Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Definisi Rasuah

Sejarah Dan Amalan Rasuah

Analisis Ekonomi Tentang Perbuatan Rasuah

Analisis Perundangan Tentang Perbuatan Rasuah

Fungsi SPRM

Akta Pencegahan Rasuah

Pendekatan Undang-undang

Analisis Etika Tentang Perbuatan Rasuah

Teori Etika Menurut Al-Quran

Teori Deontologis

Teori Teleologis

Kesimpulan

Rujukan

http://apaituilmu.blogspot.com/2016/11/rasuah-maksudsejarah-dan-amalan.html

BAB 1 PENGENALAN : MAKSUD, SEJARAH DAN AMALAN RASUAH

MAKSUD

Rasuah merupakan suatu amalan dari sisi masyarakat yang berpegang teguh pada agama,
dilihat sebagai perbuatan yang berdosa. Namun, sebagai seorang manusia yang mementingkan nilai
kebenaran dan keadilan sudah tentu rasuah merupakan amalan yang amat ditentang, bahkan
mereka yang mengamalkannya akan dipandang hina. Sesebuah negara menjadi rosak kerana ada
amalan rasuah. Sesuatu kezaliman dapat disembunyikan dan keadilan tidak dapat ditegakkan dalam
sesebuah negara yang yang mengamalkan rasuah .

Dalam sebuah karya terpilih Syed Hussein Alatas yang bertajuk Rasuah : Sifat, Sebab dan
Fungsi, di dalamnya saya memetik takrif rasuah yang dinyatakan oleh Syed Farid alatas(2007) iaitu,
rasuah ditaktifkan sebagai pencurian melalui penipuan terhadap badan pemerintah, syarikat swasta
ataupun orang awam. Rasuah terdiri daripada tiga komponen iaitu, penyuapan, pemerasan dan
nepotisme. Nepotisme bermaksud memilih seseorang bukan atas dasar kemampuan seseorang
tetapi atas dasar hubungan kekeluargaan si pemilih dan yang dipilih. Nepos merupakan perkataan
latin yang membawa maksud cucu, atau keturunan. Mereka yang mengamalkan rasuah
mengutamakan kepentingan peribadi melebihi kepentingan masyarakat umum.

Dalam karya Syed Hussein alatas itu menjelaskan bahawa terdapat 2 jenis rasuah iaitu rasuah
egoistik dan rasuah solidaristik. Rasuah solidaristik merujuk kepada segala tindakan rasuah yang
bertujuan untuk membantu kaum keluarga dan sahabat disebabkan oleh kewajipan moran dan
timbal balik, dan sering kali didorong oleh norma masyarakat.. Manakala rasuah egoistik pula
merupakan rasuah yang berasaskan keinginan untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

SEJARAH DAN AMALAN

Syed Hussein alatas(1995) mengatakan sejarah rasuah boleh dikesan sejak bermulanya
kehidupan bermasyarakat manusia, yakni tatkala organisasi sosial yang kompleks mulai muncul.
Manusia terlibat dalam fenomena rasuah selama beberapa ribu tahun. Contoh peristiwa sejarah
rasuah di empayar romawi ialah Shamash, seorang raja (sekitar tahun 200 SM) menjatuhkan
hukuman kepada seorang hakim yang menerima wang sogokan. Undang-undang Hammurabi
mengenakan hukuman mati kepada beberapa bentuk rasuah yang dilakukan oleh para pegawai
kerajaan.

Manakala di India, undang-undang manu menetapkan bahawa seorang raja mestilah tidak
serakah, tidak memeras dalam memungut cukai. Syed Hussein alatas(1995), pendapat para pendata
dan pemikir politik india menyatakan bahawa Raja mestilah melantik pegawai yang jujur untuk
memungut cukai. Raja yang menindas rakyatnya hendaklah dibunuh bersama-sama anggota
keluarganya. Para pegawai yang rasuah, yang menerima wang sogok daripada orang-orang desa
hendaklah dibuang negeri dan hata benda mereka disita.

Seterusnya, Syed Hussein alatas(1995) menyatakan sejarawan daripada Dinasti Han, Pan Ku,
mencatatkan betapa parahnya keadaan, akibat daripada kekacauan pada awal bermulanya Dinasti
tersebut(206 SM). Ketika itu, terjadinya kekurangan bijirin dan sayur-sayuran, sehinggakan orang
memakan daging manusia. Lebih daripada setengah bilangan penduduknya mati. Pengasas Dinasti
Han mengizinkan rakyat menjual anak-anak mereka dan berpindah ke daerah-daerah lain untuk
mencari makanan. Pada zaman kerajaan China kuno juga, iaitu contohnya sekitar 178 masihi, para
petani dieksploitasi. Mereka mengalami masalah pengutipa cukai kepala dan levi haram. Peraturan
sering diubah. Rakyat terpaksa menjual segala hasi mereka dengan separuh harga dan ada yang
meminjam dengan kadar 100%. Ladang dan rumah serta anak cucu dijual untuk membayar hutang
merupakan perkara yang sering berlaku.

Kemudian, antara gambaran rasuah di Delhi, Ibu Kota India ialah di setiap Kolej Universiti
Delhi, dianggarkan seramai 20% yang diterima menggunakan sijil-sijil yang palsu. Anak-anak
daripada kelluarga yang berpengaruh dan pemimpin pelajar yang gagal termasuk dalam senarai
merit mendapat sijil yang dicop oleh seorang kaunselor bahawa dia tergolong dalam kasta khas. Sijil
keterangan ini didaftarkan di perjabat Timbalan Pesuruhjaya dengan membayar wang sogok kepada
kerani yang bertugas. Anak-anak para pemimpin terkemuka diterima masuk melalui sijil keterangan
pasu seperti ini. Bila mereka kemudiannya ditangkap, fail yang mengandungi sijil-sijil palsu tersebut
tidak dapat dikesan. Penggunaan sijil-sijil palsu, perubahan markah ujian, manipulasi syarat-syarat
kelayakan masuk, berlaku di mana-mana. Hal yang sama turut terjadi di mahkamah. Menurut
anggaran seorang peguam, 95% kakitangan rendah adalah korup. Salah satu cara menyogok hakim
ialah dengan menjual barang-barang mewah dengan harga yang murah kepadanya.(Syed Hussein
alatas,1995).

BAB 2 :ANALISIS EKONOMI TENTANG PERBUATAN RASUAH

Kita akan melihat pula analisis ekonomi tentang perbuatan rasuah. Kajian membuktikan
berlaku kesinambungan yang berlaku secara serentak antara rasuah dengan pertumbuhan
ekonomi(Mendez dan Sepulveda,2006).Rasuah juga berkadar songsang dengan pertumbuhan
ekonomi. Toke S. Aidt (2009) mendedahkan hubungan negatif yang kuat di antara pertumbuhan
pembangunan dan juga rasuah. Seterusnya, Mushfiq Swaleheen (2007) menyatakan simpanan
bergantung kepada insentif dan keupayaan untuk menyimpan. Kajian perpustakaan membuktikan
bahawa kebanyakan penentuan bagi simpanan adalah berkaitan insiden rasuah. Kajian beliau
melihat dengan lebih mendalam hubungan antara rasuah dengan pelaburan di mana analisis empirik
yang dibuat adalah melangkaui negara. Bukti yang ditunjukkan, secara langsung kadar simpanan
negara kasar berkurangan akibat daripada galakan pelaburan. Kajian turut mendapati tahap
pendapatan, kadar pertumbuhan pendapatan benar per kapita dan nisbah cukai-KDNK adalah
perkara penting yang menunjukkan kesan rasuah kepada simpanan yang ditujukan. Keputusan yang
di buat adalah penting di mana tahap rasuah itu dimasukkan dalam pertimbangan untuk
menganalisis hubungan dengan penentunya.

Bukti yang ditunjukkan dalam kajian beliau mendapati dengan pengurangan cukai akan
meningkatkan kadar simpanan negara kasar sebanyak 6.1%. Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000)
pula, rasuah adalah penyebab kepada kelemahan dalam makroekonomi seperti kekurangan
pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab. Kajian beliau meluaskan kesan
negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Penyelidikan beliau meliputi
41 buah negara dan bukti kajian menunjukkan bahawa kadar rasuah yang tinggi menyumbangkan
kepada kadar inflasi yang tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan memasukkan pembolehubah
inflasi yang lain termasuklah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan politik dan juga bentuk
pemboleh ubah lain.

Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau ialah pembaharuan institusi ekonomi
dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan juga mengurangkan amalan
rasuah perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar. Kajian daripada Bruce W. Finnie et al
(2006), kajian beliau menggunapakai analisis penjelasan ekonomi dan sosial pada masa sekarang dan
masa lepas bagi fenomena pembangunan. Pemantauan beliau mengenai rasuah dari kalangan
negara, pemilikan, kebebasan dan individualisme dianalisis dan dibincangkan. Interaksi ini
membentuk satu model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan
tanggungjawab, penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah.

Semua aktiviti ekonomi bergantung kepada kawalan politik dan sosial. Namun analisis beliau
menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya boleh menjadi terlebih terutamanya kepada negara
yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang optimum, perlu ada had bagi kawalan
terbabit. Birokrasi yang di dorong oleh perundangan dan kuasa tanpa batasan berbanding dengan
sebab kebiasaannya akan jatuh kerana kekurangan pertimbangan nilai manusia dan keperluan bagi
pemilikan untuk membantu memastikan tindakan yang rasional.

Pak Hung Mo (2001) menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan
menyediakan penganggar kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya
terhadap saluran perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara yang
terdapat dalam Corruption Perception Index (CPI). Dengan menggunakan penganggar kuasa dua
terkecil (OLS), beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar
pertumbuhan ekonomi dalam lingkungan 0.72%. Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan
satu unit dalam indeks persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun
sebanyak 0.545 mata peratus.

Apa yang paling penting dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah
ketidakstabilan politik, yang mana sebanyak 53% jumlah yang mempengaruhi dalam pertumbuhan
ekonomi. Beliau juga mendapati rasuah boleh mengurangkan tingkat modal insan dan perkongsian
pelaburan persendirian. Paolo Mauro (1995) pula telah menggunakan data yang mengandungi
indeks keberkesanan dan keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan bukti empirik kesan
rasuah terhadap pembangunan ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana
kajian ini mempunyai hubungkait di antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif antara
rasuah dengan pelaburan dan pembangunan adalah signifikan dari sudut ekonomi dan statistik.
Walaupun berhadapan dengan data yang terhad, artikel tersebut menunjukkan secara terperinci
hubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu piawai untuk pelaburan dan pertumbuhan. Secara
jelasnya, terdapat bukti kesan birokrasi yang sama penting dalam penentu pelaburan dan
pertumbuhan sebagaimana kestabilan politik.
BAB 3 : ANALISIS PERUNDANGAN TENTANG PERBUATAN RASUAH

Rasuah merupakan satu perbuatan jenayah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Maka
kita akan lihat sedikit tentang analisis perundangan. Berdasarkan kajian Transparency International,
Kajian Global Corruption Barometer 2009, rakyat negara ini mempunyai persepsi yang buruk
terhadap parti politik. Berdasarkan persepsi rakyat Malaysia, rasuah paling banyak melanda parti
politik iaitu 42% diikuti oleh kakitangan awam 37%. Manakala sektor swasta 12% dan lain-lain 10%.
Maka, pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang politik sedia ada untuk mengubahsuai
proses pembiayaan politik dan meningkatkan ketelusan di mana ahli politik dan parti politik
disyaratkan mendedahkan sumber pembiayaan perbelanjaan mereka kepada agensi yang
bersesuaian. Akta Pertubuhan 1966 dilaksanakan dengan ketat untuk memastikan semua parti
politik mengemukakan laporan kepada Pendaftar Pertubuhan dengan cara yang betul dan menepati
waktu. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 pula adalah untung menghalang calon-calon pilihanraya
daripada terbabit dalam amalan rasuah dan memastikan integriti sumber pembiayaan mereka.

Berkaitan dengan rasuah parti politik lagi, terdapat banyak contoh pegawai yang berpangkat
tinggi dan menteri yang terbabit dalam kes ini, terdapat kekurangan ketelusan dan liputan terhadap
tindakan yang diambil. Berdasarkan kajian Transparency International, kadar sabitan kesalahan
menurut kategori daripada tahun 2005 hingga 2009, jarang berlaku pendakwaan yang berjaya
terhadap ahli politik. Contohnya, daripada 11 kes yang berkaitan parti politik yang didakwa, hanya
9% yang berjaya disabitkan kesalahan berbanding sektor awam dan swasta di mana daripada 434
kes, 54% berjaya disabitkan kesalahan.

https://www.sprm.gov.my/index.php/korporat/mengenai-sprm/maklumat-organisasi/fungsi

Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah

Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu :

Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta SPRM
2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua
Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;

Mengesan dan menyiasat :-

Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009;

Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009; dan

Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 2009;
Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan
di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu
yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;

Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang
cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;

Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau
tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu
sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan
berlakunya rasuah;

Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan

Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

BAB 4 : ANALISIS ETIKA TENTANG PERBUATAN RASUAH

Kini kita akan menyentuh tentang etika. Sudah tentu mereka yang mengamalkan perbuatan
memberi atau menerima rasuah adalah mereka yang tidak beretika. Sebelum itu apakah kita jelas
tentang maksud etika? Maksud bagi tidak beretika ialah tidak bermoral dan tidak berakhlak.
Seseorang pekerja yang mengambil rasuah akan dianggap tidak bermoral dan tidak berakhlak kerana
gagal menjalankan amanah yang telah diberikan. Perkataan etika merupakan terjemahan daripada
perkataan inggeris iaitu ethics. Manakala ethic merupakan perkataan yang diambil daripada greek
iaitu ethos. Menurut Garner(1986),Ethos membawa maksud sikap dan adat yang menentukan
tingkahlaku sesuatu golongan. Bauman(1987) pula mengatakan bahawa, etika membawa prinsip-
prinsip moral yang menentukan betul atau salah. Iwabuchi(1990) pula menyatakan etika sebagai
sains sosial dan prinsip-prinsip moral dimana etika berperanan menentukan tindakan seseorang itu
baik ataupun buruk. Akhir sekali, Uthman(1986) menyatakan bahawa etika itu suatu disiplin ilmu
yang mencakupi soal moral, dan tindakan serta perbuatan manusia yang betul.

Seseorang yang beretika dianggap sebagai seorang yang tidak bermoral. Maka apakah makna
bagi perkataan moral? Moral merupakan perkataas daripada bahasa greek iaitu moras yang
bermaksud tingkah laku. Moral merupakan kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan
aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku baik atau jahat. Maksud etika
dan moral adalah sama. Menurut Shaw(1991), etika bersifat teori manakala morak bersifat amalan.
Orang yang tak beretika juga merupakan orang yang tidak berakhlak. Apakah erti akhlak? Akhlak
merujuk kepada pekerti watak, pengetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau
buruk(Kamus Dewan, 1984).

Terdapat beberapa teori etika yang digunakan. Yang pertama ialah teori etika menurut al-
Quran. Berdasarkan surah Az Zariat ayat 56 iaitu :

Ayat ini menjelaskan tujuan manusia itu diciptakan, iaitu beribadah kepada Allah s.w.t. Beribadah
membawa maksud hidup sesuai dengan syariat islam yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada
kita melalui perantaraan rasul pilihanNya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Maka mereka yang
mengambil pengajaran dari ayat ini, akan hidup dengan baik, serta mempamerkan akhlak yang
mulia. Sudah tentu umat islam yang benar-benar insaf berkenaan makna ayat ini, tidak akan
melakukan perbuatan rasuah. Rasa takut mereka pada kemurkaan Allah s.w.t sudah cukup sebagai
peringatan kepada mereka yang beriman kepada Allah s.w.t.

Akhlak, etika dan moral, bagi umat islam, sumber-sumbernya adalah datang daripada wahyu,
serta akhlak yang mulia ini dicerminkan oleh para rasul Allah. Maka dengan mencontohi akhlak Nabi
kita, Muhammad s.a.w, dan menjadikan akhlak baginda sebagai rujukan dalam menjalankan
pelbagai urusan kehidupan, kita tidak akan terjebak dengan gejala rasuah, kerana sedar bahawa
kedudukan kita adalah hamba yang tujuannya adalah hidup di dunia ini sesuai dengan kehendak
tuannya dan juga penciptanya.

Teori kedua ialah teori deontologis. Teori ini diasaskan oleh Immanuel Kant(1804). Teori ini
menekankan sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil. Mengikut teori ini, betul atau
salah sesuatu tindakan itu ditentukan oleh pegangan agamanya. Orang yang berpegang kepada teori
ini akan sentiasa berbuat baik. Namun, ada perkara yang boleh kita kupas. Kita janganlah patuh
dengan membuta tuli. Lihatlah apakah jenis arahan yang dikeluarkan. Sekiranya arahan itu berkait
dengan skop kerja kita, maka kita lakukan. Sekiranya arahan yang diberi melibatkan kita melanggar
etika kerja, maka kita janganlah patuh pada arahan tersebut.
Teori yang ketiga ialah teori kebebasan peribadi, atau nama lainnya Personal Liberty Theory.
Ianya menekankan suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan. Teori ini menyatakan bahawa segala
peraturan yang bercanggah dengan prinsip kebebasannya, harus ditolak. Seseorang itu juga bebas
membuat pililhan untuk mencapai matlamatnya. Maka dengan berpegang pada teori ini, seseorang
yang memberi rasuah boleh berpandangan bahawa dirinya bebas memberi atau menerima rasuah,
atas alasan iaitu adalah kebebasan peribadi. Maka teori ini sudah tentu akan merosakkan akhlak dan
etika kita sekiranya berpegang kepada teori ini.

Teori yang keempat ialah teori teleologis. Pengasasnya ialah Jeremy Bentham(1784-1832) dan
John Stuart Mill (1806-1873). Telos berasal daripada perkataan yunani yang bermaksud tujuan atau
akibat. Maknanya dalam teori ini, sesuatu tindakan itu dianggap betul sekiranya ia membawa
kepada kebaikan. Kebaikan yang dimaksudkan pula ialah kebaikan yang dapat dinikmati oleh seramai
mungkin manusia hasil daripada tindakan tersebut. Contohya menolak daripada mengambil rasual
dianggap sebagai tindakan yang baik kerana ramai yang akan mendapat manfaat iaitu masyarakat
menjadi baik dengan ketiadaan budaya rasuah. Menerima rasuah dianggap tindakan buruk kerana
iainya boleh menyebabkan sesebuah kerajaan menjadi rosak, korup, kleptokratik dan sesebuah
keadilan tidak dapat ditegakkan.

BAB 5 : KESIMPULAN

Kita dapat lihat bahawa perbuatan rasuah membawa pelbagai mudarat kepada individu,
masyarakat dan negara. Perbuatan rasuah akan muncu dari semasa ke semasa, namun kita sebagai
manusia yang berakal, sudah tentukan mahukan kehidupan yang aman, sejahtera, dan berada di
bawa sebuah pemerintahan yang adil. Maka amalan rasuah ini perlulah dibanteras, bermula
daripada diri kita. Apabila kita saling memperingati tentang keburukan kesan rasuah kepada
kestabilan negara dan ekonomi, maka masyarakat kita akan lebih berhati-hati sebelum menerima
atau memberi sebarang rasuah.

Hal ini disebabkan kesedaran mereka akan kesan buruk yang bakal menimpa hasil daripada
kegiatan tidak beretikan yang diamalkan. Sebagai seorang umat islam kita harus sedar bahawa
perbuatan rasuah bercanggah dengan ajaran akhlak islam. Dalam teori teleologis pula menekankan
kebaikan yang dinikmati oleh ramai orang. Maka impak rasuah adalah mudarat kepada ramai orang,
bertolak daripada itu, sudah tentu menolak perbuatan rasuah merupakan suatu kebaikan yang dapat
dinikmati oleh ramai orang. Kekurangan teori kebebasan peribadi pula kelihatannya berupaya
membebaskan manusia daripada etika. Seseorang itu bebas menentukan betul atau salah mengikut
kehendaknya. Rasuah pun boleh dilihat sebagai betul oleh mereka yang berpegang dengan teori ini.
Maka teori ini bukan suatu teori yang boleh diamalkan kerana mempunyai banyak mudarat
sekiranya berpegang kepadanya.
Oleh disebabkan, sepanjang sejarah manusia, rasuah mula berlaku apabila masyarakat mula
menjadi kompleks, maka saya fikir kita harus lihat dalam aspek berikut, iaitu sebagai contoh,
sekiranya seseorang itu mengambil rasuah, maka sudah tentu seseorang itu akan dilabel sebagai
seorang yang korup. Maka kita bertanya lagi, apa yang korup tentang dirinya yang menyebabkan dia
menjadi korup? Maka, saya fikir, ianya adalah tentang kefahamannya tentang betul dan salah, yang
hasilnya membawa kepada berlakunya perbuatan rasuah itu.

Bila kita sebut tentang kefahaman, ia membawa erti kita sebut tentang ilmu, dan juga
pendidikan. Maka penyelesaian yang mengakar bagi perbuatan rasuah ialah dengan mendidik
seseorang iaitu dengan menjadikan tujuan utama sistem pendidikan negara ialah untuk
menghasilkan manusia yang berakhlak mulia.

Segala analisis yang dilakukan yang menunjukkan rasuah berlaku dalam kalangan golongan
yang berpendidikan, pada hemat saya menunjukkan berlakunya suatu masalah dalam sistem
pendidikan, yang akibatnya terhasil manusia yang kelihatannya terdidik namun hakikatnya tidak
beretika. Maka segala analisa tentang rasuah, memberi kesedaran tentang perlunya ia diselesaikan
atau dikurangkan, dengan pelbagai cara seperti menangkap dan menghukum mereka yang
mengamalkan rasuah, memberikan kesedaran tentang impak rasuah kepada individu,masyarakat
dan negara, dan akhir sekali memastikan akan sistem pendidikan itu bertujuan menghasilkan insan
yang berakhlak mulia, dengan harapan, walaupun ianya tidak berjaya dibendung, tetapi sekurang-
kurangnya dapat dikurangkan berlakunya gejala rasuah di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai