Anda di halaman 1dari 5

LATIH TUBI 14:

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI.


STPM 2003:
1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan? [2]
b) Huraikan dengan ringkas dua tugas usahawan. [4]

a) Seorang yang bertanggungjawab menggabungkan / menguruskan/ menggemblebgkan semua


faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam proses pengeluaran.

b) Dua tugas usahawan ialah:


i. Melakukan inovasi/ rekacipta. [1]
Usahawan sentiasa memikirkan teknik pengeluaran yang baru untuk meningkatkan mutu.
[1]
ii. Membuat keputusan persoalan masalah asas ekonomi. [1]
Berkaitan teknik sesuatu barang yang hendak dikeluarkan. [1]
iii. Bersedia mengambil risiko. [1]
Usahawan menghadapi ketidakpastian untung/ rugi sewaktu melakukan proses
pengeluaran. [1]

STPM 2013
2. Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang percuma, barang ekonomi dan
barang awam. [6]

Barang percuma Barang Ekonomi Barang awam


Tiada kos lepas. Penawaran terhad. Tiada prinsip pengecualian.
Tidak memerlukan kos. Ada kos lepas. Semua orang boleh mengguna.
Penawaran tidak terhad. Memerlukan harga. Disediakan oleh kerajaan.
Contohnya cahaya matahari. Contohnya kereta, rumah. Contohnya lampu jalan,

STPM 2004
3. Gambar rajah dibawah menunjukkan Keluk Kemungkinan Pengeluaran bagi negara Z yang
mengeluarkan barang pengguna dan barang modal.

Barang Modal

A
12

9 B E

D C
5

0 Barang Pengguna
1 2 3
a) Nyatakan dua faktor yang membolehkan titik E dicapai. [2]
b) Terangkan apa yang akan terjadi kepada kos lepas jika ekonomi beralih dari
i. Titik A ke titik B dan ke titik C.
ii. Titik D ke titik A.

a) - Peningkatan teknologi.
- Peningkatan kecekapan buruh/ penngkatan produktiviti.
- Pertambahan dalam input / penerokaan sumber-sumber baru.
b) i) Pada titik A ke titik B, kita perlu melepaskan 3 unit barang modal. (12 – 9)
Pada titik B ke C, kita perlu melepaskan 4 unit barang modal. (9 – 5)
Maka, kesannya kos lepas barang modal semakin meningkat.
ii)Tiada kos lepas.

STPM 2004
4. Terangkan kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas. [6]

Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas:


i. Mewujudkan kuasa monopoli. [1]
Kerana individu pengeluar ingin memaksimumkan keuntungan. [1]
ii. Mewujudkan kesan luaran negatif. [1]
Pencemaran berlaku akibat daripada proses pengelaran tidak terkawal, contohnya
pembuangan sisa toksid. [1]
iii. Tidak menyediakan barang awam. [1]
Firma tidak akan menyediakan barang awam kerana tidak menguntungkan.
iv. Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi. [1]
Berlaku kenaikan dan penurunan harga yang tidak terkawal. [1] pilih mana-mana 3

STPM 2005
5. Terangkan masalah asas ekonomi dalam pengeluaran teh. [6]

Masalah asas ekonomi dalam pengeluaran teh:


i. Berapa banyak teh hendak dikeluarkan. [1]
Bergantung kepada mekanisme harga iaitu bergantung kepada kuasa permintaan dan
penawaran teh. [1]
ii. Bagaimana teh hendak dikeluarkan. [1]
Ini melibatkan kaedah paling cekap di mana kaedah tersebut akan memaksimumkan untung
dan meminimumkan kos. [1]
iii. Untuk siapa teh handak dikeluarkan. [1]
Ia mengikut kemampuan pengguna dan kuasa beli pengguna. [1]

STPM 2005
6. Huraikan dengan ringkas tiga ciri sistem ekonomi Islam. [6]

Tiga ciri sistem ekonomi Islam ialah:


i. Pemilikan faktor. [1]
Individu mempunyai kebebasan dalam memiliki sumber ekonomi selagi tidak bercanggah/
tidak melanggar dengan syarat Islam. [1]
ii. Matlamat. [1]
Mengimbangkan keuntungan dan kebajikan masyarakat berbanding kepentingan individu.
[1]
iii. Pengurusan ekonomi. [1]
Segala aktiviti keluaran mestilah tidak bercanggah dengan ajaran Islam. [1]
iv. Mekanisme harga. [1]
Mekanisme harga memainkan peranan selagi kesejahteraan masyarakat tidak terganggu.
[1]

PILIH MANA-MANA 3 FAKTOR.

STPM 2006
7. Jelaskan perbezaan antara barang ekonomi dengan barang percuma. [6]

Perbezaan antara barang ekonomi dengan barang percuma dari aspek:


i. Kos lepas. [1]
Barang ekonomi melibatkan kos lepas manakala barang percuma tiada kos lepas.[1]
ii. Penawaran. [1]
Barang ekonomi penawarannya terhad manakala barang percuma penawarannya tidak
terhad. [1]
iii. Harga. [1]
Barang ekonomi melibatkan harga manakala barang percuma tidak melaibatkan harga.[1]
iv. Contoh. [1]
Contoh barang ekonomi ialah rumah, kereta manakala barang percuma ialah cahaya
matahari, air sungai. [1]

STPM 2008
8. Sebuah negara mengeluarkan dua barang, iaitu barang X dan barang Y. Dengan menggunakan gambar
rajah terangkan kesan terhadap keluk kemungkinan jika
a) Terdapat pertambahan yang sama dalam pelaburan terhadap pengeluaran barang X dan barang Y.
[3]
b) Terdapat peningkatan dalam teknologi pengeluaran barng X. [3]

a) . Barang Y

P
[1]

0 Barang X
Q S
Kesan pertambahan yang sama dalam pelaburan ke atas kedua-dua barang menyebabkan keluk KKP
beralih ke kanan secara selari dari PQ ke RS. [1]
Kesannya pengeluara barang X dan barang Y bertambah dengan kadar yang sama. [1]
b) . Barang Y

P
[1]

0 Barang X
Q S
Kesan peningkatan teknologi ke atas barang X menyebabkan keluk KKP beralih ke kanan dari RQ
ke RS. [1]
Kesannya pengeluaran barang X bertambah dan pengeluaran Y tidak berubah. [1]

STPM 2009
9. (a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? [2]
(b) Terangkan dua masalah asas ekonomi. [4]

(a) Masalah asas ekonomi wujud kerana


Kehendak manusia tidak terhad, [1]
Sedangkan faktor-faktor pengeluaran adalah terhad. [1]

(b) Masalah ekonomi terdiri daripada:


i. Apakah jenis dan berapa banyakkah barang yang harus dikeluarkan? [1]
Jenis barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan.
Semakin banyak sesuatu barang dikeluarkan, maka semakin banyak barang lain yang
perlu dilepaskan. [1]
ii. Bagaimana barang dikeluarkan?[1]
Perlu memilih teknik pengeluaran yang paling cekap yang dapat meminimukan kos dan
memaksimumkan untung.
Contoh, jika intensif buruh lebih mahal secara relatif dari intensif modal, maka teknik
pengeluaran berintensif modal harus dipilih. [1]
iii. Untuk siapa barang dikeluarkan?[1]
Berkaitan dengan cara agihan barang dan perkhidmatan, iaitu bergantung kepada agihan
pendapatan dan kemampuan membeli.
Individu yang berpendapatan tinggi cenderung mendapat lebih banyak barang
berbanding dengan individu berpendapatan rendah. [1]
Pilih mana-mana 2.
STPM
10. Jelaskan lima kebaikan campurtangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi. [10]

i. Dapat menyediakan barang awam [1] yang tidak disediakan oleh pihak swasta seperti
jalanraya dan perkhidmatan polis.[1]
ii. Dapat mengagihkan pendapatan dengan lebih setara supaya jurang antara yang kaya dan
miskin tidak terlalu besar,[1] contohnya dengan memberi subsidi kepada golongan miskin
atau berpendapatan rendah dan mengenakan cukai progresif atas pendapatan individu di
mana golongan berpendapatan tinggi akan membayar cukai dengan kadar cukai yang lebih
tinggi.
iii. Dapat menangani masalah eksternaliti negatif [1]dengan melaksanakan undang-undang dan
peraturan untuk mengimbangi keuntungan individu dan keuntungan sosial dalam proses
pengeluaran barangan.[1]
iv. Dapat memantau firma yang mempunyai kuasa monopoli dalam industri tertentu [1] dengan
cara menetapkan harga maksimum, mengenakan cukai untung progresif ataupun bila perlu
memiliknegarakan firma tertentu.[1]
v. Dapat mengawal keadaan ekonomi supaya menjadi lebih stabil [1] contohnya melaksanakan
dasar kewangan mengembang dan dasar belanjawan defisit apabila wujud masalah
pengangguran dalam ekonomi, juga akan melaksanakan dasar kewangan menguncup dan
dasar belanjawan lebihan dalam keadaan ekonomi menghadapi masalah inflasi. [1]

Anda mungkin juga menyukai