Anda di halaman 1dari 10

Resepi AYAM GORENG

Bahan-Bahan 1 ekor ayam (potong 4 atau 6 ) 5 sudu makan pes bawang putih 5 sudu makan pes halia 5 sudu makan serbuk cili 2 sudu teh serbuk ketumbar 2 sudu teh serbuk jintan manis 1 biji telur Tepung beras secukupnya Garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng Daun kari (digoreng sekejap dan tabur pada ayam) Cara Penyedian a.. Gaul ayam bersama pes bawang putih, pes halia, serbuk ketumbar, serbuk ketumbar dan garam hingga sebati. b.. Perap selama 30 minit. c.. Kemudian salutkan ayam dengan telur dan tepung beras. d. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dalam deep fryer pada suhu 160 darjah celsius selama 15 minit atau hingga masak. e. Angkat dan toskan. Taburkan dengan daun kari goreng dan sedia untuk dihidangkan

Resepi AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan: 1. Ambil ayam bahagian dada dan potong dadu 2. Kunyit hidup ditumbuk bersama sedikit tepung beras atau serbuk kunyit 3. Bawang besar (hiriskan) 4. Lobak merah (dipotong) 5. Cili merah dan cili hijau (dihiris) 6. Kacang panjang (dipotong) 7. Garam secukup rasa Cara Penyediaan: 1. Perap ayam dengan garam dan kunyit seketika. 2. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas, sehingga garing 3. Masukkan lobak merah, kacang panjang, cili dan bawang 4. Goreng seketika 5. Angkat dan toskan

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur

Bahan-Bahan 10-20 biji bendi (potong-potong menyerong ) 1 biji telur 1 sudu kecil udang kering dan ditumbuk 2 biji cili merah dan dihiris 3 biji bawang merah dan dihiris 2 ulas bawang putih dan dihiris 1 sudu makan sos tiram Sedikit garam

Resepi Mee Rebus Johor

Bahan-Bahan 1 kilogram mee kuning dan dicelur 300 gram taugeh 2 tangkai daun sup dan dihiris 2 tangkai daun bawang dan dihiris 8 biji cili merah dan dihiris 4 keping tauhu goreng dan dihiris Sedikit bawang goreng 6 biji telur dan dibelah 6 biji limau kasturi dan dibelah Bahan Penumis Dikisar 2 sudu besar ketumbar 8 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 18 tangkai cili kering 1 sudu kecil jintan kasar 1 sudu kecil jintan manis Bahan Kuah 300 gram daging dan dicincang 200 gram tetel dan direbus 300 gram keledek dan direbus 250 gram udang basah 5 sudu besar taucu 1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus 1 batang serai dan diketuk 2 sentimeter lengkuas dan diketuk cawan minyak masak Garam, gula dan air secukupnya

Cara Penyediaan

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan penumis hingga garing. Masukkan daging cincang, tetel dan udang. Gaulkan supaya bercampur rata. Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.

Resepi Melayu Nusantara: BAKSO

Bahan-Bahan kilogram daging cincang 3 ulas bawang putih dan dihiris 50 gram tepung sagu 1 sudu teh garam atau secukup rasa 1 biji putih telur Sediakan 1 mangkuk besar air mendidih 1 mangkuk air sejuk/air ais Cara Penyediaan Bakso 1. Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan senduk sampai mesra dan tidak melekat. 2. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. 3. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. 4. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai. Kuah Bakso 1. Sediakan air rebusan daging. 2. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa. 3. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Sajian 1. Sediakan mangkuk berisi mee kuning atau bihun yang sudah direbus. 2. tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.

Resepi Grilled Steak

Bahan-Bahan 4 keping daging Steak 4 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili atau sos tomato 1 sudu makan lada hitam dan ditumbuk halus 2 ulas bawang putih 1. Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam peti sejuk. Perap semalaman sebelum daging dibakar. 2. Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak. Untuk Brown Sauce atau Black Pepper Sauce 1 labu bawang besar dan potong dadu 1 sudu besar mentega 2 sudu besar tepung gandum 1 liter air 3 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap (bertujuan untuk menggelapkan sikit warna sos ) 1 sudu makan sos tomato atau sos chili 1 sudu besar lada hitam dan ditumbuk halus 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu. Sedikit garam Cara Penyediaan 1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu. 2. Larutkan tepung gandum dalam air hingga rata. Kemudian masukkan dalam periuk tumisan. 3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat.

Ikan Bawal Sweet Sour Udang Galah Berhias Samosa Bubur kacang Bubur jagung Bubur cha cha Ayam goreng serai Papadom Ikan tenggiri sweet sour Ayam goreng halia

resepi 1 kilo tpg gndm 1paket tpg jagung serbuk kari garam 4 bahan kat atas ko gaulkan smpi sebati ayam untuk perap!! ayam lada kering ko blend bawang putih bnyk elok tuk kasi bau lada hitam lada putih garam aji dh gaul ko perapkan ayam tu.. pastu nk goreng ko celupkan telur bru celup tepung.. 1 kg tepung ko bleh pakai bnyk kali!!

Anda mungkin juga menyukai