Anda di halaman 1dari 25

Nota esei

isu ekonomi

Nota Esei: Isu Ekonomi

Legal Notice
Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email admin@tipsptd.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk PTD Assessment Center dan Temuduga PTD di masa hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Team Tips PTD, Januari 2010

Edisi Pertama Januari 2010

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Nota Esei: Isu Ekonomi

Pengenalan
Nota ini merangkumi beberapa Isu penting dalam rangkuman Isu Semasa. Ianya disediakan sebagai rujukan pantas anda sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan bertulis terutama soalansoalan dalam Seksyen A, D dan E. Penulisan esei contohnya, menuntut anda mempunyai pengetahuan dan fakta mengenai isu-isu yang khas. Jika anda tiada maklumat tentang isu yang ditanyakan, adalah menjadi satu masalah dan sudah pasti mengganggu peluang anda untuk LULUS dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Sekali lagi dinyatakan, ianya bukan soalan atau tajuk spot tapi lebih kepada menyediakan anda kepada asakan isu semasa yang mungkin anda tertinggal atau tidak tahu secara jelas. Mudahmudahan nota-nota ini membantu anda dan sekiranya ianya tidak keluar sekalipun di dalam peperiksaan, ianya amat berguna untuk anda memperkayakan maklumat sedia ada anda dalam isuisu semasa kini. Nota-nota ini adalah pengumpulan dari kenyataan umum kerajaan, berita akhbar dan kumpulan pendapat-pendapat yang ditapis dan diselaraskan mengikut kesesuaian. Salam kejayaan untuk anda!

Team Tips PTD

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Nota Esei: Isu Ekonomi

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI


Pengenalan
Semasa penggubalan Bajet 2009, Amerika Syarikat (AS) sedang mengalami krisis kewangan. Pihak Kerajaan sememangnya telah menyedari situasi yang berlaku di AS ekoran amalan sub-prima gadaian oleh bank-bank komersial AS. Kegagalan peminjam-peminjam yang tidak layak membayar balik pinjaman berkenaan telah menyebabkan berlakunya NPL (non performing loan) atau pinjaman tidak berbayar.

NPL telah mencetuskan kelembapan ekonomi kepada sektor lain dan juga Negara-negara lain yang berurusan dengan AS chain economic effect. Kesan yang paling teruk ialah terhadap bank-bank AS yang mengeluarkan pinjamanpinjaman tersebut. Situasi ini telah mencetuskan ketidaktentuan jangkaan ekonomi dunia. Impak daripada itu telah mengesankan ekonomi Negara.

Krisis ekonomi AS menyebabkan pengurangan eksport Malaysia ke AS iaitu jatuh daripada 15% pada September ke tahap -2.6% pada Oktober. Antara sektor pembuatan yang terkesan oleh situasi ini ialah pengeluar barangan elektrikal di Pulau Pinang. Pengurangan eksport ke AS bermakna pengeluaran terpaksa dikurangkan dan bagi menangani situasi ini cost of production perlu dikurangkan. Sehubungan itu, terdapat kilang-kilang pengeluar menyingkatkan tempoh kerja atau waktu operasi.

Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia terus menjejaskan pendapatan Negara. Ini kerana kebergantungan kepada jualan minyak mentah adalah tinggi dan menguntungkan. Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia turut mengheret ketidaktentuan pasaran saham dan komoditi tempatan. Ini bermakna krisis yang berlaku di AS telah menyebabkan pengurangan permintaan terhadap sektor industri tempatan atau eksport.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Nota Esei: Isu Ekonomi

Kebijaksanaan pengurusan dan pentadbiran kewangan Negara terbukti apabila situasi kewangan Negara tetap kukuh berasaskan keteguhan bank-bank tempatan (RWCR: 12.6% dan NPL: 2.4%), simpanan 37% daripada KDNK dan rizab yang tinggi iaitu USD 99.7 bilion dan mampu bertahan sehingga lapan (8) bulan. Namun demikian, kekukuhan ini tidak terlindung sepenuhnya daripada kesan krisis kewangan global. Kita perlu mencari jalan mengatasi krisis ini melalui penjanaan hasil seperti pengembangan produk di halal hab, focus pasaran pelancongan ke Negara-negara Timur Tengah, pengembangan dan pembangunan ICT yang berterusan.

Sebagai langkah positif, Kerajaan telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi memastikan ekonomi Negara sentiasa kukuh. Pakej-pakej seperti ini telah dilaksanakan oleh Negara-negara maju yang lain seperti AS (USD700 bilion), China (USD586 bilion), Korea Selatan (USD10.8 bilion) dan Hungary (USD7 bilion).

Matlamat
Pakej Rangsangan Ekonomi bertujuan meningkatkan pelaburan domestik, memastikan kuasa beli rakyat terus kukuh dan mengurangkan pengangguran melalui program-program latihan dan kemahiran. Kerajaan juga terpaksa mengambil alih pelaburan swasta bagi menggerakkan dan mewujudkan aktiviti ekonomi. Pakej ini juga menjadi penyelamat kepada projek-projek pembangunan rakyat dan Negara.

Fokus strategi pakej ialah mengkaji projek-projek yang berpotensi memberikan kesan berganda dan kandungan import yang tinggi seperti menangguhkan pembelian Eurocopter oleh ATM. Keutamaan pakej adalah untuk kesejahteraan rakyat dan kontraktor-kontraktor tempatan contohnya melalui aktiviti ekonomi yang membolehkan spill over kepada rakyat.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Nota Esei: Isu Ekonomi

Huraian
Bajet 2009 yang dibentangkan pada Ogos 2008 telah menggariskan sebelas (11) langkah ke arah memperkukuhkan daya tahan ekonomi Negara melalui Pakej Rangsangan Ekonomi, iaitu: Jaringan Keselamatan Sosial Bertujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat, khususnya melalui skim-skim bantuan tertentu; Menetapkan garis par kemiskinan RM720 (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah); Mempercepatkan pelaksanaan pendaftaran secara liputan penuh penerima bantuan kebajikan masyarakat berdasarkan tahap kelayakan baru selaras dengan peningkatan paras Pendapatan Garis Kemiskinan;

Dasar Jaminan Makanan Bahan makanan yang tidak mencukupi disebabkan kekurangan pengeluaran dalaman.

Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat Bajet 2009 membolehkan rakyat meningkatkan pendapatan untuk kegunaan keluarga atau take home tea;

Mekanisme ini dilaksanakan melalui semakan semula ke atas kelayakan pembayaran cukai pendapatan;

Sehubungan itu seramai lebih kurang 100,000 rakyat dikategorikan sebagai belum layak untuk membayar cukai pendapatan masing-masing;

Mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% kepada 8% selama 2 tahun mulai 1 Januari 2009;

Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan skim mikro kredit sebanyak RM200 juta;

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Nota Esei: Isu Ekonomi

Menambah premis perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana yang berjumlah RM100 juta;

Menjamin Kebajikan Pekerja Pakej ini turut member sumbangan kepada pekerja sektor swasta pelepasan cukai kepada individu yang dibayar elaun sebanyak RM2500 sebulan dan penerima kupon RM1000 sebulan;

Membenarkan penjawat awam untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan;

Melanjutkan bayaran balik pinjaman perumahan Kerajaan sedia ada secara sukarela daripada 25 tahun kepada 30 tahun;

Meningkatkan had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam, iaitu: o o o JUSA - daripada RM60,000 kepada RM70,000 Gred 41 54 - daripada RM55,000 kepada RM65,000 Sokongan - daripada RM45,000 kepada RM55,000

Menambah Baik Pengangkutan Awam Bagi tujuan menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM35 bilion untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan awam mulai tahun 2009 hingga tahun 2014;

Memantapkan dan menyelenggarakan sistem pengangkutan awam khususnya LRT, komuter dan bas di bandar-bandar utama (RM500 juta);

Pelaksanaan projek-projek kecil di bawah Program Penyelenggaraan Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) yang bernilai RM600 juta.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Nota Esei: Isu Ekonomi

Program Perumahan Bagi memastikan setiap rakyat mampu memiliki rumah kediaman masing-masing, SPNB dipertanggungjawabkan untuk membina 6500 unit rumah mampu milik melalui program Rumah Mesra Rakyat;

Manakala Jabatan Perumahan Negara, KPKT akan membina 4,000 unit rumah kediaman melalui Program Perumahan Rakyat;

Kementerian Luar Bandar dan Wilayah akan membina 15,000 unit rumah kediaman melalui program PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin);

Kerajaan juga menggerakkan semula projek-projek perumahan terbengkalai di kawasankawasan strategik dan berdaya maju. Tanggungjawab ini diamanahkan kepada SPNB dengan nilaian sejumlah RM200 juta.

Mempertingkatkan Program Latihan dan Kemahiran Menyediakan Dana Program Latihan Kemahiran sejumlah RM300 juta bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di Koridor Pertumbuhan;

Mempercepatkan proses pengambilan kakitangan bagi jawatan kritikal yang amat diperlukan di sektor awam (18,000 kekosongan) secara kontrak (contract for service) sebelum dilantik secara tetap;

Membiayai program latihan kemahiran golongan belia di institut latihan swasta (RM200 juta);

Memperkasakan golongan belia melalui program-program khusus oleh agensi-agensi berkenaan (RM100 juta);

Bantuan kewangan kepada sekolah bantuan Kerajaan (SBK) iaitu sekolah agama bantuan Kerajaan, SJK Cina dan Tamil serta mission school (sekolah ibadat) sejumlah RM200 juta.

Memantapkan Perkhidmatan Kesihatan Menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggarakan hospital.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Nota Esei: Isu Ekonomi

Persekitaran Kondusif Bagi Pelaburan Swasta Mewujudkan Dana Pelaburan sejumlah RM1.2 bilion yang bertujuan menarik pelaburan swasta ke dalam Negara;

Mempermudah proses pengambilan tenaga kerja profesional, pengiktirafan kelayakan asing; Memberikan kemudahan permit terus kepada knowledge worker berbanding aplikasi semasa iaitu memberikan permit kepada majikan;

Menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur lebar Berkelajuan Tinggi (high speed broad band HSBB) yang bernilai RM400 juta bagi meningkat keupayaan komunikasi;

Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang untuk sektor pembinaan dan pembuatan;

Semua Approved Permit (AP) bagi keluaran besi keluli panjang akan dikecualikan cukai; Libatkan GLC dalam pembangunan wilayah koridor seperti PETRONAS ECER, SIME DARBY NCER, KHAZANAH WILAYAH ISKANDAR serta lainnya.

Mempromosikan Pelancongan Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai RM500,000 atau lebih untuk kegunaan sendiri tanpa kelulusan FIC;

Melanjutkan masa perniagaan pasar raya besar dan pusat membeli belah untuk kemudahan pelancong asing;

Mempergiatkan Pelancongan Mempermudah dan mempercepatkan proses pengeluaran visa di bawah program pelancongan dan pendidikan.

Pelan Tenaga Negara Memantapkan pendidikan awal kanak-kanak pra-sekolah melalui PERMATA, Tadika serta lainnya (RM200 juta).

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

Nota Esei: Isu Ekonomi

Secara keseluruhannya Pakej Rangsangan RM7 Bilion adalah berasaskan lima (5) teras misi nasional melalui strategi-strategi khusus bajet 2009 dan mencakupi tiga focus utama iaitu menjamin kesejahteraan rakyat (RM2,600 juta), membangunkan modal insan berkualiti (RM1,000 juta) dan memperkukuhkan daya tahan Negara (RM3,400 juta).

Latar Belakang PMU


Unit Pengurusan Projek ( Project Management Unit PMU ) dipertanggungjawabkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk memantau dan mengawal-selia Pakej Rangsangan Ekonomi 1 berjumlah RM 7 bilion dan Pakej Rangsangan Ekonomi 2 berjumlah RM 60 bilion supaya diimplementasikan dengan berhemah dan segera bagi menentukan keberkesanan polisi fiskal yang telah ditetapkan. Bidang Tugas Memastikan perlaksanaan semua program dan projek yang telah diumumkan dilaksanakan dengan segera Memantau dan menyelaras perlaksanaan semua program dan projek supaya berjalan lancar Mengadakan mesyuarat dengan kementerian/agensi pelaksana secara berkala untuk memantau dan mengatasi sebarang masalah yang menghalang kelancaran pelaksanaan program dan projek Melaporkan kemajuan pelaksanaan program dan projek serta isu dan cadangan penyelesaian setiap dua minggu kepada Y.B Menteri Kewangan II dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan Melaporkan kemajuan pelaksanaan program dan projek serta isu dan cadangan penyelesaian setiap dua minggu kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan setiap bulan.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

10

Nota Esei: Isu Ekonomi

HARGA MINYAK
Mengapa berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia?
Harga minyak mentah dunia, berpandukan harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (WTI), meningkat kerana: Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007), terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia; Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa negara OPEC seperti Iran dan Iraq yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah; dan Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading).

Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat tinggi di pasaran dunia. Harga minyak mentah jenis WTI, telah meningkat daripada purata AS$41.60 setong pada tahun 2004 kepada AS$72.28 setong pada tahun 2007. Pada bulan Disember 2007 harga purata adalah sebanyak AS$91.36 setong dan terus meningkat kepada AS$92.98 setong pada bulan Januari 2008.

Harga minyak mentah jenis Tapis (minyak mentah keluaran Malaysia) turut meningkat daripada purata AS$41.48 setong pada tahun 2004 kepada AS$78.30 pada tahun 2007. Pada bulan Januari 2008 harga purata terus meningkat kepada AS$96.74 setong.

Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak kita perlu naik?
Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Anda tak seharusnya GAGAL lagi 11

Nota Esei: Isu Ekonomi

Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. Walau bagaimanapun OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia tetapi ia tidak mampu mempengaruhi harga pasaran minyak sepenuhnya.

Dari segi produk petroleum tempatan (petrol, diesel dan LPG), PETRONAS hanya membekalkan 42 peratus daripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekal rendah, Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak dan adalah tidak bijak Kerajaan berbuat demikian. Jika PETRONAS pula dikehendaki menanggung keseluruhan subsidi tersebut, bermakna PETRONAS juga terpaksa menanggung subsidi yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Ini kerana Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik Kerajaan.

Berapakah harga petrol RON97 dan diesel di Malaysia berbanding harga di negara jiran?
Secara perbandingan, harga petrol RON97 dan diesel di Malaysia adalah lebih murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah di antara yang terendah di dunia. Kerajaan juga terpaksa mengenakan beberapa inisiatif larangan eksploitasi seludup dan penggunaan minyak oleh rakyat Negara jiran seperti Singapura dan Thailand Update terkini, Januari 2010, menteri berkaitan, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan yang harga minyak akan dijual dalam 2 harga berlainan, satu dengan subsidi dan satu tanpa subsidi dan mekanismanya dijangka akan diumumkan dan dikuatkuasakan pada bulan Mei 2010

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

12

Nota Esei: Isu Ekonomi

Bagaimanakah Kerajaan memastikan harga produk petroleum lebih rendah daripada negara jiran?
Kerajaan memastikan harga produk petroleum (petrol, diesel dan LPG) rendah dengan memberi subsidi dan pengecualian cukai jualan kepada pengguna. Dengan adanya subsidi, harga runcit bagi satu tong gas seberat 12 kilogram di Semenanjung adalah RM21.00 sedangkan harga sebenar ialah RM45.61. Jadi bagi setiap tong gas 12kg di Semenanjung, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM24.61. Subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan bagi setiap tong gas 12kg di Sabah ialah RM25.38 manakala di Sarawak ialah RM25.28.

Kenapa Kerajaan perlu berhemat dalam pemberian subsidi bagi produk petroleum?
Ini adalah kerana jumlah tanggungan subsidi Kerajaan semakin besar iaitu RM16.2 bilion pada tahun 2007. Sekiranya harga minyak mentah dunia terus meningkat, tanggungan subsidi Kerajaan juga turut meningkat. Untuk tahun 2009, kerajaan menaggung subsidi 30 sen seliter dan jumlah subsiti tanggungan adalah melebihi RM 1 bilion Apabila jumlah subsidi dan pengecualian cukai jualan semakin meningkat, wang yang ada untuk tujuan pembangunan serta subsidi sektor lain terpaksa dikurangkan. Pemberian subsidi dan pengecualian cukai jualan yang tidak berhemat akan meningkatkan perbelanjaan mengurus Kerajaan dan seterusnya memburukkan keadaan defisit akaun Kerajaan. Ini akan menyebabkan Kerajaan terpaksa terus berhutang bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat tersebut. Sekiranya keadaan ini berterusan, beban hutang akan terus ditanggung oleh generasi akan datang.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

13

Nota Esei: Isu Ekonomi

Siapakah yang sepatutnya mendapat manfaat subsidi?


Tujuan Kerajaan memberi subsidi minyak adalah untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sebaliknya, subsidi lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya yang menggunakan kenderaan mewah berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan motorsikal. Harga runcit produk petroleum dalam negeri jauh lebih rendah berbanding harga runcit di negara jiran. Ini menggalakkan kegiatan penyeludupan ke luar negara yang bererti rakyat asing dapat menikmati subsidi tersebut. Dengan kata lain, wang rakyat Malaysia digunakan untuk faedah rakyat negara jiran dan penyeludup. Subsidi produk petroleum hanya diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian dan isi rumah serta sektor tertentu seperti sektor pertanian dan pengangkutan awam termasuk bot penumpang. Walau bagaimanapun, berlaku penyelewengan penjualan produk petroleum bersubsidi tersebut kepada sektor perindustrian dan ini menguntungkan pihak tidak sepatutnya menikmati subsidi berkenaan.

Adakah Kerajaan memberi subsidi produk petroleum tambahan kepada sektor-sektortertentu?


Ya, selain daripada subsidi produk petroleum yang telah disebutkan, Kerajaan juga telah memberi beberapa subsidi tambahan kepada sektor terpilih. Ini untuk mengurangkan beban rakyat, terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana serta memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak meningkat dengan mendadak. Subsidi tambahan turut diberi kepada pengusaha kenderaan awam dan perdagangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi. Sebanyak 84 peratus pengangkutan awam dan pengangkutan barangan pengguna atau lebih 275,900 kenderaan layak menikmati harga diesel bersubsidi pada harga RM1.43 seliter. Harga ini adalah 15 sen lebih rendah berbanding harga semasa RM1.58 seliter untuk pengguna lain. Anda tak seharusnya GAGAL lagi 14

Nota Esei: Isu Ekonomi

Sebanyak 20 jenis kenderaan termasuk bas sekolah, bas ekspres, bas mini, kereta sewa dan teksi layak menggunakan kemudahan fleetcard ini di 3,121 stesen minyak di seluruh negara. Surat kelulusan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kerajaan juga melaksanakan Sistem e-Diesel Nelayan bagi sektor perikanan. Melalui sistem ini Kerajaan menetapkan diesel bersubsidi pada harga RM1.00 seliter kepada kira-kira 18,000 nelayan di seluruh negara.

Selain itu, seramai 15,000 nelayan pesisir pantai yang menggunakan bot dengan enjin sangkut petrol dan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga menikmati petrol bersubsidi pada harga RM1.00 seliter.

Diesel bersubsidi juga diberikan kepada pengusaha bot penumpang di pedalaman Sabah dan Sarawak pada harga RM1.20 seliter.

Apakah sumbangan PETRONAS kepada negara?


PETRONAS adalah sebuah syarikat ditubuhkan oleh Kerajaan pada tahun 1974, bertujuan untuk membangunkan sumber minyak dan gas negara. Kini, PETRONAS telah berkembang untuk menjadi sebuah syarikat minyak dan gas yang tersenarai dalam Fortune Global 500, iaitu tergolong sebagai salah satu syarikat terbesar dunia. PETRONAS mempunyai empat anak syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan beroperasi di lebih 33 buah negara. Ini menjadikan PETRONAS sebagai sebuah syarikat minyak dan gas multinasional. Terdapat banyak sumbangan besar PETRONAS kepada negara, di antaranya: Pada tahun 2007, PETRONAS telah menyumbang RM48.3 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti. Jumlah ini merupakan 66.2 peratus daripada keuntungan kasar. Dalam sektor pendidikan, PETRONAS telah menubuhkan Universiti Teknologi Petronas dan Institut Teknologi Petroleum bagi menyediakan peluang pengajian di peringkat tertiari. Anda tak seharusnya GAGAL lagi 15

Nota Esei: Isu Ekonomi

PETRONAS juga turut memberikan biasiswa kepada pelajar berkelayakan di sekolah menengah dan di universiti tempatan dan luar negara.

Petrosains di KLCC yang dimiliki dan dikendali oleh PETRONAS adalah bagi mendedah dan meningkatkan minat para pelajar dan generasi muda terhadap ilmu sains dan teknologi.

Pendedahan ini diharap menjadi langkah pertama ke arah mendalami imu tersebut dan seterusnya melahirkan ahli sains dan teknologi tempatan yang berwibawa.

Pembinaan KLCC merupakan mercu tanda utama pembangunan negara manakala Taman Rekreasi KLCC disediakan secara percuma untuk kegunaan semua golongan masyarakat.

PETRONAS melalui anak syarikatnya Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. sebagai pemaju Putrajaya telah menyumbang kepada pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Di samping itu, PETRONAS berperanan sebagai agensi peneraju Koridor Ekonomi Wilayah Timur.

Dalam sektor pelancongan, PETRONAS telah menganjurkan sukan elit Formula 1 di Malaysia sebagai salah satu strategi penjenamaan Malaysia di peringkat antarabangsa dan sebagai satu usaha untuk menggalakkan pelancongan di dalam negara. Di samping itu, PETRONAS melibatkan diri dalam teknologi pembangunan enjin automatif bagi Formula 1 dan kegunaan komersil.

Selain itu, PETRONAS juga memberi subsidi gas kepada sektor tenaga dan sektor bukan tenaga berjumlah RM58.2 bilion bagi tempoh Mei 1997 hingga Mac 2007. Harga gas yang ditetapkan kepada sektor tenaga pada masa ini hanyalah RM6.40 setiap million British Thermal Unit (mmbtu) sahaja sedangkan harga gas berasaskan harga komersial ialah sebanyak RM40.53 setiap mmbtu. Pada tahun 2006, PETRONAS telah membelanjakan sebanyak RM15.6 bilion untuk membekalkan gas bersubsidi kepada sektor tenaga dan bukan tenaga.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

16

Nota Esei: Isu Ekonomi

Selain daripada subsidi minyak, adakah bantuan lain yang diberi oleh Kerajaan?
Ya, selain daripada subsidi minyak terdapat pelbagai bantuan lain yang diberikan oleh Kerajaan. Subsidi adalah bantuan diterima secara terus oleh pengguna atau pengeluar / pengusaha seperti subsidi minyak, persekolahan seperti bantuan makanan dan pinjaman buku teks, subsidi bantuan harga padi dan subsidi baja, subsidi kepada orang asli, pengangkutan udara ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Bantuan-bantuan lain adalah dalam bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan dengan harga bayaran minimum atau percuma. Di antaranya adalah rawatan perubatan di klinik dan hospital Kerajaan, pendidikan di sekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi awam, biasiswa dan pinjaman pelajaran.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

17

Nota Esei: Isu Ekonomi

DASAR PENSWASTAAN
Latar Belakang
Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.

Rasional
Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities Industri in Malaysia pada 28hb April, 1984 menyatakan....

Goverment the world over are notorious for inefficiency when running enterprises, even aided by monopoly and the authority of Government. On the other hand, the private sector is better motivated and generally more efficient. It is hoped that privatisation will improve the economic and general performance of the services, resulting in a more rapid growth of the nation as a whole'.

Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

18

Nota Esei: Isu Ekonomi

Objektif
Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut:

(i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah. Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang telah menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus.

(ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi.

(iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumbersumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya. Lebih banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan. Anda tak seharusnya GAGAL lagi 19

Nota Esei: Isu Ekonomi

(iv) Pembahagian Sumber Serta Kecekapan Lebih banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.

(v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu.

Strategi Pelaksanaan
Beberapa isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan pengswastaan sesuatu perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan satu garis panduan yang lengkap untuk memudahkan

Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah: (a) Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation); (b) Soal keselamatan; (c) Perundingan; (d) Implikasi kewangan; (e) Penentuan harga; Anda tak seharusnya GAGAL lagi 20

Nota Esei: Isu Ekonomi

(f) Implikasi kepada kakitangan; (g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;

Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambilalih harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang diswastakan.

Penutup:
Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Pengswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta. Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut. Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada pengguna penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

21

Nota Esei: Isu Ekonomi

DASAR HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN LUAR BANDAR


Latar Belakang
Semasa membentangkan kajian Separuh Penggal rancangan Malaysia Ke IV di Parlimen pada 29hb Mac, 1984 Y.A.B. Perdana Menteri telah menekankan bahawa Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki keadaan hidup penduduk-penduduk luar bandar. Selanjutnya, beliau menegaskan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan pembangunan luar bandar telah diberi tekanan yang istimewa oleh Kerajaan. Dalam ertikata luas, takrif luar bandar yang dimaksudkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bukanlah merujuk kepada lokasi dari segi fizikal dan geografi tetapi kepada kawasan-kawasan di mana terdapat petani dan nelayan miskin, penduduk miskin di kampungkampung baru dan estet-estet. Membangunkan masyarakat miskin sedemikian adalah merupakan pembangunan luar bandar. Untuk menegaskan lagi pencapaian matlamat ini, Y.A.B. Perdana Menteri telah memanggil satu mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan pada 10hb April, 1984 dengan tujuan menegaskan lagi komitmen Kerajaan serta membuktikan halacara baru dalam pembangunan luar bandar. Halacara baru ini adalah merupakan 'concerted effort' pihak Kerajaan dalam kesungguhannya bekerja bagi memperbaiki masyarakat luar bandar.

Rasional
Dasar ini adalah berasaskan kepada: (a) Ekoran daripada hasrat Kerajaan untuk melatih dan memupuk pemahaman di kalangan masyarakat kampung mengenai aspek-aspek pelaburan yang merangkumi konsep kos pulangan dan keuntungan;

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

22

Nota Esei: Isu Ekonomi

(b) Penyemaian pengetahuan kepada penduduk-penduduk di luar bandar supaya mereka dapat menganggap bahawa wang bukan sahaja sebagai satu medium pertukaran tetapi juga alat pelaburan. Oleh itu, adalah didapati perlu mengubah keadaan masyarakat desa supaya menjadi lebih monetised;

(c) Di zaman moden ini, tidak lagi boleh diterima sistem 'peasantry' atau sistem di mana petani cuba menampung sara hidup dengan memiliki dan mengerjakan tanah sebesar 'kankang kera'. Kerajaan berpendapat bahawa masyarakat petani tidak wajar dijadikan mangsa kepentingan strategi makanan negara. Mereka hendaklah dipelihara daripada nasib yang buruk ini dengan kesanggupan mereka menukar, secara beransur-ansur cara dan pergantungan mereka kepada pengeluaran padi; dan

(d) Tujuan untuk mengatasi masalah saiz kebun yang tidak ekonomik dalam mana sistem pertanian kecil-kecilan diubah kepada sistem pelaburan besar-besaran, teratur dan berbentuk perniagaan.

Objektif
Dasar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian, meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa dan memudahkan penyampaian perkhidmatanperkhidmatan serta lain-lain prasarana. Matlamat dasar ialah untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk di luar bandar dengan memupuk di kalangan penduduk tersebut semangat berusaha, bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jaya diri dalam usha ekonomi yang menguntungkan.

Aspek-Aspek Dasar
Halacara baru ini melibatkan tiga aspek iaitu: (i) Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan bagi kebun-kebun kecil dan bendang-bendang;

(ii) Perwujudkan industri kampung dan perusahaan kecil atau lain-lain kegiatan ekonomi bukan pertanian; dan Anda tak seharusnya GAGAL lagi 23

Nota Esei: Isu Ekonomi

(iii) Pengelompokan dan penyusunan semula kampung-kampung secara teratur untuk membibitkan pusat-pusat pertumbuhan baru.

Strategi Pelaksanaan
Strategi perlaksanaan yang dikemukakan ialah mengadakan program pertanian berkelompok dan pengumpulan kampung-kampung yang berdekatan untuk dijadikan bandar kecil. Pesawah-pesawah akan mencantumkan tanah mereka yang sebelah menyebelah untuk dijadikan estet-estet padi. Estet-estet padi ini akan diselenggarakan oleh koperasi. Pengurus-pengurus estet akan dilatih oleh Kerajaan dan dibayar gaji oleh koperasi pemilik tanah. Jentera-jentera juga akan dimiliki oleh koperasi estet. Pemilik tanah akan mendapat saham dalam estet mengikut saiz tanah mereka sebagai peraturan daripada saiz estet. Sementara sawah mereka disatukan dan diurus sebagai estet, peserta sesuatu skim akan ditempatkan semula dalam satu kawasan yang sesuai dalam estet itu. Oleh kerana rumah-rumah yang akan diwujudkan tidak akan dibazirkan. Bandar-bandar ini akan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan dan lain-lain. Di samping itu, kedai-kedai dan perkhidmatan lain seperti klinik dan pejabat pos akan diadakan. Industri kecil yang sesuai dengan sumber alam tempatan akan dikenalpasti dan didirikan. Dalam ertikata lain bandar-bandar kecil ini akan menjadi pusat perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya. Jabatan perancang Bandar dan desa telah mengemukakan cadangan mengenai pendekatan bagi mengelompokan kampung-kampung tradisi mengikut lima model iaitu: (i) Model pemusatan; (ii) Model tarikan; (iii) Model gabungan; (iv) Model pengembangan; dan (v) Model perubahan.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

24

Nota Esei: Isu Ekonomi

Penutup:
Adalah menjadi penghargaan Kerajaan bahawa halacara baru ini akan dapat mengurangkan masalah kemiskinan yang masih mengkongkong penduduk-penduduk luar bandar. Menerusi pendekatan baru ini, penduduk-penduduk desa tidak sahaja akan menikmati perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan moden tetapi juga berpeluang untuk mengubah tahap kedudukan ekonomi mereka. Kejayaan halacara baru ini akan banyak bergantung kepada kerjasama yang erat di antara agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dan juga penduduk-penduduk desa selaku Kumpulan Sasarannya. Peranan komunikasi dan perhubungan awam dalam mendapatkan penerimaan Kumpulan Sasaran ini adalah syarat utama yang akan menentukan kejayaan halacara baru ini.

Anda tak seharusnya GAGAL lagi

25

Anda mungkin juga menyukai