Anda di halaman 1dari 8

Kolej Matrikulasi Kedah

1. Huraikan mengapa pertumbuhan ekonomi yang tinggi ingin dicapai oleh sesebuah
negara. [3 markah]

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi ingin dicapai oleh sesebuah negara adalah untuk
mencapai taraf hidup yang tinggi melalui pendapatan perkapita yang tinggi. Selain itu,
pertumbuhan ekonomi yang tinggi dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan
mengurangkan pengangguran dalam sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi yang
tinggi juga berperanan untuk menggalakkan pelaburan dan tabungan dalam ekonomi.

2. Huraikan mengapa imbangan pembayaran yang memuaskan ingin dicapai oleh


sesebuah negara. [3 markah]

Imbangan pembayaran yang memuaskan ingin dicapai oleh sesebuah negara bertujuan
mengekalkan atau meningkatkan rizab antarabangsa sesebuah negara. Selain itu,
imbangan pembayaran yang memuaskan juga dapat mengukuhkan nilai mata wang
sesebuah negara berbanding mata wang asing. Imbangan pembayaran yang
memuaskan turut meningkatkan peluang pekerjaan melalui aliran masuk modal dari
luar negara.

3. Huraikan bagaimana faktor pertumbuhan penduduk yang sangat tinggi menjadi


penghalang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. [2 markah]

Pertumbuhan penduduk yang sangat tinggi menghalang pertumbuhan ekonomi


sesebuah negara kerana boleh menyebabkan produktiviti penduduk menjadi rendah
dan seterusnya menyebabkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat menjadi
rendah. Selain itu, pertumbuhan penduduk yang sangat tinggi menyebabkan berlaku
pengurangan dalam pendapatan negara untuk tujuan pembentukan modal yang
diperlukan untuk pertumbuhan ekonomi. Hal ini kerana pendapatan negara digunakan
untuk menyediakan keperluan perkhidmatan sosial seperti kesihatan yang semakin
meningkat. Di samping itu, pertumbuhan penduduk yang sangat tinggi turut
menghalang pertumbuhan ekonomi sesebuah negara kerana berlaku persaingan
penggunaan tanah (faktor pengeluaran) antara industri pembuatan atau pertanian
(aktiviti ekonomi yang produktif) dengan penyediaan kawasan penempatan (aktiviti
ekonomi yang kurang produktif).

Usaha, Jaya dan Bahagia Page 1


Kolej Matrikulasi Kedah

4. Huraikan bagaimana faktor kekurangan usahawan dan tenaga buruh mahir menjadi
penghalang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. [2 markah]

Kekurangan buruh mahir menghalang pertumbuhan ekonomi sesebuah negara kerana


ia menjadi punca daya pengeluaran buruh menjadi rendah dan menyebabkan jumlah
pengeluaran rendah. Hal ini melambatkan pertumbuhan ekonomi.

Kekurangan usahawan menyekat usaha R & D dan penggunaan teknologi moden


dalam ekonomi. Hal ini menyebabkan keluaran yang dihasilkan berkualiti rendah.
Sementara itu, kekurangan ushawan juga turut menyebabkan kekurangan idea kreatif
dan inovatif dalam ekonomi sehingga menjejaskan proses pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara.

5. Jelaskan lima (5) kegunaan data pendapatan negara. [10 markah]

Data pendapatan negara boleh digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi.


Berdasarkan data pendapatan negara (Y), pertumbuhan ekonomi dapat diukur dengan
(𝑌𝑡−𝑌𝑡−1)
menggunakan rumus (kadar pertumbuhan ekonomi (%) = 𝑋 100). Jika
𝑌𝑡−1
kadarnya adalah positif maka berlaku pertumbuhan ekonomi, namun jika sebaliknya
sesebuah ekonomi dikatakan mengalami kemelesetan.

Mengukur taraf hidup masyarakat. Berdasarkan data pendapatan negara (Y), taraf
hidup masyarakat dapat diukur dengan menggunakan rumus (pendapatan perkapita
𝑃𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎
(YPK) = ). Jika nilai YPK meningkat, maka taraf hidup masyarakat
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑢𝑑𝑢𝑘
dikatakan meningkat dan sebaliknya.

Mengukur sumbangan setiap sektor dalam ekonomi. Berdasarkan keluaran negara


mengikut sektor ekonomi, sumbangan setiap sektor dalam ekonomi dapat diukur
𝐾𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑡𝑜𝑟 1
(sumbangan mengikut sektor (%) = 𝑋 100). Jika peratus
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎
sumbangan sesebuah sektor ekonomi secara relatif adalah tinggi, maka sektor
berkenaan adalah penting bagi ekonomi sesebuah negara.

Mengetahui perubahan struktur ekonomi. Berdasarkan sumbangan setiap sektor


ekonomi untuk beberapa tahun, kita boleh mengetahui sama ada berlaku perubahan
struktur ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor perkilangan jika sumbangan
sektor perkilangan meningkat lebih tinggi berbanding sektor pertanian.

Membuat perancangan ekonomi. Sumbangan setiap sektor ekonomi dan kadar


pertumbuhan ekonomi dapat membantu kerajaan membuat ramalan dan perancangan
ekonomi pada masa depan dengan lebih efektif dan lebih tepat.

Usaha, Jaya dan Bahagia Page 2


Kolej Matrikulasi Kedah

Mengenal pasti pola agihan pendapatan penduduk dalam sesebuah negara.


Berdasarkan kaedah pendapatan dalam mengira pendapatan negara, jika sumbangan
keuntungan dan dividen adalah tinggi bermaksud kumpulan usahawan merupakan
kumpulan utama yang menjadi tumpuan agihan pendapatan.

Mengenal pasti corak perbelanjaan penduduk. Berdasarkan kaedah perbelanjaan


dalam mengira pendapatan negara, jika perbelanjaan penggunaan (C) adalah tinggi, ia
memberi makna bahawa corak perbelanjaan penduduk lebih tertumpu kepada
perbelanjaan ke atas barang pengguna berbanding barang modal.

6. Apakah maksud pengganda dan bagaimana pengganda diukur? [3 markah]

Pengganda adalah satu ukuran berapa kali ganda pendapatan negara bertambah kesan
daripada pertambahan dalam perbelanjaan agregat seperti perbelanjaan penggunaan
(C), perbelanjaan pelaburan (I) atau perbelanjaan kerajaan (G). Nilai pengganda
∆𝑌 1
diukur dengan menggunakan rumus (k= ∆𝐴𝐸 𝑎𝑡𝑎𝑢 ).
1−𝑀𝑃𝐶

Usaha, Jaya dan Bahagia Page 3


Kolej Matrikulasi Kedah

7. Berbantukan rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS). Huraikan kesan


kenaikan pelaburan ke atas keseimbangan pendapatan negara. [7 markah]

 Keseimbangan asal pada E0 apabila AE0 bersilang dengan Y = AE pada


keseimbangan pendapatan Y0.
 Kenaikan pelaburan sebesar ∆I menyebabkan AE0 beralih ke AE1. Pada
pendapatan Y0 didapati perbelanjaan agregat melebihi penawaran agregat.
 Situasi ini mendorong firma meningkatkan keluaran menyebabkan berlaku
peningkatan pendapatan melalui proses pengganda.
 Peningkatan pendapatan negara berlaku secara berterusan sehingga mencapai
titik keseimbangan baru di E1. Keseimbangan baru dicapai pada E1, iaitu AE1
bersilang dengan Y = AE pada keseimbangan pendapatan Y1.

Usaha, Jaya dan Bahagia Page 4


Kolej Matrikulasi Kedah

8. Berbantukan rajah, huraikan kesan pertambahan pendapatan negara terhadap kadar


bunga berdasarkan Teori Kewangan Keynes. [10 markah]

• Keseimbangan asal di titik E0 dengan r = r0 yang dicapai apabila Md (Y0) = Ms atau


dicapai pada titik persilangan keluk Md dengan Ms.

• Apabila pendapatan negara meningkat, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan
meningkat. Peningkatan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk Md (Y0)  Md (Y1).

• Pada tingkat kadar bunga r0, permintaan wang melebihi penawaran wang. Apabila
wujud lebihan permintaan wang, masyarakat akan menjual bon untuk mendapatkan
wang tunai.

• Penjualan bon akan menurunkan harga bon. Hal ini menyebabkan kadar bunga akan
meningkat kerana hubungan antara kadar bunga dengan harga bon adalah songsang.

• Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di E1 dengan kadar bunga
r1 yang dicapai apabila Md (Y1) = Ms.

Usaha, Jaya dan Bahagia Page 5


Kolej Matrikulasi Kedah

9. Jelaskan bagaimana lima (5) alat dasar kewangan dapat mengurangkan perbelanjaan
penggunaan dan seterusnya mengatasi masalah inflasi. [10 markah]

Penjualan surat jaminan kerajaan di pasaran terbuka (operasi pasaran terbuka).


Langkah ini menyebabkan penawaran wang berkurang menyebabkan kadar bunga
meningkat. Kadar bunga meningkat menggalakkan tabungan dalam kalangan
masyarakat menyebabkan perbelanjaan penggunaan jatuh. Kesannya inflasi dapat
dikurangkan.

Menaikkan nisbah rizab berkanun dan rizab tunai. Hal ini menyebabkan keupayaan
penciptaan kredit oleh bank perdagangan berkurang, Oleh itu pinjaman berkurang
menyebabkan perbelanjaan penggunaan turut berkurang.

Menaikkan kadar bank. Kadar bank ialah kadar bunga yang dikenakan oleh bank
pusat terhadap pinjaman yang dibuat oleh bank perdagangan dan institusi kewangan
lain. Jika kadar bank dinaikkan, kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai dan
firma akan naik. Kesannya, penawaran wang berkurang, tabungan meningkat dan
perbelanjaan penggunaan jatuh.

Penjualan bon oleh pihak kerajaan menyebabkan wang dalam edaran berkurangan.
Kesannya permintaan wang untuk tujuan urus niaga berkurangan. Hal ini secara
langsung menyebabkan perbelanjaan penggunaan menurun.

Memanjangkan tempoh matang sekuriti kerajaan (pendanaan semula atau refunding).


Pendanaan dibuat oleh bank pusat apabila bank perdagangan mempunyai harta cair
yang sangat banyak. Pendanaan menyebabkan tempoh matang hutang negara menjadi
lebih lama. Langkah ini mengurangkan keupayaan bank perdagangan untuk mencipta
kredit menyebabkan pinjaman berkurangan dan perbelanjaan penggunaan berkurang.

Usaha, Jaya dan Bahagia Page 6


Kolej Matrikulasi Kedah

10. Terangkan empat (4) jenis sekatan bukan tarif. [4 markah]

Kuota import merupakan sekatan terhadap kuantiti barang tertentu yang boleh
diimport ke dalam sesebuah negara.

Kawalan pertukaran asing. Campur tangan kerajaan dalam pasaran pertukaran asing
melalui kawalan pembelian dan penjualan mata wang asing.

Subsidi eksport. Bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeluar atau
pengeksport tempatan untuk menggalakkan eksport negara.

Embargo. Dasar kerajaan menyekat perdagangan antarabangsa.

Kawalan piawaian. Menetapkan spesifikasi barangan yang diniagakan.

11. Huraikan tiga (3) matlamat pelaksanaan sekataan perdagangan antarabangsa.


[6 markah]

Melindungi industri strategik – Industri strategik ialah industri yang mempunyai


kepentingan utama dari segi ekonomi, politik dan keselamatan negara. Dasar
perlindungan dilakukan supaya kedaulatan negara tidak terjejas oleh pengaruh asing.

Melindungi industri muda – Industri muda merupakan industri yang baharu


berkembang dan belum mencapai tahap optimum/kecekapan untuk bersaing dengan
industri asing. Dasar perlindungan bertujuan supaya industri muda boleh berdikari
dan mampu bersaing dengan industri asing.

Memperbaiki imbangan pembayaran – Import yang melebihi eksport menjejaskan


imbangan pembayaran. Dasar perlindungan dapat mengekang peningkatan import
melalui tarif atau kuota.

Mencegah lambakan – Lambakan merupakan tindakan negara asing menjual barang


dengan harga yang sangat rendah di pasaran tempatan berbanding harga barang
tempatan. Apabila harga barang luar lebih murah, permintaan terhadap barang
tempatan akan berkurang. Dasar perlindungan bertujuan supaya barang import dijual
pada harga yang lebih tinggi.

Mengurangkan pergantungan kepada negara asing – Kebergantungan kepada barang


import menjejaskan kemampuan pengeluaran tempatan dari segi kualiti dan kuantiti.
Dasar perlindungan bertujuan merangsang pertumbuhan industri penggantian import
dan meningkatkan kemampuan pengeluar tempatan. Di samping itu, dasar

Usaha, Jaya dan Bahagia Page 7


Kolej Matrikulasi Kedah

perlindungan juga dapat mengurangkan permintaan ke atas barang import dan


meningkatkan daya pengeluaran tempatan.

Mengurangkan pengangguran – Dasar perlindungan boleh meningkatkan aktiviti


pengeluaran tempatan. Perkembangan industri tempatan mampu mencipta lebih
banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.

Mempelbagaikan ekonomi – Dasar perlindungan dapat memberi peluang kepada


industri tempatan untuk memenuhi permintaan pelbagai barangan. Hal ini
menyebabkan pengeluaran pelbagai produk industri tempatan meningkat.

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi – Dasar perlindungan boleh menyebabkan


aliran faktor ke luar negara akan berkurangan. Hal ini boleh menyebabkan pelaburan
tempatan meningkat dan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Usaha, Jaya dan Bahagia Page 8

Anda mungkin juga menyukai