Anda di halaman 1dari 17

SOALAN 21

a) Terangkan maksud kemelesetan ekonomi (2m)


- Maksud kemelesetan ekonomi ialah keadaan ekonomi dengan tingkat
pelaburan dan pengeluaran yang amat rendah serta kadar pengangguran yang
amat tinggi.

b) Jelaskan bagaimana dasar fiskal dan dasar kewangan yang dilaksanakan


boleh mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. (8m)

Cara dasar fiskal mengatasi masalah kemelesetan ekonomi ialah :


Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
Kerajaan akan menambahkan perbelanjaan kerajaan menyebabkan
perbelanjaan agregat masyarakat akan bertambah dan seterusnya permintaan
agregat juga akan bertambah. Keadaan ini akan meningkatkan peluang
pekerjaan dan rakyat akan mendapat pekerjaan. Kesannya , pengangguran
dalam ekonomi dapat dikurangkan.
Mengurangkan cukai
Selain itu , kerajaan boleh mengurangkan cukai seperti cukai pendapatan
individu kerana dapat meningkatkan pendapatan boleh guna dan kuasa beli
masayarakat. Pertambahan permintaan agregat menggalakkan pengeluar
menambahkan output dan meningkatkan pelaburan. Kesannya , banyak
peluang pekerjaan baharu dapat disediakan dan dapat mengatasi masalah
pengangguran.

Cara dasar kewangan mengatasi masalah kemelesetan ekonomi ialah :


Operasi pasaran terbuka
Bank pusat akan membeli sekuriti kerajaan daripada bank perdagangan.
Keadaan ini akan menambahkan lebihan rizab bank perdagangan dan
meningkatkan keupayaan bank tersebut memberi pinjaman kepada firma.
Kesannya , pelaburan firma bertambah dan mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan baharu.
Menurunkan rizab berkanun
Apabila bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun , simpanan wajib bank
perdagangan di bank pusat akan berkurangan. Keadaan ini menyebabkan
lebihan rizab di bank perdagangan dan meningkatkan keupayaan bank
tersebut untuk memberi pinjaman. Kesannya , pelaburan firma bertambah dan
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu.
SOALAN 22
Jelaskan empat alasan sesebuah negara menghitung pendapatan negara pada
setiap tahun. (10m)

Mengukur taraf hidup


-Pendapatan per kapita diperoleh apabila pendapatan negara dibahagikan
dengan jumlah penduduk. Pendapatan per kapita digunakan untuk mengukur
taraf hidup iaitu pendapatan per kapita yang lebih tinggi menyebabkan taraf
hidup juga menjadi tinggi dan sebaliknya apabila pendapatan perkapita
menurun maka taraf hidup juga akan merosot.

Menghitung kadar pertumbuhan ekonomi


Kadar pertumbuhan ekonomi diperoleh dengan formula yang berikut :
Kadar pertumbuhan ekonomi
= KDNK benar semasa – KDNK benar asal / KDNK benar asal x 100
-Pertambahan pendapatan negara (KDNK BENAR) bermakna wujudnya
pertumbuhan ekonomi dan juga sebaliknya apabila pendapatan negara
berkurangan bermakna akan berlakunya kemerosotan ekonomi.

Mengesan perubahan struktur ekonomi berdasarkan kaedah keluaran


- Keluaran negara boleh dihitung berdasarkan nilai ditambah untuk pelbagai
sektor ekonomi contohnya pertanian , perkilangan dan perkhidmatan. Selain
itu , perubahan peratusan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK
boleh digunakan untuk mengesan sama ada perubahan struktur ekonomi
berlaku dalam negara tersebut.

Kerajaan boleh membuat perancangan ekonomi


- Kerajaan boleh membuat perancangan ekonomi berdasarkan pendapatan
negara yang dihitung dengan kaedah perbelanjaan. Pelbagai komponen
perbelanjaan penting seperti penggunaan swasta dan awam , pelaburan
swasta dan awam , eksport dan import yang sentiasa digunakan oleh kerajaan
untuk menggubal dasar fiskal yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.
SOALAN 23
a) Takrifkan penggunaan autonomi. (1m)
Maksud penggunaan autonomi ialah perbelanjaan isi rumah yang tidak
dipengaruhi oleh perubahan pendapatan negara.

b)Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-


pendapatan(AE-Y) , terangkan kesan peningkatan penggunaan autonomi ke
atas keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor. (9m)

- Keseimbangan pendapatan negara dua sektor belaku apabilaY= (a0 + bYd) di


titik E0 pada pendapatan negara Y0.
- Apabila berlaku pertambahan penggunaan autonomi keluk perbelanjaan
agregat akan beralih ke atas dan selari dari AEo = (a0 + bYd) + I sebesar ∆a
(iaitu a1 – a0)
- Pada Y0 wujud ketidakseimbangan negara kerana perbelanjaan agregat
melebihi pendapatan negara sebanyak fEo.
- Pada tingkat ini , inventori firma berkurang dan firma akan menambahkan
output menyebabkan pendapatan negara akan bertambah melalui proses
pengganda sehingga mencapai titik keseimbangan baharu iaitu pada titik E1
apabila Y= AE1 = (a1 + bYd) + I .
- Hal ini akan menyebabkan pendapatan negara bertambah daripada Y0
kepada Y1.

SOALAN 24
Terangkan empat fungsi bank pusat . (10m)
Mengeluarkan mata wang negara
- Bank pusat adalah pengeluar tunggal untuk mengeluarkan mata wang
sesebuah negara iaitu Ringgit dan Sen Malaysia. Ini kerana semua mata wang
baharu yang dikeluarkan mestilah disokong oleh rizab emas baharu dan jumlah
yang dikeluarkan mestilah mengikut keperluan ekonomi semasa.
Melaksanakan dasar kerajaan
- Bank pusat melaksanakan dasar kewangan mengembang iaitu menambahkan
penawaran wang dalam negara apabila kemelesatan ekonomi berlaku dan
sebaliknya iaitu bank pusat melaksanakan dasar kewangan menguncup iaitu
mengurangkan penawaran wang dalam negara jika inflasi berlaku. Ini akan
mengekalkan kestabilan ekonomi dalam negara.
Sebagai jurubank kepada kerajaan
- Bank pusat mentadbir akaun kerajaan iaitu menyimpan semua hasil kerajaan
dan membuat perbelanjaan bagi pihak kerajaan. Bank pusat juga mentadbir
hutang negara iaitu memperoleh pinjaman kerajaan dan membayar semula
pinjaman bagi kerajaan.
Sebagai jurubank kepada bank perdagangan
- Bank pusat mengawal rizab berkanun dan rizab harta cair untuk
mempengaruhi keupayaan mencipta kredit bank perdagangan. Bank pusat juga
merupakan sumber pinjaman terakhir kepada semua bank perdagangan untuk
menyelesaikan masalah kecairan sementara bank yang berkenaan supaya
orang ramai mempunyai keyakinan terhadap semua bank yang beroperasi di
negara.

SOALAN 25
Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat penawaran AD-AS ,
terangkan bagaimana penjualan sekuriti kerajaan dalam operasi pasaran
terbuka boleh mengurangkan masalah inflasi dalam sesebuah negara. (10m)

- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila keluk AD0 bersilang dengan


keluk AS0 pada harga P0 dan pendapatan Negara benar Y0.
- Penjualan sekuriti kerajaan menyebabkan keupayaan bank perdagangan
memberi pinjaman berkurangan. Ini akan menyebabkan penawaran wang akan
berkurangan , kadar bunga akan meningkat dan tingkat pelaburan akan
berkurangan.
- Keadaan ini akan menyebabkan keluk AD akan beralih ke kiri dari AD0 ke AD1
- Pada tingkat harga P0 , terdapat lebihan penawaran agregat sebanyak AE0.
Keadaan ini meyebabkan harga akan turun.
- Kesannya , keseimbangan baharu terbentuk di E0 apabila keluk AD1 bersilang
dengan keluk AS.
- Pendapatan negara benar akan berkurang dari Y0 ke Y1 dan harga turun dari
P0 ke P1.
SOALAN 26
a) Terangkan maksud devaluasi. (2m)
Maksud devaluasi ialah satu dasar kerajaan untuk mengurangkan nilai mata
wang tempatan bagi tujuan memperbaik imbangan pembayaran negara itu.
Keadaan ini menyebabkan nilai mata wang asing relatif lebih tinggi daripada
nilai mata wang negara yang menjalankan devaluasi.

b) Terangkan kesan devaluasi Ringgit Malaysia terhadap Dolar Amerika ke atas


eksport , import dan imbangan dagangan Malaysia. (8m)

i) Kesan devaluasi Ringgit Malaysia terhadap Dolar Amerika ke atas eksport


Malaysia ialah :
Apabila eksport Malaysia adalah anjal permintaan , harga eskport yang relatif
akan lebih murah menyebabkan penerimaan daripada hasil eskport
bertambah. Begitu juga sebaliknya , apabila eksport Malaysia adalah tidak anjal
permintaan maka harga eskport yang relatif lebih murah menyebabkan
penerimaan daripada hasil eskport berkurang.

ii) Kesan devaluasi Ringgit Malaysia terhadap Dolar Amerika ke atas import
Malaysia ialah :
Apabila import Malaysia adalah anjal permintaan , harga import yang relatif
lebih mahal akan menyebabkan pembayaran import akan berkurangan. Begitu
juga sebaliknya , apabila import Malaysia tidak anjal permintaan , harga import
yang relatif lebih mahal akan menyebabkan pembayaran import bertambah.

iii) Kesan devaluasi Ringgit Malaysia terhadap Dolar Amerika ke atas imbangan
dagangan Malaysia ialah :
Imbangan dagangan Malaysia akan bertambah baik jika permintaan terhadap
eksport dan import adalah anjal permintaan. Hal ini kerana penerimaan
daripada hasil eksport bertambah dan pembayaran import akan berkurang.

BAHAGIAN C
SOALAN 27
a) Hitung KDNK benar di Malaysia dan di Indonesia pada tahun 2013 dan tahun
2014. (5m)

KDNK BENAR
= Indeks harga tahun asas / indeks harga tahun semasa x KDNK semasa

b) Hitung kadar inflasi di Malaysia dan Indonesia pada tahun 2014. (3m)

Kadar inflasi
= IHP tahun semasa – IHP tahun sebelum / IHP tahun sebelum x 100
c) Berdasarkan jawapan pada (b) , apakah yang anda dapat nyatakan tentang
taraf hidup penduduk antara kedua-dua negara ? (2m)

Kadar inflasi lebih tinggi di Malaysia berbanding dengan Indonesia pada tahun
2014 menyebabkan kos sara hidup penduduk di Malaysia lebih tinggi daripada
Indonesia. Taraf hidup penduduk Malaysia lebih tinggi daripada Indonesia
kerana jumlah penduduk Indonesia jauh lebih besar yang menyebabkan KDNK
per kapita Indonesia kurang daripada Malaysia.

SOALAN 28
a i) Hitung kadar pertumbuhan bekalan wang M1 pada tahun 2012 dan tahun
2013. (3m)

Kadar pertumbuhan M1
= M1 tahun semasa – M1 tahun sebelum / M1 tahun sebelum x 100

ii) Hitung kadar inflasi pada tahun 2012 dan tahun 2013. (3m)
Kadar inflasi
= IHP tahun semasa – IHP tahun sebelum / IHP tahun sebelum x 100

i) Hitung KDNK nominal pada tahun 2012 dan tahun 2013. (3m)
KDNK NOMINAL
= IHP tahun semasa / IHP tahun asas x KDNK Benar

ii) Mengapakah KDNK nominal berbeza dengan KDNK benar pada tahun 2012
dan tahun 2013 ? (1m)
KDNK nominal adalah lebih besar daripada KDNK benar pada kedua-dua tahun
iaitu tahun 2012 dan tahun 2013 kerana indeks harga pengguna negara itu
semakin meningkat.

SOALAN 29
a i) Adakah Ringgit Malaysia mengalami naik nilai atau susut nilai berbanding
dengan Renminbi China tahun 2011 hingga tahun 2013 ? Jelaskan jawapan
anda. (3m)
Ringgit Malaysia mengalami naik nilai berbanding dengan Renminbi China
daripada tahun 2011 hingga tahun 2012 kerana lebih sedikit RM diperlukan
untuk bertukar dengan satu unit Renminbi China pada tahun 2012.
Ringgit Malaysia mengalami susut nilai daripada tahun 2012 hingga tahun 2013
kerana lebih banyak Ringgit Malaysia diperlukan bagi satu unit Renminbi China.

ii) Adakah hubungan antara kadar pertukaran Ringgit Malaysia dengan


Renminbi China selaras dengan teori ekonomi tentang aliran eksport dan
import ? Jelaskan jawapan anda. (3m)

Perubahan kadar pertukaran Ringgit Malaysia dengan Renminbi China adalah


selaras dengan teori ekonomi pada tahun 2012 kerana pada tahun tersebut
Ringgit Malaysia mengalami naik nilai , harga eksport Malaysia menjadi lebih
mahal maka eskport Malaysia ke China menurun.
Pada tahun 2013 adalah tidak selaras dengan teori kerana import China
melebihi eksportnya. Hal ini menyebabkan penawaran Renminbi China
bertambah makan nilai RM naik nilai.

b i) Hitung eksport bersih Malaysia ke China pada tahun 2013. (2m)


Eksport bersih = Eksport – Import
= RM 96966 juta – RM 106264 juta
= RM 9298 juta

ii) Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke China pada tahun 2013 dengan
Renminbi China. (2m)
Renminbi = RM 9298

Anda mungkin juga menyukai