Anda di halaman 1dari 21

Resepi Ayam

1. Butter Chicken Berempah

2. Ungkep Ayam Kampung


3. Tortilla Wrap Ayam Panggang
4. Ayam Ros
5. Ayam Masak Halia
6. Ayam Black Pepper
7. Masak Lemak Cili Api
8. Lasagna Ayam
9. Grilled Chicken Salad
10. Ayam Goreng Berlada
11. Ayam Goreng Lemon
12. Ayam Goreng Berempah
13. Rendang Ayam
14. Ayam Masak Kicap
15. Ayam MAsak Kurma
Butter Chicken Berempah
Masa:

Penyediaan: 60 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 75 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

 400 gram isi ayam, bahagian dada


 1 sudu besar plain yoghurt
 1 sudu kecil rempah garam masala
 2 sudu kecil serbuk cili
 sedikit garam
 3 sudu besar butter
 setangkai daun kari
 1/2 cawan susu cair
 segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat

Bahan tumbuk halus:

 2 ulas bawang putih


 1 inci halia

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah
garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam.
Boleh juga diperap semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap.
2. Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
3. Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat
untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
4. Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
5. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih.
Tambahkan sedikit air jika kukah terlalu pekat.
6. Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.
Ungkep Ayam Kampung
Bahan-bahan

 5 sudu teh ketumbar

 3 sudu teh jintan manis

 2 sudu teh jintah putih

 2 inci halia

 2 inci kunyit hidup

 2 batang serai - diracik

 4 ulas bawang merah

 3 ulas bawang putih

 3 batang serai - dititik

 Air asam jawa - agak2 la ikut kemasaman asam jawa korang

 Santan - Agak2 jek sebab xnk terlalu berlemak, kalau xnk letak pn xpe

 Seekor ayam kampung yang telah dipotong

 Minyak untuk menumis

 Garam dan gula

 Cili padi - sekiranya ingin pedas

 Sehelai daun kunyit - dihiris halus

Cara-cara

1. 1. Kisar ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, kunyit, serai, bawang merah dan bawang
putih.

2. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar dan 3 batang serai yang dititik tadi
hingga naik bau dan naik minyak.

3. Masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan juga air dan biarkan mendidih.

4. Setelah mendidih masukkan santan dan air asam jawa. Masukkan juga garam dan gula.

5. Teruskan memasak sehingga kuah agak kering dan ayam telah empuk.
Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:
Bahan untuk wrap:

 6 keping roti tortila


 Mayonis

Bahan untuk ayam panggang:

 2 keping ayam bahagian dada


 1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
 1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
 1/2 sudu kecil garam halus
 2 sudu besar minyak zaitun

Bahan untuk salad:

 Kubis ungu, hiris sederhana nipis


 Daun salad, hiris sederhana kecil
 Ceri tomato, dibelah dua
 Karot, diparut kasar
 1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)

Bahan untuk kuah salad:

 3 sudu besar minyak zaitun


 3 besar madu
 3 sudu besar perahan jus lemon
 Secubit garam
 Sedikit serbuk kasar lada hitam
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam panggang:

1. Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
2. Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun
selama minimum 1/2 jam.
3. Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua belah
bahagian ayam sehingga masak.
4. Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.

Cara-cara untuk salad:

1. Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.


2. Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan
selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad
bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit
demi sedikit.

Cara untuk balutan salad (tortila wrap):

1. Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah
bahagian.
2. Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan
mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.

Tips:
Rendam dulu semua sayuran dan salad di dalam air ais selama 15-20 minit
sebelum dikeringkan air menggunakan tisu dapur atau salad spinner (salad
spinner adalah yang terbaik). Ini adalah untuk mendapatkan salad yang
segar dan rangup.
Ayam Ros
Masa:

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 60 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

 1 ekor ayam, potong 12


 sedikit kunyit, untuk goreng ayam
 sedikit garam, untuk goreng ayam
 1 helai daun pandan, dicarik dan simpul
 1 batang serai, dititik
 2 senduk minyak masak
 1 biji bawang besar, hiris memanjang
 1/2 tin(225g) sup tomato
 3 sudu besar tomato puri
 1/2 tin susu cair
 100 gram santan pekat
 daun pudina

Bahan untuk rempah tumis:

 2 senduk besar minyak masak


 2 batang kayu manis
 3 kuntum bunga lawang
 4 biji pelaga
 5 kuntum bunga cengkih

Bahan dibancuh menjadi pes:

 1 sudu besar serbuk jintan putih


 1 sudu kecil serbuk jintan manis
 1 sudu kecil kas kas
 1 sudu kecil garam masala
 1 sudu besar serbuk cili

Bahan Kisar A:

 1 labu bawang besar


 1 inci halia
 5 ulas bawang putih
Bahan Kisar B:

 15 tangkai cili kering1


 1 batang karot
 1 biji tomato

Bahan Kisar C:

 100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus

Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:

1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ayam
sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan
dan bawang besar. Tumisg sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan
pula bahan kisar B dan diikuti bahan kisar C. Masukkan tomato sup, tomato
puri dan susu cair. Masak di atas api perlahan dan kacau supaya tidak hangus
di bawah.
4. Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-
bahan dan rempah masak sehingga pecah minyak.
5. Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng dan biarkan masak di atas api
perlahan selama 15-20 minit.
6. Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan
berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
7. Angkat dan tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.
Ayam Masak Halia
Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

 500 gram ayam, potong kecil


 4 ulas bawang putih, hiris nipis
 2 cm halia, dihiris halus memanjang
 1 sudu besar kicap cair
 1 sudu besar sos tiram
 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
 1 biji cili merah, hiris nipis
 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
 minyak masak, untuk goreng ayam
 sedikit lada sulah atau lada hitam
 sedikit garam dan kunyit
 garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng
separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan
tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam
yang digoreng separuh masak tadi..
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau
seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi
sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit
sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Ayam Masak Black Pepper
Masa:

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

 300 gram ayam, potong kecil


 5 biji cendawan butang segar, potong 4
 4 batang celeri, potong serong
 3 ulas bawang putih, hiris nipis
 1 inci halia, hiris nipis
 1/2 biji bawang besar, potong 4
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
 1 sudu kecil minyak bijan
 1 sudu kecil kicap manis
 3 sudu besar minyak masak
 sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
 garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang
besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik
bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, celeri, minyak
bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
4. Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes
tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Ayam Masak Lemak Cili Api
Bahan-Bahan:

 ayam yang siap dibasuh dan ditoskan


 15-20 biji cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan
yang anda minat)
 1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api
 1 batang serai - dititik sahaja
 1 keping asam gelugor (asam ni sesuai kalau awak nak kuah masak lemak ni
masam sikit. kalau taknak pun takde hal)
 1 helai daun kunyit dihiris
 1 kotak santan kara (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)
 Air 1 cawan
 Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas
(tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah
lemak tak rasa hanyir ayam tu. Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang
telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan
sekejap je. Then angkat jap ayam bersama cili dan serai tadi. ketepikan
sekejap
2. Okay. Fasa ke-2, panaskan santan sahaja dalam periuk. Panaskan dengan api
kecil hingga santan menggelegak.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili api,kunyit dan serai
tadi ke dalam santan atas api kecil tu. Masukkan sedikit air ikut kesesuaian.
Kacau - kacau - & teruskan mengacau. Jangan bagi santan pecah. Masukkan
asam keping (kalau nak rasa masam2. kalau tak masukkan pun still lagi sedap)
4. Masukkan garam dan lastly masukkan daun kunyit yang dah dihiris tadi..
Lasagna Sedap
Masa:

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 70 minit

Jumlah Hidangan :

Bahan-Bahan:

 kepingan lasagna segera, tak perlu rebus


 parutan keju mozarella, secukupnya
 serbuk keju parmesan, secukupnya

Bahan untuk sos bolognaise:

 300 gram daging atau ayam kisar


 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
 4 ulas bawang putih, hiris nipis
 1 biji capsicum hijau, potong dadu
 6 biji cendawan butang, hiris nipis
 1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
 garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih:

 2 sudu besar mentega


 2 sudu besar tepung gandum
 2 keping keju cheddar cheesedale
 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
 lada putih dan garam secukup rasa
 Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

Cara Penyediaan:
Cara untuk masak sos bolognaise:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan
bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
2. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu
masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah
kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah
yang segera atau kering.

Cara untuk memasak sos putih:

1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung
gandum dan kacau sebati.
2. Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese.
Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta
sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa
masin.
3. Angkat dan sejukkan

Cara untuk membuat lasagna:

1. Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna
rapat-rapat.
2. Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti
mozarella dan parmesan cheese.
3. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih,
mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese.
Grilled Chicken Salad

Masa:Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan

Bahan-Bahan:

 2 ketul ayam (bahagian dada) 1 sudu kecil serbuk cayenne


 1 sudu kecil serbuk paprika 1 ulas bawang putih
 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
 2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)
 sedikit garam Mixed salad leaves
 Dressing:
 Dijon mustard
 1/2 perahan jus lemon
 sedikit garam, gula dan pepper

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.


2. Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan
garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional)
3. Taburkan serbuk cayenne, paprika, parutan bawang putih, serbuk lada hitam,
minyak zaitun dan sedikit garam.
4. Perap selama minimum satu jam.
5. Dalam bekas berasinga, rendam mixed salad dalam air sejuk. Biarkan
seketika.
6. Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau
sehingga keperangan dan masak. Apabila sejuk, hiris nipis.
7. Toskan salad dan potong kasar.
8. Campurkan ayamyg dihiris nipis, salad dan dressing. Sedia dihidang.
9. Nota: Anda boleh menggunakan 'ready made' salad dressing yg dijual
dipasaran sebagai ganti.
Ayam Goreng Berlada
Masa:

Penyediaan: 45 Minit | Memasak: 20 Minit | Keseluruhan: 65 minit

Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:

 Kepak ayam - dibersihkan, dicuci dan ditoskan.

Bahan untuk dikisar halus:

 15 tangkai lada kering - direndam air panas supaya lembut.


 1 sudu teh penuh lengkuas hiris.
 1 sudu teh penuh halia hiris
 1 batang serai - dihiris
 beberapa camca air (jika guna pengisar) utk memekatkan bahan rempah.

Bahan-bahan lain berkaitan:

 1 sudu teh rata serbuk kunyit - dicampur dgn bahan kisar diatas.
 Minyak utk menumis.
 Garam secukup rasa.

Cara Penyediaan:

1. Kelar kepak ayam supaya perencahnya dapat diserap. Lipatkan bahagian


hujung kepak ayam ke bawah, seperti bentuk tiga segi (supaya kepak ayam
tidak mengembang keluar semasa digoreng).
2. Lumurkan kepak ayam dgn bahan-bahan kisar, dan perap selama 15-20minit.
3. Panaskan minyak. Setelah minyak pejar, kecilkan apinya, biar sederhana.
Goreng kepak ayam hingga garing. Angkat dan toskan diatas kertas dapur.

Tips:
Satu cara lain ialah sapukan sedikit minyak pada kepak ayam, kemudian panggang
kepak ayam dlm ketuhar hingga garing.
Ayam Goreng Rangup Bersos Lemon

Masa:

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 2 orang makan

Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam

 2 keping dada ayam


 2 camca tepung jagung
 2 camca tepung beras
 2 camca tepung gandum
 2 camca tepung kastard
 Garam
 Lada sulah
 Telor sebiji

Bahan untuk sos

 1 camca sos plum


 2 camca perahan jus lemon
 2 camca cuka
 4 camca gula
 2 sudu teh tepug jagung
 1 sudu teh lemon emulco

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam:

1. Basuh ayam hgga bersih,ketuk sedikit ayam dgn lesung untuk meleperkannya
2. Panaskan minyak.
3. Campur semua tepung,garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.
4. Celupkan ayam dlm tepung, kemudian celup dgn telur,last celupkan dengan
tepung kastard,
5. Gorengkan ayam dgn minyak yg agak panas.

Cara-cara untuk sos:

1. Campur semua bahan dlm periuk kecil masak hinggat mendidih dan pekat
2. Potong ayam yg dah goreng tadi
3. siramkan dgn sos lemon ini,siap utk dimakan..
Ayam Goreng Berempah Madu
Masa:

Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes

Jumlah Hidangan : 2

Bahan-Bahan:

 1/2 ekor ayam


 Serbuk kari ayam
 3 sudu besar cili kering kisar
 2 sudu besar sos cili
 1 sudu besar gula pasir
 1 Sudu besar madu
 Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. 1. Semua bahan-bahan di atas di gaul dengan ayam dan diperap selama 3 Jam
2. 2. Panaskan kuali dengan api yg sederhana dan goreng.
Rendang Ayam
Masa:

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 50 minit

Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:
Bahan untuk di kisar

 5 ulas bawang putih


 5 ulas bawang merah
 2 biji bawang besar
 2 cm kunyit hidip
 2 inci lengkuas
 2 inci halia
 2 batang serai, hiris nipis
 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus

Bahan-bahan berkaitan lain

 1 kg ayam, potong ikut selera anda


 3 sudu besar kerisik
 2 senduk minyak, untuk menumis
 2 cawan santan pekat
 1 cawan santan cair
 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
 2 keping asam keping
 2 sudu besar sos tiram

Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh
masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah
minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
4. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam
menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun
kunyit.
5. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak
dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup
rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping
dari kuah.

Tips:
Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak
memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit
apabila kuah rendang sudah dimasak.
Ayam Masak Kicap
Masa:

Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

 1/2 ekor ayam


 serbuk kunyit
 3 ulas bawang putih *
 3 ulas bawang merah*
 2 cm halia*
 5 tangkai cili padi (dipotong 2)
 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
 kicap manis secukup rasa
 2 sudu besar sos tiram
 garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil.


2. Gaul dengan kunyit dan garam.Goreng separuh masak. Angkat dan letak
ketepi.
3. Tumbuk kasar bahan bertanda *
4. Panaskan 4 camca besar minyak. Tumis bahan tumbuk kasarsehingga
kekuningan dan naik bau.
5. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (1 cawan). Kacau dan
tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
6. Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar, biar 5 minit. Siap untuk
dimakan.
Ayam Masak Kurma
Masa:

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 60 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

 1 kg ayam
 4 sudu besar rempah kurma ayam
 rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
 2 cawan santan pekat
 2 biji tomato (dipotong 4)
 2 biji kentang
 1 biji lobak merah (didadu besar)
 sedikir air asam jawa

Bahan untuk dikisar:

 5 ulas bawang putih*


 5 ulas bawan merah*
 2 cm halia*

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga
pecah minyak
3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

Anda mungkin juga menyukai