Anda di halaman 1dari 5

Bahan-bahan ( 2 orang )

*UNTUK DIPERAP*

2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)

2 ulas bawang putih (cincang)

1 cm halia (cincang)

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos Lee & Perrins

1 sudu besar kicap manis

1 sudu besar kicap masin

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar madu

garam secukup rasa

*SOS BLACK PEPPER*

1/2 botol sos lada hitam

2-3 sudu besar sos tiram

3-4 cendawan butang (cincang)

1/2 biji bawang besar (cincang)

garam/gula secukup rasa

Cara-cara
1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam
dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.

2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam.
Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh
masak.
3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah
siap.
5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt
yang tertera di atas.
6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la
kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

650 ml air

5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)

1 biji bawang besar - cincang

1 batang saderi - cincang

40 gm mentega

20 gm tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

sedikit serbuk lada hitam

kicap pekat

garam

Cara-cara
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan
dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak
melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi
warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok
ayam dan sos tiram dah masin.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

4 keping ayam boneless (peha)

minyak masak goreng terendam

Bahan perap:

1/2 inci halia ditumbuk

1 sudu kecil serbuk bawang putih / 3 ulas bawang putih ditumbuk halus

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar madu

1 sudu kecil serbuk lada hitam dan putih

1 sudu kecil garam

Tepung untuk menggoreng:

6 sudu besar breadcrumb

3 sudu besar tepung gandum

1/2 sudu besar serbuk kari daging

1/2 sudu kecil garam

1 biji telur

Bahan sos black pepper:

3/4 cawan air

3 ulas bawang putih ditumbuk halus

1/2 biji bawang besar

1 1/2 sudu besar lada hitam biji

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap pekat

1/2 kiub pati ayam

2 sudu besar butter

1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh

garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1. potong sekeping ayam kepada 2 bahagian (atau tak payah potong. ikut suka masingmasing). bersihkan ayam.
2. campurkan kesemua bahan perap dengan ayam dan perap sekurang-kurangya 3 jam.
seeloknya semalaman.
3. campurkan kesemua bahan tepung untuk menggoreng kecuali telur.
4. pecahkan telur dan pukul sedikit. celupkan ayam yang telah diperap ke dalam telur.
5. kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung untuk menggoreng.
6. goreng ayam dalam minyak terendam sehingga masak (coklat kekuningan). tuangkan
sos black pepper ke atas ayam dan hidangkan.
7. SOS BLACK PEPPER: tumiskan bawang putih dengan butter sehingga wangi.
masukkan bawang besar dan lada hitam biji yang telah dikisar. tumis lagi sehingga
pecah minyak. masukkan sos tiram, kicap pekat, kiub ayam, air dan tepung jagung.
masak sehingga kuah pekat.

Anda mungkin juga menyukai