Hubungan antara pendapatan dengan permintaan
wang untuk urusniaga dapat ditunjukkan melalui
rajah 1 .

Pendapatan

MDt

Y2

Y1

Kuantiti wang
0 Mt1 Mt2
Rajah 1 AE025
UNIT EKONOMI
Hubungan antara kadar bunga dengan
permintaan wang untuk urusniaga

Permintaan wang untuk urusniaga tidak


dipengaruhi oleh kadar bunga .
Perubahan kadar bunga tidak
mempengaruhi jumlah permintaan wang
untuk tujuan urusnaiga .

AE025
UNIT EKONOMI
Hubungan antara kadar bunga dengan
permintaan wang untuk urusniaga dapat
ditunjukkan melalui Rajah 2 .

Kadar bunga ( %)
MDt (Y1) MDt (Y2)

r2

r1

0 Mt1 Mt2 Kuantiti wang

Rajah 2
AE025
UNIT EKONOMI
b. Tujuan awasan.

 Permintaan wang untuk tujuan awasan bermaksud


sebahagian wang yang perlu disediakan untuk
memenuhi kemungkinan perbelanjaan luar
dugaan.

 Misalnya , individu membayar bil hospital kerana


kemalangan.

 Firma menjelaskan perbelanjaan yang tidak


dirancangkan misalnya menjelaskan bil membaiki
kilang yang rosak akibat malapetaka.

AE025
UNIT EKONOMI
Faktor yang mempengaruhi permintaan
wang untuk tujuan awasan:
 Permintaan wang untuk awasan dipengaruhi
oleh tingkat pendapatan.

 Semakin tinggi pendapatan , semakin banyak


wang yang dipegang untuk tujuan awasan dan
sebaliknya.

 Permintaan wang untuk awasan tidak


dipengaruhi oleh kadar bunga .

 Perubahan kadar bunga tidak mempengaruhi


jumlah permintaan wang untuk tujuan awasan.
AE025
UNIT EKONOMI
Hubungan antara kadar bunga dengan
permintaan wang untuk awasan dapat
ditunjukkan melalui Rajah 3 .

Kadar bunga ( %)
MDp (Y1) MDp (Y2)

r2

r1

0 Mp1 Mp2 Kuantiti wang

Rajah 3
AE025
UNIT EKONOMI
c. Tujuan spekulasi

 Permintaan wang untuk spekulasi berdasarkan


jangkaan keuntungan pada masa depan dengan
membuat pelaburan contohnya dalam pasaran
saham atau pasaran sekuriti.

 Orang ramai membuat pilihan antara memegang


sebahagian kekayaan dalam bentuk melabur dalam
aset seperti bon-bon kerajaan dan saham-saham
yang boleh memberi keuntungan pada masa depan.

AE025
UNIT EKONOMI
 Proses mencari keuntungan melalui
spekulasi dibuat dengan membeli sesuatu
saham atau bon ketika harganya rendah dan
menjualnya pada tingkat harga yang lebih
tinggi pada masa hadapan. Harga bon dan
saham dipengaruhi oleh kadar
pulangan/faedah.

 Permintaan wang untuk spekulasi di


pengaruhi oleh kadar bunga iaitu
berhubungan songsang dengan kadar
bunga.

AE025
UNIT EKONOMI
Faktor yang mempengaruhi permintaan wang
untuk tujuan spekulasi.

 Permintaan wang untuk spekulasi berhubungan


songsang dengan kadar
bunga .

 Permintaan wang untuk tujuan spekulasi tidak


dipengaruhi tingkat pendapatan negara.

AE025
UNIT EKONOMI
Hubungan antara kadar bunga dengan permintaan
wang untuk spekulasi dapat ditunjukkan melalui rajah
4.

Kadar bunga ( %)

r0

r1
MDs

0
M1
Kuantiti wang
Rajah 4
AE025
UNIT EKONOMI
Huraian Rajah 4

Pada r0% kadar bunga berada pada paras tertinggi.


Masyarakat tidak akan meminjam wang untuk
spekulasi. Wang yang sedia ada telah digunakan
untuk membeli bon kerana harga rendah. Oleh itu
permintaan wang untuk spekulasi adalah sifar

Pada r1% orang ramai akan meminjam wang untuk


spekulasi kerana kadar bunga telah jatuh. Kenaikan
harga bon pada paras yang tinggi mendorong orang
ramai menjual bon untuk mendapatkan keuntungan.
Oleh itu wang yang ada untuk tujuan spekulasi telah
bertambah.

AE025
UNIT EKONOMI
4.3 Teori Kewangan Keynes

b) Menerbitkan keluk permintaan wang. (T1)


c) Menjelaskan bentuk keluk penawaran wang.
(T1)
d) Menjelaskan keseimbangan pasaran wang.
(T1)
Keluk Permintaan Wang (T1)
Jumlah permintaan wang diperoleh dengan
menjumlahkan permintaan wang untuk urus niaga,
awasan dan spekulasi.

Md = MDt + MDp + MDs

MD = jumlah permintaan wang

MDt = permintaan wang untuk urusniaga

MDp = permintaan wang untuk awasan

MDs = permintaan wang untuk spekulasi

AE025
UNIT EKONOMI
Rajah 5: keluk permintaan wang

r% r% r% r%
MDt MDp
r0
MDs MD
r1

Mt Qm Mp Qm Ms Qm M1 M2 Qm

M1 = MDt + MDp
M2 = MDt + MDp + MDs

AE025
UNIT EKONOMI
KELUK PENAWARAN WANG

Rajah 6: keluk penawaran wang

Kadar bunga %  Jumlah penawaran wang


MS ditentukan oleh bank pusat.

 Keluk penawaran wang


berbentuk menegak kerana
r2 perubahan kadar bunga tidak
mempengaruhi kuantiti wang
yang ditawarkan .
r1

M Kuantiti wang

AE025
UNIT EKONOMI
Keseimbangan Pasaran Wang

 Keseimbangan di pasaran wang tercapai


apabila jumlah permintaan wang adalah
sama dengan jumlah penawaran wang.

Jumlah permintaan wang = Jumlah penawaran wang

AE025
UNIT EKONOMI
Rajah 7  Keseimbangan
pasaran wang
tercapai apabila keluk
Kadar bunga ( %) permintaan wang MD
bersilang dengan
MS keluk penawaran
wang MS pada titik e.

e  Jumlah permintaan
r1% MD wang sama dengan
jumlah penawaran
wang sebanyak M1
pada tingkat kadar
bunga r1.
M1 Kuantiti wang

AE025
UNIT EKONOMI
 Pada tingkat kadar bunga r2
, jumlah penawaran wang
melebihi jumlah permintaan
wang.
Rajah 8
 Lebihan penawaran wang
Kadar bunga ( %) sebanyak MoM1 akan
digunakan untuk membeli
Sm bon. Harga bon akan
meningkat apabila
permintaan bertambah.
r2%
Apabila harga bon
meningkat, kadar bunga
r1% e Dm akan turun semula sehingga
mencapai keseimbangan
pada r1.

M0 M1 Kuantiti
wang
AE025
UNIT EKONOMI
 Pada tingkat kadar bunga
yang lebih rendah daripada
r1, misalnya r3,
jumlah permintaan wang
Rajah 9 melebihi jumlah penawaran
wang.
Kadar bunga ( %)  Pada r3 berlaku Lebihan
permintaan sebanyak M1M3.
MS Orang ramai akan menjual
bon untuk mendapatkan
wang. Penjualan ini akan
menyebabkan harga bon
turun, seterusnya
r1 e menyebabkan kadar bunga
r3
MD meningkat semula sehingga
mencapai keseimbangan
pada titik e.
0 M3
M1 Kuantiti
wang
AE025
UNIT EKONOMI
4.3 Teori Kewangan Keynes

e) Menerangkan perubahan keseimbangan


pasaran wang kesan daripada perubahan (T2) :

i) permintaan wang
ii) penawaran wang
a. Perubahan keseimbangan pasaran wang akibat
peningkatan permintaan wang (T2)
 Peningkatan permintaan
wang ditunjukkan oleh
peralihan keluk MDo ke
Kadar bunga (%) MD1.
 Pada ro,berlaku lebihan
MS permintaan wang (MD>MS)
 Lebihan permintaan wang
menyebabkan masyarakat
menjual bon untuk
r1% e1 mendapatkan wang, harga
MD1 bon jatuh dan kadar bunga
eo meningkat.
r0% MDo  Proses ini berterusan
sehingga keseimbangan
M0 M1 dicapai pada e1 apabila
Kuantiti wang MD0=MS pada r1.
Rajah 10
AE025
UNIT EKONOMI
Lakarkan rajah yang menunjukkan perubahan keseimbangan
wang akibat kejatuhan permintaan wang.
b. Perubahan keseimbangan wang akibat peningkatan
penawaran wang
 Peningkatan bekalan wang
ditunjukkan oleh peralihan
Kadar bunga (%) keluk MSo ke MS1.
 Pada ro,berlaku lebihan
penawaran wang, MS>MD.
MSo MS1  Lebihan penawaran wang
digunakan oleh masyarakat
untuk membeli bon,
permintaan bon meningkat,
eo harga bon meningkat
r0%
r1%
menyebabkan kadar bunga
MDo turun.
 Proses ini berterusan
sehingga keseimbangan baru
M0 M1 dicapai di e1, kadar bunga r1.
Kuantiti wang
Rajah 11 AE025
UNIT EKONOMI
Lakarkan rajah yang menunjukkan perubahan keseimbangan
wang akibat kejatuhan penawaran wang.
4.3 Teori Kewangan Keynes

f) Menerangkan keseimbangan pasaran wang


semasa perangkap kecairan (T3) :
Keseimbangan pasaran wang semasa
perangkap kecairan (T3)

 Perangkap kecairan adalah satu keadaan apabila


permintaan wang dalam ekonomi telah menjadi anjal
sempurna. Semasa perangkap kecairan, suasana
pelaburan adalah lembab dan kadar bunga tidak akan
turun lagi. Pertambahan dalam penawaran wang hanya
menambah kecairan dan permintaan wang untuk
urusniaga dan awasan sahaja dan tidak akan
menurunkan kadar bunga.

 Oleh itu, pelaburan dan permintaan agregat, tidak akan


berubah.

 Perangkap kecairan berlaku apabila terjadinya


kemelesetan ekonomi yang sangat buruk.

AE025
UNIT EKONOMI
Rajah Keseimbangan pasaran wang
semasa perangkap kecairan

Perangkap kecairan (e1 – e2)


Kadar bunga ( %)
MSo MS1 MS2

r0% e0
e1 e2
r1% MD

Kuantiti wang
M0 M1 M2
Rajah 12
AE025
UNIT EKONOMI
Perangkap kecairan bermula apabila keluk permintaan wang
(MD) menjadi selari dengan paksi mendatar (selepas titik e1).
Semasa perangkap kecairan, pertambahan penawaran wang
dari MS1 ke MS2 tidak akan menurunkan kadar bunga.
Keadaan ini tidak akan mempengaruhi tingkat pelaburan.
Dalam keadaan ini, orang ramai memilih (lebih gemar) untuk
memegang wang berbanding bon kerana pulangan daripada
bon rendah (disebabkan kadar bunga sangat rendah) yang
menyebabkan permintaan wang spekulasi meningkat.
Kejatuhan kadar bunga yang sedikit akan menyebabkan
peningkatan permintaan wang spekulasi yang sangat banyak.
Justeru, permintaan wang spekulasi dikatakan sangat anjal
(sangat sensitif) kepada kadar bunga yang menyebabkan
keluk permintaan wang (Md) menjadi sangat landai.

AE025
UNIT EKONOMI
4.3 Teori Kewangan Keynes

g) Menerangkan kesan perubahan penawaran


wang terhadap (T4) :

i) kadar bunga
ii) pelaburan
iii) perbelanjaan agregat
iv) pendapatan negara
Rajah 13 : Kesan peningkatan penawaran wang (T4)

Kadar bunga (%) Kadar bunga (%)

SmoSm1

r0% e0 r0%
e1 Dm
r1% r1% I

Mo M1 Kuantiti I0 I1 Pelaburan
wang
Rajah a Rajah b
AE025
UNIT EKONOMI
Rajah 17
Y = AE
AE

AE1 = C + I1 + G
AE0 = C + Io + G
e1 I

e0

Ye0 Ye1
Pendapatan
Rajah c Negara
AE025
UNIT EKONOMI
Huraian Rajah

 Pertambahan penawaran wang dari MS0 ke MS1


akan menyebabkan kadar bunga jatuh dari r0 ke r1.
(rajah a)
 Kejatuhan kadar bunga akan menyebabkan
permintaan wang untuk spekulasi meningkat.
Pelaburan dalam ekonomi akan meningkat dari Io ke
I1. (rajah b)
 Pertambahan pelaburan meningkatkan AE dari AE0
ke AE1 dan seterusnya meningkatkan pendapatan
negara dari Y0 ke Y1. (rajah c)

AE025
UNIT EKONOMI
Lakarkan rajah yang menunjukkan kesan pengurangan
penawaran wang terhadap pendapatan negara.
4.4 Bank Pusat

a) Menerangkan fungsi Bank Pusat sebagai


(K3) :
i. Pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan
mata wang negara
ii. Juru bank dan penasihat kerajaan
iii. Juru bank kepada institusi kewangan
iv. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan
Fungsi Bank Pusat (K3)

i. Mengeluarkan matawang negara.


BNM diberi kuasa oleh kerajaan untuk mencetak wang
kertas dan mengeluarkan duit syiling demi melicinkan
kegiatan perdagangan dan pengeluaran.

 Jumlah mata wang yang perlu diedarkan


bergantung kepada permintaan dalam ekonomi.
 Edaran wang yang berlebihan boleh menimbulkan
inflasi.
 Kekurangan pengeluaran wang pula akan
melambatkan pertumbuhan ekonomi.

UNIT EKONOMI AE025


Mengurus akaun
kerajaan

Mengurus hutang
negara
ii . Jurubank
kepada
Kerajaan
Sumber dana
kepada kerajaan

Memberi nasihat
kewangan

UNIT EKONOMI AE025


a. Menguruskan akaun kerajaan

Semua hasil cukai dan bukan cukai yang


diterima kerajaan dimasukkan ke dalam
akaun kerajaan .
BNM mengeluarkan wang dari akaun
kerajaan untuk tujuan perbelanjaan
kerajaan.

UNIT EKONOMI AE025


b. Menguruskan hutang negara

BNM bertanggung jawab mendapatkan


pinjaman dari dalam dan luar negara bagi
pihak kerajaan melalui penjualan bil
perbendaharaan, bon kerajaan dan
sebagainya di pasaran kewangan tempatan
dan luar negara.

BNM membayar balik pinjaman serta faedah


bagi pihak kerajaan Malaysia.

UNIT EKONOMI AE025


c. Sumber dana kepada kerajaan.

BNM menyediakan pinjaman sementara


kepada kerajaan apabila perbelanjaan
kerajaan melebihi dari hasil yang
diterima.
Pinjaman ini akan dibayar semula dalam
jangka masa pendek.

UNIT EKONOMI AE025


d. Memberi nasihat kewangan.

BNM akan memberi nasihat kewangan


kepada kerajaan tentang hal-hal
kewangan dan perbelanjaan seperti
pelaburan awam, kadar pertukaran asing
dan sebagainya.

UNIT EKONOMI AE025


Mengawal Rizab
Berkanun

iii. Jurubank
kepada Institusi Mengawal harta
Kewangan mudah tunai

Sumber pinjaman
terakhir

UNIT EKONOMI AE025


a. Mengawal rizab berkanun ( cadangan wajib )

Bank pusat akan mengawal keperluan rizab


berkanun yang perlu disediakan oleh bank
perdagangan.

 Pengawalan nisbah itu merupakan satu alat


dasar kewangan untuk mempengaruhi
keupayaan bank perdagangan mencipta
kredit dan seterusnya mengatasi masalah
inflasi dan kemelesetan ekonomi.

UNIT EKONOMI AE025


Rizab Berkanun

Rizab berkanun adalah simpanan wajib bank


perdagangan di Bank Negara Malaysia.

Rizab berkanun dihitung berdasarkan %


tertentu daripada jumlah tanggungan bank
perdagangan.

Nisbah Rizab Berkanun


Jumlah Rizab Berkanun
= X 100 %
Deposit Semasa
UNIT EKONOMI AE025
Contoh pengiraan rizab berkanun

Bank A menerima deposit semasa RM1 000


(tanggungan bank)
Jika nisbah nisbah rizab ialah 25%, hitungkan rizab
berkanun Bank A.

Rizab Berkanun

= Nisbah Rizab Berkanun X Deposit Semasa

= 25% X RM1 000


= RM 250
AE025
UNIT EKONOMI
b. Mengawal harta mudah tunai/ harta cair

Bank pusat akan menetapkan nisbah mudah tunai


bank perdagangan supaya bank perdagangan
mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan
mampu menunaikan semua cek yang dikeluarkan oleh
pelanggan.

Bank pusat dapat mengawal nisbah itu sebagai satu


alat dasar kewangan untuk mempengaruhi keupayaan
bank perdagangan mencipta kredit.

UNIT EKONOMI AE025


Rizab (nisbah) mudah tunai

Rizab mudah tunai ialah simpanan tunai yang


disimpan dalam bank perdagangan sendiri , baki
penjelasan bank perdagangan di Bank Negara dan
pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun

Nisbah Mudah Tunai

Jumlah harta mudah tunai


= X 100 %
Deposit Semasa

UNIT EKONOMI AE025


c. Sumber pinjaman terakhir

Kemudahan pinjaman terakhir disediakan kepada bank


perdagangan yang mengalami masalah kekurangan
wang tunai untuk memenuhi tuntutan pelanggan.
Tindakan sedemikian dapat mengekalkan keyakinan
orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan
dalam negara.
Bentuk pinjaman yang disediakan :
- mendiskaunkan semula bil-bil perbendaharaan, surat
jaminan kerajaan
- pinjaman terus dengan cagaran.

UNIT EKONOMI AE025


iv. Melaksanakan dasar kewangan
kerajaan.

Bank Negara bertanggungjawab untuk menjaga dan


mengekalkan kestabilan kewangan dengan
melaksanakan dasar-dasar kewangan yang bertujuan
mengawal bekalan wang dan kredit dalam ekonomi.
Bekalan wang dan penciptaan kredit yang berlebihan
akan menimbulkan masalah inflasi dan sebaliknya
keadaan kredit yang berkurangan akan menyebabkan
kemelesetan ekonomi.

UNIT EKONOMI AE025


4.5 Penciptaan Kredit

a) Menerangkan proses penciptaan kredit


i. Andaian (K4)
ii. Menerangkan proses penciptaan kredit
menggunakan akaun T dan jadual (T5)
iii. Menggunakan rumus untuk menghitung (T6)
iv. Menerangkan faktor yang menghadkan
penciptaan kredit (K4)
Penciptaan Kredit

Definisi:
 Proses penciptaan wang (simpanan semasa
derivatif) daripada simpanan semasa utama oleh
bank-bank perdagangan.
 Satu ciri yang membezakan bank perdagangan
dengan institusi-institusi kewangan yang lain ialah
bank perdagangan dapat mencipta deposit semasa.
 Hak bank perdagangan untuk mencipta deposit
semasa (wang) berpunca daripada kuasanya
mengeluarkan cek dan kuasa pelanggannya
menggunakan cek dalam menjalankan urusniaga.

AE025
UNIT EKONOMI
Jumlah deposit semasa yang dapat dicipta ini adalah
berkali ganda daripada jumlah deposit yang diterima
daripada pelanggan.

Apabila bank perdagangan menerima deposit semasa


daripada pelanggan , sejumlah daripada deposit itu
dipegang dalam bentuk aset cair dan bakinya boleh
dipinjamkan atau dilaburkan.

AE025
UNIT EKONOMI
• Nisbah rizab tunai minimum ialah peratusan daripada
deposit semasa yang mesti disimpan oleh bank
perdagangan di mana-mana bank atau bank pusat dalam
bentuk tunai atau aset cair .
Contoh aset cair :
- Wang tunai.
-Pinjaman jangka pendek (2 hingga 5 tahun)
-Wang panggilan (rumah penjelasan/ diskaun)

• Nisbah rizab berkanun/nisbah rizab wajib ialah


peratusan wang tunai daripada deposit semasa yang
mesti disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat .
AE025
UNIT EKONOMI
Deposit semasa yang dicipta oleh bank perdagangan
terbahagi kepada :
1. Deposit semasa utama.
Deposit semasa yang dicipta apabila bank perdagangan
menerima simpanan daripada pelanggan dalam
bentuk wang tunai atau cek.

2. Deposit semasa derivatif.


Deposit semasa yang dicipta apabila bank perdagangan
memberi pinjaman kepada pelanggan. Pinjaman yang
diterima dalam bentuk cek itu didepositkan semula
dalam bank.

AE025
UNIT EKONOMI
i. Andaian-andaian dalam proses
penciptaan kredit. (K4)

Penerangan proses penciptaan kredit bank perdagangan


adalah berdasarkan andaian-andaian berikut :

1. semua deposit yang diterima oleh bank


perdagangan merupakan deposit semasa.
2. nisbah rizab adalah 20%.
3. Semua lebihan rizab dipinjamkan.
4. Tiada bocoran wang tunai daripada sistem bank.
5. Semua urusniaga dibayar dengan cek.
6. Pada mulanya bank perdagangan tidak
mempunyai lebihan rizab.

AE025
UNIT EKONOMI
ii. Proses penciptaan kredit sistem banyak bank (T5)
Bank A
Andaikan individu I memasukkan wang tunai RM10000 ke
dalam akaun semasa di Bank A.
Kunci kira-kira Bank A adalah seperti berikut :

Kunci kira-kira Bank A


Aset RM Liabiliti RM
Wang Tunai 10 000 Deposit semasa 10 000
Jumlah 10 000 Jumlah 10 000

AE025
UNIT EKONOMI
Bank A menyimpan 20% daripada deposit semasa untuk
memenuhi nisbah rizab seperti yang telah ditetapkan oleh
bank pusat iaitu sebanyak RM2000 (20% daripada
RM10000)
Lebihan rizab sebanyak RM8000 (RM1000 – RM200) akan
dipinjamkan kepada individu X.
Kunci kira-kira Bank A adalah seperti berikut :
Kunci kira-kira Bank A
Aset RM Liabiliti RM
Wang Tunai 2 000 Dep. Semasa A 10 000
Pinjaman X 8 000
Jumlah 10 000 Jumlah 10 000
AE025
UNIT EKONOMI
Individu X yang menerima pinjaman drp Bank A memasukkan
wang tersebut ke Bank B.
Bank B menyimpan 20% daripada deposit semasa untuk
memenuhi nisbah rizab iaitu sebanyak RM1600 sebagai rizab
tunai. Andaikan lebihan rizab sebanyak RM6400 akan
dipinjamkan kepada individu Y.
Kunci Kira-kira Bank B adalah seperti berikut :

Kunci kira-kira Bank B


Aset RM Liabiliti RM
Wang Tunai 1 600 Dep. Semasa X 8 000
Pinjaman Y 6 400
Jumlah 8 000 Jumlah 8 000
AE025
UNIT EKONOMI
Individu Y yang menerima pinjaman drp Bank B
memasukkan wang tersebut ke Bank C.
Bank C menyimpan 20% daripada deposit semasa untuk
memenuhi nisbah rizab iaitu sebanyak RM1280 sebagai
rizab tunai. Andaikan lebihan rizab sebanyak RM5120 akan
dipinjamkan kepada individu Z.
Kunci Kira-kira Bank C adalah seperti berikut :

Kunci kira-kira Bank C


Aset RM Liabiliti RM
Wang Tunai 1 280 Dep. Semasa X 6 400
Pinjaman Z 5120
Jumlah 6 400 Jumlah 6 400
AE025
UNIT EKONOMI
Pinjaman Dimasuk
RM8000 Ke Bank B

Bank A
Bank B
Individu X
Pinjaman
RM6400

Dimasuk
Ke Bank C

Bank C Individu Y
AE025
UNIT EKONOMI
Individu Z yang mendapat pinjaman daripada bank C
akan menyimpan wangnya di bank D. Dengan deposit
semasa Z , Bank D akan terus memberi pinjaman .

Proses ini berterusan sehingga tiada baki bank


perdagangan yang dapat menggunakan lebihan rizab
tunai untuk memberi pinjaman.

Proses penciptaan kredit dalam sistem banyak bank


dapat diringkaskan dalam jadual 1.

AE025
UNIT EKONOMI
Jadual 1 : Penciptaan kredit oleh sistem banyak
bank

Bank Deposit bank Pinjaman Rizab


A 10 000 8 000 2 000
B 8 000 6 400 1 600
C 6 400 5 120 1 280
Lain-lain 25 600 20 480 5 120
Jumlah 50 000 40 000 10 000

AE025
UNIT EKONOMI
Jika Cek dimasukkan dalam deposit semasa bank
maka jumlah pertambahan penawaran wang ialah
RM50 000.

Jika Tunai dimasukkan dalam deposit semasa bank


maka jumlah pertambahan penawaran wang ialah
RM40 000. Ini berasaskan Perubahan M1 =
Perubahan Wang tunai (wang dalam edaran) +
Perubahan Deposit semasa.

Perubahan penawaran wang =


(deposit semasa asal x pengganda wang) – deposit
semasa asal.

AE025
UNIT EKONOMI
iii. Rumus (T6)
Andaian-andaian:
1. Deposit semasa asal RM10 000
2. Nisbah Rizab 20%
Jumlah deposit semasa (wang), jumlah pinjaman, jumlah rizab
dan jumlah penawaran wang selepas proses penciptaan kredit
bergantung kepada saiz pengganda wang.

Nilai pengganda wang


1
= Nisbah rizab

Diberi nisbah rizab ialah 20%, maka Nilai pengganda wang:

1
= = 5
20%
AE025
UNIT EKONOMI
Selepas tamat proses penciptaan wang;

Jumlah pinjaman/kredit
= Pinjaman asal x nilai pengganda wang
= RM8000 x 5
= RM40000

Jumlah Rizab

= Rizab asal x nilai pengganda wang


= RM2000 x 5
= RM10000
AE025
UNIT EKONOMI
Jumlah deposit semasa

= Deposit asal x nilai pengganda wang


= RM10000 x 5
= RM0 000

AE025
UNIT EKONOMI
Jumlah penawaran wang

1. Jika deposit awal dalam bentuk cek:


Jumlah penawaran wang (M1) = Jumlah Deposit semasa + wang
tunai
= RM50000 + 0
= RM50000

2. Jika deposit awal dalam bentuk tunai:


= Jumlah penawaran wang (M1) = Jumlah Deposit semasa +
wang tunai
= RM50000 + (-RM10000)
= RM40000
- Nilai wang tunai negatif kerana jumlah tersebut diambil dari
wang dalam edaran yang sedia ada.
AE025
UNIT EKONOMI
iv. Had-had proses penciptaan kredit (K4)
Kesan penggandaan wang terhadap proses
penciptaan kredit/pertambahan bekalan wang tidak
mencapai jumlah maksimum:
a. Kebocoran wang tunai

b. Kesukaran mendapatkan peminjam


c. Kadar syarat pinjaman

d. Keinginan untuk menjaga keutuhan bank


e. Suasana pelaburan yang tidak baik

AE025
UNIT EKONOMI
a. Kebocoran wang tunai

• Bocoran berlaku apabila peminjam tidak


memasukkan semula wang yang dipinjam ke dalam
akaun semasanya.
• Sebaliknya cek tersebut ditunaikan dan digunakan
sebahagian atau sepenuhnya untuk berbelanja.
Keadaan ini akan mengurangkan keupayaan bank
mencipta wang.

AE025
UNIT EKONOMI
b. Kesukaran untuk mendapatkan peminjam

Pelabur potensi tidak berminat kerana:


a. ketakstabilan ekonomi dan politik.
b. kadar bunga atas pinjaman yang
tinggi.
c. kadar pulangan pelaburan yang
rendah.

AE025
UNIT EKONOMI
c. Kadar syarat pinjaman

Pelabur tidak layak untuk meminjam


kerana:
a. tidak ada cagaran
b. tidak ada penjamin

AE025
UNIT EKONOMI
d. Keinginan untuk menjaga keutuhan
bank

Bank menyimpan sebahagian


lebihan rizab.

AE025
UNIT EKONOMI
e. Suasana pelaburan yang tidak baik

• Semasa kemelesetan ekonomi, pelabur kurang


berminat melabur. Oleh itu pelabur kurang minat
untuk meminjam wang daripada bank
perdagangan.
• Jika kadar faedah bank dinaikkan, maka pelabur
juga kurang berminat untuk meminjam wang
daripada bank perdagangan.
• Lebihan rizab bank perdagangan yang tidak
dapat dipinjamkan akan mengurangkan jumlah
deposit semasa yang dapat dicipta.

AE025
UNIT EKONOMI

Anda mungkin juga menyukai