Anda di halaman 1dari 3

Soalan Esei

(a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan ekonomi pasaran bebas.
(b) Huraikan bagaimana kerajaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan ekonomi bebas.
Soalan Kuantitatif
Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran barang X dan barang Y dalam sebuah ekonomi.
Kombinasi
A
B
Barang X (unit) 0
100
Barang Y (unit) 1000
900
(a) Hitung kos lepas bagi seunit barang X.

C
200
700

D
300
400

E
400
0
[2]

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran di atas.

[3]

(c) Andaikan pengeluaran barang X meningkat sebanyak 50% dan pengeluaran barang Y meningkat
sebanyak 20%.
(i) Lukis keluk kemungkinan selepas perubahan tersebut dalam gambar rajah yang sama dalam (b).
[3]
(ii) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran berubah sedemikian.

Jawapan:
Soalan Esei
(a) Dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding ekonomi pasaran bebas ialah:

Agihan pendapatan ekonomi perancangan pusat lebih setara kerana faktor pengeluaran dimiliki oleh
kerajaan. Manakala ekonomi pasaran bebas, agihan pendapatan tidak setara, iaitu terdapat jurang
perbezaan yang besar antara golongan kaya dengan golongan miskin. Keadaan ini disebabkan
individu bebas memiliki harta dan kekayaan.
Ekonomi perancangan pusat mengutamakan kebajikan sosial dengan menyediakan barang awam
untuk kegunaan semua rakyat. Manakala ekonomi pasaran bebas mengutamakan keuntungan dengan
menyediakan barang ekonomi mengikut kemampuan dan kuasa beli masyarakat.

(b) Campur tangan kerajaan untuk mengatasi kelemahan ekonomi pasaran bebas ialah:

Untuk mengawal kuasa monopoli, kerajaan akan mengenakan cukai yang tinggi kepada firma
monopoli. Hasil cukai tersebut digunakan untuk memberi subsidi kepada firma yang mengeluarkan
barang keperluan asas dengan tujuan untuk menstabilkan harga keluaran. Keadaan ini akan
membolehkan aktiviti ekonomi berjalan dengan cekap dan agihan pendapatan lebih setara.
Untuk mencapai kestabilan harga, kerajaan akan melaksanakan dasar harga maksimum dan dasar
harga minimum terutama untuk barang keperluan asas. Dasar harga maksimum dilaksanakan bagi
memastikan pengguna tidak tertindas dan kebajikan pengguna terjamin, manakala dasar harga
minimum dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan pengeluar.
Untuk mencapai kestabilan ekonomi, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan
yang bersesuaian dengan keadaan ekonomi. Bagi mengurangkan inflasi, kerajaan akan melaksanakan
dasar fiskal dan dasar kewangan menguncup, manakala untuk mengurangkan kemelesetan ekonomi
dan pengangguran kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan mengembang.

Soalan Kuantitatif

Anda mungkin juga menyukai