Anda di halaman 1dari 7

Bahan bahan 👇

Ayam
Tepung serbaguna Bestari

Untuk perapan ayam, kalau ikutkan ada resepi lain. Tapi ini cara sissy yer. Mudah Sedap dan
Cepat. Tepung Bestari dah secukup rasa.

Bahan Untuk Sos Lemon👇

1 cawan air
¹⁄³ cawan gula
½ kiub ayam
1½ sudu tepung jagung
2 sudu makan perahan jus lemon
¾ sudu kecil garam
2 potongan nipis lemon
2 sudu makan minyak masak
Sedikit pewarna kuning (sissy pakai kunyit jer)

Cara Cara Menyediakan Ayam Goreng

👉 Perap ayam yang telah dipotong kecil bersamaa air dan tepung serbaguna Bestari.
👉Sebelum menggoreng, sissy akan salut sekali lagi tepung yang kering sebelum masukkan
ayam ke dalam kuali. Hasilnya lebih yummy!
👉Goreng dengan api yang perlahan untuk pastikan ayam masak sekata.

Cara Cara Menyediakan Sos Lemon

👉Bancuhkan semua sekali bahan untuk membuat sos di dalam satu bekas kecuali minyak
masak.
👉Panaskan minyak di dalam kuali dan masak sos tadi dengan api perlahan sehingga pekat.
👉 Tuangkan sos ke atas ayam goreng tadi. Sedia dihidang.
ayam bakar ala ala kenny rogers

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, belah 4


8 ulas bawang putih - kisar
2 biji bawang besar - kisar
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
2 sb sos lada hitam
2 sb mix herbs
1 sb lada hitam
1 sk pasti sedap (optional)
1 sk garam
4 biji kentang
1 btg carrot
Sedikit 'Smoked Flavour Liquid' Chef Ammar - ni rahsia grilled chicken bau sangat sedap! Tapi
kalau takde pun takpe. Sebab dia untuk aroma je. Bau asap-asap gitu..

Cara-cara:

1. Bersihkan ayam

2. Kisar bawang putih+bawang besar

3. Gaul ayam dengan bahan kisar dan semua bahan atas tu. Perap 1-2 jam. Kalau dapat
semalaman lagi sedap.

4. Sementara tu, kupas kentang, carrot. Rebus dulu sampai masak. Tp jangan overcooked. Nanti
kentang senang pecah. Dah masak tapis.

5. Susun ayam, kentang dan carrot atas tray. Sapu mentega kat atas. Eh, kentang dengan carrot
gaul dulu dengan rempah perap ayam tadi tau. Baru ada rasa.

6. Renjis sedikit Smokes Flavour Liquid Chef Ammar. Serius memang sedap pakai ni kalau buat
bakar-bakar. Tapi kalau takde pun takpe.

7. Tabur mix herbs dengan lada hitam sikit.

8. Bakar suhu 250 darjah celcius api atas bawah. Ikut oven masing- masing ye. Lepas 45 minit,
keluarkan, sapu mentega lagi sekali. Ni untuk buatkan bahagian atas ayam jadi crispy dan tak
kering. Masuk semula.

Bakar lagi sejam. Kena monitor ayam tau. Takut rentung lak. Kak Naz lagi 30minit nak masak
guna api bawah je. Pandai-pandai korang la ye.
Ayam Masak Kurma

Ayam
*Bwg besar
*Bwg putih
*Halia
* BLEND
Air
1 peket kecil Rempah kurma
Kentang
Carrot
Sedikit santan

Cara:
Tumis Bwg besar & bwg putih hiris
Bunga lawang, buah pelaga & kayu manis

Masukkan Bahan blend, selepas naik bau, Masukkan ayam, carrot, kentang biarkan sekejap.
Masukkan air & sedikit santan.
Api kecil, Tunggu sehingga terbit minyak. Masukkan Cili padi Jika suka.

Ayam Percik Kelantan

BAHAN-BAHAN

Bahan perapan:

Ayam seekor dipotong 4 (saya guna bahagian dada saja)


5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
sedikit garam
Bahan untuk kuah:

Ads By ZincScroll to Continue


1 cawan santan cair*
serai 4 batang*
halia besar ibu jari*
lengkuas besar ibu jari*
20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
1 cawan air*
gula 5 sudu makan
garam sedikit
1 sudu makan bahan perasa (optional, saya guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
2-3 butir asam keping
santan pekat (masukkan kemudian)
CARA-CARA

1. SEDIAKAN BAHAN PERAPAN

Pertama sekali, tumbukkan semua bahan perapan bertanda * seperti yang disenaraikan di atas.
Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.
2. PERAPKAN 1 JAM

Kelarkan sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih
kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.

Ayam yang diperap kali pertama

3. SEDIAKAN KUAH

Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda * dan kisar dengan
blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali, atau periuk masakan anda.

Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.

Menyediakan kuah ayam percik

4. MASAKKAN AYAM YANG DIPERAP

Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga
separuh masak.

5. ANGKAT AYAM & PERAP SEKALI LAGI

Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali
dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.

Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat.
Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.

resepi ayam percik


Ayam yang separuh masak diperap lagi sekali

6. BAKAR / GORENG / PANGGANG AYAM

Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Tak kisahlah nak bakar
dalam oven, panggang atas api, atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.

AYAM GORENG BEREMPAH


=======================

Bahan-bahan:-

* 4 labu bawang merah


* 6 batang serai
* 2 tongkol lengkuas
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* 5 sudu cili kering (blend)
* 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
* sedikit serbuk perasa

Cara Memasak:-

1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.


2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu
jam..
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak
kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus
sangat...sedang sedap makan..hehe)
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih
banyak serdaknya.

Ayam Masak Merah

bahan-bahan diperlukan:
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos
dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara :
Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah &
belacan.
Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan
sedikit air supaya tak kering sgt sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2
sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan
serai yg diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut
keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh
padamkan api.

RESEPI AYAM PERAP MAYO. Try lah sedapp!

Bahan:

Ayam ikut suka berapa banyak


Halia
Bawang Putih
Mayonis
Sos Tiram
Kicap (saya pakai kicap manis)
Honey
Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam

Cara:
1. Tumbuk Halia & Bawang Putih
2. Campur semua dan gaul sebati. Adjust lah rasa nak manis ke or lemak. Nak manis
berlemak..lebihkan honey & mayonis
3. Perap lah 5jam keatas
4. Boleh digoreng & di bakaooorrr

Ayam Buttermilk

Bahan-Bahan:

2 ketul besar ayam, bahagian dada


1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara-cara

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.


Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam.
Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga
naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Resepi Ayam Masak Thai


Bahan A
10 ketul bahagian ayam digoreng
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak

Bahan B (bahan kisar)


3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

Cara memasak
Tumis serai yg dititik sampai naik bau.. Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. Tumis sampai garing.. Dah
garing masukkan bahan yg dh diblend kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut
sesedap rasa..

MOCHI MOCHI MOCHI


1 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung pulut yg dgoreng tanpa minyak
Sedikit air atau sedikit santan
3 sudu susu tepung
Secubit garam
1 sudu 1/2 gula kastor
Masukan tepung pulut/garam/gula dan susu kacau sebati .
Masukan air @ santan kacau lg bg sebati
Adunan ni pekat mcm susu pekat manis tu haaaa.
Kukus dlm 10 minit dlm loyang
Sementara tu ambk la ape2 bekas ke talam ke..utk tabur tepung yg telah digoreng td..
Pahtu ambk adunan yg dikukus td letak atas tepung yg ditabur..gelek mcm nk wat karipap tu pahtu ambk
acuan kuih lopang letak adunan atas tu potong kecik2 mudah utk bulatkan.pahtu masukan inti dan
terbalikan .
Nati bulat2kan je .
Opss.sy pakai inti kacang merah...😋
Kalu melekat-lekat kat tgan boleh je pakai tepung yg dgoreng td utk bg kurgkan dia melekat..
Xpaham cara sy bulatkan,boleh je pakai kaedah yg senang .buat mcm onde2 pom boleh jnji bulat

Anda mungkin juga menyukai