Anda di halaman 1dari 8

Resepi satay

Daging Satay Goreng citrasa Bondaku....


Bahan-bahan :1 kilo daging  - dibersihkan dan dipotong kecil - potong berlawanan urat ok..
Gula pasir - rasa dan ikut sebanyak mana daging - tadi aida letak dlm 3 @ 4 sudu makan .BIasalah
satay kan ada rasa manis..terpulang ikut citrasa masing2..
2 sudu rempah kari - jika suka . 
Garam - secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya  
** klu tak guna serbuk kari bubuh sikit serbuk kunyit / kisarkan kunyit hidup.

Bahan kisar (kasar)


2 sudu besar ketumbar biji - sangai
2 sudu kecil jintan halus - sangai
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah / sebiji bawang besar 
1/2 jari halia
 lengkuas
3 batang serai - hiris
Cara Membuat :

1. Gaulkan bahan kisar pada daging  bersama gula, garam dan serbuk kari    hingga
rata dan perap 1 jam atau lebih baik semalaman dalam peti sejuk.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga agak layu .masukan air ,
tutup dan masak hingga daging empuk dan kuah pekat  .sekali sekali kacau rata  (biarkan
naik minyak dan basah-basah sedikit), masak dgn api kecil .rasa dah ok boleh lah tutup api
dan hidangkan.
3. Enak di makan bersama nasi putih hangat .
4. Lebih syokkk klu ada ketupat , kuah kacang, sayur lodeh wallah makan tak
hinggatttt.... 
 ** Biasanya Hidang ni Bonda aida selalu hidang kan di hari lebaran...
Sate Ayam atau Daging.
Hirisan Daging Atau Ayam * potong sebesar ibu jari
Lidi
Bahan Kisar.
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai *dihiris
3 cm lengkuas
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
Bahan-bahan lain:
2 sudu kecil Ketumbar * telah disangan dan tumbuk halus.
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar jintan putih
10 sudu besar Kicap Pekat Manis
2 ketul gula melaka* dipotong kecil atau dihiris
2 sudu garam
4 sudu gula putih
Minyak *agak-agak tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit.

Cara- cara:

Satukan daging ayam atau daging lembu dalam satu bekas.


Kemudian blend bahan kisar dengan minyak, (pastikan
minyak dapat belend kesemua bahan, jika tidak tambah
minyak).
Setelah blend hancur, tuangkan kedalam bekas yang berisi
daging tadi, dan masukan bahan-bahan seperti rempah , gula,
garam kicap dan sebagainya.
Gaul rata bahan-bahan tersebut. (rasa bahan perapan, biar
manis lebih tidak mengapa, rasa sedikit tak apa, jangan geli
pula, nak sedap kan? ).
Kemudian perap semalaman atau selama 4 jam, untuk
memberi rasa yang sebati dengan daging dan rempah.
Selepas perap, cucuk daging tadi dengan lidi, dan boleh lah
siap dibakar.
Bakar menggunakan (30% MINYAK + 70%AIR GULA
+SERAI * yang diketuk hujungnya.), bertujuan untuk renjis
atau sapu pada satay semasa proses pembakaran.
Setelah siap, boleh dihidang bersama nasi impit, timun,
bawang dan kuah kacang.
Resepi Sate Ayam Kuah Kacang
Terlajak Lazat

Imej via Google

Bahan-bahan Yang Digunakan


 Ayam/Daging 2 kilo.
 Bawang putih 1 labu.

 Bawang besar 2 biji.

 Halia 2 1/2 inci.

 Serai 6 batang.

 Lengkuas 2 inci.

 Ketumbar 10 grm.

 Jintan Manis 50 grm.

 Jintan Putih 20 grm.

 Kunyit serbuk 50 grm.

 Kunyit hidup 3 inci.

 Gula melaka 1 cawan.

 Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis).

 Garam 3 sudu kecil.

Cara Membuat Satay Ayam


1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.

2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.

3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar
nanti lidi tidak hangus.

Imej via Facebook

Bahan Untuk Kuah Kacang


 Kacang tanah, goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan
blend setelah sejuk.
 Lada kering, blend.

 Gula melaka.

 Garam.

 Gula.

 Halia.

 Serai.

 Asam keping.

 Bawang besar dan bawang putih.

Cara Membuat Kuah Kacang


1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.

2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.
3. Akhir sekali masukkan air.

Sate Daging/Ayam
Bahan-Bahan sate :

 400 gram daging/ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik


 1/2 sudu teh garam
 40 gram gula
 lidi sate - direndam dengan air
 3 sudu besar minyak masak
 1 batang serai -dititik utk merenjis sate
Bahan dikisar :

 4 ulas bawang merah


 2 cm kunyit hidup
 2 biji buah keras
 1 cm lengkuas
 1/2 sudu besar ketumbar - disangai
 1/2 sudu teh jintan manis - disangai
 1/2 sudu teh jintan putih - disangai
 2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
 4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
 1 batang serai
Cara Membuat Sate :

 Perap daging/ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap
semalaman)
 Cucuk daging/ayam pada lidi sate
 Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai
yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.

Kuah Kacang Sate


Bahan-Bahan Kuah Kacang :

 300 gram kacang tanah - disangai


 100 gram gula pasir
 150 gram gula merah
 40 gram asam jawa
 1 sudu kecil garam
 1 sudu kecil serbuk kunyit
 1 cawan minyak masak
Bahan Kisar :

 2 biji buah keras


 1 sudu besar ketumbar biji - disangai
 1 sudu kecil jintan putih - disangai
 1 susu kecil jintan manis - disangai
 2 hiris lengkuas
 2 hiris halia muda
 20 tangkai lada kering - direbus
 7 ulas bawang merah
 5 ulas bawang putih
 7 batang serai - dihiris
 20 gram udang kering
Cara Membuat :

 Satukan gula merah dan asam jawa - diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan 500
gram air asam jawa
 Bancuh kacang tanah kisar
 Satukan semua bahan dan gaul rata
 Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing
 Masukkan gula, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit dan gaul rata
 Masukkan bancuhan gula merah, air asam jawa dan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumis
 Masak atas api yang sederhana hingga keluar minyaknya
Kuah Rojak

Bahan2 :)

1 cawan tomato sos  


1 cawan kicap
10 biji cili padi-diblend
+- 1/2 cawan gula atau terpulang
1 cawan gula merah

2 camca besar pes otak udang


1/2 cawan air

1 sudu tepung jagung ~ untuk bagi pekat kuah


Kacang tanah goreng tanpa minyak & dikisar- lagi banyak lagi best

Cara-cara untuk memasak =)

 1. Masak kesemua bahan (kecuali kacang tanah) atas api sambil dikacau hingga mendidih
2. Bila dah mendidih dan berbunga kuah tu boleh la masukkan tepung jagung hanya untuk
memekatkan kuah...boleh ditutup apinya...

Cara-cara untuk memasak =)

 1. Masak kesemua bahan (kecuali kacang tanah) atas api sambil dikacau hingga mendidih
2. Bila dah mendidih dan berbunga kuah tu boleh la masukkan tepung jagung hanya untuk
memekatkan kuah...boleh ditutup apinya...dah siap untuk dihidangkan bersama buah2an yg disukai
spt buah pala, nanas, sengkuang dan mentimun kemudian taburkan kacang yang dikisar tadi…
sodap…selamat mencuba....he he he

Anda mungkin juga menyukai