Anda di halaman 1dari 4

Bahagian Komunikasi Korporat Bil.

MARA : 100-1/5/25
Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA, Tarikh : 24 Februari 2021
50609 Kuala Lumpur 12 Rejab 1442H

SURAT EDARAN
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA BIL.2/2021
PELAKSANAAN PROGRAM SAMBUTAN HARI MARA TAHUN 2021
SEMPENA ULANG TAHUN MARA KE 55

1.0 TUJUAN

Surat edaran ini bertujuan sebagai panduan dan rujukan Pegawai Mengawal Pusat
(PMP) di semua Pusat Pentadbiran dan Subsidiari MARA bagi melaksanakan
Program Sambutan Hari MARA Tahun 2021.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Sambutan Hari MARA Tahun 2021 adalah sebuah acara tahunan untuk
meraikan ulang tahun MARA pada 1 Mac.

2.2 Pada tahun ini, genap 55 tahun MARA ditubuhkan sejak 1 Mac 1966.

2.3 Sambutan Hari MARA Tahun 2021 adalah bertemakan “Menjunjung


Amanah Dalam Mendepani Cabaran Masa Hadapan”.

2.4 Program yang dilaksana perlulah mengambil kira norma baharu dengan
mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
2.5 Sambutan Hari MARA Tahun 2021 dapat meningkatkan lagi motivasi warga
kerja MARA untuk berkhidmat dengan lebih baik bagi menempuh norma
baharu. Komuniti MARA yang lain seperti alumni dan usahawan juga dapat
memahami dan menyokong perjuangan MARA dalam memperkasakan
Bumiputera.

3.0 KAEDAH PELAKSANAAN

3.1 Tempoh Sambutan Hari MARA yang ke 55 ini akan berlangsung dari 1 Mac
hingga 10 April 2021 (17 Rejab hingga 27 Syaaban 1442H).

3.2 Sambutan Hari MARA Tahun 2021 masih tertakluk kepada arahan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan dilaksanakan mengikut kesesuaian arahan
kerajaan dari semasa ke semasa.

3.3 Pelaksanaan Sambutan Hari MARA Tahun 2021 di semua negeri dan Pusat
Pentadbiran MARA akan diadakan secara maya seperti yang disarankan
oleh MKN. Panduan pelaksanaan adalah seperti berikut:

3.3.1 Tiada sebarang aktiviti pergerakan secara fizikal atau berkumpulan


sama ada aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan, pameran,
seminar, bengkel, persidangan atau sebarang majlis yang boleh
dikategorikan sebagai perhimpunan ramai.

3.3.2 Semua penganjuran aktiviti/pertandingan sempena Sambutan Hari


MARA Tahun 2021 bagi negeri yang diwartakan PKP, PKPB dan PKPP
adalah secara rakaman dan atas talian.

3.4 PMP perlu mencadang dan merancang aktiviti bersesuaian bagi program
Sambutan Hari MARA Tahun 2021 serta memaklumkan kepada pengurusan
MARA.
3.5 Pelaksanaan sambutan ini adalah bergantung kepada Pegawai Mengawal
Pusat dengan menggunakan aplikasi Microsoft Teams, Google Meet, media
sosial seperti FB Live, WhatsApp dan semua platform digital. Antara acara
dan aktiviti secara maya yang dicadangkan adalah seperti berikut:

3.5.1 Keusahawanan
i) Forum dan webinar keusahawanan
ii) Pameran dan jualan produk secara maya

3.5.2 Pendidikan
i) Promosi dan pameran IPMA secara maya
ii) Program forum atas talian berkaitan MARA terutamanya
pencapaian selama 55 tahun

3.5.3 Khidmat Pengurusan


i) Bacaan serentak Surah Yasin, doa selamat dan tahlil secara
individu seluruh negara
ii) Rakaman atau secara langsung (FB Live) aktiviti dan
pertandingan sempena Sambutan Hari MARA Tahun 2021
seperti pidato, puisi dan seumpamanya
iii) Larian virtual Hari MARA

3.5.4 Pelaburan
i) Hari terbuka IPMA virtual
ii) Bicara alumni
iii) Tayangan video kejayaan MARA

4.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MENGAWAL PUSAT

PMP adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada semua warga kerja


di bawah seliaan pusat masing-masing.
5.0 TARIKH BERKUATKUASA

Surat Edaran ini adalah berkuatkuasa serta-merta pada tarikh ianya dikeluarkan
sehingga tamat tempoh Sambutan Hari MARA Tahun 2021. PMP
bertanggungjawab untuk memastikan program sambutan diadakan secara
berhemah dengan menggunakan peruntukan belanja mengurus sedia ada.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

ROHAYAH BINTI MOHD ZAIN


Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan)
MARA

“Amanah rakyat”

Anda mungkin juga menyukai