Resepi Nasi Ayam Penyet, masakan indonesia yang sangat popular dan menjadi kegemaran
di Malaysia. Agak remeh untuk menyediakan hidangan ini tetapi sangat berbaloi kerana hasilnya
sangat memuaskan dan sangat sedap. Pasti anda sekeluarga akan suka, jika nak makan di luar
kos unuk satu hidangan agak tinggi. Kalau masak sendiri sangat puas hati.
Resepi ini digabungkan bersama nasi yang dimasak bersama air rebusan ayam. Pengalaman
Che Nom, set nasi ayam penyet kebanyakannya dihidangkan bersama nasi putih biasa aja, tapi
tak salah mencuba dan memang sedap.
Terima kasih kepada kak Ita dari blog Masam Manis kerana berkongsi resipi ini. Che Nom olah
sedikit sahaja mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 90 minit
Jumlah Hidangan : 8 orang
Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
4 ketul tauhu
2 keping tempe
Sayur dan ulaman (timun,daun selom,kubis,kacang panjang,tomato)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
1. Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang
putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
2. Angkat ayam dan toskan.
1. Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak
berminyak sehingga naik bau.
2. Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
3. Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa
jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
4. Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
5. Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi
jangan campur dengan ayam.
6. Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk
1. Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini
ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
2. Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah
pelaga dan pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan beras dan kacau seketika.
3. Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa.
Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.
Cara-cara untuk sup ayam:
1. Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Che Nom dah tak
letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan
ayam mula-mula tadi. Boleh juga rwbus bersama bahagian tulang ayam sepeti
leher dan kaki ayam (jika anda suka).
2. Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan
bawang goreng.
1. Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
2. Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
3. Kemudian goreng tomato sehingga layu.
4. Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan
bakar.
5. Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula
melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati kerana ikan bilis sudah
masin.