com/resepi/nasi-ayam-sedap/show
Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap dan sangat sesuai dihidangkan untuk majlis-majlis
tertentu . Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang
banyak. Jangan takut untuk menyediakan hidangan ini kerana Resepi ini telah diolah bagi
memudahkan anda untuk memasaknya.
Satu tip yang boleh Che' Nom kongsikan sekiranya anda ingin menyediakan hidangan Nasi Ayam ini
kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah adalah untu majlis-majlis tertentu
untuk kuantiti yang agak banyak . Anda boleh menyediakan sos dan kuah kicap satu hari sebelum
majlis. Ini boleh menjimatkan masa kerana pada hari majlis anda boleh menumpukan masa untuk
menyediakan nasi dan ayam, kerana proses penyediaan nasi dan ayam mengambil masa yang agak
lama.
Untuk ayam pula, ayam bersaiz kecil atau sederhana lebih susuai kerana lebih garing dan kurang
berlemak. Ayam yang diperap bolehlah digoreng sebaik sahaja tetamu sampai kerumah kerana ianya
lebih sedap dihidangkan panas-panas dan masih garing. Selamat mencuba!.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
Tip:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam
akan mudah hancur ketika menggoreng.